Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4172 articles
Browse latest View live

CHEESE OH CHEESE!!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

CHEESE habis berkilo-kilo di dapur SK. SK pun dah tak tertimbang dan tersukat lagi. Ramai benar yang sukakan rasa 'Snow Cheese Cake' lebih-lebih lagi versi meleleh tu. Ramai yang mengulang order, tak puas makan kata mereka. SK suka.. suka sangat. Terima kasih kepada semua yang sudi menempah dengan SK. SK merasa amat dihargai... muahhhhhhhhh!!

Oh, ya! Sebelum terlupa hari ini adalah hari cuti bagi warga Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ke 55. Seronoklahkan sebab menyambung cuti sampai hujung minggu. Tapi SK agak kurang seronok sebab esok, Sabtu SK terpaksa bertugas bagi sesi pengambilan pelajar baru... aduh dududu... mencik! Tapi tak apa, sebab boleh ambil cuti ganti. Kalau nak tahu, cuti tahunan SK sekarang adalah 'zero' adeh. Ini akibat terlalu banyak ambil cutilah ni. ER lah punya pasal ni.. dush!

Okey, mehlah cuci mata dengan gambar-gambar yang ada dalam kamera cabuk SK ni ya. Nak kasi clear sebab ada banyak lagi tempat nak pergi dan banyak lagi gambar nak ambil. Nanti memori card penuh, dah satu hal pulak nak buang satu-satu. Jadi... jom layan jerlah gambarnya ya..



Tempahan Cheese Tart dari rakan sekerja SK untuk guru-guru anaknya sempena hari akhir persekolahan. SK suka kotak tu, warna gold cantik dan nampak mewah apatah lagi selepas diisi dengan cheese tart munge-munge Sk, hiks.


Snow Cheese Cake.. ini adalah antara tempahan yang paling banyak SK terima. Sampai melekat resepinya dalam kepala otak SK ni tau. Kek yang meletops-letops tahun 2013 ni padahal kek ini sebenarnya dah lama di MyResepi dan SK pulak baru terhegeh-hegeh nak membuatnya. Ramai yang ulang order sebab tak puas makan. Memang bila menyupa kek ni tak sedar diri, tahu-tahu dah habis.. hehehe. Banyak betul gambar kek ni dalam folder SK tapi faham-fahamlah, ambil gambar asal boleh jadi gambar tak berapa nak cun. Kita layan gambar yang cun saja tau.


Yang ini versi meleleh-leleh. Ramai yang sukakan versi meleleh ni. Anda belum cuba lagi?? Haruslahhhh cuba tau. Kalau tak tempah dengan SK pun, SK percaya ramai sangat pengusaha kek salju meleleh ni berhampiran tempat tinggal anda. Ada yang takut makan sebab takut gemuk??? Alaaaa.. lupakan pasal gemuk yang penting hati mahu gembira, betul tak???

Betullllllllllllllllllllll.

p/s : Padahal SK pun takut jugak gemuk... hehehehehe..
p/s : Memang dah gemuk punnnnn... kui kui



CUTI MINGGUAN JOHOR MULAI 2014 ADALAH JUMAAT DAN SABTU

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


AKHIRNYA segala persoalan telah terjawab. Mulai 1 Januari 2014, cuti mingguan bagi seluruh negeri Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, sebagaimana yang diumumkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini. (Boleh baca di fb Kesultanan Johor). Maknanya warga Johor akan mula bercuti mingguan pada Jumaat 3 Januari 2014. Yang paling gembira nampaknya adalah anaknda SK, Iman kerana katanya tidak perlu lagi duduk berejam-rejam menunggu masuk waktu sekolah agama pada hari Jumaat seperti sebelum ini. Bayangkan, Iman balik sekolah kebangsaan jam 11.50 pagi dan perlu menunggu sesi sekolah agama jam 3.45 petang, memang lemau sebab Iman akan transit terus dari sekolah kebangsaan ke sekolah agama... Alhamdulillah, ada hikmahnya.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!


Sumber Sahih DI SINI!!

MENJEJAK KOTA JOHOR LAMA... JOHOR NEGERIKU

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

BIAR apapun persepsi tentang orang Johor yang dicetuskan oleh mereka yang iri hati, namun SK tetap berbangga sebagai warga Johor yang lahir di Tanah Jauhar. Perkataan Jauhar adalah gelaran oleh pedagang Arab yang berdagang menjalankan perniagaan rempahnya di sini ratusan tahun dulu. Jauhar bermaksud, Permata Berharga. Orang-orang Siam pula menyebut Johor sebagai Gangganu yang bermaksud Batu Permata. Orang Johor lain tentu juga berbangga kan..


Negerinya Besar Di Suatu Masa
Barat Timur Selatan Ke Utara
Pusat Pemerintah Di Johor Lama
Dikenali Juga Kota Diraja

Pemerintah Dan Rakyat Negeri
Serangan Musuh Terus Ditangkisi
Berbagai Cabaran Sama Menangani
Bangun Jatuh Berdiri Kembali

Bacalah Sejarah Negeri Johor
Negeri Terbilang Serta Termasyhur
Dalami Sejarah Kenali Bangsa
Barulah Kita Dapat Berbangga

Sejak Dahulu Sehingga Kini
Berbagai Perubahan Dilalui
Lapan Daerah Berkembang Maju
Pesat Membangun Johor Negeriku
 

 
 
 

BALASUNGKAWA HAJI MAHMOOD MOHD YASSIN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SEORANG demi seorang pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Kelmarin, bapa saudara SK, Haji Mahmood Bin Mohd Yassin yang SK panggil Pak Itam telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.05 petang dan selamat dikebumikan jam 8.00 malam di bumi Melaka. Kenapa bukan di Tanah Jauhar? Kerana bapa saudara SK ini tinggal bersama seorang lagi bapa saudara SK yang telah bermastautin di Melaka (kerana tugas.. sekarang dah pencen). SK pernah mendengar orang berkata, kita akan kembali (atau dikebumikan) di tanah di mana kita dijadikan, bukankah manusia itu dijadikan dari segumpal tanah... Wallahu'alam.

Tidak seperti bapa dan ibu saudara SK yang lain yang memanggil SK dengan nama Sari, Pak Itam satu-satunya bapa saudara yang memanggil SK, Sarima. Di antara adik-beradik, Pak Itam bertubuh agak kecil dan tetap 'slim'. Itam itu merujuk kepada giliran kelahiran dalam adik beradik arwah bapa SK (Pak Ngah). SK masih ingat dulu pernah SK muntah terbelahak dalam kereta Pak Itam (masa kecik-kecik) sebab SK dulu amatlah 'allergic' bila menaiki benda yang bergerak :p Tak sangka pulak kini SK mampu memandu beratus-ratus kilometer sendiri dan tidak lagi mabuk-mabuk macam dulu. Setiap kali berjalan, mesti kena paksa telan pil dulu, lepas tu rasanya macam susah betul nak telan pil tu, tersekat dekat kerongkong, sampai batuk terbelahak nak makan ubat, urmmm...

Apapun semua itu tetap terpahat dalam memori SK. SK memang tidak berapa rapat dengan bapa-bapa atau mak-mak saudara. SK ni sebenarnya agak pendiam juga. Tak pandai nak berbual sangat dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni. Mungkin salah satu faktornya adalah jarak umur yang terlalu jauh dan SK rasa macam mereka ni agak garang. Garang ke?? Huhuhu... Yang pasti kalau dengar jer bapa saudara bercakap, jantung rasa macam nak terbelah. Bukan macam budak-budak sekarang. Bukan main lagi hu ha hu ha dengan mak saudara. Boleh main tepuk tampar lagi. Kami dulu jangan haraplah.. huhuhu.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mahmood Bin Mohd Yassin, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan diterima segala amalannya. Terima kasih Pak Itam atas segalanya.


Arwah Pak Itam semasa dirawat di Hospital Pakar Perdana Kelantan sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur dan kemudian dipindahkan pula ke Hospital di Melaka

PERUT DIKEMUDIANKAN.. SEDAP DIUTAMAKAN... AMEKAW!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


ADAKAH sesiapa di sini yang gilakan sambal macam SK?
Tak silap SK pernah cerita di sini tentang betapa kuatnya SK ni makan sambal,
dua kali lima dengan ER, hehehehehe.
Mujurrrrrrrrrrr tak banjir masa majlis kahwin 13 tahun dulu, kan.. :-))))


Orang kata, jangan makan sambal banyak, nanti sakit perut.
Iye... betullah tu, kalau orang dah cakap, cuba dengar.
Ini tidak, degil.
Katanya.. sakit perut biar kemudian, yang penting layan tekak dulu.. huhu.
Laaa ni, SK tengah sakit perut gara-gara menikmati sambal yang terlampau semalam.
Lain kali sendiri mahu ingatlah SK :-(((
 

Sebenarnya, sejak pagi SK tertanya-tanya.
Apa agaknya yang dimakan sampai sakit perut?
Yang peliknya cuma SK seorang yang sakit, orang lain rilek aje.
Lepas tu bila SK belek gambar-gambar sambal ni (kebetulan semalam Iman rajin pulak ambil gambar) barulah SK ingat puncanya kenapa boleh sakit perut.
Agak-agak SK insaf ke?
Errrr... mungkin tidak kot.
Makan tanpa sambal ibarat lagu yang tidak berirama tau, agagaga...
 
Lokasi : Restoran Nasi Padang, Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru Uda
 

SEMUR DAGING PONTIANAK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SK terus menggoogle resepi Semur Daging bila seorang kawan menghantar status di muka buku terbau masakan semur di malam hari. Phewwwwwwww!! Dahlah malam-malam, google-google terjumpa resepi Semur Daging Pontianak kat blog Che Mat Gebu.. hahaha.... serammmm. Lepas tu barulah SK teringat myChef ada keluarkan satu produk Semur Daging Betawi.. baca SINI. Jadinya janganlah salah faham. Pontianak dalam tajuk resepi tu bukanlah pontianak yang gitew-gitew tu tapi merujuk satu tempat di Kalimantan Indonesia iaitu Pontianak, Kalimantan... bukan daging pontianak tau.. gilerlah siapa nak makan daging pontianak, jumpa pun tak mahu woooo.. hahaha.

Resepi ini menurut Che Mat Gebu adalah merupakan resepi dari Chef Wan (Datuk) dalam buku resepinya. Jadi, hari ini SK nak kongsikan pulak resepi Semur Daging yang sangat sedap di tekak SK ni di sini. SK ada ubah-ubah sikitlah resepinya mengikut cara SK memasak di rumah.. derhaka sangat tu taklah, adalah sikit-sikit.... ampunnnn. Okey, jadi di sini SK taipkan resepi mengikut cara SK. Bagi sesiapa yang nak tengok resepi asal bolehlah singgah ke Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu ya. Terima kasih Che Mat!!!

Resepi Semur Daging Pontianak
Resepi Asal : Datuk Chef Wan
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-bahan :

Bahan A :

2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis (jintan kasar)
1 camca teh jintan putih (jintan halus)
1/2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
1.5 cm kulit kayu manis
3 biji buah keras
Semua bahan ini disangrai (goreng tanpa minyak) dan dikisar halus. SK tumbuk lumat-lumat. rajin tak SK??? Raaaaaajiiiinnnn....!!!

Bahan B :

500 gram daging batang pinang (lebi sedap guna daging segar) hiris, cuci dan toskan*
1 camca besar kicap manis*
1/4 cawan perahan jus limau nipis*(*digaul rata dan perap 30 minit)
1/4 cawan minyak masak
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
2 biji tomato, didadu
5 camca besar kicap manis
3 biji kentang (potong bulat dan goreng empuk/ garing sedikit)
5 biji cili padi (hiris serong)
1 labu bawang besar (potong bulat)

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi, tumis lagi hingga naik bau dengan api kecil.
  3. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Gaul rata. Besarkan sedikit api.
  4. Kemudian masukkan kicap manis, tomato dan cili padi dan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi. Gaul sekejap, matikan api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
Nyummy tau!!!

MAKAN-MAKAN LAGI... YIK MUN TANJUNG MALIM .. YAKIN HALAL!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

CERITA dari utara tak habis lagi ni... jangan marah ek... hihi.. Semasa dalam  perjalanan melalui lebuhraya utara selatan tu, sedang SK melawan ngantuk yang terlampau, tetiba terdengar suara sayup-sayup...

"Cuba cari dekat Tanjung Malim tempat makan apa yang best.."

"Hah??!" Mamai.. hehe

"Lapar ke?"

"Sajalah tengok-tengok apa yang sedap kat situ, jom!" Ajak ER lagi.

Menjunjung titah perintah, SK teruslah menggoogle makanan istimewa Tanjung Malim yang membawa SK terus ke SINI.

... Apa yang istimewa dengan pau ini?untuk mendapatkan penjelasan saya dan rakan rakan telah pergi ke kedai pau ini dan mendapati kedai pau ini adalah kedai halal yang mempunyai ramai pelanggan melayu. Ia terkenal kerana cara pembuatannya selain itu ia mempunyai pelbagai perasa antaranya ialah Pau Ayam, Pau Daging, Pau Kaya dan Pau Kacang . Harga pau ini juga amat berpatutan dengan bentuknya yang besar. Jadi datanglah ke Tanjung Malim untuk menikmati Pau di Yik Mun.

SK terus membaca kajian yang SK jumpa tu kuat-kuat.

"Menarik tu.. cuba cari dalam GPS," Amboi... senyum sampai telinga pakcik ni... Mendengar kedai halal yang mempunyai ramai pelanggan melayu membuatkan kami yakin untuk mencuba sendiri keenakan makanan di Pau Yik Mun ni.


SK terlupa ambil gambar hadapan kedai sebab SK parking kat belakang.. jadi ini gambar dari Mr Google ya..
Akhirnya dengan bantuan Encik GPS sampailah kami ke restauran Pau Yik Mun yang telah mula beroperasi sejak tahun 1926 dan sekarang ini telah diwarisi oleh generasi yang ketiga tau. Phewwwwwwww... Penuh! Ada yang berdiri menunggu meja kosong. Rata-rata mereka yang datang dan makan di sini adalah orang Melayu dan pelayan serta juruwang juga melayu (bukan warga asing)membuatkan SK dan ER merasa lebih yakin untuk makan di sini. Tak lama menunggu kerana kebanyakan yang datang ke sini memahami untuk memberi laluan kepada pelanggan lain. Layanan cepat dan pantas juga salah satu faktor tidak perlu lama menunggu meja. Makanannya juga adalah antara yang terbaik pernah SK rasa sepanjang program JJCM kami sekeluarga.


Sorang sebijik tak boleh lebih... mahal nih!! Hahaha

Pau Daging sebiji RM2
puas hati intinya penuh!!
Halal JAKIM

Menu lain

Yee Mee... dalam menu tadi takde kan...
Sk nampak pelayan bawa mee ni hantar pada pelanggan lain
terus SK panggil
"Errrrr.. kak, saya nak order mee macam akak bawa tadi..." :-))))))
Mee (Bihun) Hainan... tetiba jer ada selai mee kuning dalam tu..

Bukti sedap!!
Ngeeeeeeeeeee
Tapikan..... huhuhu... bila dah balik ke Johor tetiba sahaja SK telah membaca status bahawa status HALAL Pau Yik Mun dan restorannya ini telah ditarik balik. Rasa macam berpusing-pusing sekejap kepala otak SK ni, maklumlah... kita baru lepas makan tetiba jer disebarkan dengan benda yang negatif macam ni. SK tak mahu tampal 'print screen' status tu di sini ya. Mungkin ada yang dah terbaca tentang penyebaran berita pelesu tersebut. Alhamdulillah, ada kawan SK yang baik hati telah menghantar 'private message' kepada SK tentang status Pau Yik Mun ni. Lega SK tau. Maceh ya anak Makcik Sa'diah :-)))))

Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik restoran
Sijil Pengesahan Halal

PENANGGAL... ANTARA TERPAKSA DAN DIPAKSA

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


TWO thumbs up untuk pengarah Elly Suriaty dan pelakon Ummi Nazeera. SK mengharapkan anugerah pengarah dan lakon layar terbaik bagi Anugerah Perfileman tahun depan akan menjadi milik Elly dan pelakon wanita terbaik dalam genggaman Ummi. SK memang agak minat juga dengan lakonan Elly terutama sejak beliau berlakon dalam filem The Spinning Gasing. Sejak tu SK memang selalu mengikuti cerita-cerita lakonan Elly cuma kadang-kadang Elly ni over acting jugaklahkan, hihi terutama bab mimik muka tu. Elly sanggup jadi hodoh untuk menampakkan sisi lakonan yang mantap dan tak kurang juga Elly ni kelakar juga macam lakonan dia sebagai orang gaji pah Bedah tu, hahaha.

 
Sebagai seorang peminat cerita-cerita mistik, thriller dan seram tak kiralah sama ada dari layar lebar atau kaca tv atau media cetak bila SK tahu yang Elly nak mengarah filem Penanggal ni memang SK tak sabar sangat menunggu filem ini ditayangkan. Oh, ya.. walaupun sangat meminati cerita-cerita seram tapi SK  bukanlah sentiasa  beli tiket wayang untuk cerita macam ni. Selalunya SK tengok dulu siapa pengarah dan penerbitnya. Kalau yang tajuknya dah sah-sah mengarut tu memang kirim salamlah tak kuasa SK nak membazir RM10 RM20 untuk cerita-cerita yang merepek. Kalau dah keluar dvd nya pun kalau masih nampak menarik tu SK belilah jugak sekadar layan sambil lipat kain, bolehlahhh.. huhu.
 

Sebenarnya mitos mengenai kewujudan penanggal ni memang sinonim dengan negara di Nusantara nikan cuma penanggal ni adalah panggilan popular di Tanah Melayu. Zaman berlalu cerita tentangnya tidak pernah lekang. Kalau di Thailand ia dipanggil Krasue, Phi-kasu (Kemboja), Nukekubi (Jepun), Leyak (Bali), Kuyang (Kalimantan), Palasik (orang Minangkabau) dan tidak terkecuali popular di Sabah dengan gelaran Balan-Balan.


Kita semua dah tahu penanggal ni adalah sejenis hantu yang berkebolehan menanggalkan kepalanya dari badan dan kepala ini akan mencari mangsa yang merupakan wanita yang baru bersalin. Cuma yang SK agak musykil di sini (dalam filem Penanggal) kenapalah bayi tupun jadi mangsa sekali. SK agak kurang jelas di situ sebab setahu SK cuma darah dan uri ibu yang baru bersalin tu sahaja yang diidamkan penanggal tu. Ada sesiapa boleh jelaskan tak?


Dalam filem penanggal ni barulah SK tahu bahawa penanggal ni boleh dikenali dengan melihat tanda kalungan darah di keliling lehernya. Yang terpaksa dan dipaksa menjadi penanggal ni adalah pelakon berwajah klasik, Ummi Nazeera (Murni) yang terpaksa mewarisi ilmu penanggal ni dari Mak Ajeng atau dipanggil Nyai oleh Murni yang memelihara Murni sejak dia kematian ayah dan ibunya semasa kecil. Watak Mak Ajeng ni dibawakan oleh Normah Damanhuri yang pada pendapat SK lebih sesuai dibawakan oleh Datin Paduka Umie Aida. Ialah, kan salah satu ilmu penanggal tu kononnya untuk sentiasa cantik dan muda, tapi Normah Damanhuri tu dah agak tak sesuailah rasanya.. itu pendapat SK, harap jangan ada yang tersinggung ya.


Lebih menarik apabila filem ini menampilkan kisah di tiga tempat atau kawasan yang berlainan iaitu di kampung asal Murni dipelihara oleh Mak Ajeng dan dia kemudiannya berpindah ke tempat lain setelah Mak Ajeng mati dan dihalau oleh penduduk kampung yang anti dengan Mak Ajeng ni. Kiranya masa tu orang kampung dah tahulah yang mak Ajeng tu penanggal tapi yang untungnya Mak Ajeng ni sampai dah tua dan dapat waris barulah di serang orang kampung. Sebaliknya Murni... heeehe.. nanti tengok sendirilah. Satu tempat lagi adalah di pekan  di mana ada satu keluarga saudagar arab yang dilakonkan oleh Syarifah Aini dan tiga anak bujangnya.


Anak sulung kepada keluarga arab ini adalah Azri Iskandar yang membawakan watak Syed Yusof yang akhirnya terperangkap dalam kawasan penanggal ni. Bagaimana dia boleh terperangkap, kenalah tonton sendiri cerita ini. Yang pasti penceritaannya adalah sangat jelas dan mudah difahami. Tidak seperti filem lain yang sentiasa dikejutkan dengan bunyi-bunyi jeritan yang entah apa-apa, filem ini tidak banyak babak yang mengejutkan tetapi ada satu babak yang betul-betul buat SK terkejut. Bukan SK jer tau, satu panggung menjerit, hadoihaiii... kussss semangat, hahaha.


Filem penanggal bukanlah satu filem yang klise. Tidak mengenepikan elemen hiburan ia menggabungkan mitos hantu, cinta, kemanusiaan serta kepercayaan terhadap agama dalam menentang gangguan iblis dan syaitan. Akhir kalam, tahniah buat semua pelakon dalam filem ini terutama Ummi Nazeera yang telah membuat SK ternganga dengan kemampuannya membawakan watak penanggal dengan begitu baik sekali. Boleh dikatakan Ummi mencurahkan seluruh tenaga untuk filem ini. Sanggup bermandi lumpur, berlari di hutan yang gelap dan rebah di atas tanah yang penuh dengan daun-daun kering dan akar-akar pokok yang berselirat. Wajah klasik Ummi memang cukup kena dengan wataknya sebagai penanggal berlatar zaman 30-an. Tahniah dan selamat meneruskan pelajaran Ummi di Melbourne, Australia.

Apakah yang terjadi dengan Murni atau Penanggal di akhir cerita ini? Jom tengok sendiri, okeyyyyy!!!

CUTIECAKE MAKER... HASILNYA TENTU CUTE!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

JOM tambah gajet di dapur anda dengan Cutiecake Maker ini.
SK ni memang jenis yang sangat mudah jatuh hati bila nampak sesuatu yang pink dan purple.
Tak boleh tengok dua warna ni, mesti berhenti dan membelek, hihihi.
Boleh dikatakan dua warna ini paling banyak ada dalam almari SK tau :-))))


Fun cooking with easy operation
Non-stick coating plate
Safety lock clip
Pilot light and cool touch housing
Recipe included
Power: 700W
Dimensions

27.2L x 21.6W x 12.3H cm

Price: RM189.00 FREE POSTAGE
 


Bayangkan kek-kek comel yang terhasil dalam beberapa minit sahaja dengan Cutiecake Maker ni.
 Kalau ada tetamu datang mengejut atau kita sendiri terkejut di tengah malam kerana kelaparan,
boleh sahaja terus membuat kek segera dengan Cutiecake Maker ini.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Cutiemaker ni,
SK nak bagi diskaun kepada sesiapa yang membuat bayaran sehingga hari
Khamis, 5 Disember 2013.
Jadi jangan fikir lama-lama ya.
Boleh whatsapp atau sms SK 012-7799705.
Boleh juga email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com

Proses Penghantaran :
Semenanjung Malaysia : 2 hingga 4 hari
Sabah & Sarawak : 5 hingga 7 hari

Wassalam.

RESEPI KEK RED VELVET YANG WALLAAA BERSAMA SALJU DAN CHEESE MELELEH WALLAWEIII...

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


FUHHHHH!! Punyalah panjang tajuk dan resepi tu kan.. hihihi. Sebenarnya SK ni bukanlah peminat kek red velvet (RV)  tapi disebabkan baru-baru ni ada seorang kawan SK yang mintak supaya SK buatkan RV untuk hari lahir anaknya, maka SK teruslah menggoogle 'resepi kek red velvet yang sedap' dan SK telah bertemu jodoh dengan blog ini. Walaupun resepinya bukanlah satu resepi RV yang mudah dan ada beberapa langkah tapi bagi SK apa salahnya mencuba lebih-lebih lagi puan blog ini, Dzu Liza memberitahu bahawa ini adalah antara kek RV yang sedap beliau pernah rasa. SK juga tertarik dengan cara penyediaan RV ni yang agak unik terutama di langkah yang akhir tu. Dan, bila kek tu dah masak dan SK membelah bahagian tengahnya, SK dapati struktur keknya amatlah gebus gebas. Wallaweiiiiiiiii.. takkan nak tengok saja orang punya kek, kan.. maka jomlah kita buat untuk diri sendiri pulak.. hihihi..


Dan benarlah apa yang dikatakan oleh Dzu Liza. Resepi ini bukan sahaja menghasilkan RV yang gebu tetapi juga sangat sedap lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan cream cheese dan parutan cheddar tu. Dan.. daripada seorang yang bukan peminat RV rasanya SK dah jadi peminat pulak ni... macammana ni. Makin mantaplah lemak-lemak kat badan SK ni nampaknya, huhuhu...

Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap (dan gebus gebas!!)
Sumber : Dzu Liza dan PurpleUngu

Bahan A - Satukan dalam satu bekas dan ketepikan
240 ml susu cair/susu sejat
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder

Bahan C
150 gm mentega (lembutkan)
280 gm gula castor (SK letak 250 gm sahaja)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred C (SK guna gred B)

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. SK guna loyang 8"
  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak. SK bakar 50 minit.
Untuk krimnya SK buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya.. memang wallaweiii sungguhlaaaaaaaa.. hahaha.

Krim Meleleh : Putar sehingga kembang dan licin
250 gm cream cheese
1 tin susu pekat

  1. Kek yang telah masak tadi, sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya berhati-hati.
  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.
  3. Tuangkan sehingga habis semua krim
Keju Cheddar : Parutkan di atas krim tadi. Lagi banyak lagi mantap!!!

KU INGIN TERBANG LEBIH TINGGI

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


KALI ketiga SK terbang ke Bandung, Indonesia.
Amboiiiii, macam dah tak ada tempat lain nak tuju ya, SK??
Balik-balik ke Indonnnn jugak yang kau suka.
Apa nak dikata...
Niat di hati memang nak terbang lebih tinggi
tapi apakan daya rezeki SK telah ditentukan setakat ini.
Syukur dengan rezeki yang dikurniakan Ilahi.
Alhamdulillah... 


Sekembalinya dari Kota Bandung, malam itu SK keracunan makanan.
Tidak pasti sebabnya kerana kebetulan SK memenuhi jemputan kahwin sebaik sampai di Johor. Usus SK rasa seperti dibelit-belit dan dipintal-pintal.
Tegang satu badan dibuatnya. 
Akibat tidak lena tidur kerana asyik bangun muntah dan ke tandas, 
sepanjang malam SK mengingau yang SK masih berada di Bandung. 

"Dahlah tu shopping... jomlah balikkkk... sakit dah pinggang ni...."

"Dahlahhhh..."

"Jomlah balikkkkk..."

Hahahaha.. lawak betul!
Memang trauma dibuatnya melayankan kerenah ER ber'shopping'
Mengalahkan orang perempuan... huhuhuhu.  


Ini gambar sebelum naik kapalterbang.
Masih sihat walafiat dan tak sabar nak balik Johor.
Hujan emas di negeri orang katanya
dan hakikatnya dua malam berturut-turut kami bermandi hujan di Kota Bandung.
Kalau betul emas, tentu dah kaya-raya orang luar yang datang Bandung.
Haaa.. orang Bandung tak kayalah..
sebab hujan tempat dia..
hujan batu

Tak faham???

Buat-buat faham jerlahhh...
hehehe...

BELASUNGKAWA MARMEYAH BINTI AHMAD

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

SUASANA dalam bilik mayat itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi desiran kipas penghawa dingin. Sesekali bunyi botol minyak wangi tergolek di atas meja (sebenarnya katil tempat mandian mayat) yang cerun agak mengejutkan. Gulungan kapas turut tergolek ditiup kipas membuat hati berdebar. Tiada apa yang berlaku sebenarnya. SK memerhatikan penuh minat dua orang petugas rumah mayat hospital (tempatnya biarlah rahsia) sedang menguruskan jenazah sepupu SK yang telah kembali ke rahmatullah tiga hari lepas. Seorang sudah agak berumur mungkin lingkungan awal 50-an manakala seorang lagi masih muda, mungkin pertengahan 20-an. Yang muda itulah yang membuatkan SK kagum bagaimana dia berdepan dengan jasad yang sudah tidak bernyawa mungkin setiap hari, mungkin dua tiga kali sehari.

Seminggu sebelum kejadian, SK bermimpi menghadiri majlis tahlil. Dalam mimpi SK, sepupu yang dimasukkan ke hospital kerana serangan stroke telah dijemput pulang. Sepupu SK bukan muda, sudah 61 tahun. Hampir setiap bulan mendaftar masuk wad kerana serangan asma. SK masuk ke rumah itu ramai sekali tetamu. SK tuju ke dapur dan ternampak makcik-makcik sedang sibuk rewang menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil termasuklah sepupu SK yang meninggal itu... ????

Arwah menegur SK. Wow! Mudanya... SK tengok arwah sebiji macam gambar-gambar yang dipotretkan di kedai gambar cina masa arwah muda-muda dulu. Yang peliknya, SK tahu arwah dah meninggal tapi SK tak rasa takut pulak menyahut tegurannya. SK tak ingat apa yang kami bualkan. SK teringat, tak hairan arwah ada sekali semasa rewang tu sebab semasa hidupnya memang begitulah arwah. Sentiasa menyibukkan diri di majlis-majlis begini. Semasa sihatnya, arwah ringan tulang membantu walaupun mulutnya riuh. Huh! Mulut riuhnya tulah yang membuatkan SK selalu trauma.. errrr..

Masih cerita mimpi.... tiba-tiba semua orang memandang SK pelik campur hairan. SK pandang semua orang. "Kenapa ya???" Cakap dalam hati sebenarnya. "Eh, kau tahu tak dia tu dah meninggal, kenapa kau pergi tegur???""Dah dia tegur, takkan tak jawab, nanti dia kecik hati pulak, dahlah dia dah meninggal..." dan lepas tu semuanya beransur hilang... Bila terjaga, SK termangu-mangu mengenangkan makna mimpi SK itu. Bukan sekali dua dia dimasukkan ke hospital tapi tak pernah pulak SK mimpi yang begini tentangnya.

Kembali ke bilik mayat... ini pengalaman pertama SK. Hilang sedikit rasa bersalah tidak berkesempatan menziarah semasa arwah terlantar di wad. SK korbankan cuti sehari demi mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan. SK iringkan doa semoga roh arwah tenang bersemadi dan semoga dosa-dosanya diampunkan Allah swt. Semoga doa anak yang soleh sentiasa mengiringinya di alam sana.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Marmeyah Binti Ahmad.

MEE SARANG 2

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

MASUK bulan Disember ni rasanya macam lemauuuuu ajer mood nak berbelog. Jangankan blog, semuanya rasa macam malas ajer.. agaknya musim hujan cuaca sejuk jadi moodnya nak bermalas-malasan kot.. huhu. Akhir-akhir ini, SK pun jarang memasak. Hujung minggu banyak sangat agendanya.. agenda bermalas-malasan sebenarnya, kakaka. Kain baju pun kumpul seminggu baru berlipat. Tu nasib baik duduk tiga beranak jer. Tapi selalunya kalau dah bertimbun tu memang SK buat kerahan tenagalah, siapa tak nak tolong kirim salamlah SK nak tolong lipatkan baju-baju dia.. huhuhu.

Tempahan pun SK tak buka untuk jualan. Kalau pelanggan tetap tu memang mereka akan cari SK jadi siapa yang berhajat tu silakan sahaja whatsapp SK kalau SK ada mood, insyaAllah SK akan terima.. hehehe. Inipun ada yang dah rindu-rindu dengan cheese tart SK dah seminggu hantar borang permohonan, kesian dia siap datang bawa duit nak bayar siap-siap. SK terpaksa tolak duit tu walaupun dia beriya-iya nak bayar dulu. Sabar ya, nanti siap cheese tartnya kita COD jer... ngeh.. ngeh.. ngeh.

Sebenarnya seminggu dua ni fikiran SK agak huru hara sikit dengan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar SK yang akan terlibat dalam peperiksaan akhir dan lawatan verifikasi. SK tak tahulah apa masalah mereka sehingga terlalu dan terlampau malas untuk datang ke kelas. Ada yang memberi alasan SK ni garang. Halluuuuuuuuuu... kalau awak tu baik dan buat semua tugasan yang SK berikan perlukah SK nak marah tak tentu pasal?? Kalau kelas pukul 8 datangnya pukul 11 haruskah SK sambut dengan senyum simpul. Kadang SK dah malas nak tanya kenapa lambat tapi....

"Kelas pukul berapa? Awak datang pukul berapa?"

"Terlambat bangun puan..." Sambil garu-garu kepala.

Agak-agak kalau anda jadi puan, tak meroyan???

Okey... okey... SK tahu tajuk kat atas tu ialah Mee Sarang. Tiba-tiba pulak SK terluah apa yang bersarang dalam kepala otak SK nihaaa.. ampunnnnnn ya... hihi. Memang pening jadi cikgu ni walaupun mengajar di kolej aje. Lebih-lebih lagi apabila pelajar yang bermasalah ini datang dalam satu kumpulan dan duduk pula dalam satu kelas yang sama maka satu masalah yang lebih besar lagi akan timbul. Ini bukan sekolah yang kita boleh nak asing-asingkan pelajar. Jadi hendak tak hendak terpaksalah berhadapan dengan mereka-mereka ni. SK cuma risau jika ada yang berdendam dengan SK. SK cuma menjalankan tugas. Kalau SK dah nampak kesalahan yang dilakukan wajarkah SK menutup mata dan buat tak tahu.... ????


Jomlah kita balik ke sarang pulak ya. Mee Sarang ni SK masak malam tadi untuk anaknda Iman. Iman saje ke?? Oooo.. sebenarnya seminggu dua ni ER dah mula sibuk dengan urusan kerja dan majlis-majlis meraikan media. Biasalah dah hujung tahun memang begitu. Malam sebelumnya SK tak masak dengan alasan Iman dah makan banyak.. badan Iman dah besar sangat. Malam ni makan roti jer.. huhu. Tapi Iman tak makan roti. Dia cuma makan keropok jer. Jadi kerana kesian, malam tadi SK gagahkan juga buat mee sarang ni untuk dia. Kalau dah susah-susah tu wajar ke kalau SK tak tumpang sekaki.. wajar ke??? kikikiki...

Okeylah.. SK nak sambung buat kerja yang dah bersarang-sarang ni... cerita mee sarangnya sikit ajer.. huhuhu.

Resepi DI SINI!

SAKITNYA MENANGGUNG RINDU

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


KALAU kita berada di kawasan perumahan tak kiralah di kampung atau taman, kalau terjumpa kucing yang sihat, lincah, cantik, comel dan bersih adakah mungkin kucing itu tidak bertuan? Wajarkah untuk kita mengambilnya dengan alasan, oh, kucing ni saya jumpa... sungguh tak wajar. Fikirkanlah perasaan tuan yang memilki kucing itu. Dada SK rasa nak pecah menahan sedih dan rindu. Baru dua minggu dia dalam jagaan SK. SK siapkan tempat tidurnya, kencing beraknya, makan minumnya... bukan sedikit SK berhabis demi untuknya.... :'(

... Kini hanya tinggal kenangan... entah hidup entahkan mati.. entah sihat entahkan sakit .... ????







Mungkinkah Aboo sesat ketika bermain-main di luar kerana sifatnya yang lincah dan suka ingin tahu ? Ya Allah, jika benar Aboo sesat, tunjukkanlah dia jalan pulang dan jika ada orang yang terambil, bukalah hatinya untuk memulangkan. Jika tidak tahu arah maka Kau tunjukkanlah panduannya Ya Allah, aku bermohon kepadamu, sesungguhnya aku sangat sedih kehilangan Aboo...

Aamiinnn.. aamiiinnn Ya Rabbal Alaminnn...

PERUTUSAN RAJA SEHARI... NUR ZALIKHA & ARIFF SHAH... TERIMA KASIH KAK IDA1001 RESEPI

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SABDA Rasulullah SAW :
"Apabila salah seorang di antara kamu diundang kepada jamuan (kahwin),
maka hendaklah ia datang kepadanya, yakin menerimanya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Alhamdulillah, semalam tanpa keuzuran dan halangan melintang,
SK sekeluarga telah diberi kesempatan oleh Allah SWT
untuk menghadiri majlis perkahwinan puteri sulung Kak Ida 1001 Resepi,
Nur Zalikha bersama kekasih hatinya blogger idaman Malaya, Ariff Shah
di Dewan Merak Kayangan yang terhias indah.
Terima kasih ya Kak Ida yang sudi melayangkan kad jemputan kepada SK.
Amboiiiii, cantik sungguhlaaaa kedua mempelai ni tau,
sama cantik, sama padan, sama langsing, bagai intan dengan permata..
semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Tak putus-putus keduanya melemparkan senyuman
(huiiii.. lempar jangan tak lempar.. hihi)
kepada semua tetamu.
 
 
Tengoklah...
inilah silapnya kalau kita berdiri di sebelah orang yang langsing... huhuhu.
Mak aihhhh!!
SK tersilap pilih baju ke sampai dah jadi macam tempayan di samping Ariff Shah tu???
Hahahaha..
Ya Ampunnnnn.. gem***nyaaaaaaaaaa... malu! malu!!!
Tengoklah betapa anggunnya mak sedara pengantin tuuuu.. haaaaaaa...
 SK memang tertinggal beribu batu lahhh.. hehehehe...
Eh! Eh! Kak Jun, cara berdiri kita samalah..
siap keluarkan sebelah kasut dari celah kain,
hihihihi.
 
 
Sebenarnyakan,
SK sampai agak lewat semalam
sebab SK tersilap lorong selepas keluar dari terowong smart tu..
kami termasuk ke kawasan Bukit Bintang.
Phewwwwwww!!
Elok-elok sampai KL pukul 1... kami sangkut di situ lebih satu jam juga.
Nasib baiklah majlis belum habis masa kami sampai ada lagi lebih setengah jam.
Tu yang duduk melepak sampai habis majlis tu, hehehe.
 
 
Alhamdulillah,
sedap sungguh hidangan untuk para tamu.
SK segan nak ambil gambar tapi memang betul sedap,
ni bukan ayat mengampu ok..
ER tak habis-habis puji sepanjang perjalanan balik tu terutama tang nasi minyak tu...
sebab kami kat Johor ni selalu dihidangkan dengan nasi beriyani,
lama sangat tak jumpa nasi minyak lebih-lebih lagi yang mabeles macam semalam tu.
Selain nasi minyak ada juga nasi putih diikuti
 ayam kurma,
rendang tok,
ikan masam manis (sedap sangat... rugi tak ambil banyak, huhu),
dalca,
acar timun berempah,
papadom,
buah-buahan,
blueberry cheese cake,
sirap bandung dan sirap biasa
serta teh tarik....
 alamak!
Teringat-ingatlahhhh... hehehe.

 
Bila SK sampai,
sempatlah SK jumpa dan berbual sekejap dengan Lya...
blogger cantik comel lote tu.
 Lya pun dah nak balik masa tu,
SK pulak kelam kabut sebab dah lambatkan,
sampai terlupa nak ambil gambar bersama Lya dan baby girl yang comel tu.
Dan SK nak ucapkan terima kasih kepada blogger Aziela
yang sanggup tunggu SK walaupun Ziela nak balik ke Kuantan selepas majlis tu.
Terima kasih ya, Ziela...
errrr.. baru SK tahu yang Ziela ni rupanya satu bidang jugak dengan ER
jadi keduanya memang boleh ngamlah..
pulak tu Ziela ni orang HR kan..
 PR memang baguslah macam senang jer nak borak dengan ER
yang sebenarnya agak pendiam kalau tak berapa kenal tu,
hehehe.
 
 
Dannnnnn...
kalau dah jumpa dengan mak sedara pengantin ni (Kak Jun Cupcakekasih),
dunia sekeliling ni memang bagai tak diendahkanlah... huhuhu.
Topik utama... baju dan tudung semestinya...
kagum betullah dengan Kak Jun yang berjari-jemari intan ni tau.
 
 
Bukan saja pandai mendeco kek
tapi segala jenis kain kalau dapat kat tangan Kak Jun
memang akan tergubah indah
dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,
SK kagum sangat dengan kebolehan Alia merias gaun labuhnya yang asalnya kosong tu.
Iman siap cakap dengan SK nanti dia nak beli baju suruh Kak Alia jahitkan manik, hehehe..
 jangan tak tahu Iman pun dah pandai melaram sekarang, takut woooo SK.


Bagi pengikut setia blog kedua beradik wanita yang rupawan ni
tentu kenalkan dengan insan yang melahir dan membesarkan 
 kedua wanita terkenal seantero dunia blog ini.
Inilah bonda Kak Ida dan Kak Jun atau kata Kak Jun madre mereka.
Lemah lembut bila berbicara dan tutur katanya elok tersusun satu persatu.
Seronok sangat berbual, beruntungnyakan dapat melihat cucu naik pelamin
insyaAllah SK doakan makcik sihat walafiat
dan tahun hadapan dapatlah menimang cicit pulak,
Aamiiiinnn.


Haaaaaaaaa...
ni dia mak pengantin yang dah tersandar kepenatan.
Aduhaiiii.. kesiannya SK tengok.
Ialah, SK faham macammana penatnya menjadi mak pengantin
lebih-lebih lagi perkahwinan anak sulung... perempuan pulak tu.
 Semuanya kena diuruskan sendiri apa tak penatnya.
SK teringat ibu SK dulu setiap kali kahwinkan anak atau kenduri kendara
sehari lepas tu mesti ibu demam.
SK harap Kak Ida bolehlah berehat lepas ni..
jangan demam ya Kak Ida.
Kak Ida pun mesti dah lega kerana semuanya sudah selamat,
Alhamdulillah.
SK percaya ramai yang merindukan kemunculan Kak Ida dengan blog 1001 Resepinya
dan tak sabar membaca celoteh Kak Ida,
betul tak?
Jadi, Kak Ida.. cepat-cepatlah kembali ke dunia maya ya...
 
Akhir kalam... buat kedua mempelai.. auntie ucapkan Selamat Pengantin Baru... huhu.. dah pangkat auntie dah SK ni ropenyerrrr...
 
Sentiasalah amalkan sebait lirik dalam lagu P Ramlee :
"Buang yang keruh ambil yang jernih.. semoga percintaan kalian hingga ke syurga abadi..."
 
 
 

MAKAN & MALAM ASPIRASI KPYPJ 2013

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...
 
SEKADAR mencoret dan berkongsi kisah pendek malam Sabtu lepas.
Kami warga kerja KPYPJ telah diraikan dalam satu majlis gilang gemilang.
Alhamdulillah, setelah sekian lama teringin akhirnya dapat juga
SK hadir ke majlis makan malam tahunan anjuran syarikat macam ni.
Sebab biasanya bos akan buat majlis high tea atau makan tengahari
kali ini makan malam pulak kita. 
Dengan tema elegant dan rasmi,
SK tidaklah berhabis-habisan sebaliknya hanya memakai gaun lama sahaja....
bolehlahhhhh.. hihi.
Lepas tu yang paling tak best sekali disebabkan mengejar masa
SK telah tertinggalkan kamera di rumah..
jadi kredit untuk pemilik-pemilik kamera
yang gambarnya SK salin dan tampal ni ya, hihihi.

Antara hidangan malam itu..
Siakap Goreng Bersama Sos Masam Manis yang sedap amat,
Udang Goreng Butter bersama Oat yang rangup...
Five Varieties Combination... ini memang betul pembuka selera,
Boneless Chicken with Salad Mayonese...
Brocolli with Mushroom...
Hot & Sour Szhecuan Soup
dan tetiba kenapakah ada Nasi Goreng Kampung??
 Hihihi... bukan sepatutnya Nasi Goreng Cina ke???
Apa-apalah janji kenyang dan kami dihiburkan oleh live band lagi...
sangat suka sebab ada lagu.. 'Jujurlah sayang... aku tak mengapa.....' huhuhu.
 
oh ya, ada juga air longan dan kelapa laut sejuk lalu kat tekak malam-malam..
 lalala


Amboiiii... blink-blink lagi tuuu..
sila petik satu bintang ya...
dan boleh petik sekali lemak-lemak kat lengan SK tu.. hua hua hua.
Inilah dia kawan semeja merangkap sebilik juga dengan SK di Makmal Elektronik, namanya Nazalia... muda lagi baru 31.
Oit.. jangan ada yang cuba-cuba nak ngurat kerana dia telah dimiliki oleh tiga orang jejaka tampan... hihi.. tentulah sang suami dan dua anak bujang dan insyaAllah Februari nanti seorang lagi anaknya akan melihat dunia.
Sk doakan agar segalanya dipermudahkan untuk beliau, Aamiiiinnn.

p/s maaflah..
bulan ni tetiba SK kurang menulis untuk blog
tak macam bulan lepas hari-hari ada idea..
banyak sebenarnya yang SK nak ceritakan ... tunggu esok yaaaaaaaaa...
mintak-mintaklah nanti SK menjadi rajin semula, hihi
esok tahun barukan... selamat tahun baru untuk semua ya...

Wassalam.

AZAM IMAN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

APA ada pada tahun baru? Bagi SK sejak dah tua-tua ni, tahun baru jarang ada maknanya. Kalau dulu-dulu zaman sekolah tahun baru bererti naik kelas baru, jumpa kawan baru, jumpa cikgu baru, baju baru, kasut baru... ops! Beg sekolah jarang baru. Kalau nak merasa beg baru kena tunggu lepas raya, kumpul-kumpul duit raya barulah dapat merasa beg sekolah baru yang diidamkan... kotak pensil bertingkek-tingkek tu memang hanya mampu memandang dan telan air liur sahaja. Kerana kami orang yang tak mampu untuk bermewah-mewah macam orang lain dan tak pula pandai meminta-minta.. takut sebenarnya hendak meminta-minta... eh, memang tak reti nak meminta-minta sebab sendiri faham abah bukan orang kaya, ibu pula tidak bekerja.


Hari ini Iman memulakan persekolahan di sekolah baru. Hari ini Iman memakai kain warna biru muda. Terbayang-bayang saat SK mengendongnya ketika masih bayi kini Iman sudah sama besar dengan SK. SK ingatkan badan jer sama besar tapi rupanya bila timbang berat, Iman dah lebih berat dari SK, huhuhu. Kerana SK merasakan ER mampu... maka SK minta ER sediakan baju sekolah Iman sebanyak lima helai untuk dipakai dari Ahad sampai Khamis... kerana sebenarnya SK yang tak mampu nak basuh baju sekolah selalu. Sebab SK akan kumpul semua baju yang berwarna putih untuk dibasuh sekali arung dan banyak-banyak terus.. SK campak dan nila jer terus dalam mesin basuh. Senangkan kerja SK. Untuk kain cukup dua helai sebab boleh dicampur semasa membasuh baju lain. Tudung pun SK suruh ER beli lima. Oh, nak cerita.. entah kenapa tahun ni SK lambat beli tudung sekolah Iman... rupa-rupanya di sekolah baru Iman tudung putih 'awning' dijual siap dengan lencana. Jadi tahun ini kerja SK sangat mudah. Tak payah jahit lencana dan tak payah tulis nama.. sebab dah buat 'rubber stamp' nama Iman siap-siap.. hehe. Iman pun dah pandai berdikari menyediakan keperluan sekolah sendiri. Cuma SK tetaplah juga kena jadi CD yang berputar setiap hari. Bunyinya sama jer... Iman... kemas tempat tidur... Imannnnn... kemas bilik... Imannnnn... Imannnnn... Imannnnn... hihihi.


Oh, ya. Iman sekarang ni bersekolah di sekolah SK dulu tau. Sebenarnya atas permintaan Iman, SK dan ER langsung tidak memohon mana-mana sekolah berasrama walaupun kami ada kabel kuat sebab SK ni memang jenis yang tidak suka nak memaksa anak. Ya, dari segi disiplin, masa untuk tengok tv, masa untuk tidur, masa untuk belajar memang ada aturan. Dari kecil Iman telah dilatih bila masa yang dia boleh tengok tv, bila masa yang dia perlu belajar. Sebab itu SK hairan dengan sesetengah ibu bapa sekarang yang katanya, anaknya kalau dah tengok kartun makanya mak bapak jangan harap boleh tengok siaran lain. Anak kalau dah buka laptop, mak bapak jangan harap dapat guna. Eh, kenapa anda biarkan anak macam tu? Bagi SK adalah sangat penting mendisiplinkan anak sejak kecil. Biar dia tahu peraturan, apa yang boleh apa yang tidak boleh. Mana yang betul, mana yang salah. Esok-esok jangan sampai anak pijak kepala kita. Okey, sambung cerita asrama tadikan, SK pun sebenarnya tak sampai hati nak berpisah dengan Iman. Dahlah anak seorang, nak hantar pulak ke asrama. Walaupun SK tak pernah duduk di asrama namun SK tak sanggup membayangkan apa yang akan Iman lalui. Okey, itu fikiran negatif SK jer tau.. pendekkata SK tahu ER pun tak sampai hati nak melepaskan Iman. Jadi kita buat keputusan biarlah Iman bersekolah di sekolah menengah biasa sahaja.

Tup-tup, tiga minggu sebelum sesi persekolahan bermula, ER mendapat panggilan telefon dari sekolah lama Iman yang mengatakan Iman ditawarkan untuk memasuki Kelas Kawalan atau Kelas Rancangan Khas di sekolah lama SK tu. Sk terus telefon kakak ipar SK yang menjadi guru di sekolah menengah. Kak Roz memang menyokong penuh dan menceritakan tentang kebaikan kelas kawalan ni dan katanya bukan semua pelajar layak memasuki kelas kawalan. Guru-guru kelas kawalan juga adalah guru-guru yang terpilih. Menolak bererti melepaskan peluang keemasan. Sayang! Dan bila SK telefon sekolah, rata-rata memberi komen positif. Iman pula langsung tidak membantah dan mengikut apa sahaja keputusan kami orang tuanya. Dan pagi ini semasa menghantar Iman ke sekolah, SK yakin Sk telah membuat keputusan yang betul. Di sana sini SK tengok tersangkut dengan kesesakan lebih-lebih lagi jalan yang menuju sekolah tiga empat bintang. Tapi, sekolah Iman jalan terus sahaja. Ialah, sekolah bukan pilihan katanyakannnn... Alhamdulillah... semuanya tentu sudah disusun elok-elok oleh Allah SWT. Yang penting Iman kena berusaha lebih sedikit untuk masa depan Iman. Orang tua kata, belakang parang diasah lagikan tajam, nak.. jangan jadi orang yang bodoh sombong, yang tu memang tak mampu bonda nak menolong.. huhuhu.

Oh, ya! Tentu ramai yang tertanya-tanya apa keputusan Iman UPSR lepas. Dan ramai juga yang diam bila SK sebut Iman dapat 3 A dan 2 B... uiiiii... ada ke yang ingat Iman dapat 5A?? Sebenarnya SK dan ER amat bersyukur dengan apa yang Iman perolehi. Bukan rezeki kami sebenarnya kerana Iman bukan jenis yang terang otaknya. Untuk mendapatkan huruf berbentuk Eiffel Tower tu, Iman kena berusaha sepuluh kali ganda dari orang lain yang dianugerahkan kepandaian walaupun setiap hari mengadap fb semata-mata. ER sendiri berkorban ratusan ringgit setiap bulan untuk mencari guru tuisyen yang terbaik. SK berkorban waktu demi mengejar cita-cita menjadikan Iman seorang anak yang berjaya. Percaya tak bahawa keputusan Iman sentiasa naik turun naik turun setiap penggal. Cuba baca balik... naik... turun.. naik... turun. Maknanya setiap peperiksaan akhir penggal yang akan menentukan kelas pada tahun berikutnya keputusan Iman akan menurun. Impak maksimanya Iman telah ditukarkan ke sekolah lain kerana dengan angkuhnya guru besar di sekolah lama Iman (sekolah kluster katanya) cuma mahukan pelajar-pelajar yang mampu memberi keputusan A sahaja setiap penggal.

Alhamdulillah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Di sekolah baru, kedudukan Iman mula menonjol. Walaupun pencapaian Iman dalam pelajaran masih tidak berapa bagus.. masih naik turun dan naik kemudian turun..:(  tapi dengan sedikit masa yang tinggal kami tetap berusaha yang terbaik untuk Iman. Guru tuisyen Iman sendiri menggandakan waktu tuisyen dan tidak pernah berkira asalkan anak didiknya dapat menerima ilmu. Dan bukannya dekat SK hantar ya, 30 minit pergi dan 30 minit juga perjalanan balik demi mendapatkan perkhidmatan dari Teacher Watie. Terima kasih banyak atas pengorbanan teacher ya. Dan SK tengok Iman sendiri, bagaimanapun dia berusaha, Ya Allah.. belum ada rezeki untuk Iman rupanya. Keputusan peperiksaannya hanya mampu mendapat B dan C.. entahlah.. masa tu Sk sendiri tak faham apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada SK.  SK menangis semahunya di hari kedua Iman mengambil UPSR. Sk meminta dengan sesungguh-sungguhnya. Kasihanilah Iman Ya Allah. Berilah dia kejayaan atas apa yang dia usahakan. Janganlah Kau hukum dia atas dosa kami ibu bapanya ya Allah. :'(

Siapa ibu bapa yang tidak mengharapkan anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Tapi bagi SK, amatlah takut jika tiada A langsung dalam slip keputusan. Tapi perasaan takut itu SK buang jauh-jauh. Sk tak mahu terlalu berharap. SK tetapkan hati untuk terima apa juga keputusan UPSR Iman. Dan bila SK tengok Iman dapat A untuk subjek Matematik, subjek yang paling Iman lemah.. yang Iman selalu dapat C... pernah juga dapat D.. SK amat kagum dengan Iman. SK peluk Iman kuat-kuat. Sk cium pipi tembamnya kiri dan kanan. Anak yang satu ini amat membanggakan SK dan ER. Sebab dia tidak pernah berputus harap. Semangatnya sentiasa kuat. Iman sangat suka pergi sekolah.. suka pergi tuisyen.. suka belajar.. cuma mungkin rezekinya belum sampai. SK percaya, rezeki Iman ada di sekolah barunya ini. Tuah Iman ada di sekolah ini. SK pasti dan yakin Iman akan menjadi pelajar yang cemerlang. Anak yang akan membanggakan SK dan ER dan warga yang akan mengharumkan nama negaranya suatu masa kelak, insyaAllah... Aamiiinnn... aamiiinnn Ya Rabb.

Nota : Kalau nak tahu apa dia Kelas Rancangan Khas atau KRK boleh baca DI SINI

BEKERJA AHAD TAK ADA BEZANYA... RASA MACAM HARI ISNIN PULAK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

SELEPAS 21 tahun, hari ini warga Johor kembali bertugas dan bersekolah pada hari Ahad sehingga Khamis dan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Lebih untung ramai yang dapat pulang awal pada hari Khamis, macam SK sendiri, Khamis lepas dapat balik jam 3.30 petang. Sampai di rumah, belum pun buka baju kerja terus basuh kain baju dan mengangkat baju yang sudah kering di ampaian belakang. Hari Jumaat, macam biasa banyak kerja rumah yang hendak dibereskan jadi apa bezanya pun cuti pada hari Jumaat. Hari ini, walaupun Ahad pun rasa macam hari isnin jer tambah lagi seluruh isi rumah mengalami perubahan cuti yang sama macam SK jadi memang tak ada bezanya. Cuma mungkin yang terasa jika sang suami bercuti pada hari Ahad dan si isteri dan anak pula terpaksa keluar bersekolah atau bekerja. Simpati juga bertandang di hati SK dengan kawan-kawan yang mengalaminya semoga lama-kelamaan nanti dapatlah menyesuaikan diri dengan perubahan ini ya.

Bagi kami warga kolej ini jadual telahpun dianjakkan sehari ke hadapan jadi taklah pening sangat. Senang nak ikut jadual lama sebab pelajar-pelajar SK ini akan tamat kuliah dan menghadapi peperiksaan akhir insyaAllah pada Februari nanti. Sehingga itu, SK mungkin akan menyibukkan diri sedikit dengan mereka-mereka ni walaupun sebenarnya taklah sibuk manapun. Sebenarnya kami dalam proses menggubal soalan-soalan penilaian tu yang rasa macam tak ada mood nak berbelog. Kadang-kadang dah karang cerita dua tiga para tapi rasa macam karangan darjah 5 pulak sudahnya kita simpan dalam draft sampai basi. Dah basi nanti kita buanglah dalam tong sampah, hehehe.

Banyak sebenarnya kisah-kisah yang SK nak kongsikan tapi nantilah dulu ya tunggu fikiran ni tenang sikit. Sekarang ni fikiran ni rasa macam agak bercelaru dan kerap pulak di serang migrain sampai semua benda nampak silau jer di mata SK ni. Ada tak sesiapa yang pernah mengalami apa yang SK alami ni? Sebenarnya SK nikan, masih lagi mempunyai penglihatan yang terang, Alhamdulillah tapi tak tahulah masalah silau tu SK amat sensitif kalau terkena cahaya yang terlalu terang, kuning atau putih nanti mulalah rasa zig zag zig zag sampai kening rasa macam bertindan-tindan. Apakah??? Paling SK seram masa tengok MLM minggu lepas, tetiba sahaja SK nampak dua... Ya... SK nampak dalam tv tu, AC ada dua, Shahrul (Shiro) ada dua dan Ajak ada dua.. apakah?? Huhu. Kalau ikut logik SK rasa mungkin masa tu kedudukan mata hitam Sk berada di tengah tu yang nampak semua benda jadi dua tu.. kenapa ya?

Okeylah.. kepada sesiapa yang ada jawapan tentang masalah yang SK alami ni bolehlah tinggalkan komen di bawah ya. SK cuma banyak berdoa janganlah benda 'nampak dua' tu berlaku ketika SK sedang memandu.. haru nanti!! Huhuhu

MEE RACUN YANG KURANG BERACUN & CENDAWAN GORENG HOT & SPICY

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

ORANG kata, kalau ke Batu Pahat,
selain dari menikmati Nasi Beriyani Gum yang mantap,
tidak sah rasanya kalau tidak mencuba keenakan mee racun
yang sememangnya tidak akan ditemui di tempat lain selain Batu Pahat.
Dan... apabila ER ditugaskan 'out station' ke Batu Pahat
dia telah diracun bahawa 'Mee Racun' yang original
adalah berhampiran dengan Batu Pahat U Mall..
dekat dengan kedai langsir yang besar tu..
yang dekat dengan Hospital Pantai...
uols cariklah sendiri ya.
Dan selama dua hari bertugas di sana,
maka dua malam berturut-turutlah ER telah meracun dirinya di situ, kui kui.
Dan berkali-kali ER cuba meracuni fikiran Sk
bahawa di situlah sebenarnya tempat mee racun yang asal
(kawan-kawan opisnya cakap)
 bukannya di Jalan Sultanah sebagaimana
yang pernah SK war-warkan

Setelah beberapa kali sesi memujuk
 akhirnya kelmarin SK turutkan juga kehendak ER
untuk menempuh perjalanan hampir dua jam ke Batu Pahat
semata-mata bagi membuktikan mee itu benar-benar beracun.
Haaaaaa... inilah satu tabiat ER ni kalau nak makan suka jauh-jauh.
Sebetulnya pagi tu (sebenarnya dah dekat tengahari)
SK dah masakkan nasi lemak buah bidara untuk kekanda dan anaknda.
 Jadi elok-elok sampai di Batu Pahat tu semuanya yang dimakan
telahpun hadam barangkali bila ternampak ada gerai sate dan cendawan goreng,
perut ni (ke tekak.. huhu) terus minta dipenuhi, hehehehe.


Pada pendapat tekak SK ni, memang tak boleh lawan Mee Racun Jalan Sultanah laaa... 
 Sebabnya...
mee racun di Jalan Sultanah tu memang terasa sangat kuahnya tu
dengan rasa kambingnya yang mantap.
Tulang dan daging kambing turut dimasak sekali bersama kuahnya
tetapi di sini tulang dan daging tu direbus berasingan
dan tidak dicampur sekali semasa memasak kuah s
ebab SK tengok daging kambing tu bersih tak berkuah dan agak kering.
Bila Sk cakap dengan ER, dia kata patutlah kepala dia rasa okey jer
walaupun dua hari berturut-turut makan mee racun... 
 kalau nak tahu ER ni kalah sikit dengan daging kambing,
boleh makan tapi tak boleh makan banyak.. kalau tak nanti kepalanya senoneng, hehehe
jadi terbuktilahkan kuah mee racun tu tak sepower mee racun di Jalan Sultanah.

Tapi...
walaupun kurang beracun, licin jugakah SK makan, hihihi.
Bukan apa, SK ni memang pantang sikitlah dengan makanan yang tak habis ni.
Macammanapun pelan-pelan kena habiskan
kecuali makanan itu terlalu masin atau manis yang tu memanglah Sk surrender.
Sate di sini pun pada SK terlalu berempah dan bahan kisar tu masih kasar-kasar lagi melekat pada sate tu dan kuah kacangnya terlalu halus.
Sedap juga tapi tak boleh lawan sate bomba, sate aceh, sate Majidee dan sate Wak Radol, hehehe. (Okey.. semua cerita sate tu tak pernah di siarkan di Alam Sari.. SK tahu.. huhuhu)
 

Haaaaaaaaaaa... siapa yang datang sini mesti akan order cendawan goreng ni tau.
Cendawan goreng di sini memang ada kelainan dengan cendawan goreng
yang biasa SK beli di warung goreng pisang kerana
ia di goreng dengan rempah seakan ayam goreng ke ef si.
Sepatah kata Iman, rasa dia macam ayam goreng Uncle Bob..
haaaaaaaa.. sedap plak tu dicicah dengan kuah ala sos rojak ni.
Ok, selain dari mee racun tu, banyak lagi menu gorengan
dan masakan panas yang lain (tomyam tak adalah)
dan pelbagai jenis roti canai.
Memang sesuailah untuk orang-orang yang kelaparan singgah di sini.
Tapi kalau nak makan mee racun, SK tetap pilih Mee Racun DI SINI...
memangnya terbaekkkkk!!
 

BLUEBERRY CHEESE TART... ADA YANG RINDU.....

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


LAMA sungguh SK berehat dari membuat cheese tart banyak-banyak.
Orang.. bila masuk musim cuti sekolah makin ligat bisnes SK pulak terbalik.
Boleh dikatakan hampir setiap tahun begitu.
Lemau bila cuti sekolah rasa macam nak tersandar sepanjang tahun pun ada, hihihi.
Macam pernah SK beritahu sebelum ni, bukanlah tak buat langsung..
buat jugak tapi kuantitinya tak sebanyak macam selalulah.
Selain cheese tart, SK ada juga ambil tempahan kek.. pun tak banyak
mungkin sebab Sk tak promo.
Sengaja malas nak promo sebab malas nak buat, huhu.
Yang paling kelakar tukan.. satu hari tu SK terima satu mesej melalui fb....
 
 

Pelanggan Setia : Salam, kak. Ada buat kek 'LG' tak?

(Dalam hati SK) 'Kek LG??? Kek baru ke ni???' Sambil mengingatkan peti sejuk dan TV jenama LG.. hihi

SK : Kek LG??? Apakah???? Jap... google (dah google.. tak jumpa plak kek LG)

Lepas tu terus keluar mentol atas kepala... rupanya bunyi ayat tu, "Kak, ada buat kek lagi tak?" hahaha.

Lepas tu SK tanya dia, kenapa lagi tu dia tulis huruf besar? Dia kata dia tertekan.. hehe. Dia pun pelik apa yang SK nak google, adoilaaa.


Okey... ni nak cerita, ada yang rindukan cheese tart SK.
Kesian dia, tiga minggu dah tempah tu.
Masa tempah, dia kata, bila-bilalah kak, bila akak buat.
Hah, dah dia kata bila-bila, maka sampai bila-bilalah Sk tak buat.
Teruk betulkan?
Huhu. Kemudian, ada seorang lagi pelanggan setia yang tak pernah jemu
tempah 'tart shell' dengan SK mintak buatkan 'shell'.
Jadi, SK ingat bolehlah buat sekali tempahan kawan tadi.
Huiiii, tak hilang jugak penyakit M tu... malas nak letak krim, adohaiiii!
Ni malam tadi paksa juga diri untuk siapkan tempahan dia.
Alhamdulillah, lama tak buat semangat macam berkobar-kobar pulak
 tetiba malam tadi dengan design bunga yang baru ni.
 
 
Design bunga ni SK tengok ada seorang pelanggan mesin tart Sk dari Sabah yang buat.
Nampak cantik dan kiut aje.
Taklah tegakkkkk aje bunga kitakan.. hihi.
Terima kasih ya Za atau nama fbnya 'Ayustich' kerana berkongsi corak bunga ni ngan akak
semoga tambah melimpah rezeki untuk Za.
Akhir kalam, kepada orang yang rindu cheese tart Sk tu
lepas ni bolehlah makan puas-puas ya.. sambil melepas rindu dendam.. hehehe.
 
 
p/s : Sesiapa yang baru berjinak-jinak nak bisnes cheese tart tu
jangan lupa dapatkan mesin tekan tart secara manual ini dari SK
untuk memudahkan kerja anda.
Whatsapp me yeah 0127799705 atau
Viewing all 4172 articles
Browse latest View live