Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4176 articles
Browse latest View live

JEJAK KASIH DI MAJLIS PERKAHWINAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

LAMA sangat tak jumpa dengan kawan zaman muda-mudi, Asmidar Asiah yang Sk panggil As. Seingat Sk, kali terakhir jumpa masa tu anak kecik-kecik lagi. Kemudian, lamalah terputus hubungan dengan As sehinggalah bertemu kembali di laman muka buku beberapa tahun lepas. Hahaha.. terima kasihlah kepada Mark Zuckerberg yang telah mewujudkan Facebook, kan. 


Tiga minggu berturut-turut, makan nasi kenduri orang kahwin. Kali ini, memenuhi undangan kakak As sempena Majlis Perkahwinan Puteri beliau, Nurdyana dan pasangannya Tarmizie. Majlis diadakan di Dewan MBIP Taman Nusantara, kira-kira 20 minit sahaja perjalanan dari rumah Sk. Tak sahlah kalau tak penuhkan pinggan dengan Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Acar Jelatah. As tinggal di Bangi dan datang Johor untuk majlis kahwin anak sedaranya ni, maka ambillah kesempatan untuk berjumpa.


Masa belajar dulu, cuma kami berdua pelajar perempuan dalam kelas. Hubungan kami sangat rapat ya, dah macam belangkas, sampaikan seorang pensyarah kami akan sebut dua-dua nama kami serentak setiap kali nak panggil sebab keliru, haha. Sk juga pernah ikut As pulang ke kampungnya di Felda Keratong, Pahang, semasa Majlis Perkahwinan Abang Ngah, iaitu abang As. Tapi, kami ada jugaklah geng yang lain dari kursus berlainan, tapi dah kata sama kelas, dan cuma berdua aje perempuan, memang gonjeng bersama laaa.


Tamat belajar, As bekerja di Bangi manakala Sk bekerja di JB. Masa Sk ditugaskan menghantar pelajar ke Pertandingan Kemahiran di PERHEBAT, masa tulah kami jumpa balik dan kemudian terpisah semula sampailah bila dah beranak-pinak Si As tu, barulah jumpa balik, tu pun lebih 15 tahun lepas.


Memasing bergambar dengan anak sulung, haha. Tak sangka, kenal dari zaman remaja dan sekarang kami pulak dah ada anak remaja. Tapi, As lebih sikitlah anaknya, ada dua lagi tak ikut katanya. Anak bongsu As pun baru habis SPM, syukurrrr. 

BEKAL ASAM PEDAS IKAN TERUBOK

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BILA pelajar bercuti, kantin Kak Sab tak beroperasi seperti biasa. Masih lagi beroperasi tapi hanya untuk tempahan katering. Kalau ada rezeki, dapatlah tumpang sebekas. Kalau tak ada rezeki, melopong aje laaa. Terpaksalah cari makan tengahari di luar. Macam semalam, kononnya nak beli Nasi Ambeng Mak Ana, tapi, bila dah sampai, tutup pulak warungnya. Jenuhhhh! Jadi, pagi ni, merajinkan dirilah, masak nasi, hehehehe.


Ibu bagi Asam Pedas Ikan Terubok, yang dia masak hari Khamis lepas, masa Hari Jadi Angah. Iman dan Pak Inche, manalah makan ikan terubok, jadi, memang tak bersentuh la. Nak makan hari Jumaat pun, dah keluar tengok Mat Kilau dan hantar Asham dan Bubu Kembiri, memang makan di luar ajelah. Hari Sabtu, pergi PENGANTIN. Hari ahad, masak Ketam Masak Sambal. Semalam, Pak Inchenya ada Press Conference di Stadium Sultan Ibrahim dan kami dua beranak tak makan malam semalam. Jadi, pagi ni,sambil masak nasi tu, Sk masukkan bekas asam pedas ni dalam pengukus dan tenggek atas periuk. Senang, sekali jalan, hahaha.

Panjang sejarahnya Asam Pedas Ikan Terubok ni ek!

MAKAN DI UNIVERSAL SAMBAL TAMAN UNIVERSITI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

LEPAS meninggalkan Asham dan Bubu untuk dikembirikan di Noah's Ark Natural Animal Sanctuary, Sk dan Iman ke Taman Impian Emas pula untuk menghantar laptop Iman yang belum pulih demamnya. Hari tu, kan dah hantar ke Plaza Pelangi, tak dapat dikesan masalahnya, jadi kami ke Pusat Servis Lenovo pula. Dari awal tak tahu kewujudan pusat servis khas untuk jenama Lenovo ni. Laptopnya pun dah habis warranty.. memang benda-benda ni asal habis warranty jer, mulalah cari pasal ek!


Aktiviti seterusnya, tentulah isi perut. Pening cari makan sebab dah habis waktu makan tengahari, kan. Tekak remaja purba ni, nak nasi. Sekarang ni, kalau tak dapat makan nasi waktu tengahari, boleh migrain, hahaha. Iman cadangkan kami ke Universal Sambal Taman Universiti memandangkan dua buah restoran yang kami singgah di Taman Impian Emas sedang dikemas, maknanya makanan dah habis, la kannn.


Cendawan Crispy. Cendawan enoki yang digoreng rangup. Sedap sangat, kalau anda datang makan sini, Sk rekomen la, buat pembuka selera la gitu.


Peminat terung, bolehlah pesan Terung Crispy ni, juga sebagai pembuka selera. Tapi, taklah rangup krup krap krup krap. 


Semasa membuat pesanan, kami diberitahu, menu ikan akan mengambil masa 20 minit untuk dihidangkan. Walaupun dah kelaparan, Sk sanggup menunggu. Iman kata, alang-alang dah tunggu tu, baiklah dia ambil ikan jugak sekali. Tu takpa, tengah-tengah tunggu tu, tetiba pelayan restoran datang dan minta kami pindah meja sebelah sebab ada satu family datang. Ko nak soh Mak Inche ngan Iman kahwin banyak ke apo???


Tapi, kami pindah jugaklah, kesian jugak dan malas nak cakap banyak. Tu yang gambar mula-mula tadi, meja warna hitam, ni mejawarna lain pulak. Kalau ada Pak Inche, ko jangan haraplah nak pindah-pindah meja ni, lagi pulak, ada makanan dan minuman yang dah siap dihidang. Dia pantang tau, tambah ego, hahahaha. Lepas pindah meja tu, Sk fikir, kenapa mereka (staf) tak cantumkan aje meja yang masih kosong? Hurmmmm.. sel-sel otak tak berhubung la barangkali.


Dah namanya restorannya Universal Sambal, di sini, terdapat pelbagai menu dengan pilihan sambal seperti sambal hijau dan sambal merah. Sk pilih set Ikan Siakap dengan Sambal Tiga Rasa. Bila dihidangkan, itulah rupanya sambal tiga rasa atau sambal tiga jenis rupanya iaitu Sambal Cili Merah, Sambal Cili Hijau dan satu lagi tu bukan sambal ya tapi hirisan bawang dan cili padi bersama cuka. Pengajarannya, lain kali, mintak Sambal Dua Rasa jer.. tapi lebih baik tanya dulu, dua rasa tu, sambal apa. Kotlah rasa yang kedua tu, dapat bawang pulak, hahaha.


Kononnya nak mengaum la.. Iman mintak set Ikan Siakap Sambal Harimau. Bayangkan, mesti lagi wow gitu. Sambal Bawang rupanya. Ni kalau makan dengan Bubur Nasi, sedaplah kot. Kesian Iman, tertipu dengan nama Harimau tu. Dah terpaksalah Sk menyumbang sambal Sk yang melambak tu. Akibatnya haaa.. makan bersulam air la sebab kepedasan, hahahahaha.

Bagi Sk, menunya tidaklah mengecewakan tapi lain kali, tanya dulu.. nama sambal-sambalnya tu.

Universal Sambal Taman Universiti

15, Jln Pendidikan 8, 
Taman Universiti, 81300 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :

Setiap hari 10.30 pagi hingga 10 malam
Jumaat 2 petang hingga 10 malam

No Telefon: 011-2077 6609

AYAM GORENG KFC & MCD DI HARI JADI IZZAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KALAU selalu kongsi potong kek hari jadi dengan ibu, nampaknya kali ini, sepupu Iman, Izzat Iskandar dapat potong kek secara solo. Ini kerana cuma dua hari sahaja perbezaan tarikh hari lahir Izzat dan Ibu (Angah), jadi nak senang, potonglah kek sekali arung, haha. Khamis lepas, hari jadi Angah, Cik Ani dah bawakan Kacang Pool, kali ini, Izzat cakap dengan ibunya, beli KFC jer dan tak payah belikan kek, gituhhhh!

          

Tak tahu cerita pasal Izzat tak mahu kek tu. Petang, balik dari Kenduri Kahwin di Taman Nusantara tu, Sk ajak Iman ke The Morso untuk surprise Izzat dengan Mini Cake. Iman cadangkan bagi sekali Chocolate Bouquet yang elok tesusun atas Cake Showcase Chiller di The Morso tu. Masa Hari Jadi Zulaikha hari tu, Sk ingat nak bagi jugak Mini Cake ni, tapi masa tu, tak ada sebab chiller tu rosak, sorry Zulaikha, haha.


Tahun ini dah 22 tahun. Bulan 10 nanti dah kena balik kampus bagi menyambung pengajian dalam bidang Unde-Unde. Selamat hari lahir, Izzat Iskandar. Semoga diberi keafiaatan, dipanjangkan usia, dipermudahkan urusan dan berjaya dalam mencapai cita-cita, berbahagia serta sejahtera selalu, Amiiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Sebagai anak sulung, Izzat wajar menjadi teladan kepada adik-adiknya. Semoga Ilham dan Indah dapat ikut jejak abangnya ke menara gading. Oh, kan Izzatnya kata, tak nak kek, tapi ibunya fikir tak best pulak. Jadi, dia minta Sk tolong belikan. Masa tu, Sk dah pun belikan Mini Cake tu. Tapi tak apa, sebab jalan nak ke Senai tu, boleh masuk pekan Kangkar Pulai beli kek dari Cafe SDS. Tetiba teringat cerita Hari Jadi Indah yang ke 6 Tahun, hahaha.


Parti Ayam Goreng. Restoran Ayam Goreng KFC depan rumah jer tapi kena pergi McD jugak untuk belikan nenek burger ikan sebab ibu (nenek) tak makan ayam. Terlanjur tu, ibunya beli jugak Ayam Goreng McD. Bila makan ayam dari kedua-dua restoran ini serentak, di tekak Sk dan Pak Inche, ayam goreng KFC ternyata lebih sedap dan terasa keaslian rempah ratusnya.


Campak belakang.. masa Izzat dan Iman kecik-kecik, tak silap, Izzat empat tahun dan Iman tiga tahun. Kedua-duanya dibesarkan dan diasuh nenek sejak tapak kaki selebar dua jari. Sebab tulah, mereka berdua ni sangat rapat macam adik-beradik. Sk masa kecik-kecik dulu, tak ada sepupu lelaki yang rapat, semuanya dah tua-tua dan garang-garang, hahaha.

         

Angah suruh gayakan semula. Puaslah dua beradik ni terteleng kepala dan buat senyum masa gambar kecik-kecik dulu sampai kita pun ikut lenguh sekali.


Baik-baik juga, bergaduh pun boleh tahan jugak. Iman la suka menyakat, Izzat pulak suka menjerit. Nanti Imannya tarik puting dari mulut Izzat lepas tu bawa lari. Ish ish ish.

          

Sampai Izzat masuk Tahun 1, barulah bawa haluan masing-masing. Izzatnya sekolah di Senai dan Iman pula sekolah di Bandar Baru Uda. Bila masuk sekolah menengah, Izzat ambil aliran agama (SMA) dan Iman pulak di SMK. Ada satu cerita kelakar masa kecik-kecik dulu, Misteri Telur Ayam angkara nak sangat tengok anak ayam, maklumlah, budak bandar, tahu-tahu jumpa ayam dah jadi lauk, hahaha.


Penutup sambutan hari lahir bulan Jun nampaknya. Baru perasan, bulan Jun ada tiga orang punya besday, Zulaikha, Angah dan Izzat. Nanti bulan Julai dan bulan Ogos, hari jadi Cikwa dan Indah pulak. September pulak hari jadi Along, lepas tu boleh rehat sampai tahun depan, hahaha. Kalau tak, asyik makaaaaannnnn aje kerjanya. Oh, KicKers tu, hadiah wallet dari Iman untuk Izzat. Untunglahhhhhh!

SARAPAN DI KOPITIAM SINGGAH SELALU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DUA hari lagi kita akan meninggalkan setengah tahun 2022. Sekejap aje masa berlalu. Padahal sebenarnya kita telah menempuh masa yang panjang. Banyak perkara tertangguh sepanjang dua tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik yang melanda dunia. Banyak juga yang berubah. Apapun semoga hari-hari seterusnya, baik-baik sahaja untuk semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar. 

Pagi ini, Iman ikut emaknya ke pejabat. Sebabnya, dia nak keluar dengan Izzat dan Indah. Indahnya sanggup tak pergi sekolah pulak sebab nak ikut abang dan kakaknya pergi makan buffet makanan Korea. Sabar ajelah. Iman ikut sebab senang sikit kalau Izzat ambil dia di pejabat Sk berbanding ambil di rumah. Jadi, pagi ni, Sk sarapan jauh sikitlah. Boring pulak asyik makan roti hijau, haha.  


Kami ke sebuah kopitiam yang agak baru juga dibuka di Taman Kempas Utama.Tahu pasal Kopitiam Singgah Selalu ni dari Pak Inche. Nama Singgah Selalu ni, sinonim dengan nama sebuah restoran yang dulu terletak berhampiran Istana Bukit Serene dan berhadapan dengan Pantai Lido yang kini beroperasi di Puteri Habour dikenali sebagai Mana Cafe. Tak pasti, kebetulan nama sama atau dimiliki usahawan yang sama.


Harimau Singgah Selalu dan Kaya Butter Toast. Kalau anda peminat minuman Neslo, apakata anda cuba pula Harimau Singgah Selalu yang merupakan menu minuman terpaling istimewa di KSS iaitu campuran Kopi dan Koko. Roti Bakar di KSS, dibakar menggunakan arang dan tidak lokek meletak kepingan mentega. Sedap aroma bakar arang dan rasa manis kaya dengan masin dari mentega tu.

      

Mungkin masih awal lagi untuk setiap ruang dalam kopitiam dipenuhi pelanggan. Masa Sk sampai, ada beberapa pelanggan sedang bersarapan. Kini, semakin banyak kopitiam milik melayu di Johor (JB). Boleh pilih mana yang paling dekat dengan rumah atau pejabat, tapi yang penting pilihan menu mestilah pelbagai dan menepati selera. 

      
 

       

Suka tengok buku menu yang dicetak macam akhbar lama. Pilihan menu pun sangat banyak sampai rasa nak pesan semua tapi perutnya dua aje pulak, hihi.


Selalu minum kopi hitam pahit, kali ni mengelat minum kopi dengan koko. Dia punya manis sampai melekat dekat muka Tuan Tanah Kedaung... sangatttttt! 



Dah beberapa kali kawan-kawan Iman buat carian di google pasal makan, asyik-asyik terkeluar muka Iman, hahaha. Seorang kawan Iman cakap, engko yang paling ter-influencer bila google keluar muka Iman tengah makan otak-otak dengan muka lawak. 


Pagi ini dapat email tahniah dari Google Search Control Team atas pencapaian 2000 klik dari carian google dalam tempoh 28 hari. Sebenarnya ini yang menambah semangat Sk untuk muat naik post baru setiap hari apabila menerima lebih 1000 view bagi setiap new post dalm tempoh sehari ianya dimuat naik, terima kasih pembaca! Paling seronok, kalau dulu Cash Out Adsense, setahun dua kali, kemudian empat bulan sekali, sekarang, tiga bulan dah masyukkkk! 



Keliru jugak hendak membuat pilihan makanan di sini dan akhirnya tetaplah jugak memilih Lontong. Terdapat dua pilihan iaitu Lontong (Basah) atau Lontong dengan Kari Ayam. Kuah lodeh sedap, sayurnya tidak dimasak sehingga layu. Yang penting ada Sambal Bilis dan Sambal Kacang. Dia punya sedap sehingga sudu garfu dan pinggan sahaja yang tinggal, hahaha.

        

Lepas kawan-kawan asyik jumpa muka Iman bila buat carian kedai makan di google, Iman kata, dah tak nak buat muka lawak lagi lepas ni... tapi... tetaplahhhhhh!

Kopitiam Singgah Selalu

32, Jln Kempas Utama 2/2, 
Taman Kempas Utama, 
81300 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :

Setiap hari kecuali Selasa
8 pagi hingga 5 petang

No Telefon : 013-549 9144

LAKSA JOHOR DAN NASI BERIANI KAMBING BERIANI BONDA HOUSE

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

AISEHMANNN... Lupa betul nak tapau sekali makanan untuk makan tengahari, hari ni. Sepanjang minggu ni, tiada makanan disediakan di Kantin Kak Sab kerana pelajar bercuti. Semalam, dah bawa bekal Nasi dengan Asam Pedas Ikan Terubok. Jadi, hari ini, dah terlanjur bersarapan di luar, ingatkan nak tapau sekali makanan tengahari, tapi betul-betul terlupa. Mungkin sebab dah kekenyangan makan Lontong dan Roti Bakar, ditambah pulak menghirup Harimau Singgah Selalu, hurmmm.. terus lupa semua perkara. Sudahnya, sekarang ni sendiri yang kelaparan, huhuhu.


Gara-gara Nasi Ambeng Mak Ana tutup masa Sk singgah untuk membeli isnin lepas, terus lajak sampai ke Jalan Padi Emas. Teringat, lama tak makan Nasi Beriani dari Beriani Bonda House. Di kawasan Padi Emas tu, tak silap Sk ada tiga atau empat buah restoran yang menyediakan Nasi Beriani tapi Sk lebih gemar ke Beriani Bonda House.

Beriani Bonda House agak legend dan terkenal di Kampung Pasir, Tampoi kerana mereka membuat dan memproses sendiri rempahnya sejak tahun 1969. Selain itu, mereka menggunakan beras basmathi extra panjang yang berkualiti tinggi iaitu dari jenis panjang dan halus dan ditumis bersama lebih 12 rempah ratus asli. Beras basmathi yang halus akan lebih meresap rempah masakan dan menjadikannya lebih enak dimakan berbanding beras basmathi yang bulat dan panjang, yang kurang meresap bahan yang dimasak. 


Alang-alang dah sampai, terus tapau dua pek Nasi Beriani Kambing. Kambingnya diperap bersama rempah ratus asli dan madu sebelum dimasak tanpa teknik merebus. Satu perkara lagi yang Sk suka di sini, berianinya dihidang bersama Acar Bonda yang dimasak rangup dan bukannya pencuk (Acar Mentah).

           

Tak menahan pulak bila baca menu, nampak Laksa Johor. Berangan, makan Nasi Beriani tengahari, petang-petang makan Laksa Johor. Sampai pejabat, eh... tekak ni nak sangat pulak makan Laksa Johor. Banyaklah pulak laksa, kenyangnya sampai ke petang. Sudahnya, dua kotak Nasi Beriani Kambing, dibawa pulang. Malam tu, Pak Inche balik dari Press Conference, pukul 10 baru santap nasinya. Iman pulak, buat makan tengahari esoknya.

Syukur Alhamdulillah.




AMALAM 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر

Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut). 

2. Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)

3. Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4. Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat paling tidak Isnin atau Khamis di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir

5. Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir, tilawah, doa, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb Jun  2022

30hb Zulkaedah 1443H

Untuk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram




MENGOPI DI 7UJOH KOPI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KHAMIS tiba lagi. Selain hari terakhir bulan Jun tahun 2022, hari ini juga merupakan hari terakhir bulan Zulkaedah 1443H. Esok, bermula 1 Zulhijjah 1443H. 10 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga belah mertua di Kuala Terengganu, nampaknya Aidiladha ini akan disambut bersama keluarga Sk pula. 


Kelmarin, Sk berkesempatan ke 7ujoh Kopi yang masih bau cat lagi di Taman Pulai Makmur, bersebelahan dengan Maneh By Momo yang pernah Sk kunjungi sebelum ini. Sesuai dengan namanya, tentulah 7ujoh Kopi juga seperti kedai-kedai kopi lain yang menawarkan pelbagai jenis kopi kepada pelanggannya. Datang berdua saja dengan Iman, masa ni Pak Inche bertugas perlawanan JDT menentang PJ City di Stadium Sultan Ibrahim.


Bagi Sk, menu kopi di sini tiada bezanya dengan menu di kebanyakan kedai kopi lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tak teringat nak mencuba Kopi Desa iaitu signature coffee menu di sini, tapi yang depan ni Roti Johnny 'Dip' atau Roti John, haha. Sk sukalah Roti John yang simple macam ni daripada yang dipicit sos mayonis, sos cili dan sos keju di permukaan roti sampai meleleh-leleh tu. 'Dip' tu merujuk kepada sos pencicahnya.

Iman pesan Spanish Latte dan Sk yang mencari suatu kelainan tidak ketemu, hanya memilih Cappucino.


Sebenarnya agak hampa jugak bila menjejakkan kaki ke dalam cafe. Warna gelap yang menjadi latar dinding serta penggunaan lampu limpah menjadikan ruang restoran kelihatan suram dan gambar menjadi berbayang. Sakit kepala juga dibuatnya bila pandangan mata diganggu cahaya lampu limpah yang berwarna kuning. Mungkin masih ada kecelaruan dalam menerapkan konsep sebenar 7ujoh Kopi ni.


Tidak banyak pilihan makanan, cuma pelbagai jenis roti. Menu agak membosankanlah, lain jika anda sejenis tak kisah jika makan roti sahaja. Untuk santai-santai, borak-borak, tempat ni mungkin sesuai. Tapi tulah, Sk ni jenis minum cepat, sebab tak suka kopi sejuk. Kalau perut tengah lapar terlampau, cafe ini tak sesuai untuk anda.


Masih belum cukup kakitangan lagi. Siapa yang berminat nak jadi staf atau barista, bolehlah cuba nasib di 7ujoh Kopi, hehehe.

7UJOH KOPI 

 36, Jalan Pulai Makmur 5/1, 
Bandar Baru Kangkar Pulai, 81300 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan : 

Thursday12–9pm
Friday9am–9pm
Saturday9am–9pm
Sunday9am–10pm
Monday12–9pm
Tuesday12–9pm
Wednesday12–9pm


Phone: 012-710 7009





TAPAU KEDAI TOMYAM BELAKANG TAMAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

HARI tu, Sk pesan dengan Pak Inche supaya beli lauk untuk makan malam dari Dapur Asmara dan Sk cuma akan masak nasi jer di rumah. Pak Inche kata, tengok dulu sebab sehari sebelumnya, gerai yang dibuka di hujung lot Jalan Padi Satu, tu, tutup. Jadi, Sk ambil mode standby jer la. Ada empat ketul lagi Ketam Masak Sambal. Kalau Pak Inche tak bawa balik lauk, kita panaskan aje sambal ketam dan goreng telur mata bubuh kicap 😆.


Bila Pak Inche balik, tengok-tengok, berendeh tangan dengan beg plastik. Kenapa yang banyak nau beli? Rupanya, beli dari kedai tomyam dekat taman belakang rumah Sk sebab Dapur Asmara tak buka lagi. Kalau dah beli kedai tomyam, memanglah macam-macam ado. 


Kerabu Mangga.. dah pesan jangan letak ikan bilis, ditaruknya juga, dengen kepala-kepala ikan bilis bertabur dalam kerabu. Masam betul kerabu, tak diimbang dengan gula. 


Kailan Ikan Masin, sedap jugak. Tak lah penuh dengan batang kailan aje.


Sotong Sambal.. rasa nak tergeliat rahang nak melumatkan sotong.. hihi. Tengok pada warna, sotongnya kurang segar, sebab tu la liat agaknya. Dah akhir-akhir tu, tinggal dua tiga kepingan sotong, tak ada siapa sanggup nak jadi ahli majlis, haha. Mujurlah sedap juga sambalnya.


Sk nak goreng telur dadar, datang Pak Inche ke dapur nak tolong. Tengok-tengok, telur tinggal sebelah sebab terlipat masa diterbalikkan, hahaha.


Sambal belacan.


Sup ekor.


Tomyam Seafood. Tak nampak isi sebab kecik-kecik udangnya.

Pak Inche dengan Iman kata tak sedap. Sk okey aje.. untunglah tak payah masak, kannnn.. hahahaha.


TUKAR KASUT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


DUA-DUA kena tukar nampaknya. Dan ingatkan harga minyak masak jer yang naik, harga 'kasut' kereta pun ikut naik sekali.


Nasib baik ada sponsor tapi, ada masalah lain la pulakkkk! 




KUCING DI PEJABAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KUCING di pejabat.. datang-datang dah mengusung perut. Sekejap jer, dah sarat. Gelisah cari tempat beranak. Sk dan Fidah carikan kotak dan letakkan kain baju lama.


Selasa, 14 Jun, balik dari mesyuarat, tengok-tengok dah beranak dua ekor.


Risau nak tinggalkan dalam pejabat. Nak letak luar tak sampai hati. Seorang kawan beritahu, kucing tak akan tinggalkan anaknya dalam tempoh 12 jam selepas beranak. Sebelum balik, tengok, dah lima ekor anaknya. Ada satu kat punggung, Sk cuba alih nak letak kat dada maknya, tapi melekat. Rupanya belum habis beranak daaa.


Esok paginya, tengok-tengok dah ada enam ekorrrr. Tiga oyen tauuu. Seekor tu, oyen puteh dan dua ekor lagi belang tiga warna.


Dah tak boleh tinggal dalam pejabat, nanti cemana maknya nak keluar buang air, jadi, pindahkan ke stor.


Tiap pagi melawat mak anak enam agar baik-baik sahaja.


Anak-anak masih enam.. syukurrrr. 




Hari-hari melawat nak tunggu dia buka mata. Hari ke 10 macam tu la baru betul-betul buka mata memasing.



Mak dah alih anak kat celah-celah kotak fail. Alas lama tu dah busuk barangkali.


Kita pun gantikan alas baru yang putih bersih.


Ehhhh...dia pindahkan semula. Lepas tu, dia pindah lagi kat tempat lain pulak tapi masih dalam stor.


Kesiannya gelandangan ni.


Bergelimpangan masing-masing.



Kesian Oyen kena hempap sampai pengsan, hehhee. Ni gambar hari ni, semoga mereka terus bertahan la hendaknya.

Ada Johoren yang sanggup nak jaga dorang tak??



MAKAN DI RESTORAN SENOKO

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

"LAMA tak nampak adik!" Kata seorang pekerja Restoran Senoko semasa mengambil buku menu di belakang meja Iman. Kami hampir habis makan sebenarnya, tapi dia baru nampak. Sebelumnya, Sk nampak dia sibuk menyediakan minuman di belakang.

Memang betul, pun. Kali terakhir kami ke sana, beberapa hari lepas raya di kampung.  Sk ada cerita, masa tu, masakannya kurang sedap, macam orang lain yang masak. Jadi, lama jugak la tak ke sana kerana trauma, hahaha. 


Kali ini Iman cakap, kalau tak sedap lagi, memang akan disenaraihitamkan, hahaha. Sampai-sampai jer, tengok Restoran Sayam yang berjiran dengan Senoko, dah dibuka semula setelah hampir dua tahun ditutup. Jadinya, tinggal satu lot sahaja ruangan restoran tapi masih ada meja kosong

Macam selalu, kami pesan seekor Siakap Stim Limau, Tomyam Seafood, Sup Ekor, Baby Kailan, Sotong Sambal, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar. Mak aihhh... Sedap terlampau okeh.. syukur.. syukurrr.


Siakap Stim Limau, rasa macam tak boleh nak berhenti menyudu sos limau dia tu. Aaaa.. kenapa sedap sangat...hahahaha. Tapi kena akur, la.. bulan Julai ni, semua benda naik harga. Siakap ni pun dah naik dua hinggit. Semak harga lauk lain, Pak Inche kata, naik jugak. 

Yassalammmm... Bertabahlah!


MAKAN NASI LEMAK KUKUS KAYU KERAMAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BARU hari kedua bekerja dalam bulan Julai, dah merah punch card pagi ini. Lewat 14 minit pulak tu. Sebaik melepasi Plaza Tol Perling, nampak jalan mula sesak di hadapan, yang jarang-jarang terjadi. Rupa-rupanya, ada kemalangan kecil melibatkan empat buah kenderaan sebelum Stesen Minyak BHP. Akibatnya hampir 20 minit jugak tersekat dalam jammed. Sk yang ikut lorong tengah, hampir tak bergerak disebabkan kenderaan dari lorong kiri perlu menukar haluan ke lorong tengah. Sk pulak, malas nak mencilok-cilok sebab cilok cemana pun dah memang tetap lambat jugak. Lagipun, bukan ada apa nak dikejar, pun. 


Asyik lalu-lalang di medsos kisah Nasi Lemak Beratur Maluri. Nak pergi sana, semata nak makan nasi lemak tu, sanggup lagi. Yang tak sanggupnya tengok orang beratur panjang berjela. Tu takpa, tengok Dak Ameng beratur dari pukul 4 pagi kot, pukul 5.30 baru dapat makan, hahaha. Tapi, ramai yang kata, berbaloi beratur. Sebab dah craving sangat nak makan nasi lemak kat kedai malam-malam, Sk mengajak Pak Inche dan Iman ke Nasi Lemak Kayu Keramat di Taman Universiti.


Lama giler la tak makan kat sini. Rupa-rupanya, kakak yang selalu cedukkan nasi dan lauk nasi lemak tu pun dah tak ada kat sini, digantikan dengan orang lain. Kakak tu dah kahwin dan ada komitmen lain, begitulah ceritanya. Sk lebih suka nasi lemak di sini dari Nasi Lemak Mana Lagi sebab di sini banyak pilihan lauk.

             

Nak makan nasi lemak dengan Sambal Paru ni la. Tapi, sambal parunya banyak kentang pulak. Nasib baik abang yang cedukkan tu kais-kais kentangnya, jadi seimbanglah kentang dan parunya. Mintak sambal tiga senduk baru puas, haha. Iman ambil telur mata dan ayam goreng. Pak Inche ambil telur rebus dan sambal kerang. Lupa pulak nak ngendeng sikit sambal kerang Pak Inche.


Dah makin ceria suasana di sini. Dah ada lampu-lampu mentol bergantungan. Ada gerai jual Yong Taufu jugak. Tengok-tengok Pak Inche tengah pilih Yong Taufu lepas letak nasi lemak di meja.

    

Kemahen makan nasi lemak dengan minum teh dan nescafe. Imannya dengan Milo Ais. Iman kata, power milo ais tu, macam kat Pasembuq Mat Noq Kuala Ketil, hahaha. Errr.. kenapa Pak Inche tu, muka cam menyesal makan aje, hahahaha. Kenyang sangat sampai tersandar nampaknya. Burpppp... Alhamdulillah.. syukur selalu.

PENANGAN FILEM MAT KILAU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

TERKEJUT Sk, bila scroll post jam 12.40 hari in, entry Tonton Filem Mat Kilau telah di-view sebanyak 9552, menghampiri 10K views, dua kali ganda berbanding entry sebelum dan selepas Tonton Filem Mat Kilau. Minggu ini agak sibuk, jadi memang tak ada masa sangat nak mengkaji sambutan pembaca pada post yang lepas, tu la yang terkejut, hehehe.


Kebanyakan carian adalah harga tiket wayang Mat Kilau dan ada juga yang buat carian tentang Ali Karimi yang membawa watak Brahim. Okey, nanti kita buat ulangkaji siapa Ali Karimi ni ya Tunggu lapang sikit, banyak kerja ni haaa.. haha.

Terima kasih!


CEKODOK DAN LEMPENG SAMBAL TUMIS PASAR MALAM

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BALIK kerja semalam, Sk singgah pasar malam. Bukan saja-saja, tujuannya nak beli seluar slack untuk Iman. InsyaAllah, bulan hadapan, Iman akan menjalani istiadat konvokesyen. Jadi, hari mengambil jubah tu, naklah pakai pakaian yang elok sikit, takkanlah nak pakai seluar jeans pulak. Iman kata, seluar-seluar lama dah tak lawa. Lagipun, semuanya warna hitam, nak cari warna lain pulak. Bagus tau seluar slack yang jual kat pasar malam tu, walaupun tak berjenama, tapi berkualiti, murah pulak tu. Yang penting, ada plus size.


Lepas beli seluar, Sk terus ke gerai biasa Sk singgah. Apalagi kalau tak membeli cekodok. Macam selalu, beli RM5. Belum pun separuh perjalanan balik, dekat 10 ketul jugak masuk ke mulut, hahaha. Sk dah agak dah, Pak Inche pun singgah pasar malam jugak dan beli cekodok yang sama, RM5 jugak. Hurmmm.. macam kecik sikit saiz cekodok ni. Tapi bilangannya, tak pastilah masih sama macam dulu ke tak, tak mengira pulak, hahaha. Kita faham, bulan Julai ni semua benda naik harga, kan.


Beli Lempeng Sambal Tumis dua set. Satu set, SK makan petang, sekeping bagi Iman. Satu set lagi, Iman buat makan malam. Sk singgah dua gerai tu ajelah. Tak sanggup nak jalan sampai ke hujung. Bukan pasal pasar malamnya panjang, tapi takut duit habis, hahaha. Pak Inche pulak, beli Laksa Penang sebungkus dan Cempedak Goreng, RM10. Tak pastilah berapa ulas cempedaknya, main suap aje ke mulut. Siapa cepat kunyah dan telan, dapatlah makan banyak, hahahaha.



KARI IKAN KACI KOT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

AHAD lepas, Pak Inche dengan Iman, dua beranak, meronggeng ke Pasar Tani. Biasanya, Pak Inche pergi seorang aje, tapi kali ni, Sk suruh Iman ikut, tolong babahnya bawa barang-barang. Sk pesan beli daging dan bahan-bahan untuk masak rendang sempena Aidiladha, Ahad ini. Tapi, tahulah Pak Inche, suruh beli daging, silap-silap,sekor lembu dia bawa balik, macam dalam satu iklan raya tu, hahaha. Terkejut Sk bila diberitahu, daging sekilo RM47. Rupanya, dia beli daging batang pinang. Tapi, memang mahal giler laaa. Tapi, sayanglah daging batang pinang nak buat rendang. Pak Inche kata, kalau macam tu, nanti beli daging lain untuk rendang. Haaa.. baiklah. 

Selain daging, ada juga ikan tiga potong, kembong empat ekor dan udang. Malam tu, masa makan Nasi Lemak Kayu Keramat, Pak Inche cakap, dia tak tahu tu ikan apa. Macam merah tapi bukan merah, sampuk Iman. Sk cakap, agaknya kaci. Dah balik rumah, Pak Inche tunjuk ikannya yang dah diletak dalam bekas, sah, memang ikan kaci. Memang ada tiga keping aje masa beli tu, cerita mereka. Mereka pulak, tak bertanya, itu ikan apa.

Masa nak masak tu, baru Sk perasan, rupa dia tak sama macam ikan kaci yang biasa Sk masak. Pernah jugaklah beberapa kali beli ikan kaci, kan. Tengok ekor dan rupa kulit yang dah dibuang sisik tu, macam ikan kerapu pun ado, hahaha. Matilanakkk dah 47 tahun hidup pun tak kenal-kenal jenis-jenis ikan. Tapi, masak tetap masak. Bila makan, tak pulak rasa macam ikan kerapu, isinya berkeping-keping macam ikan kaci. Tapi, kulit dia liatlah. Ikan kaci kulit liat ke? Ah, lantakkkkk.. hahaha.

Dua malam berturut-turutlah makan lauk kari ikan ni. Pak Inche, kalau ada kari, ada sambal belacan dengan ikan goreng, memang layan la sampai habis. Bertabahlah anak bini. Iman makan kuah aje dengan Telur Mabuk. Sekarang ni pandai memilih ikan nak makan. Malam semalam, makan Lempeng Sambal Tumis Pasar Malam aje. Nasib siangnya, dia dah makan nasi dengan lauk Asam Pedas Daging. Asam Pedas Daging tak ada entri, malas, gambar pun tak ambik, heheheh.


Suruh Iman goreng Sayur Sawi Pak Choy. Pergi Maslee, beli cili hidup nak buat sambal belacan, daun kunyit untuk guna masak rendang raya haji nanti dan bendi untuk masuk dalam kari. Nampak Sawi Pak Choy, belilah sebungkus. Pak Inche pulak balik kerja singgah pasar malam beli Tauhu Sumbat, Kacang Tanah Rebus dan Kacang Kuda Rebus. Tu takpa, dia beli lagi cili hidup, tomato dan daun kunyit. Iman mengadu, lenguh tangan hiris daun kunyit banyak-banyak. Sk suruh hiris dan sejukbekukan, senang nanti nak masak rendang tinggal campak.


Kemahenlah banyak serbuk kunyit Iman bila disuruh perap ikan kembong untuk digoreng. Dah macam berbedak pulak ikannya. Nasib baiklah serbuk kunyit tu tak jadi pahit. Sk guna serbuk kunyit Cap O. Memang sekarang, segala rempah suka cap O, lepas diperkenalkan kakak ipar, Kak Roz. Pak Inche kata, besar-besar ikan termenung kat Johor, tak macam kat Kedah, kurus-kurus, haha. Memang pun, kalau kat Kuala Ketil, ikan semua kecik-kecik sampai jenuh nak pilih tulang. Kalau ada pun yang besar, siakap jer la. Kak kalau ada siakap, memang terus feeling-feeling masak macam restoran, hahahaha.

PENAT LAYAN GHOST DOCTOR

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PELIK Pak Inche pagi ni bila tengok Sk tak ke pejabat. Muncung mulutnya, diam-diam Sk ambil cuti, jealous la tu, hahaha. Tapi, sukalah agaknya tu sebab dapat bawa bekal nasi goreng pagi ni. 


Lepas masukkan kain dalam mesin basuh, terus mengadap drama series Ghost Doctor di netflix. Dah seminggu rasanya tengok episod demi episod . Itupun ada yang Sk skip, kalau tak, lagi jenuh. 


Tak sangka, Si Rain ni dah tua, dah patploh tahun, hahahaha. Perwatakannya, senyum, marah, masih sama macam drama Full House. Kali ni, Rain bawa watak sebagai Pakar Bedah Jantung yang koma akibat kemalangan.


Uee, suka tengok dia berlakon dalam Marriage Contract. Dalam drama ni macam lembik sikit wataknya, sedih memanjang. Dah episod 15 barulah ceria dan cargas!


Kim Beom yang membawa watak sebagai doktor pelatih yang terror teori tapi tak pandai amali. Tak kenal sangat siapa yang bawakan watak Seung-tak ni. Jambu sungguh budaknya, hahahah.


Satu malam, dapatlah satu ke dua episod, lepas tu terlelap, hahaha. Bila bab Seung-tak dirasuk Dr Cha di dewan bedah, barulah bulat mata ni, haha. Banyak fakta perubatan boleh belajar tapi tulah, kadang meleweh sampai tertidur kita dibuatnya. Maklumlah, siang dah letih kerja.


Ingatkan hari ni bolehlah habiskan, tapi dah letih giler menengoknya. Sk memang tak bolehlah nak marathon 3 - 4 episod sekali arung. Nantilah petang ke.. malam ke.. baru sambung balik, hahah. Jom jadi tapak sulaiman, Tino!!!








SARAPAN LONTONG DAN BELI DAGING UNTUK RENDANG

$
0
0

 Assamualaikum wbt

PAGI-PAGI ni sebelum ke pejabat, Pak Inche kata, nak ambil daging untuk masak rendang raya haji di Taman Pulai Hijauan. Sejak beberapa Sabtu, penjual daging ni ada buka gerai di hadapan Restoran Thoufeeq. Hari ini, boleh ambil terus di rumahnya. Sk ikut Pak Inche ambil daging sebab nak singgah beli sarapan di Gerai Tepi Masjid. Malas nak bawa kereta sendiri, hehehe.


Dagingnya dah ditempah beberapa hari lepas. Pak Inche, kalau pasal daging memang nombor satu. Tak boleh nampak daging baru, mesti nak beli. Dia sama dengan kakak dia, Kak Roz, penggila daging. Sampai di rumah penjual daging tu, rupanya dia memang buka khemah dalam garaj rumahnya. Ada dua tiga buah chest freezer bersaiz besar diletakkan di garaj. Daging yang Pak Inche tempah, dah siap masuk dalam bekas tipuware, tinggal ambik jer dan bayar.


Dari semalam, Sk dan Iman sama-sama terfikir nak sarapan Lontong Gerai Tepian Masjid pagi ni. Lama dah tak beli, sejak dah masuk pejabat, tak ingat ada singgah beli ke tak. Sebab, kalau nak pergi kerja, Sk tak lalu depan gerai ni. Tapi, kalau lalu pun, rasanya tak ada nak singgah sebab malas dan memang tak nak, heheh.



Lontong ni memang makanan kegemaran la, pergi mana-mana tempat sarapan, mesti nak lontong. Lontong Masjid ni siap sambal tumis dan sambal kacang, cuma yang tak ada, serunding.


Lepas sarapan, terus keluarkan daging untuk dipotong. Bagus kan, dia pek daging macam ni.



Oh, Pak Inche pesan usus jugak. Usus dah dibersihkan, tinggal nak cuci aje. Kalau balik Kuala Ketil, selalu Pak Inche beli usus sebab kak aje yang sanggup layan selera adik bongsu dia ni, kalau Sk jangan haraplah. Nasiblah penjual usus ni memang jual usus yang dah bersih. Jadi, lepas cuci lagi dan bilas tu, terus rebus dalam periuk noxxa.


Siap dah potong dagingnya. Lepas tu, simpan dalam freezer, esok pagi, barulah mula proses merendang. Ni nak pergi kedai pulak sebab baru perasan, Pak Inche tak beli lengkuas padahal dah sebut banyak kali. Ni kalau kita cakap, nanti dia salahkan kita balik pasal tak tulis (kat whatsapp). Sabar ajelahhhh.

MAKAN DI KAWD PULAI PERDANA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA tak ke mana-mana hari ni. Masak pun tidak, Iman kata, lapar, nak makan apa? Emaknya malas nak masak, sibuk layan drama series. Lepas tamatkan episod akhir Ghost Doctor, petang semalam, ingatkan nak rehat dulu, tapi dah terbuka pulak drama lain yang masuk kepala, memang melekat la depan tv. Kali ni, tak sempat terlelap pun, lebih-lebih lagi bila dapat genre yang kita minat, hihi. 


Tak boleh jadi pulak tengok anak burung dah terciap-ciap kelaparan. Teringat semalam, tapau Mee Goreng Seafood dari Restoran Kawd Taman Pulai Perdana. Sebenarnya, Sk pesan Mee Goreng untuk makan, tapi pembuka seleranya aje dah mengenyangkan, lalu, Sk minta bungkuskan mee gorengnya, hihi.


Sekali aje dulu pernah makan di sini masa baru-baru dibuka, kemudian memang tak ada datang lagi sebab serik, heheh. Boleh baca KAT SINI kalau nak tahu kenapa serik. Semalam, patutnya nak masak Sambal Udang untuk makan malam tapi tak jadi. Pak Inche ajak makan di luar. Dah nak keluar rumah tu, terlintas pulak hati dia nak makan di Kawd. Tiber terbuka semula hati ek 😆


Creamy Pasta pilihan Iman. Tak ada menu fusion, semua selera Itali. Pemurah sungguh sosnya tapi taklah cair-bair. Ada sekeping roti bawang putih disertakan dalam pinggan. Spaghetti al dente, sempurna! Portion besar, boleh makan dua orang. Bila Iman kata tak habis, terus Sk minta adik tu bungkuskan mee goreng yang belum sampai lagi ke meja.


Pembuka selera, Tacos namanya. Pilih inti ayam atau daging, tapi daging habis, jadi tiada pilihan la, sebab nak tahu bagaimana rasa dan rupanya. Terpegun melihat persembahannya bila ia dihantar ke meja. Rupa dan rasanya, setanding, amat berbaloi. Iman kata, lain kali kalau datang lagi, dia cuma nak pesan tacos, tak mahu kongsi, hihi.


Satu lagi hidangan pembuka selera, Wild Mushroom Soup, datang bersama tiga keping roti bawang putih. Cukup-cukup untuk tiga orang berkongsi makan. Mushroom Soup tu, homemade, bukan dalam tin yang dipanaskan dan dicampur air. 


Penang Char Kuey Teow untuk Pak Inche. Dah kenyang makan Tacos, Roti Bawang Putih dan Sup Cendawan tapi nak juga makan Kuey Teow sesuap dua sebelum minta bungkus. Malam-malam nanti bolehlah dipanaskan. Pak Inche kan malam-malam, lapar memanjang, hahahaha.

Burppp! Syukur.. Alhamdulillah ❤️

PISTACHIO STRAWBERRY CAKE MANEH BY MOMO

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

ESOK kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sekejap lagi, dah nak mula merendang. Daging dah siap potong, tinggal nak kisar bahan-bahan yang nak dilebur dalam kuali. Ketupat palas, Sk minta Angah tempahkan, jadi esok, Sk cuma bawa rendang saja. Tengahari, nak pergi rumah Pakcik, adik abah, dia ajak makan nasi beriani, hihi.


Pergi lagi Maneh By Momo baru-baru ni. Kalau sebelum ni, Sk makan Rose Pistachio Cake, kali ini ada Pistachio Strawberry Cake. Kita pun mintak sepotong. Ah, sedap betul krim pistachio yang lemak masin digabungkan dengan jem strawberry yang masam manis tu.


Iman minta Paddle Pop Cake. Rasa biasa-biasa aje. Setiap warna tu sekadar warna aje la, rasa sama. Krim pun tiada kelainan rasa. Nyesal Iman, hahah. Dia kata, lain kali datang, nak ambil Pistachio Strawberry tu. Haaa.. tak boleh nak janji jugak sebab flavour cake sentiasa bertukar. Kena tengok la ig stories dia hari-hari.

Viewing all 4176 articles
Browse latest View live