ASSALAMUALAIKUM...
UNTUK Si Pencinta Keju, kek ini untuk anda.. mewah... sangat mewah dengan keju.. ada rasa masin dan manisnya di situ. Memang rasa macam tak boleh berhenti mencapai sepotong demi sepotong. Tak apa, kita makan lemak ni sekali arung, pas tu kita pergi kedai jalan kaki, okeyyyy.. hehehe. SK buat kek ini pada pagi Ahad lepas. Memang SK dah lama teringin nak makan kek ini selepas diperkenalkan oleh seorang kawan yang satu pejabat dengan SK lamaaaaaaaaaa dulu. Siap dia 'print'kan resepi untuk SK. Tapi agaknya sebab dah lama sangat, SK tak ingat mana SK selitkan resepi tu. Jadi, SK terus google resepi Snow Cheese Cake dari Rahel dan dapatlah resepi ini. Kepada Rahel, terima kasih banyak-banyak ya.. dan kepada penyumbang resepi asalnya Sherry-mz@myResepi, terima kasih sekali lagi.
Oh, ya.. pada pendapat SK, kek ni amatlah sesuai untuk orang-orang yang tak berapa reti nak mendeko kek macam SK ni ;p huhuhu. Memang SK agak 'fail' bab nak sapu krim di sekeliling kek tu dan SK juga mempunyai masalah untuk membelah kek untuk disapukan krim di tengahnya. Mujurlah kek ini sangat mudah dibelah dan rata sahaja permukaan yang dibelah tu. SK mempraktikkan cara yang diajar Kak Azlita Aziz iaitu dengan memanaskan pisau di atas api terlebih dahulu. Dan SK turut menabur cheddar cheese di antara dua kepingan kek tu. 'Cheese's Lover' katanya kennnnn... ahaks!!
Snow Cheese Cake
Resepi : Sherry_mz@myresepi
Sumber : Rahel
Bahan Kek :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
1 kotak/ 250 gm cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
(putarrrrrr kedua bahan ini sehingga sebati dan tidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak / 125 gm kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kek kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega
cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit
butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam
dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2
kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek
di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Nyummyyyy!!! Malam tu jugak semua kek langsai.. hehehehehe...