Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4173 articles
Browse latest View live

RENDANG DAGING DI AIDILADHA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BERKORBAN apa saja, Harta ataupun nyawa, Itulah kasih mesra, sejati dan mulia...

Dah jadi kewajiban, setiap kali giliran berhariraya di Johor, Sk akan memasak rendang daging untuk Pak Inche. Tapi, takkanlah nak buat untuk Pak Inche ajekan, kali ni buat dua kilo jer daging. Kalau raya puasa, mahu lima kilo, baru puas makan. 

Stail Sk masak rendang ni, ikut macam ibu iaitu dengan melebur semua bahan kisar, santan dan daging dalam kuali sekaligus. Apabila rendang sudah separuh kering, barulah dimasukkan kerisek. Kerisek tu, Sk beli siap di kedai, sebelum masukkan cium hidu dulu, tengik tak baunya. Sejauh ni, jaranglah Sk beli dapat kerisek yang tengik. Tak rajin nak buat kerisek sendiri, dah ada yang mudah, kan. Cuma, santan kelapa, Sk perah sendiri sebab serik pengalaman sebelum ni dapat santan basi. Tak mahu guna santan kotak, sebab hasilnya tak sama. 

Sk juga masukkan sebuku kecil gula melaka ketika proses memasak. Daun kunyit dah dibeli awal-awal, minta Iman cuci, lap dan hiriskan, kemudian disejukbeku. Jadi, bila rendang dah tiga perempat kering, terus masukkan jer daun kunyit tu. Sambil masak rendang ni, terfikir penatnya orang dulu-dulu menyiapkan bahan nak masak rendang. Masa memasak tulah nak menggiling bahan, nak memerah santan, sebab tak ada tempat menyimpan, kan.


Rancangan hari ni, kami akan ke rumah pakcik, jadi pagi ni makan yang ringan-ringan jer dulu untuk alas perut. 


Serunding Daging by ibu


Rendang Daging Pak Inche by Tuan Tanah Kedaung.


Nasi Impit by Angah. Ketupat Palas dan Lemang Pak Inche beli.


Di kesempatan ini, Sk ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar. Bagi mereka yang akan melakukan ibadah korban, semoga dipermudahkan urusan dalam tempoh tersebut, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.



KUNJUNGAN AIDILADHA

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

SETELAH beberapa lama tak berkunjung ke rumah satu-satunya adik arwah abah yang masih ada kerana kekangan PKP dan sebagainya, Aidiladha tahun ini ada kesempatan untuk Sk ke sini. Ada jer berjumpa dengan pakcik di tempat lain, maksud Sk, ke rumahnya, memang dah lama tak datang. Berapa kali Pakcik pesan dengan Angah, jangan lupa ajak adik-adik kau datang, kita makan sama-sama.


Angah, Cikwa, Izzat dan Indah dah sampai dulu. Cik Ani lambat sebab menyiapkan tempahan dan perlu buat penghantaran terlebih dahulu. 



Kalau raya puasa, lagi meriah kuih-muih makcik atas meja. Telur pindang, Pakcik suruh Angah buat. Di kalangan keluarga, Angah dipanggil Puspa. Manakala Along lebih dikenali sebagai Dewi. Tuan Tanah Kedaung, tentulah Sari 😍


Di rumah Pakcik wajib ada nasi beriani setiap kali raya sama ada Aidiladha atau Aidilfitri. Sedap sungguh Ayam Masak Merah atau Ayam Masak Rose, pakcik.



Daging Kormak dengan Telur Pindang.



Di kalangan anak-anak saudara, pakcik memang terkenal dengan nasi berianinya malah Pakcik adalah tukang masak semasa majlis perkahwinan Sk.



Pagi dah sarapan Ketupat, Lemang dan Rendang, tengahari makan nasi beriani.


Tak sahlah kan kalau tak penuhkan pinggan dengan lauk-pauk.


Warna tema raya haji Iman, biru tikus 😂


Lepas makan nasi, makan kuih pulak. Kek buah dan tart nenas tu sedap betul! 


Inti nenas tu bukan cap kedai bakery. Lupa pulak,  diet tak boleh makan tepung dan coklat banyak-banyak, hahahaha.


NASI MINYAK TERENGGANU VS AYAM MASAK MERAH UTAGHA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

RAMAI nampaknya yang dah kembali bekerja hari ini. Sk, walaupun tidak ke mana-mana semasa cuti Aidiladha, menyambung cuti lagi. Sengaja ambil cuti extra sehari, sajalah nak bermalas-malasan di rumah, hehehe. Syukur jugak sebab tak ke mana-mana kerana khabarnya jem melekat mengalahkan raya puasa. Malaysia ni, perayaan apa yang tak sesak. Masa tulah nak ambil peluang bercuti panjang sama ada balik kampung atau melencong, hahaha.


Nasi Minyak Terengganu, rancangannya menu ini hendak disediakan pada Hari Raya Aidiladha tapi bila Pakcik ajak ke rumahnya makan-makan, Sk tunda pada 11 Zulhijjah. Bagi tidak menghampakan Pak Inche, kita lawankan dengan Ayam Masak Merah Utagha yang resepinya ditemui Pak Inche di facebook. 



Sk tertarik hati membeli Set Lengkap Nasi Minyak Terengganu ni di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu semasa berhariraya di sana. Set ini mengandungi beras basmathi, rempah kurma, empat sekawan, kerisek dan bawang goreng anggaran untuk 10 - 12 orang makan. Dapatlah hantar ke Senai jamah seorang sedikit. 



Berejam duduk di dapur kerana menghayati cara-cara memasak takut salah cara dan tidak menjadi. Berkali-kali Sk baca sukatan air sebanyak 1/4 liter tu, cukupkah dengan beras sebanyak yang disertakan, hahaha. Alhamdulillah, bila dah masuk beras, memang ngam sukatannya dan nasi masak sempurna.
Tapi, pening baca resepi menyediakan korma, di mana nak letak rempah kurmanya. Cuba anda cari?? Akhirnya, kena pandai-pandai sendirilah, hahaha.


Disebabkan Pak Inche nak ada Ayam Masak Merah Utagha, Sk gunakan daging untuk masak korma. Stok daging memang banyak cuma kentang jer tak ada, terlupa nak beli.


Acar Jelatah atau Acar Mentah. Nenasnya pemberian seorang klien Pak Inche, beberapa hari sebelum raya. Disebabkan masa dapat tu, nenasnya masih muda, kami bertahan dan berharap agar ia masak masa raya supaya tak payah beli nenas lain, hahaha.


Ayam Masak Merah Utagha. Iman kata sedap, kira luluslah tu, kalau dia kata tak sedap, maknanya memang tak sedap la dan dia tak akan menambah lauk tu dalam pinggan. Macam masak panggang kuali sikit rasa dia, komen Iman. Pak Inche kata, memang macam tu la Ayam Masak Merah Utagha. Puas hati betul nampaknya tu. Warna oren tu sebab penggunaan lobak merah dan cili hidup sebagai bahan kisar. Tapi bagi Sk, kita sendiri kena sesuaikan rasa agar jadi sedap dengan garam, asam dan gula yang seimbang. Sk kongsikan resepinya di sini tanpa mengubah sepatah perkataan pun. Semoga diberi keafiaatan dan kesejahteraan kepada empunya resepi.

Ayam Masak Merah Utagha

1 Ekor Ayam (Potong 16) - Garam Kunyit Goreng 1/4 masak ja dan ketepikan jangan garing nanti keras dan xsedap

Bahan Tumis :
4 Sekawan - Kayu Manis 2, Bunga Lawang 6, Bunga Cengkih 2, Buah Pelaga 6
2 Helai Daun Pandan (Ikat)


Bahan Blend : (Gandakan kalau Ayam 2,3 ..)
4 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
4 Batang Serai - Racik
3 inc halia
4 Biji Cili Besaq
3 batang Carrot.

1cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 tin susu cair ideal
1 biji bawang holand - Potong bulat
1 Biji Tomato Potong 8
Daun Sup / Daun Bawang - Potong 1 inc - Hiasan
Bawang Goreng - Hiasan
KacaNg Peas - 1 tin kecil

1 sudu kecil - asam jawa paste
5 sudu besaq gula
2 sudu kecil garam
2 kiub ayam / cukup rasa
Aji (suka hati hangpa kalau nk buh pun xpa)

PanaskAn minyak (bekAs Goreng Ayam) masukan 4 sekawan, Daun pandan. Bila dh naik Bau masukan bahan blend, cili kisar dan sos cili. Masak Sampai Pecah Minyak api xpayah kalut besaq2.. masukan gula, garam, kiub ayam, asam jawa dan cukup rasa. Rasa (bila dh cukup semua) masukan susu dan ayam.. Gaul Bg rata dan masukan bawang potong bulat, Tomato dan kacang peas.. dh mendidih tutup api taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili besaq. siap 💖

Saya Halalkan Resipi ni Dunia Dan Akhirat... Selamat Mencuba
Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita semua 🤲🏻🤲🏻







KEDAI PORTMEIRION SEBELAH TAMAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


DAH ada kedai Portmeirion yang dekat dengan rumah Sk tau, dah tak payah lagi beli online. Boleh tengok dengan mata kepala sendiri saiz dan motif yang diminati. Boleh cash & carry, hihi.

Bukan saja PM, Le Creuset pun ado!

Jom sopping!

USUS REBUS & DAGING BAKAR AIR ASAM

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

HARI itu, masa ambil daging yang ditempah untuk masak Rendang Hari Raya Haji, Pak Inche tempah sekali usus lembu dari penjual daging. Bagusnya penjual ni, dia akan bersihkan ususnya siap-siap untuk pelanggan. Tahulah isi usus tu, kan.. bukannya mudah nak bersihkan. Kalau kak ipar Sk, dia akan jolok guna kayu. Kalau Sk, jangan disuruh, hahaha. 


Inilah rupa usus yang telah dibersihkan oleh penjual daging. Mula-mula tengok, Sk fikir, banyaknyaaaa. Siapalah yang nak makan banyak-banyak ni, Iman bukannya makan organ dalaman haiwan.


Cuci dan bilas berkali-kali. Suka tengok dia mengembung macam belon badut yang panjang tu, bila disalurkan air ke dalamnya, haha. Teringat pulak sedapnya kalau buat Tongmo Grill.


Rebus dalam Periuk Noxxa, set HP 40. Bila dah siap, aik.. tinggal sikit ni??


Sambil rebus tu terfikir, baik buat Daging Bakar sekali. Jadi, buatlah air asam lebih sikit. Selalu, Sk akan masukkan budu tapi cari-cari, tak adalah pulak budunya, jadi gantikan dengan serbuk belacan.

Resepi Air Asam

1/2 biji bawang besar, potong dadu
1 batang cili hidup, buang biji, potong dadu
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu serbuk belacan
1 sudu pes asam jawa
1 sudu gula
sedikit garam
Jus dari 2 biji limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1/2 cawan air

Caranya :

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali daun ketumbar, kacau rata sambil tekan dengan sudu. Boleh juga jika nak ramas guna jari (Sk guna sudu).

2. Ambil sebahagiannya, kisar halus, kemudian masukkan semula dalam mangkuk, masukkan daun ketumbar, kacau sebati.



Masak Tomyam Ayam jugak buat tambah-tambah. Guna perencah sup tomyam Seri Aji, sedap.


Usus potong kecil dan letakkan air asam secukupnya.


Daging Sk potong memanjang, kemudian perap dengan kunyit dan garam sahaja. Lepas bakar (panggang sebenarnya), barulah dihiris.


Pak Inche beli Daging Masak Kari. Tekak orang utagha cam tu la.. nak kari manjang, layannnn.

Syukur Alhamdulillah.

SUP DAGING KORBAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA cuma dua hari sahaja Sk bekerja pada minggu ini. Rakan pejabat ingatkan, SK jalan-jalan makan angin sebab bercuti panjang. Padahal, tak ke manapun, jalan-jalan pergi mall aje, itupun cepat-cepat balik sebab kurang selesa menempuh lautan manusia. Macam ada pesta muda-mudi pulak, hahaha.

Setakat entri ini ditaip, belum keluar duit lagi untuk beli makanan. Pagi tadi, sarapan Milky Passion Fruit Cake yang Sk beli semalam petang di Maneh By Momo. Kak Imah pulak bawakan Ketupat dengan Rendang Daging, itu Sk makan pukul 11. Makan awal sikit sebab pukul 1 ada jemputan makan Sup Daging Korban.

Dua orang kuat di kolej kami sehingga terlaksana Program Ibadah Korban di kolej semalam. Tapi tulah, semalam, kan Sk cuti, jadi tak dapatlah bersama melapah daging lembu korban.

Kita tolong makan ajelah ya... 😍😍😍 Syukur Alhamdulillah.

JALAN-JALAN KE AEON TEBRAU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

RASA aman damai betul bila berjalan semasa hari bekerja. Shopping mall lengang, nak main badminton pun boleh rasanya sebab lapang. Punyalah lapang sampai tak perasan ada sesuatu di lantai....

Cakap dengan Iman, macam tak ada rasa nak makan nasi. Macam nak makan kat kafe la.. pasta ke, makanan omputeh la senang cerita. Jadi, kami ke Aeon Tebrau sebab kat sana banyak pilihan berbanding Midvalley Southkey. Kami terus ke aras bawah yang menempatkan banyak restoran, ternampaklah The Manhattan Fish Market. Dah bertahun la tak makan situ, jadi macam teringin pulak.

Iman kata, jom kita tengok menu dulu (yang diletakkan di pintu masuk). Dari jauh dah nampak buku menu terbentang, mata dah aim ke situ. Tiba-tiba terpijak sesuatu yang licin, sempat berpaut pada Iman sambil terjerit, Iman sempat memaut jugak tapi apa yang nak terjadi tetap terjadi, jatuh juga dalam keadaan slow motion, akhirnya dah bersimpuh di lantai. Kalau tak ada Iman, mungkin dah terlentang.

Inilah yang dikata, meronggeng jangan sampai tertonggeng, hahaha. Tengok di lantai, punca jatuh, ada cecair jernih di lantai. Tahu apa? Hand sanitizer! Entah siapalah yang tumpahkan dan tinggal, sungguh tak bertanggungjawab. Mujurlah tak jadi apa-apa. Sk pun ralat jugak sebab tak minta pekerja restoran panggil cleaner bersihkan, takut orang lain pulak yang jadi mangsa. 


Terus tak jadi nak masuk Manhattan, geram pun ya, segan pun ya. Nasib baik pakai pelitup muka. Jadi, terus naik ke aras tiga. Iman kata, jom makan kat Sanook Kitchen yang bonda ngan babah pergi buka puasa tu.


Iman gelak baca komen Mak Cella dalam post Kunjungan Aidiladha yang bertanya, rahsia makin slim dan makin ayu 😄😄😄


Slim apanya acik... saya kan ratu bina badan negara 😝


Dari konon tak mahu makan nasi, pilih nasi juga. Basil Seafood Rice. Ada juga pilihan Ayam dan Daging, ambil seafood bayar lebih seringgit. Tak rasa sangat basil tu tapi mereka masak menggunakan makanan laut segar bukan frozen.


Red Tomyum Rice Noodle pilihan Iman. Semangkuk besar tomyamnya, bolehlah Sk ceduk buat kuah. Sup tomyamnya sungguh tidak mengecewakan.


Masa buat pesanan tu, Sk minta juga Kerabu Mangga. Kemudian, belek-belek lagi buku menu, nampaklah pulak Pulut Mangga. Nak.. tapi.. takut mengecewakan, sebab susah nak jumpa Pulut Mangga yang betul-betul sedap macam kat Pesta Thai. Bila staf beritahu, Kerabu Mangga tak ada, Sk pun minta Pulut Mangga. Alhamdulillah, betul-betul sedap dan rasanya sebiji macam yang beli dekat Pesta Thai.


Lepas makan pergi Kedai Buku Harris cari novel baru. Nampak ni, baru teringat Novelis Maria Kajiwa ada buku baru yang menggabungkan tiga novelis, iaitu Dia. Nampak pulak novel Kebaya ni, eh.. macam ada, tapi kenapa macam tak nampak pulak dekat rak di rumah.


Novel Sejak Kita Bertemu ni dah lama diterbitkan dan tidak dicetak lagi. Ramai yang tak tahu ia novel genre seram. Ia merupakan sequel novel Erti Cinta. Tapi, Erti Cinta tu, susah nak cari.


Balik rumah, tengok, ada novel Kebaya ni di rak buku. Rupanya ia tidak diletakkan sebaris dengan novel-novel lain dari NMK. Patutlah tak perasan. Tulah, banyak sangat membaca, sampai dah tak ingat, hahaha.

TAPAU NASI LEMAK MANA LAGI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PENYAKIT M sebelum raya, asyik suruh Pak Inche tapau makanan sama ada dari restoran atau pasar malam. Tak tahu ke mana perginya mambang rajin, hahahaha.


Ni sebab nak membuktikan nasi lemak mana lebih sedap, adakah Nasi Lemak Kayu Keramat atau Nasi Lemak Mana Lagi. Tak makan di kedai sebab Pak Inche nak tengok bola, nanti tak sempat alasannya. Pak Inche suruh buat telur lenggang sebab dia beli nasi lemak tanpa telur, konon jimatlah kan, tapi ambil ayam goreng empat ketul, Paru Lembu dan Hati Goreng, hahaha.


Nampak sikit nau nasi lemaknya.


Banyak ni bila masuk dalam pinggan, taklah sikit pun. Sambalnya pedas namateyyyyy, tapi sedap.


Sesat telur rebus sebelah dalam bungkusan nasi Sk, hahaha. Hari tu kat Nasi Lemak Kayu Keramat, kena RM35, yang ni Pak Inche kata, murah.. baru RM29. Iman kata, ialah, sebab tak ada air (minuman), kan. Logik jugak.. tapi kalau kira-kira balik, memang agak murah la, sebab ayamnya empat ketul.  Tapi, tengok jugak jenis beras dan cili yang digunakan. Bagi Sk, tak ada murah dan mahalnya pun, janji aku tayah masak, hahahaha.. hahaha. 

JUMAAT YANG HILANG

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


DALAM tempoh dua minggu, dua orang sepupu Sk di sebelah arwah abah telah kembali ke rahmatullah. 6 Julai lepas, anak arwah Pak Besar yang kami panggil Abang Zul (60-an) meninggal dunia mengejut kerana sesak nafas dan semalam, 14 Julai, kami dikejutkan pula dengan pemergian Ghadafi, anak Pakcik Din yang sebaya Sk. Semoga Pakcik dan Makcik diberi ketabahan dengan kehilangan ini, begitu juga Kak Ros, isteri Abang Zul.


Al-Fatihah kuhadiahkan buat Zulkifli Ismail dan Ghadafi Baharudin. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa dan menerima segala kebaikan yang dilakukan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

LONTONG 15 ZULHIJJAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA sejak minggu lepas membawa ke hari ini, jadual makan Sk jauh tersasar. Semalam, nampak kuah lodeh dalam flusk di Kafe Kak Sabariah. Sk terus ambil plastik makanan dan bungkus kuah lodehnya sahaja untuk bawa balik. Raya haji kali ni, belum dapat lagi makan Lontong Raya. Padahal hari tu baru makan Lontong Gerai Tepian Masjid, kan. Feel dia lain tau, nak jugak Lontong Raya, hahaha.


Tak ada masa nak sakit kepala. Lodeh dari Kantin Kak Sab. Ketupat segera jenama Nona yang tak habis-habis, tahun lepas punya, maklumlah, cuma Sk dan Iman jer yang makan ketupat nasi dalam rumah ni. Malam tadi, campak jer dalam periuk noxxa dan Sk set HP Low 30.


Banyak kali berangan nak masak tapi mikirkan banyak kerja dan bahan nak masak lodeh ni, tu yang jadi malas. Kuah lodeh tu dibeli masa baru dimasak dan letak pada suhu bilik. Bila dah tak panas, masukkan dalam peti sejuk pejabat. Tu pun hampir tertinggal semalam, nasib baik teringat sebelum sampai ke kereta, hihi. 


Serunding Daging, Sambal Tumis dan Rendang Ayam. Nampak macam rajin no merendang ayam pagi-pagi, kan.. hahaha. Serunding Daging dari Kak Maznah, biras Sk, semasa kami Beraya di Terengganu Aidilfitri lalu.


Jangan terpedaya.. Sk guna pes rendang segera MyKuali pemberian klien Pak Inche. Kalau buka laci kabinet tu, macam-macam pes ada, haha. Untuk pes rendang ni, cuma perlu tambah santan, air dan kerisek serta daun kunyit, dah siap. Sk skip kerisek sebab tak ada stok. Pesnya, Sk masukkan bersama ayam dalam periuk noxxa kemudian set HP High 20. Dah selesai, set stir fry, baru tambah air dan santan dan daun kunyit, renih hingga pekat.


Sambal Tumis Bilis Ready To Eat, juga dari klien Pak Inche. Rasa tidak mengecewakan, serasi jugak dengan lontong. Tapi, pelik.. mana Sambal Kacang??? Hari tu sebelum raya haji, Sk kemas-kemas, ada jer dia dalam laci tu. Dah tak cukup korum la lontongnya sebab tak ada sambal kacang. Kalau ada kacang tanah, boleh jugak alter separuh sambal tumis jadi sambal kacang... hurmmm. 

Adakah... ??? 
(Sila sambungkan ayat di atas)




MARATHON PARTNERS FOR JUSTICE

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


BAGI peminat filem atau drama genre suspens, thriller, perubatan dan sains, tentu ramai yang dah khatam menonton Partners For Justice, ni kan. Dah masuk musim kedua, barulah Sk berpeluang nak menonton drama bersiri Korea lakonan Jeong Yu-mi dan Jung Jae-young ini. Selepas penat menonton Ghost Doctor, ternyata Sk tak kenal erti penat malah mampu marathon siri televisyen yang disiarkan pada tahun 2018 dan 2019. Sayangnya, tahun 2020 hingga awal tahun 2022 kita dilanda pandemik dan kini pengikut siri ini tidak sabar menantikan musim ketiga PFJ.


Inilah dua watak utama PFJ iaitu Pendakwaraya Eun Sol dan Dr Baek Boem yang merupakan seorang pakar forensik. Dr Baek sebelumnya merupakan seorang pakar bedah namun menukar portfolio apabila terbabit dalam satu kemalangan.


Suka sangat setiap kali babak di bilik autopsi. Dr Baek ni, tak sebaik namanya ya. Serius memanjang, pembantu dia buat lawak pun tak ketawa. Kita tanya lain, dia jawab lain sebab Dr Baek sentiasa berfikir di luar kotak.


Watak-watak utama dalam musim pertama. Suka sangat tengok gaya Dr Stella yang merupakan pakar kimia dan Leftenan So-ho, sayangnya kedua watak ini telah 'dipindahkan' pada musim kedua.


Gandingan mantap di bilik autopsi, Dr Baek, Dr Han dan Dr Jung. Tak tahu nak gelak ke nak kesian setiap kali  mereka berdua ni kena marah dengan Dr Baek, hahaha.


Musim kedua PFJ, Oh Man-seuk membawakan watak Pendakwaraya Do berganding dengan Pendakwaraya Eun menegakkan keadilan. 


No Min-woo muncul pada musim kedua membawa watak Dr K yang mengalami kecelaruan personaliti. Redho jer la layan muka tak ada perasaan dia, hahaha.


Ketua Pendakwaraya Pengkhianat, hahaha.. gerammm ui.. sampai ke sudah tak terbongkar kedurjanaan dan temberangnya. Suka ambil kesempatan dengan jawatan yang diberikan, tahu nak senang aje.. eh.. geramnya aku!!!

Tak sabar nak tunggu Season 3!!!

DURIAN CREPE, KOCI & KOPI MOKCIK & POKCIK

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BARU balik dari..

Shopping di Mydin dan beli kek di Secret Recipe, Aeon Bukit Indah. Petang ni ada acara makan-makan sempena Hari Jadi Cikwa yang dibuat di rumah Cik Ani, insyaAllah 😍 jadi macam biasa, Sk bahagian kek mengekek, hehehe.


Lama gambar Koci ni tersadai dalam folder pic dalam handphone. Maklumat pada gambar, ia dirakamkan pada 17 Jun 2021, dah lebih setahun, hahaha.


Sebaris koci durian dan sebaris lagi koci labu. Dia punya sedap sampai tak boleh berhenti buka sebungkus demi sebungkus. Sk beli guna khidmat runner sebab masa tu pkp 2.0 ke.. 3.0 ke.. dah tak ingat, hahah.


Koci dan Durian Crepe Mokcik dan Kopi Pokcik. Kini dah buka kafe di hadapan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri Skudai.


Ngeri tengok Durian Crepe ni, kan.. hahaha. 

MALAYSIA'S BEST FOOD BLOGS

$
0
0

 Assalamualaikum wbt



TAK pernah menyangka, blog Alam Sari Tanah Jauhar yang dibangunkan untuk suka-suka pada tahun 2009 disenaraikan di antara The 40 Malaysia’s Best Food Blogs. 


Nampak ada email masuk dari Miss Jane CozyBerries. Dia siap sebut nama kita Kak Sari Yusa.

WHY TRUST US

CozyBerries.com was created to serve you by providing valuable information and resources to equip you with the right knowledge.

We aim to publish high-quality resource articles on various topics related to home, health, beauty, kitchen, personal finance, lifestyle, and more.

We also write in-depth product reviews to help you find the best product for optimum value.


Lima daripada The 40 Malaysia’s Best Food Blogs merupakan Blog Berbahasa Melayu dan selebihnya Bahasa Inggeris. Terharu kita.


Kak Amie Kesayangan kita juga turut tersenarai tau.


Tahniah Ana Jingga!


Tahniah juga Mahumahu!




Google Search juga meningkat kepada 5000 carian. Perkara macam ni mungkin tak heran bagi blogger lain tapi bagi blogger picisan macam Sk ni, rasa sangat terharu tau. Nanti Sk makan tulis banyak-banyak lagi eh.

Terima kasih CozyBerries dan semua pembaca Alam Sari Tanah Jauhar.

KARI AYAM BERSANTAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

JARANG-JARANG Sk masak Kari Ayam letak santan. Bukanlah pasal tak nak kolesterol ke apa, tapi nak berjimat, hahaha. Tapi, kalau kebetulan ada santan kotak yang telah dibuka dan masih berbaki, Sk akan masukkan sebab sayang dari rosak begitu saja. Eh, tapi fakta yang Sk baca, santan tidak mengandungi kolestrol tau.


Kalau arwah mak mertua Sk tengok kari Sk ni, sah-sah failed. Kalau ibu Sk yang tengok, mahu seminggu dia ungkit, kikiki. Sk guna santan kara, baki masak Rendang Ayam Lontong Raya tu. Santan kalau dah masuk peti sejuk, tekstur dia agak berketul sikit, kena kacau lama dengan api perlahan. Tapi, sebab Sk masak kari ni dalam periuk noxxa guna mode stir fry, tak boleh nak set kepanasan periuk tu, dia jadi membuak-buak, terpaksalah matikan suisnya cepat, karang hangusssssss.

Masak Kari ni hari Jumaat, untuk makan malam. Hari Jumaat tu, penuh dengan macam-macam aktiviti dari pagi membawa ke malam. Pagi-pagi, buatkan bekal Roti dengan Scrambled Egg untuk Pak Inche. Masak Rendang Ayam. Lipat kain baju, Iman?? Kalau tak ada-ada, memang dia lupa kain baju dalam bakul, sebab letak dalam bilik, tak nampak, katanya. Kemudian, masak kari ayam ni. Paling terrrrrrajin, buat Crab Rangoon.. tu nanti kita ceritalah. Petang tu, siap pergi mengopi tau, hahaha. Bukan dekat-dekat, sampai ke Larkin nunnn. Kali ni tak nak pergi mall, jemu.


Bila dah siap masak, barulah senang hati nak keluar jauh sikit. Ayam untuk digoreng, Sk perap siap-siap dan simpan dalam peti sejuk. Sempat sampai rumah sebelum maghrib dan terus masak nasi.  Kari ayam tu pun, dah balik berjalan tu baru dimasukkan santan. Kentang dan tomato tak ada stok, cuma ayam semata dalam kari, punyalah sedap, sampai tiga kali Pak Inche tambah nasi tau, hahahaha.

SUP BANTAI DAGING DAN TULANG KORBAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


REZEKI hari ini, Kak Imah bawakan kami Sup Daging dan Tulang Korban. Hari tu, SK ada ceritakan Program Korban Peringkat Kolej yang berlangsung pada Selasa lepas. Hari yang sama jugak, Kak Imah bawakan ketupat dengan rendang daging korban, tapi yang tu, Sk tak ambil gambar. Sup ni, Kak Imah masak daging dan tulang bahagian dia dan bawa ke pejabat sebab tak ada geng nak makan sup di rumah.


Untuk dimakan bersama sup, ada bihun, bergedil dan sambal kicap. Kawan-kawan makan masa sarapan, Sk makan jam 11 sebab dah makan roti pagi tu.


Sup Bantai aje..., kata Kak Imah bila kita puji keenakan supnya. Bantai-bantai pun, sampai bertambah Sk dibuatnya. Masa makan, teringat pulak pada wajah kecewa Pak Inche sebab Sk tak bawa balik sup untuk dia hari tu. Jadi, Sk minta nak tapau sikit dengan Kak Imah. Tak malu, hahaha. Dengan Kak Imah, tak payah nak malu-malu, kami berkawan sejak tahun 2003, dah 19 tahun pun. 

Terima kasih, Kak Imah 😍😍😍

CRAB RANGOON

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PAGI tadi berlaku satu kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta dan motosikal di hadapan Maybank Taman Sri Bahagia (TSB). Mula ingat, kenapalah sesak sampai selepas lampu isyarat persimpangan TSB tu? Biasanya kalau hari-hari kerja macam ni, memang sangkut dekat traffic light tu, tapi ni macam tak bergerak sampai ke depan. Dah dekat dengan bank tu, nampak semua kereta bagi isyarat ke kiri. Rupanya ada seorang penunggang motosikal sedang separuh terbaring mengiring, macam gaya orang posing tepi pantai. Dia dalam keadaan sedar, muka dia macam tak ada sakit pun. Sk fikir, mungkin dia mengalami kecederaan dari peha ke bawah. Pemandu kereta tak cedera tapi keretanya tak boleh bergerak sebab tayar hadapan sebelah kanan, flat habis. Aduh, ni yang risau setiap kali memandu. Tadi pun, ada sebuah kereta belakang Sk bawa macam nak terberak. Mereka ni dah lupa ke, jarak pemanduan selamat? Geram dan meluat betul menengoknya. Kepada mangsa kemalangan tadi, semoga dipermudahkan urusannya dan segera sembuh. 


Nahhhh... Akhirnya, berjaya jugak Sk dan Iman membuat snek pembuka selera, Crab Rangoon yang terkenal di Restoran Chinese American Cuisine, ini. Iman siap ajak buat lagi sekali, eh tak serik budak ni, hahaha. Sebab apa tak serik? Tentu jawapannya kerana keenakannya. Pak Inche pun suka nampaknya tu.

Crab Sticks atau Filamen Ketam ni memang banyak kat dalam peti ais tu, Sk guna 10 batang sahaja.

Dah namanya SK, ingat dia suka bersusah-payah ke?
Sk guna Sos Prego dalam tin berperisa Keju dan Herba atau Cheese & Herbs. Dah memang ada dalam stok dapur.


Dalam resepi asal, mereka menggunakan Cream Cheese, tapi Sk gantikan dengan empat keping Slice Cheese yang lebih ekonomi, hihi. Cincang dulu crab sticks, slice cheese dan daun bawang, gaul rata-rata, kemudian barulah masukkan satu tin sos prego berperisa Cheese & Herbs, gaul lagi hingga rata. Gambar lepas masukkan sos prego lupa nak ambil. Jika nak tengok langkah demi langkah membalut kulit wonton selepas dimasukkan inti, bolehlah google jer, hahaha.


Resepi Crab Rangoon (Cara Sk)

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit wonton
1 tin sos prego berperisa Cheese & Herbs
1 pokok kecil daun bawang
10 batang Crab Sticks
4 keping slice cheese

Cara Menyediakan Inti Crab Rangoon

1. Cincang kecil-kecil crab sticks, cheese dan daun bawang, gaul rata.

2. Masukkan sos prego, gaul lagi hingga rata.

Cara membungkus Crab Rangoon

3. Ambil sekeping kulit wonton, sapukan air di sekeliling kulit wonton, kemudian masukkan sesudu kecil inti.

4. Cantumkan penjuru ke penjuru kulit wonton untuk menutup inti.

5. Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan dalam tapis besi.

6. Hidangkan dengan sos cili yang dicairkan sedikit dan ditaburkan daun ketumbar.

Oh, ya.. selain perisa Cheese & Herbs, Sk rasa sesuai juga jika anda hendak gunakan perisa Carbonara atau Mac & Cheese.

Buat hari Jumaat, tapi Sabtu baru goreng. Hari tu, kan.. Sk beli Crab Rangoon Frozen dua pek, guna sosnya satu pek aje, jadi tak payah susah-susah nak buat sos, guna apa yang dah ada jer. Sos prego ada lagi, nanti tinggal beli kulit wonton jer la kalau datang mambang rajin, hahahaha. Haaa.. siapa yang tuari kata nak tunggu Sk buat, baru nak buat, silalah ya.. tak baik tau kalau tak buat, hahaha.

MENGOPI & MENGEKEK DI BELLY TREATS

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SATU kepuasan betul dapat makan Lontong Raya, Jumaat lepas. Bayangkanlah, kami dua beranak, dua kali ulang makan dalam tempoh empat jam. Tu, nasib baiklah kali kedua tu, dah wassalam, kalau masih ada baki lagi, mahu mengulang jugak buat kali ketiga. Tu pun, malam tu, Sk mengulang makan nasi impitnya sahaja dengan lauk Kari Ayam Bersantan. Esoknya, Sk tengok ada sebiji lagi nasi impit, sayang pulak, jadi, Sk cicah dengan Serunding Daging Terengganu yang Kak Maznah bagi, hihihi.

Teringatlah dulu-dulu, setiap kali raya (pertama), mesti ada ketupat dan masak lodeh serta lauk pauk raya dihidang setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah, Masa tu anak-anak saudara arwah abahlah yang ramai datang. Lepas aje tetamu balik, kami pulak ambil giliran duduk di meja, berulang-ulang makan selagi tak malam, hahaha.

Walaupun dua kali mengulang makan lontong tu, tekak tetaplah rasa nak mengopi dan mengekek. Boleh jer nak bancuh kopi sendiri di rumah, tapi feel tu lain. Kakinya pulak, rasa gatal jer nak tekan minyak, hahaha. Selesai membuat Crab Rangoon, Sk ajak Iman keluar. Mula-mula kami ke BBU Bussiness Centre, kononnya nak cari baju untuk konvo Iman. Tapi, rupanya, kalau bukan musim raya, tak banyak pilihan yang ada. Tu takpa, bila kami masuk Butik Plus Size, yang tinggal saiz yang terlalu besar. Seorang staf dari salah sebuah butik tu beritahu, ada ramai yang saiz macam Iman, sebab tu susah nak dapat saiz baju yang Iman nak sebab dah habis dijual masa raya.

Tak apalah, kami pun cuma nak survey aje, gituh. Masih ada masa sebulan lagi untuk dapatkan baju. Dari BBU, Sk memandu terus ke Larkin, tujuannya kali ni nak mengopi di Belly Treats. Banyak kali nak ke sini, tapi, kadang tu dah kenyang makan tempat lain. Walaupun lokasinya dekat dengan pejabat Sk, tapi belum pernah sekali pun jejak kaki di sini. Ada beberapa pelajar dari Program Pembuatan Pastri pernah membuat latihan industri di sini. Yang sekarang sedang dalam latihan pun ada, cuma tak kenal muka dorang, dah sekarang masing-masing bertopeng, kan, hehehe.

Iman minum Caramel Cappuchino Ais. Sk cam biasalah, Hot Americano.

                 

Red Velvet Cake untuk Iman dan Sk pilih Pistachio Cheese Cake. Dasar RV dia cam bantat sikit, laaa. Pistachio CC tu pulak, macam guna coklat putih yang dilepa di atas kek dan pecah bila kita potong kek. 


Nipis jer bantatnya. Ni puncanya sebab ia tidak dikaup balik sehingga ke dasar mangkuk kek semasa diadun. Hishhhh.. bebudak ni. Nasiblah tak bantat terus keknya, hehe. Namun keseluruhan ianya tidaklah mengecewakan.

Yang bestnya di Belly Treats ni, selain mengekek dan mengopi, banyak jugak pilihan makanan tempatan dan barat yang mengenyangkan. Contohnya ada Lasagna dan Mac & Cheese. Juga ada Laksa Johor dan Tauhu Bergedil dengan Sambal Kicap. Nanti lain kali, bolehlah 'rawat perut' di sini dengan  kawan-kawan opis pulakkk, hihihi.

Belly Treats

16-01, Jalan Dataran Larkin 5, Dataran Larkin,
80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali Isnin
10 pagi hingga 6 petang

No Tel :  011-1187 6059

MAKAN-MAKAN DI HARI JADI CIKWA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


SABTU lepas, kami adik-beradik sepakat buat parti hari jadi Cikwa sempena ulangtahun kelahirannya. Cikwa, jarak usianya lima tahun dengan Sk. Cik Ani kata, kesian Cikwa dah dua tahun sambut hari jadi sorang-sorang. Tahun lepas, Sk pesan Roti Jala Jelita untuk Cikwa, tahun ni, Sk sponsor kek ajelah. Ingatkan, nak beli Red Velvet macam masa Hari Jadi Angah, tapi cuma Choc Indulgence dan Tiramisu Cake jer yang ada. Iman kata, dah lama tak makan Chocolate Indulgence, jadi memang tu jerlah pilihan yang ada kan. Tiramisu macam tak berapa best pulak. Baru perasan, harganya dah naik seploh hinggit kooo. 


Rancangan asal nak buat di Senai tapi Angah kata, tak ada air. Dia suruh buat kat rumah Cik Ani. Nasib baik dia tak suruh buat kat rumah Sk, hahaha. Cik Ani punya plan pulak, nak makan-makan di Der Cabin tapi... dot dot dot, hahahaha. Sk cadangkan Cik Ani goreng bihun. Iman kata, sedap Bihun Goreng Cik Ani. 


Selain Bihun Goreng, Cik Ani jugak masak Nasi Goreng Cina. Sekarang ni, selain Roti Jala Jelita, Cik Ani jugak ambil tempahan makanan lain macam Bihun Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng, Nasi Ayam Kunyit, Pulut Kuning, Sandwich dan apa jer la orang mintak, Cik Ani akan cuba memenuhi permintaan pelanggannya. 


Pagi tu, Sk tiga beranak, sarapan di kedai mamak aje dan terus ke Mydin beli barang sikit. Kemudian, kami ke Aeon Bukit Indah beli kek, balik rumah, baru jam 12 macam tu, tapi lapar pulak, agaknya habis tenaga ke Mydin tu 😝. Dah janji nak buat parti pukul 2, jadi, untuk alas perut, Sk gorenglah Crab Rangoon. Pukul 2.15, baru sampai rumah Cik Ani, dia dah siap goreng nasi dan bihun dan baru nak buat Sandwich. Sk dan Iman, tolong siapkan meja. Rombongan dari Senai, belum sampai lagi. Biasalah, janji Melayu.. hahaha.


Pak Inche dan Iman kan tak makan Sandwich Tuna, jadi, Sk buatkanlah Sandwich Telur ni beberapa keping. Memang Cik Ani ada buat inti telur tu, tapi tetiber dia malas nak jadikan sandwich, hehehe.


Sambil buat Sandwich Telur sambil goreng Karipap Pusar Frozen. Sedap betul karipapnya, inti penuhhhhsss! Eh, nasib Cik Ani tak beli yang inti sardin.


Terlajak rajin, siap ada bakar-bakar. Che Li la tukang bakarnya, tukang bakar dari Senai, belum nampak bayang. Lupa pulak nak ambil gambar masa Che Li tengah kipas lipas api.

 

Selamat Hari Jadi, Cikwa.. Semoga diberi keafiaatan, dipanjangkan usia, berbahagia dan sejahtera selalu. 


Ibu yang mabuk sembilan bulan ketika mengandungkan Cikwa. Ah, semua anak la ibu mabuk sampai hari nak beranak, huhuhu.



Untunglah budak-budak sekarang dapat mak sedara boleh buat geng. Zaman Sk dulu, jangan kata mak sedara, kakak sedara pun cengih, hahaha.

        

Parti.. parti.. Eh, tiber ada orang tu bakar ayam nak makan sendiri.



Macam selalulah, Angah soh buat gambar campak belakang. Iman kata, semua muka sama jer lagi, yang berubah cuma Zulaikha jer, hahaha.

UNBOX

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


NOVEL terkini koleksi Sk hasil usaha Iman yang memburu di Kedai Buku Badan, Angsana Mall. Novel terbitan Fixi ni memang sukar didapati di Kedai Buku Popular. Hari tu dah cari kat Harris Aeon Tebrau, sampai JATUH depan The Manhattan Fish Market. Apoo, nak cari novel, tapi pergi restoran? Hahaha.

Awas, Spoiler!

Inspirasi agaknya dari kisah seorang youtuber yang beli satu kotak misteri dari darkweb yang mana barang tu menghantui hidupnya. Serupalah macam salah satu watak dalam novel ni, Adam yang membeli barang dari pasaran gelap setelah ditunjukkan oleh Iqbal. Lepas tu, nak buka parcel tu, dipanggil semua kawan-kawan yang dikenali melalui twitter tapi mereka jadi rapat iaitu Sid, Nadia dan Dira. Agak klise, bila terjadi apa yang sepatutnya jadi iaitu masing-masing dihantui hantu akibat membuka kotak tersebut. 

Walaupun begitu, cara Adly menulis membuat kita sampai lupa nak bernafas dengan betul, hahaha. Adly menggunakan teknik POV 1 (Point Of View) mengikut watak-watak lima sahabat ini namun Sid mendominasi. Di usia macam ni, biasanya Sk hanya mampu membaca sehingga tidak kurang 50 mukasurat jer sebelum tertidur, tapi Unbox ni mampu membuatkan Sk berjaga sehingga 12.30 malam dan membaca lebih sepertiga isinya. Cuma di pertengahan cerita, mula terasa bosan apabila asyik ditayangkan dengan hantu merangkak, hantu melekat di dinding dan menyelat rambut.

Salah satu babak yang Sk suka dan tak jangka bila Sid cuba melakukan ujikaji dengan mengambil rambut teman serumahnya, Paan yang suka buat sepah dan mengikatnya pada patung vodoo iaitu salah satu barang dalam kotak tersebut. Sid menganggap patung itu hanya mainan bila cubaannya tidak menjadi dan Paan pun baik-baik sahaja. Rupa-rupanya, Sid terambil rambut orang lain, maka orang yang tak bersalah menjadi mangsa.

Terbayang, tentu best kalau ianya menjadi salah satu plot dalam kes yang dikendalikan Dr Baek Beom, hahaha. Dr Baek dikehendaki melakukan autopsi ke atas satu mayat mangsa kemalangan, kemudian dia terkejut melihat kecederaan mangsa. Lepas tu, Pendakwaraya Eun tanya, kenapa badan mayat berlobang-lobang? Dr Baek cakap, wrong question. Siapa yang buat badan mayat berlobang? Hahahaha. Kau punya imaginasi, kannn. 

Siapa yang suka novel seram, bolehlah baca. Sk bagi 4 bintang.

SARAPAN DI KOPITIAM NONA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KEJAP jari-jemari menggenggam stering kereta pagi ni. Hujan lebat dan lopak air di sana-sini. Silap perimbangan, boleh tersasar kita dibuatnya. Tapi, syukurlah, sejuk sedikit bumi yang dah beberapa hari, mungkin minggu, kekeringan dek cuaca yang panas terik.


Dah lama tahu tentang Kopitiam Nona namun masih belum berkesempatan ke sini. Kopitiam ini dimiliki oleh anak kepada pemilik WR Kopitiam yang biasa Sk kunjungi di Gelang Patah tu. Bila dah sampai sini, baru tahu, ianya mengambil alih tapak kedai Kopikeju yang telah ditutup.


Fida 'tag' Sk di Fb Page Kopitiam Nona. Faham dah kalau kena tag-tag ni, hahaha. Jadi, kita tunaikan permintaan dia hari ni untuk bersarapan bersama.
 Kali terakhir bersarapan di luar dengan Fida dan Naza, kami ke Kelab Kopi Lama, lama dah tu, hahaha. Suasana di Kopitiam Nona ni lebih tenang tapi menunya tak banyak berbanding di WRK.


Naza dan Fida makan Lontong Kering. Walaupun ada menu Lontong, Sk kuatkan hati sebab nak makan benda lain. Selain Lontong Kering, Fida juga pesan Roti Bun Bakar.


Rindu nak makan Roti Telur Goyang atau nama dalam menu, Roti Tibab. Bukan Roti Titab ya, tapi Tibab. Tak boleh guna nama Titab sebab ia telah dipatenkan oleh Kopitiam Kita (Kota Bharu)


Tak nak makan Lontong sebab nak makan Egg & Chips. Terkejut tengok ada dua telur padahal sebelum ni pun biasa pesan set sarapan barat ni di WRK. Takkanlah nak makan tiga telur pagi-pagi ni, kan. Jadi, satu telur bagi pada Naza dan Fida. 


Tak menahan sarapan Mak Inche korang hari ni, hahahaha.. hahaha.

Kopitiam Nona

24, Jalan Nibong 17
Taman Daya, 81100 Johor Bahru

Buka setiap hari kecuali Selasa
7 pagi - 12 tengahari









Viewing all 4173 articles
Browse latest View live