Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4181 articles
Browse latest View live

MESIN TART YANG AMAT PRAKTIKAL

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


PEJAM mata... apabila Seri Kandi mengambil keputusan untuk membeli mesin tekan untuk crust tart SK ni. Pendek kata, tiada istilah raya sakan pada raya yang lepas walaupun SK tak menang tangan melayan tempahan kerana keuntungan yang SK dapat dilaburkan untuk robot yang satu ini.. huwa! huwa! huwa! Tapi bila dah menggunakan mesin ini memanglah sangat berbaloi-baloi tambah lagi bila anaknda SK jadi operator mesin ni. Jadi tugas SK adalah cuma meratakan tebing crust. Sekali tekan lima keluar, sekali tekan lima keluar. Sekarang target SK adalah untuk mendapatkan kembali dulu modal mesin tekan ni. Tempahan pun dah banyak yang masuk dan pengeluaran pun agak laju dengan adanya mesin ni. Lima enam adunan pun dah tak ada hal lagi.. :-)))))
  
didapati dengan lima lubang

balut plastik pada penekan doh.. dicadangkan guna plastik yang lebih nipis

masukkan adunan dalam acuan dan masukkan acuan dalam lubang

tekan

tekan sampai batang putih tu menyentuh permukaan mesin

tak tahu kenapa gambar ni kena tengok sambil baring.. hehe

adunan akan melekat pada penekan, tarik keluar.. maaflah, bila dah pegang tu SK terus lupa nak sambung ambil gambar.. huhu
Berminat untuk mendapatkan mesin ini?? Bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com

gambar raya SK di Kedah.. perasan tak kami pakai baju raya tahun lepas.. SK memang tak ada hati nak pakai baju baru sebab memikir takut tempahan tak siap.. huhuhu
p/s : Ada seorang lagi tauke dah dapatkan mesin ini, siapakah dia????


UDANG TEMPOYAK UNTUK SK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


UDANG masak lemak.. bukan cili padi tapi cili giling yang memang sentiasa ada dalam peti ais SK. SK memang sentiasa sediakan stok cili giling siap bawang bagi memudahkan kerja memasak. Iman Fatiha tak sudah-sudah bertanya, kenapa bonda punya kuah warna lain, selalukan warna kuning. SK cakap SK guna cili merah, selalu SK guna cili hijau.. hihihi. SK malas sangat sebenarnya nak masak tapi sebab ada orang yang nak sangat makan udang dan ada orang yang nak sangat makan lauk lemak jadi SK campak jerlah cili giling, asam keping, garam dan santan dalam kuali. SK hiris halia seinci, serai pulak rupanya tak ada... urmmm. Nak bagi pedas, SK tambah dua tiga biji hirisan cili padi. Lepas tu, SK teringat ada tempoyak dalam peti ais, teringin pulak nak rasa masak lemak udang letak tempoyak. Jadi, SK asingkan tiga ekor udang dalam mangkuk lain sebab orang lain tak makan tempoyak... ish.. ish.. ishhhh.. sedap betullllllllll!! Rugi siapa tak makan tempoyak tauuuuuuuu....

;-))))))))

SI MERAH BALDU... SI PUTIH GEBU!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SK dihujani pertanyaan demi pertanyaan tentang resepi si merah baldu. Ada yang berterus-terang.. ada yang merisik-risik.. ada yang berkias-kias dan ada pula yang menawarkan wang untuk membeli resepi SK. SK ni masih menimbang-nimbang... nak bagi ke tak... nak jual keeeeee tak... urmmmm. SK nak tanya, berapa ramai yang nak resepi Red Velvet Cheese Tart SK ni? Siapa nakkkkkkkk... angkat tangan... :p

Dah.. dah.. SK tak nampak pun kalau akak-akak dan adik-adik angkat tangan tu. Macammana nak bagi SK nampak berapa ramai yang nak ya?? Senang jer caranya, anda tolong SK dapatkan balik modal mesin tart SK, boleh? Cuma klik iklan-iklan yang terpapar di blog SK ni ;-)))))))))) Amboiiii, tak agak-agak SK ya... jom klik ramai-ramai, klik hari-hari sampai ada post tentang resepi si merah baldu yang meletops-letops ni ya. Tak menang tangan SK menekan, dah macam lipas kudung pulak bila tart shell keluar ramai-ramai dari mesin, ahaks!

Oh! Ya.. pasal mesin tu juga, Alhamdulillah. SK ucapkan terima kasih atas pertanyaan yang mencurah-curah masuk dalam kotak email SK. Sampai basah lencun SK nak menjawabnya. SK juga banyak menerima panggilan telefon dan sms yang bertanyakan tentang mesin dan tart SK. Ada juga yang meminta tips. SK ucapkan terima kasih kepada semua yang menghargai tentang kewujudan SK di alam maya ini. Tanpa anda siapalah SK.. Ceh! Bajet retis kaa SK???

SK juga ada menerima permintaan supaya SK dapat menunjukkan hasil pengeluaran mesin tart SK tu. Ialah, hari tu separuh jalan jer SK tunjuk  Jadi, hari ini SK nak tunjuk rupa tart shell yang keluar tu. Gigih SK snap gambar demi untuk kawan-kawan maya yang tercenta ni tau...
 

Kali ini, SK gunakan plastik yang lebih nipis. Ini plastik yang macam selalu kita beli sayur, ikan kat kedai tu tapi ni plastik barulah, janganlah yang dah isi ikan pulak buat bungkus, hanyir tart shell tu pulak karang ;p. Ikat ketat dengan getah pada leher penekan tu. Kemudian laras-laras plastik tu supaya jangan terlalu berkedut, nanti tak cantik dalaman tart shell kita.

kalau dah rupa macam ni letak sikit jer lagi tepung
Iklan sikit ya.. adunan tart atau apa-apa kuih yang kita buat pun sukatan tepung tidak sama antara satu sama lain. Tepung yang selalu dinyatakan dalam resepi tu adalah anggaran tapi bukan maknanya resepi tu tak betul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan senduk kayu atau jari sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau dah tak melekat di tangan jangan tambahkan lagi tepung tu. Sukatan tepung ini berubah disebabkan kandungan cecair dalam telur atau esen yang kita gunakan. Jika terlebih tepung, tart shell akan merekah ketika dibakar. Dan elakkan juga memakai cincin ketika menguli doh bagi menjaga kebersihan makanan yang hendak kita jual kepada pelanggan.
 
uli sampai adunan tidak melekat di jari dan mangkuk macam ni. Adunan mestilah lembut ya supaya tidak merekah bila dibakar
Okey, mari kita sambung balik cerita mesin tart tadi... Tart mould yang telah diletakkan doh masukkan dalam lubang mesin. Oh, ya! Pada yang bertanya tentang saiz lubang, saiz lubang adalah diameter bahagian atas tart mould kita. Diameter tart mould hendaklah diukur dari hujung ke hujung kelopak tart mould kita.
 
 
Kemudian tekanlah mesin tu. Jangan terkejut pulak tengok semuanya melekat dekat penekan tu. Tarik keluar perlahan tapi kuat.. kuat tapi perlahan.. hehehe.. Agak-agaklah, jangan sampai tertanggal  doh dari mould tu.

selepas ditarik keluar dari penekan

ratakan tepi/ atas?? tart shell dengan pisau

cucuk dasarnya dengan garfu supaya tak menggelembung ketika dibakar

kata kawan SK, macam pasu bunga.. hehehe.. ni rupa sebelum bakar..

selepas dibakar dan diisi strawberry topping/ filling

hasil malam tadi.. 325 biji cheese tart pelbagai perisa tempahan dari orang KL.. kepada yang menempah tu selamat menjamu tekak ya

Bagi yang berminat untuk mendapatkan mesin tart tu sila buat tempahan awal ya dan pastikan ukuran mould anda supaya senang SK hantar ukuran kepada tukangnya. Jangan lupa email SK  serikanditanahjauhar@gmail.com

Wassalam.

KEK KEDAI VS KEK BONDA

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


"IBU, nanti hari jadik Indah, Indah tak nak kek yang ibu beli dekat kedai tau. Indah nak kek yang bonda buat je. Kalau ibu beli kat kedai, Indah tak nak potong," begitulah permintaan si kecil yang genap usianya 6 tahun semalam. Indah atau Nur Zahirah merupakan anak saudara SK di sebelah ibu yang paling bongsu, yang paling manja, yang paling mentel, yang paling gediks, gitewwwwww... hihihi. Lalu permintaan si anak saudara disampaikan kepada bonda. Terharu sungguhlah hati bonda mendengar permintaan Indah, budak yang baru berusia 6 tahun tak mahu kek yang dibeli di kedai tapi nak kek yang dibuat oleh bonda, padahal pada pendapat SK, kek kedai 100 kali lebih cun dari kek bonda ni.
 

"Boleh tak buatkan?" Tanya Angah, ibu Indah sehari sebelum hari jadi Indah. SK angguk. SK rasa ok, memang boleh buat. Petang tu SK terus ke kedai beli papan kek dan kotak. Haiiiiiii, SK tahu dekat rumah SK ada papan kek dan kotak tapi SK tak ingat saiz berapa. Jadi yang paling selamat beli yang lain. Setiap kali memang macam tu, haha. SK juga beli edible image gambar gadis muslimah dan sebiji lilin nombor 6. Sampai taman di rumah SK, singgah pulak ke kedai membeli coklat M&M. Semangat betul rasanya nak buat kek untuk Indah. Tapi, sepanjang jalan pulang SK berfikir, esok tu SK kerja, mana pulak SK nak simpan kek Indah yang dah bersalut krim atau ganache. Nak patah balik ambil kat rumah memang sempat tapi SK ada tempahan yang perlu disiapkan malam esoknya nanti lambat pulak kerja SK siap.  Nak bawa siap-siap ke pejabat... urmmmm.. ish.. tak boleh jadik ni.
 

Sudahnya, edible image dan coklat M&M tu SK bawa togel-togel ke pejabat esoknya. Petang tu, SK terus pergi ke kedai kek Sutera Rasa dekat dengan pejabat Encik Panglima. SK meninjau kek di ruang pameran. "Adik, ada kek yang kosong tak? Yang cuma krim aje atasnya?" Pekerja kedai menggeleng kepala. "Tak ada, tu jer yang ada." SK merenung lagi kek satu persatu. Banyaknya pilihan, tapi semua dah berbunga-bunga dan berumput-rumput siap dengan tiang golnya.. hehe. Akhirnya, SK pilih satu yang agak kosong, mungkin untuk diletakkan tulisan di tengahnya.
 

"Boleh tolong tampal???" SK terus keluarkan edible image yang SK bawa. Terkejut adik tu. Haaa.. ni kalau SK keluarkan coklat M&M mesti dia terus pitam. Terkial-kial dia menampal, "Laaaaaaa.. tak pernah buat ke?" Tanya SK. Dia geleng kepala. SK terus tampal sendiri sambil bertanya, "pernah tak jumpa customer macam akak ni??" Dia geleng-geleng kepala, hahahaha.. nasib.. nasib... SK tak jadi letak coklat M&M tu depan dia. SK buat sendiri dalam kereta masa tunggu Iman balik sekolah agama. Cun jugak! Memang sebiji macam kek buat sendiri.. hahahaha.
 

Suka betul Indah bila tengok kek yang 'dibuat' bondanya itu di kedai. Alahaiiiii Indah, maaf zahir batinlah ya, Indah... huhuhu. Bonda doakan semoga Indah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, diterangkan hati dan semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan berbahagia di akhirat sana, Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin.

 




 

TIRAMISU 2

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...
 

DUA tiga hari ini cuaca di Tanah Jauhar agak panas dan berbahang. Tapi bagus jugak, kering garing kain baju SK di jemuran. Ranum-ranum bila diangkat dan dilipat. SK suka sangat. Entah kenapa sejak kebelakangan ini SK amat rajin melipat kain baju. Duluuuuu, inilah benda yang paling SK tak suka buat. Oh, ya.. SK suka lipat kain baju dalam bilik sekarang sambil layan filem seram, hehe. Baru-baru ini SK melipat sambil tengok filem adaptasi dari kisah benar, The Conjuring atau maksud dalam bahasa melayunya, 'Jelmaan'. Ramai yang kata, ini adalah filem seram orang putih yang terbaik sampai ramai yang meninggalkan panggung walaupun dah beli tiket mahal-mahal. Tapi, SK tengok sambil lipat kain, rasa agak kuranglah seramnya, ngelat ek. Bila ada babak yang seram giler, SK angkat kain tutup muka, hahaha.


Tiramisu ini SK buat pada hari Sabtu lepas. Ini merupakan kali kedua SK buat tiramisu menggunakan resepi dari Chef Hanieliza ini. Sebab apa SK suka guna resepi ini? Sebab ia merupakan resepi yang ringkas dan bahan-bahannya pun senang didapati. Pada mulanya SK nak gunakan kek swiss roll berperisa kopi seperti yang dianjurkan oleh chef tapi tak ada pulak di kedai. SK ni manalah pandai buat swiss roll. Jadi, SK masih menggunakan swiss roll berperisa coklat. Bagi mereka yang nak membuat jamuan hari raya, SK syorkan untuk menyediakan tiramisu ini sebagai pemanis mulut untuk tetamu dan ia boleh disediakan lebih awal sebelum kita memasak menu-menu yang lain.


TIRAMISU
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
1 gulung kek swiss roll kopi (SK guna perisa coklat)
250 gm keju cream [philadelphia]
150 ml yogurt asli (SK guna perisa strawberry 150gm/1 cwn)
1/2 cawan gula (SK kurangkan sedikit sebab yogurt dah manis)
1 biji lemon [ambil jusnya]
Sedikit Serbuk Nescafe

Larutan Agar-agar
1/4 cawan air (SK letak ½ cawan)
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan ratakan.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan.

TART SHELL... ADA SESIAPA NAK TOLONG TRIM?

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SK sibuk hari ini... Ada sesiapa yang nak tolong trim?? Upahnya sedozen cheese tart setiap sejam, hehehehe....
 

DARI JENDELA DAPUR YANG ANTIK

$
0
0
 

ASSALAMUALAIKUM...


DAH beberapa hari rasanya SK menggantung kuali dan segala periuk. Menjerang air pun tidak. Kalau penting nak guna air panas, guna cerek elektrik jer. SK sebenarnya lebih suka jerang air di dapur gas tapi sebab air dalam peti sejuk masih banyak yang tak luak, jadi kalau nak minum air panas untuk seorang dua, memang macam tulah. Kalau tak, tak tahu mana nak simpan air masak banyak-banyak. Maklumlah, dapur besar sangat, hehehe. Kenapa SK tak masak??? Entahlah, rakyat jelata dalam rumah ni sibuk bebeno dengan urusan masing-masing nampaknya, huhuhu.
 
 

SK singgah di DAPUR JENDELA ni pada hari minggu lepas. Sebenarnya ini pertama kali SK pergi ke Dapur Jendela ni selama ni SK cuma dengar-dengar jer cerita kawan yang makan lempeng dan ubi rebus di sini. Haiiiiii, lempeng dengan ubi pun nak makan kat kedai ke, SK?? Haaa.. yang sebenarnya dalam rumah SK tu cuma SK seorang saja yang tahu makan ubi rebus, jadi memang tak berbaloi nak merebus ubi untuk makan seorang, hehehe.


Disebabkan masa SK sampai tu malam pun masih muda, jadi kedai memang masih tak berapa ramai pelanggan lagi. Oh, ya.. bagi yang belum tahu, lokasi DJ ni adalah di Bazar Karat, JB. Haaaa.. siapa orang luar yang datang JB, mesti wajib pergi Bazar Karat tau. Memang tempat yang paling 'happening' sekali, makin malam makin meriah!


 

Seperti kembali ke sekolah rendah bila melihat papan hijau yang tergantung di dinding DJ ni yang dituliskan menu DJ menggunakan kapur. Tapi, ada juga buku menu yang pada mulanya SK ingatkan buku cerita, konon-konon sementara tunggu makanan dihidang, bolehlah baca buku cerita tu.. membaca tukan jambatan ilmu :-)))) Rupa-rupanya ada menu yang ditampal dalam buku cerita tu, aiiii.. rasa macam jakun pulak SK ni, hehehe.




SK suka sangat melihat keunikan DJ ni sampai berpuluh-puluh keping gambar yang SK snap. Nasib baiklah orang tak ramai sangat, yang duduk di luar tu ramai jugak. DJ ni memang membahagikan ruang kedai kepada dua iaitu dalam dan luar. Kami pilih duduk di dalam, sejuk sikit sambil mengimbas kenangan silam.. hehe.


Entah kenapa SK jadi penamak sangat malam tu. Mula tu SK mintak lempeng.. lepas tu SK rasa macam tak boleh jadik, SK nak jugak makan ubi rebus. Jadi bila adik kedai tu hantar lempeng, SK mintak pulak lagi ubi rebus.. huhu.. mesti dalam hati dia cakap, patutlahhhhh kakak ni gemmmm..... (sila sambung sendirik). Iman mintak roti jala.. sebab apa tau, dia kan 'hantu' kari.. hihihihi. EP macam biasa makanan kesukaannya adalah mee hoon soto. Sedap jugak, boleh tahan tapi tetap tak boleh lawan SK ibu SK punya soto yang mabeles tu tau... Padan muka, akibat tamak balik tu faham-fahamlah apa yang jadik dengan perut SK ni, huhuhu.




Lempeng SK tu memang sedap sebab dia agak garing tapi lembut dan gebu cuma agak berminyak. Ubi rebusnya pulak, SK pelik kenapalah diletakkan margerin. Sudahnya SK yang biasa sayang nak buang-buang makanan ni terpaksa tak habiskan makan sebab rasa ubi tu melekit kat tekak. Kalau direbus macam biasa pun SK rasa dah cukup untuk menarik pelanggan datang lagi. Yang SK nampak, ramai pelanggan yang makan nasi kukus.. mungkin sedap kot (nampak macam pelanggan tetap) atau mungkin jugak mereka lapar, hahaha.
 
 

SK nak datang lagi tak??? Ehhhh, mestilah.. sebab SK suka dengan suasana di sini. Tapi kalau mintak lempeng atau ubi rebus, kena ingatkan awal-awal jangan boh margerin atau guna minyak yang banyak... Ok, bagi siapa yang nak datang sini, Sk cadangkan letak kereta di pejabat pos besar dan kemudian terus susur lorong ke bazar karat (dulu Bank Islam). DJ ada di sebelah kiri anda. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!!




CHEESE TART 'MUNGE' ANGGUN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


KATA kawan SK... (Kak Narimah namanya)

"Kuih yang cantik kena makan dengan penuh bergaya macam model hehe.."

Jadi, jom kita ramai-ramai bajet jadik model sambil suap cheese tart munge ini ke mulut dengan penuh sopan-santun ya, hihi. Walaupun dah bertahun SK menikmati cheese tart ini, SK tak pernah jemu. Setiap kali menyuap SK selalu membayangkan bagaimana pelanggan SK menikmati cheese tart SK. Dan SK selalu bimbang tahap kekembangan lubang hidung SK mencapai tahap maksima setiap kali mendengar/ membaca kata-kata pujian terhadap cheese tart SK. Eh, SK bukan riak ya.. harap anda tidak salah faham. SK tahu ramai lagi pembuat-pembuat cheese tart di luar sana yang cheese tartnya sedap-sedap belaka, mungkin lebih sedap dari SK punya dan sesungguhnya definasi sedap itu adalah subjektif.. sebagaimana definasi cantik :-)))))
 

Minggu lepas, hati SK melonjak keriangan bila mendapat tahu bahawa cheese tart SK telah menjadi santapan selebriti-selebriti TV3 antaranya Zakiah Anas yang cantik manis tu dan juga penerbit program TV3 yang terkenal Mazlin Nordin pun ada. SK tak tahu pula salah seorang pelanggan yang membeli 9 kotak cheese tart SK selepas raya hari tu adalah bekas seorang pembaca berita TV3 tahun 1987. Aiiii, masa tu SK baru darjah 6, tu yang SK tak perasan, sabar ajelah. SK nak ucapkan terima kasih kepada beliau yang merupakan antara pelanggan SK yang setia... yang katanya sanggup tunggu setiap kali adik SK balik JB untuk menikmati air tangan SK, terharunya rasa. Terima kasih ya, Datin Padlon Abdul Rahman. Terima kasih juga kepada adik SK, Wawa yang tak pernah jemu mempromosikan produk SK kepada kawan-kawan sekerjanya di IPGBM, Lembah Pantai, KL.

SK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pelanggan SK sama ada kawan-kawan biasa, kawan luar biasa, pelanggan baru, pelanggan tetap dan dah ada pun yang menjadi kawan-kawan SK, yang SK anggap seperti adik-adik SK. Pada yang menghantar email, whatsapp, sms.. SK ucapkan terima kasih kerana melalui itu semua SK rasa sangat dihargai dan betapa kehadiran SK walaupun sekadar di alam maya dapat diterima dengan baik oleh anda semua.
 

Dan.. rupa-rupanya citarasa pelanggan ni, mereka sukakan sesuatu yang lain dari yang lain. Dan lumrah wanita (kebanyakan pelanggan SK tentulah wanita) memang sukakan keindahan dan kecantikan dan wanita juga sukakan bunga, kan. Tidak hairanlah apabila limpahan tempahan yang SK terima setelah mengepos gambar cheese tart yang berbunga-bunga di fb. Ini disebabkan anaknda SK telah menyuarakan rasa rindunya dengan lorekan-lorekan SK di cheese tart. Jadi untuk menunaikan permintaannya, SK pun melorek kembali. kebetulan SK memang tak ada buat benda lain hari tu. Kemudian SK teringat pulak bunga-bunga deco SK yang masih berbaki dari hantaran perkahwinan adinda SK. Ada juga beberapa kawan baker yang meletak bunga atas cheese tart dan lorekan mereka lebih anggun. SK sangat kagum dengan mereka terutama sifu SK, Kak Azita Zain, SK rasa sangat terhutang budi dengan beliau sehingga bila-bila, terima kasih, ya Kak Ita. Saaaaaaaaaaaaaaayang Kak Ita!!

Bagi yang ingin cuba membuat sendiri, klik resepinya DI SINI ya.

Akhir kalam, salam sayang dari SK dari Tanah Jauhar...

p/s bukan Tanah Kubur ya.... :p


GULAI KAWAH DALAM PERIUK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


DUA tiga menjak ni SK sangat sibuk. Betul-betul sibuk.. di rumah.. di pejabat.. sama sibuknya. Di rumah, sibuk dengan kerja rumah.. dengan tempahan cheese tart. Di pejabat, sibuk dengan portfolio pelajar, ada lawatan verifikasi dan penilaian akhir dan ada pula lawatan penarafan bintang. Rasa nak pengsan lama-lama.. bila sedar nanti, hari yang mendebarkan itu telah berlalu.

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan cheese tart, Encik Panglima pulang membawa sekilo daging. Selepas menghantar anaknda Iman ke kelas tambahan, beliau singgah ke pasar dan katanya cuma ada sebuah kedai menjual daging baru. Dah berminggu beliau mencari daging baru tapi kalau carinya di tengahari, dah wassalam-lah jawabnya. Beliau minta SK masakkan daging kicap. Ah, mana lalu tekak SK sekadar makan daging kicap yang tidak bertumis. Daging dihiris nipis, perap kicap manis, goreng dalam minyak sedikit, tambahkan ajinomoto dan masukkan bawang yang dipotong bulat. Bila bawang dah layu, maknanya daging pun dah lembut dan boleh dihidangkan. Tak ada serai, halia, lengkuas, cili dan yang sewaktu dengannya.

Ting!!! Ada mentol menyala atas kepala. Teringat SK rempah premix gulai kawah dalam kabinet. "Bonda nak masak gulai kawahlah," jerit SK dari dapur. "Ermmmm, dapnyaaaaaaaaa!" Jawab Encik Panglima manja. Muntah!! :p

Mungkin rasanya tidak seasli gulai kawah dari pantai timur yang menggunakan rempah gulai kawah yang dijual secara timbang di Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah. Tapi, bagi SK, gulai kawah menggunakan rempah premix ini tetap sedap dan mempunyai rasa asli yang tersendiri. Sepanjang menikmati makan tengahari (sebenarnya dah pukul 3++), tak ada komen negatif dari mulut ER. Cuma dia kata, mesti lagi sedap kalau ada lemak-lemak. Hantu lemak sungguhlaaaaaaaaaaaa...

Gulai Kawah Premix Nurani Spice

Bahan-bahan :

1 peket rempah gulai kawah Nurani Spice
600 gm daging (lebih sedap campurkan sedikit dengan bahagian berlemak atau tetel)
400 ml air
200 ml santan
4 biji kentang
2 biji tomato
1/2 labu bawang kuning (hiris)
5 - 6 biji cili padi
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  1. Campurkan rempah gulai kawah dengan 200 ml air, kacau rata.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kawah periuk, masukkan rempah tadi. Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana kecil.
  3. Masukkan daging (dihiris atau potong kecil) bersama kentang yang telah dipotong empat.
  4. Gaul sekejap biar bersalut rempah. Kemudian tambahkan 200 ml air. Kacau sebati.
  5. Tambahkan santan, masak hingga mendidih dan daging lembut.
  6. Masukkan tomato dan cili padi.
  7. Sementara itu gorengkan bawang kuning yang dihiris hingga agak garing. Masukkan ke dalam gulai kawah. (Jangan masukkan dengan minyak-minyak sekali pulak)
  8. Sedia dihidang dengan nasi putih.... nyum.. nyum...

Untuk mendapatkan rempah gulai kawah ini bolehlah hubungi SK di talian 012-779705.

Tengok rempah lain yang SK dah cuba dan dijamin sedap!

Kuzi Kambing
Rendang Ayam
Kerutub Ayam
Bawal Sweet Sour

SUATU MASA DULU BERSAMA DATUK SITI NURHALIZA

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

SK TENGAH CARI-CARI FILE/ DOKUMEN DALAM PEN DRIVE LAMA-LAMA.. SEKALI TERJUMPA GAMBAR NI.

LOKASINYA TAK SILAP DI HOLIDAY INN, JOHOR BAHRU... KINI DIKENALI SEBAGAI MUTIARA HOTEL.

Masa ni Iman ada dalam perut lagi, hihihi...

LONTONG GORENG KAK SAB

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

SK suka tambah sambal kicap dalam lontong goreng dan tabur banyak-banyak bawang goreng :-))))

SETIAP hari inilah masakan Kak Sab, pengusaha cafe di kolej tempat SK mencari rezeki yang ditunggu-tunggu. Dari kakitangan hingga pelajar, kebanyakannya sangat menyukai lontong goreng Kak Sab yang payah ditemui di tempat lain. Ya, orang Johor memang terkenal dengan masakan lontongnya. Kalau dulu lontong adalah nasi impit yang dinikmati bersama kuah lodeh dan sambal kacang, kemudiannya warga Johor diperkenalkan dengan Lontong Kering. Lontong Kering lebih mewah dengan lauk pauknya berbanding Lontong (Basah). Tak silap SK, SK mula jumpa lontong kering ni masa usia SK 21 tahun. Diperkenalkan oleh kawan sekerja SK yang bapanya berniaga air di sebelah gerai ZZ Sup Tulang yang terkenal di Johor Bahru ni. Lontong kering ZZ lah yang hari-hari SK mengadap sampai naik montel, heheheh.


Sejak Kak Sab berniaga di cafe, barulah SK jumpa lontong goreng ni walaupun sebelum ini SK biasa mendengar dari orang lain dan pernah juga SK lihat resepi lontong goreng di blog-blog. SK tak pernah lagi cuba menggoreng sendiri lontong atau membelinya di tempat lain tapi pada SK lontong goreng Kak Sab sangat sedap kerana rasanya mempunyai ciri-ciri mee mamak. Rempah ratusnya ditumis lama di atas api perlahan, barulah dimasukkan kentang yang dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu. Kemudian, lontong yang telah dipotong dadu juga dimasukkan dan digoreng cepat-cepat menggunakan api yang besar. Menurut Kak Sab, lontong jangan dimasak terlalu lama kerana nanti ia akan menjadi lembik. Ada sesiapa yang nak cuba???

SAMBUTAN MERDEKA RAYA DI SKSK

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SAMBUTAN hari raya dan 56 tahun ulangtahun kemerdekaan diraikan serentak di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif, Johor Bahru (SKSK). Di sini SK nak kongsikan gambar-gambar yang SK ambil dengan kamera cabuk SK.. mutu gambar haraplah dimaafkan. Ada video jugak tau.. buat kenang-kenangan kata orang, kannnnn...

payung-payung yang berawangan menyambut kehadiran tetamu

warna-warni kemerdekaan

untuk dinikmati

sibuk menyediakan juadah

belum berkuah

sedapnya... mee kari

laksa penang

chef laksa penang... Hartini

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang...

tauke kuih.. Kak Tim dan Kak Yana

favourite SK... lontong goreng, hehehe

tiga dara

orang kuat bubur kacang durian.. hehe.. pelajar di SKSK

penghilang dahaga

tulang belakang majlis.. Jay dan Azy

ni kalau mak mertua lalu pun tak sedar nih!.. Halimah

orang kuat SKSK.. Fandi
 
bos SKSK bersama staf dan pelajar

dan payung-payung pun berkuncupan tanda majlis sudah berakhir
 
 Jom tengok video perasmian sambutannya pulak...

























BEGINI RUPANYA RASA...

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Iman ketika berusia 5 tahun bersama adik sepupunya Ilham yang kini telah berusia 8 tahun

RASA sepertinya baru semalam SK melambai-lambai tangan pada anaknda Iman yang SK tinggalkan di tadika untuk belajar membaca, mengeja dan mengira. Rasa sepertinya baru kelmarin SK meninggalkannya pula di bangku sekolah kebangsaan untuk mendaki puncak kejayaan. Semalam yang penuh kenangan. Kelmarin yang penuh cabaran dan esok satu impian mungkinkah akan terlaksana. Titik tolak dari segala apa yang anakda usahakan semoga mendapat ganjaran yang setimpal. Wang ringgit, tenaga dan masa yang ayahndamu korbankan menghantar ke kelas tuisyen ulang-alik hampir setiap malam dan hari liburan demi masa depan.

Orang kata, wahhhh! Hebat.. SK. Hantar anak tuisyen jauh-jauh, mencari guru yang terbaik. Mesti result Iman nanti beratur huruf A... aminnnnn. Itu juga satu doa, terima kasih ya. Ya, SK mula menghantar Iman tuisyen semenjak dia berusia 6 tahun. Kepandaian itu satu anugerah dari Ilahi. Ada orang tak perlu belajar 24/7 pun sudah boleh dapat result A cemerlang berdiri. Ada orang yang belajar macam nak mati, hujung-hujungnya cuma dapat C. Rezeki masing-masing dan SK dan Encik Panglima ER menerima seadanya apa juga keputusan yang akan diserahkan ke tangan kami nanti. Apapun SK dan ER tahu bahawa pastinya Iman hendak berlebih lagi. Seperti katanya, 'Cita-cita tanpa usaha hanyalah angan-angan' dan bonda tahu Iman bukan berangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Semoga ditenangkan hati anakndaku Nur Iman Fatiha (Mohd Rizar) dalam menghadapi peperiksaan esok, dikuatkan semangatnya, diingatkan perkara yang dia tidak ingat, dipermudahkan, terang hatinya, lapang dadanya dan kejayaan yang cemerlang akan mengiringinya... Amin.. amin... Ya Rabbal Alamin.

100 PIECE CAKE DECORATING KIT

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


ANDA baru berjinak-jinak dengan dunia kek?
Ingin menghasilkan kek hari lahir untuk anak anda dengan hasil deco dan air tangan sendiri.
Jom, beli set untuk deco ini dengan harga yang sangat murah dan berbaloi-baloi.
 Ramai yang telan-telan air liur tengok set deco ni tau..
SK pun sama, huhuhu..

disertakan dengan sebuah beg untuk memudahkan penyimpanan
Apa yang perlu dilakukan cuma mengisi krim dengan warna dan rasa kegemaran anda ke dalam beg,memilihtip,memicitnya untuk menghasilkan sebiji kek yang sempurna dan menawan dan ianya semudah 1-2-3.
100 piece cake decorating kit

100 keping set yang berbaloi untuk dimiliki dan ia disertakan dengan arahan yang mudah.
Anda hanya perlu menggunakan kreativiti dan daya imaginasi anda untuk menarik perhatian anak anda, keluarga dan rakan-rakan.


Stok Terhad

Tinggal 50
32
21
10
7
3 unit sahaja
 
Harga :
Semenanjung Malaysia RM41 sahaja
Sabah/ Sarawak RM44 sahaja.
Semua harga termasuk kos penghantaran.
Untuk pembelian anda boleh email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com
atau boleh juga
whatsapp SK di talian 012-7799705

Update : Jika unit ini habis, kami akan restok 100 pcs Deco Kit ini tapi dengan harga asal ya.

 
          

KALAU IKUT HATI SK BUAT GULAI!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


TIDAK puas menikmati gulai asam pedas ikan merah di Restoran Tanjung Nelayan, Gelang Patah.. baru-baru ini (gambar.. SK takde buat entry khas tentang tu) kelmarin ER beli seekor ikan merah bersaiz sederhana. Cukuplah (mungkin berlebihan) untuk makan tiga orang. Katanya, tak puas makan di kedai. Puas lagi makan air tangan SK. Iman pun cakap macam tu. Jemu makan di kedai, bonda masak lagi sedap. Hidung SK kembang-kempis. Dalam kepenatan menempuh sesaknya jalanraya di Skudai, malam itu SK masak juga. Memang dah beberapa hari ni SK kerap masak untuk makan malam, masakan yang biasa, jadi ceritanya pun biasa...


Ini masakan gulai asam pedas ikan merah SK. SK kalau masak ikan yang lembut-lembut macam ni memang suka masak dalam kuali. Nak menumis pun guna sudip, mengangkat ikan pun guna sudip, supaya ikan tak patah riuk. Maaf, tak ada gambar yang terhidang cantik dalam pinggan. Semua orang dah lapar, jadi lepas hidang kita terus jadik Sang Bedal! hahaha...

.......................


Sebenarnyakan.. yang SK nak cerita ni... pagi tadi tiba-tiba SK naik angin. Angin SK naik berpunca dari satu warkah yang SK terima petang semalam. Masa terima warkah tu, SK tak rasa apapun.. macam orang yang dah tak ada perasaan gitu. Dapat warkah tupun masa dah nak balik. Jadi tak sempatlah nak bergossip. Ada beberapa orang kawan SK yang turut terima warkah yang sama dan isinya sama. Pagi ni, SK terserempak dengan seorang kawan yang dapat warkah sama tapi skripnya lain. Lalu terluahlah perasaan masing-masing. Skripnya bukan cerita bohong, bukan juga fitnah. Tetapi isi cerita warkah itu menafikan hak kami sebagai seorang staf yang menyumbang kepada syarikat. Adakah kami ni makan gaji semata-mata?? Tidak ya!! Kami menyumbang sesuatu supaya 'awak' boleh dapat lima enam biji bintang yang awak nak tu. Kami dapat apa? Letih! Lelah!  Antara syarikat dan pekerja saling memerlukan. Jangan fikir kerana syarikat membayar gaji, syarikat boleh buat apa sahaja. Awak jawablah! Jawablah nanti di 'sana'. Cukuplah! SK dah muak dengan kerenah mereka-mereka ini. Memualkan!! Kalau ikut hati, memang SK buat gulai!!!

CUPCAKE BATTER DISPENSER.. BESTNYA!!!

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...



SUDAH lama SK idamkan satu 'dispenser' seperti ini berada di ceruk dapur rumah SK.
Aik! Takkanlah SK letak di ceruk pulakkan.
Mestilah SK letak dekat tempat yang kalau orang datang rumah SK boleh nampak dan berkata, woOOOOWWWW!! 
Alaaa.. kita orang perempuan kan memang secara semulajadi sukakan gajet-gajet yang macam ni.. hihihi.
Orang lelaki pun mesti ramai yang suka.
Boleh juga hadiahkan untuk isteri atau makwe, ehemmmm!!
 

Amacam?
Tak terpikat ke??
Bayangkan, kerja-kerja dapur jadi lebih mudah.
Tak ada lagi huru-hara di dapur dengan tumpahan adunan atas meja dan dapur setiap kali kita menyenduk adunan ke dalam cawan kek atau muffin atau membuat lempeng atas kuali.
Jemput-jemput pun boleh tau! 
Anda hanya perlu menarik pemegang dan adunan akan meluncur dari paip yang berada di bawah 'Batter Dispenser' ini. 
Ia didatangkan dengan penutup yang boleh dikunci untuk menyimpan lebihan adunan.
 
Disebabkan produk ini masih baru di pasaran,
jadi proses pembelian dijangka sehingga 12 hari (hari bekerja).
Jadi, bagi sesiapa yang berminat, bolehlah email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com
atau kalau nak cepat berinteraksi dengan SK boleh
whatsapp SK di 012-7799705.


'Cupcake Batter Dispenser'
Material : Acrylic/ Plastik Bermutu Tinggi
Tinggi : 7-1/4"tinggi
Diameter :  4-1/2
Kelebaran termasuk pemegang : 6-3/4".
Kapasiti : 4-cawan.
 
Harga : Semenanjung Malaysia - RM138
             Sabah/ Sarawak - RM141
 
Proses penghantaran : 12 hari bekerja.
 
Semua harga termasuk kos penghantaran.
 
Wassalam. 

RED VELVET CHEESE TART... BUKAN LAGI RAHSIA

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


RED VELVET CHEESE TART... PERNAH seketika dihimpit kontroversi namun bagi SK ia adalah lumrah hidup. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tak pernah bergelombang, kan. Sepanjang hidup selama 38 tahun ni dah banyak benda yang SK harungi dan bagi SK, SK tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Berdirinya SK hari ini adalah atas susah payah kedua ibu bapa SK yang melahirkan dan membesarkan SK, kemudian dihantar pula ke sekolah. Dewasanya SK hari ini dengan berkat didikan mereka dan SK kini bahagia di samping suami dan anak yang senantiasa di hati SK. SK juga bahagia kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang amat disenangi dan disayangi termasuklah anda... anda pembaca setia blog Alam Sari... ya... andalah... muahhhhhhhhh!!


Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ada yang balik kampung ke? Tahun ini hari raya jatuh pada hari Selasa, kan.. tengah-tengah minggu pulak tu. SK sendiri memang beraya di JB sajalah. Silap-silap masa tu SK tengah sibuk menyiapkan tempahan cheese tart. Hadoiiii.. nasib.. nasib... Sebenarnyakan, SK ni kadang-kadang datang jugaklah malasnya nak buat cheese tart tu. Eh, sebenarnya selalu macam tu.. hihi. Masa nak ambil tempahan tu, amboi.. kemainlah rajin mencatat. Tapi bila nak buat tu, aiiii.. malasnya. Tapi, mengenangkan dah berjanji.. dah berjanji ya.. bukan soal fulusnya. SK ni kalau dah berjanji dengan orang memang sedaya upaya.. bab masa pun sama.. mesti nak tepat, tak mo ada 9 lebih.. 10 lebih... Kena janji betul-betul. Kalau 10.30 cakap 10.30, jangan cakap 10 lebih, huhu. Siapa yang kenal SK secara peribadi, tentu faham :-))))


Kalau orang lain mungkin malas bab nak menekan doh cheese tart tukan, SK ni malas bab nak mengadun doh cheese tart tu. Sebab SK ni punya tulang kecik, tapi dagingnya banyak... agagaga. Cer bayang kalau rangka kecik bebannya banyak, memang macam nak tanggal siku ni. Putar guna senduk kayu pulak tu. Sebab tu kadang-kadang ngelat jugaklah, guna mesin.. selamat sikuuuuu SK, takut berderai nanti.. takpun berbunyi-bunyi kruk krak kruk krak macam Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk tu, hihihi.


 Amboiii.. bukan main panjang celoteh SK hari ni ya. Sebenarnyakan, SK ni orang kata, rupa takde.. harta pun kurang (sila lap air mata). Kalau boleh, nak jadi orang kaya, biar hari-hari boleh raya.. tapi apakan daya... (Cer tengok orang kaya.. hari-hari ke dia beraya???) SK kalau boleh nakkkkkkkkkkk bagi semua orang makan cheese tart SK percuma tapi macam SK cakap tadi tulah, SK bukan orang kaya. Sebab tu, SK tak kisah pun kalau orang nak beli atau nak buat sendiri untuk makan sendiri. Kalau ada yang bertanya, SK... macam mana supaya cheese tart kita jadi macam ni.. macam tu.. SK akan jawab selagi SK tahu. Allah SWT menjadikan kita ni sama darjat di sisi-Nya tapi kebolehan setiap orang tak sama. Ada yang berkebolehan mengeluarkan wang, tak kisah nak beli apa saja, sebut saja harga, dia bayar. Ada yang suka tawar menawar (SK lah tu). Ada yang suka nak buat sendiri untuk makan sendiri walaupun dia banyak wang, dia tetap nak buat sendiri. Tepuk dada tanya selera, gitulah gamaknya... Oh, ya.. SK jenis yang tak banyak wang ya... huhuhuhu.


Setiap inspirasi tentulah dari Al-Wahid. Dialah Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), Dialah Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki). Dia jugalah Al-Alim (Yang Maha Mengetahui). Dialah juga Al-Hadi (Maha Memimpin dan Memberi Petunjuk). Pada hari ini, hari penghulu segala hari, hari Jumaat yang dimuliakan, SK ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat SK yang dikasihi resepi Red Velvet Cheese Tart ini. Panjang-panjanglah resepi ini dan tidak perlulah dicanang-canang siapa yang empunya nama. Jika ada rezeki anda, berniagalah menggunakan resepi ini. Kita sama-sama cari rezeki yang halal di bumi Allah yang luas ini, insyaAllah. Resepi ini diolah dari resepi cheese tart yang biasa SK gunakan sebelum ini atas perkongsian dari Kak Azita Zain. Terima kasih sekali lagi untuk sifu SK, Kak Ita. Semoga Allah merahmatimu kakak.

RESEPI RED VELVET CHEESE TART

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

selamat menikmati red velvet cheese tart... muahhhhhhh!!!


PIE MAKER KINI DI PASARAN

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


SK masih ingat, ketika Kak Ida 1001 Resepi mula-mula memperkenalkan penggunaan pie magic atau pie maker, ramai sungguh yang teruja untuk mendapatkan pie maker tersebut. SK juga antara insan yang bertuah apabila telah memenangi sebuah pie maker dalam majlis GA 1001 Resepi. Ramai yang teringin untuk mendapatkan atau membeli pie maker tersebut sayangnya ia belum dipasarkan di Malaysia. Dan berita ini pasti menggembirakan buat anda-anda semua yang ingin menambahkan gajet dapur. Pie Maker kini sudah berada di pasaran Malaysia. Kalau pie maker SK cuma ada dua slot pie sahaja, pie maker ini ada empat slot tau. Urmmm.. makin lajulah berpie nampaknya kan...


Oh, ya! Pie maker ni tidak semestinya anda perlu menggunakan kulit pie dari pastry tetapi boleh juga dipelbagaikan sama ada menggunakan roti macam yang Che Mat Gebu buat di SINI dan boleh juga gunakan cupcakeliner macam Kak Ida buat di SINI. Yang SK buat pun banyak juga.. anda boleh tengok bawah label pie ya atau google jer, pie alam sari... pie 1001 resepi... pie tiffinbiru.. mesti jumpa macam-macam pie nanti. Makin menggebulah nak beli, ye tak?? hehehe..
 
amacam? Tak teruja ke tengok pie daging ni???
Baiklah, berikut adalah spesifikasi pie maker yang telah diberi oleh pembekal. SK tak kuasalah nak translate.. hehehe.. sorry ea. Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli pie maker tersebut, SK nak bagi tawaran istimewa sehingga 20 Oktober 2013 sahaja. Lepas tu harga akan kembali seperti asal ya.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com atau boleh sms atau call SK di talian 012-7799705 atau boleh juga whatsapp di talian yang sama. Jangan tunggu lama-lama!!




Bakers and takers master the art of pie-making using non-stick metallic pie makers with four slots which prepare pastries for quartets simultaneously. Humble pie makers and eaters revel in non-stick coating surfaces which prevent crumbling while crimper seals press down crust edges for attractive finishes. Pies are baked evenly and quickly with wrap-around heating elements, producing meals and excuses from social gatherings in minutes.

Product specifications and features: 4-slot pie maker Packaging dimensions: 29cm (W) x 40cm (L) x 15.3cm (H)
Product dimensions: 24.5cm (W) x 34.5cm (W) x 11.5cm (H) Weight: 2.85kg
Pie slot height: 28mm
Pie slot diameter: 98mm
Material: PBT and aluminium
Voltage & frequency: 230V, 60Hz
Power: 1,300W Australia SAA plug and cord
Colour: White Metallic body
Non-stick coating surface with crimping borders for sealed edges
Wrap-around heating element bakes pies evenly and quickly
Bakes 4 pies in min. 8 minutes
Easy to clean
6-month warranty for manufacturing defects
Package includes:
4-slot pie maker
User manual

Harga Pasaran : RM290
Harga Jualan : RM260 (Peninsular), RM280 (S/S)

Harga termasuk penghantaran.
dapatkan tawaran harga istimewa sehingga 20 Oktober 2013.
Hubungi SK di email : serikanditanahjauhar@gmail.com
atau whatsapp : 012-7799705
sms/ call : 012-7799705

RUMAH TERBALIK BORNEO YANG TIDAK BERBALOI DAN ULANGTAHUN ALAM SARI

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...


KALAU anak perempuan tentu dah suka main anak patung dan masak-memasak.. kalau anak lelaki tentu dah suka main tembak-tembak.. nak jadi superman.. batman dan cicakman. Tapi.. Alam Sari bukan anak lelaki atau anak perempuan.. anak kucing atau anak beruang. Alam Sari yang diciptakan pada 15 Oktober 2009.. kini memasuki tahun ke empat.. yang asalnya hanya untuk suka-suka.. sampai sekarang pun masih suka-suka. Ehhhhhhhhh.. suka hati SK lah nak suka-suka :p Dalam pada suka-suka, Alhamdulillah, setiap hari tidak kurang dari 1,500 kali helaiannya diselak-selak.. dan pernah mencapai sehingga 3,000 pada hari perayaan yang lalu... terima kasih banyak-banyak ya.


Jadi.. disebabkan baru tersedar yang Alam Sari ni menyambut hari jadi, SK belumlah lagi berniat untuk membuat sambutan sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan. Cukuplah bersyukur kerana ini bermakna, SK masih dipanjangkan umur untuk mengetuk cerita buat tatapan pengunjung di luar sana. Ramai yang menghubungi SK dan mengakui mereka adalah pembaca senyap blog SK. Dalam diam-diam SK tak sangka juga, rupanya bila jadi blogger ni adalah rasa-rasa macam retis juga cuma tak berapa nak terkenal sebab tak keluar tv dan tak ada kontroversi. Haaaaaaaaa... nak buat kontroversi dan nak cari publisiti (murahan) bukannya susah... tapi SK percaya, kena ada bakat juga ke arah itu dan SK akui SK memang tak ada bakat macam tu.. Alhamdulillah.


Errrr.. penangan rumah terbalik.. gambar pun terbalik
Ini cerita yang tak habis ketika SK berada di Kota Kinabalu, Sabah. Orang kata, kalau dah sampai KK, tidak sah kunjungan kita kalau tak menterbalikkan diri di Rumah Terbalik, Borneo. Ialah, semua benda terbalik, kalau nak tengok dalam keadaan tegak, kenalah menonggeng. Errr.. SK tak berani tonggeng sebab takut nampak benda lain.. erkkkk!


Dengan bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bagi SK ia matlah tidak berbaloi kerana anda tidak dibenarkan langsung untuk bergambar atau mengambil gambar di dalam rumah terbalik. Setakat tidak dibenarkan menyentuh peralatan, dinding, lantai atau apapun yang terdapat di dalam rumah terbalik yang sekangkang cicit kera tu, masih lagi SK boleh terima tapi apabila anda diberikan amaran supaya tidak mengambil gambar atau anda didenda sebanyak RM100, ia amatlah membuat SK rasa agak sedikit menyesal singgah di rumah terbalik ini.

ER nampaknya cuba menterbalikkan diri.. errrkkkk!!
Rumah yang sengaja dibina dalam keadaan terbalik di Tamparuli ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia mengambil masa setahun untuk dibina dengan ciri-ciri rumah era 90-an. Jangan tak percaya, walaupun ianya adalah rumah untuk pameran sahaja tetapi ia juga mempunyai Sijil Layak Menduduki. Kebanyakan barangan di dalam rumah diletakkan secara terbalik dan dilekatkan dengan skru atau gam.


Di sebabkan ia hanya berkeluasan 140 kaki persegi sahaja jadi anda tidaklah dibenarkan terus menyerbu ke dalam rumah sebaik sahaja membeli tiket. Bergambarlah dahulu dengan sepuas-puasnya di luar Rumah Terbalik ini kerana hanya ada satu laluan masuk dan satu laluan keluar sahaja dan tidak dibenarkan untuk berpatah balik. Anda kemudiannya akan dibawa masuk secara berkumpulan.. dalam anggaran 10 orang oleh seorang petugas yang akan menceritakan anda tentang asal-usul rumah terbalik itu. Tidak sampai 15 minit pun, perjalanan anda telahpun sampai di pintu belakang rumah terbalik. Sungguh tidak berbaloi!

Iman menterbalikkan diri!!
Mujur di luar rumah (bahagian belakang) turut didirikan tandas terbalik untuk pengunjung bergambar dengan sepuasnya. Nak tertonggeng ke.. tertiarap ke.. suka hati larrrrrr.. tiada yang melarang.. hiks!


 


cenderahati pasti ada untuk Iman!!

LEGOLAND WATER PARK MALAYSIA... SERONOKNYA!!!

$
0
0
 

ASSALAMUALAIKUM...


"TAK SABAR!"
Itulah yang asyik diperkatakan Iman apabila ER memberitahu bahawa rakan media dijemput menghadiri 'Media Family & Friends Water Park Preview Day di Legoland Malysia, Sabtu lepas. Setiap hari.. "eiii.. tak sabarnya.. eiii.. tak sabarnya.. '.. itulah yang asyik keluar dari mulut Iman. Iman ni memang jenis yang suka sangat dengan kolam atau permainan air sejak kecil sampai anak dara itulah perangainya tak berubah-ubah dan dia ni memang jenis yang agak berani juga,
eiiii.. SK pulak yang seram bila tengok dia berada di atas gelongsor air tau.
 
ini semua akibat banyak sangat makan cistat lah sampai jadi bam bam macam ni, hehehehe
Ditakdirkan sehari sebelum ke Legoland Water Park ni, SK kena 'serang hendap dengan Jepun'.. adoilaaa.. memang rasa terkilan jugalah sebab tak dapat bermain air bersama-sama Iman, mujur juga sepupu Iman, Ilham (anak Angah) ikut sekali jadi adalah kawan si Iman tu.. dan SK pun rasa selamatlah sebab ada alasan tak boleh naik slides.. hahahaha.. kalau tak mampuslah kena naik slides yang berpusing-pusing tu, haruslah SK muntah satu beledi.. aiyarkkk!!

 
 
Sebenarnya..
ramai sangat yang tanya SK pasal harga tiket nak masuk ke Water Park ni.
Siapa yang nak tahu harga tu bolehlah pergi ke website
SK bagitahu sekali imbas jerlah kat sini.
Harga tiket masuk bagi 12 thn - 59 tahun - RM95,
kanak-kanak 3 -11 tahun termasuk warga emas (60++) - RM75,
bawah 2 tahun kena bayar RM10 ya.
 
 
Tu semua harga bagi pemilik mykad.. maknanya warganegara Malaysia.
Kalau anda bukan warganegara, bolehlah semak harga di website yang SK sebutkan tadi.  
Hari itu ramai sangat yang ingat, amboiii.. banyaknya duit SK ni pergi Legoland..
Sebenarnya, SK masuk percuma, Alhamdulillah.. murah hati Legoland Malaysia memberi peluang kepada media membawa keluarga bergembira di sini.
Mehlah tengok gambar sikit-sikit apa yang ada di Legoland Water Park ni ya.. tak larat SK nak masukkan banyak-banyak gambar.. huhu.


1. LEGO Slides Racer - Ketinggian dibenarkan yang dibenarkan untuk menuruni gelongsor ini ialah melebihi 107 cm. Haaaaaaaaa... entah apa kegilaan, ER menggelonsor di sini sampai empat kali.. huhuhuhu.. SK pernah terbaca bahawa ketinggian LEGO Slides Racer ni menyamai bangunan 4 tingkat tau.

 ER sedang menuruni gelongsor.. baris kedua dari kiri... aukkkkkk!!

2. WAVE RIDER -
Ketinggian dibenarkan pun 107 cm ke atas. Yang ini rasanya tak ada siapa di antara mereka ni yang turun gelongsor ni.


yang warna biru ni wave rider
3. BRICK BLASTER -
Juga ketinggian dibenarkan atas 107 cm.. ER dan anak-anak tak sempat naik sebab orang beratur punyalah ramai.. tuuuuuu dia gambar atas yang pegang boya hijau semua nak naik benda nilah, haha!!! Duduk tiga empat orang dalam boya tu pas tu melongsorlah kat situ dalam boya, gerenti selamat, janji peganglah boya tu kuat-kuat.


4. SPLASH & SWIRL -
Juga atas 107 cm.. yang ini naik kena duduk dalam boya sorang-sorang ya...
 tuuuuuu tengok ER.. bukan main lagi dia ya!!
Haaa.. siapa yang naik boya hijau (Brick Blaster) tu dia akan jatuh kat gelongsor merah kuning sebelah tulaaa..


5. TIDAL TUBE -
Kalau tinggi 107 cm kira bolehlah gelongsor kat sini. Tak tahu diorang naik ke tidak benda ni, hehehe. 
 
Tidal Tube gelongsor yang berwarna hijau tu
6. TWIN CHASERS -
Ini untuk ketinggian melebih 102 cm. Rasanya ER ada naik.. haaa.. ni gambar dia.




7. SPLASH OUT
Gelongsor biru depan sekali dalam gambar bawah ni.  Ngeri SK bila tengok ada mak bapak ni melepaskan anak daranya yang halus atas gelongsor ni.. huhuhu. Ilham pun turun juga gelongsor ni. Tak sangka pulak Ilham berani, dulu masa kecik-kecik punyalah penakut nak naik gelongsor-gelongsor air ni tau, hahaha. Gambar dia nanti SK tepek kemudian.


8. RED RUSH -
ketinggian melebihi 102 cm.. naik ramai-ramai duduk dalam boya warna biru.. eiii.. gayat SK tengok diorang ni.. huhu..


pegang kuat-kuat!!
9. JOKER SOAKER -
Taman permainan interaktif yang terdiri dari ketinggian dan panjang yang berbeza. Haaaaa.. untuk tinggi 102 cm ke atas juga.. Macam biasalah, kalau ada play ground  ni mesti ada baldi air kan.. baldi air ni mengandungi 300 gelen air yang akan tercurah ke bawah bila penuh. Dah semua orang tunggu kena curah ngan air, seronok benor kena curah air nampaknya ya.. hehehe.




10. BUILD- A- RAFT RIVER -
Yang ini SK 'jeles' okey!! Duduk dalam boya jernih ni dan biarkan anda di bawa arus menyusuri sungai malas dalam Water Park ini sambil mengutip lego-lego getah yang berapungan.. nangis!




 
11. LEGO Wave Pool -
Pantai Buatan yang tidak berpasir. SK nak nangis bila diorang 'pasang' gelombang yang kuat tu... adoiii.. kuciwa sungguh!!

 
Selain tu banyak lagi yang boleh diterokai di sini bersama keluarga tercinta tau. 
SK memang rasa seronok sangat di sini maklumlah free. Sebenarnya SK seronok bila tengok anak-anak seronok dan suami pun sepuluh kali seronok rasanya tu.. huhuhuhu.
 
 
canopy tertutup aka cabana biru untuk disewa
Oh, ya!
Bagi yang ingin lebih 'privacy' bolehlah menyewa cabana yang disediakan di sini.
Apa yang SK lihat, mungkin kerana Water Park ini masih baru maka kurangnya tempat untuk berteduh. Memang kehitaman SK dibuatnya. Jadi, sesiapa yang nak datang ke sini jangan lupa sapu 'sun block' ya. Bagi mereka yang selalu kelaparan tu di sini terdapat dua pilihan iaitu 'Beach & Brick Grill' yang terletak di hadapan pantai buatan atau 'Brick Bay Cafe' yang berdepan dengan Joker Soaker. Makanan yang disediakan boleh tahan sedap dan mengenyangkan.


 
Juga terdapat perkhidmatan locker untuk anda menyimpan barangan anda,
tempat persalinan, tandas dan bilik mandi serta surau turut disediakan di sini
untuk kemudahan pengunjung.
Jom!!!
Viewing all 4181 articles
Browse latest View live