Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4179 articles
Browse latest View live

JOHOR KAJI SEMULA CUTI HUJUNG MINGGU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BARU sempat nak post entri baharu. Buka-buka pc nampak berita ni...

Johor Bahru: Kerajaan Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

farid_noh@bh.com.my

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta.

"Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini," katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), di sini, hari ini.

Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55, menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

SUMBER


Kalau betul, dah tak perlulah asyik nak ambil cuti hari Ahad, nak makan Kari Kambing Patploh Hari punya pasal 😝 (tu contohhhhhh)


MAKAN DI RESTORAN ANJUNG SELATAN GELANG PATAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KISAH Jumaat lepas, masa ke Ikea tu, SK bercadang nak makan di luar aje. Biasa, kalau plan nak keluar, pukul 10 dah panaskan enjin tapi pagi tu kemas rumah dulu siap pakej lipat kain baru keluar. Hati Tekak tak terasa nak makan Meatball Ikea, rasa macam nak cari Nasi Padang, tapi laluan ke Ikea tu, tak tahu di mana ada kedai Minang. Iman cadangkan cawangan terbaharu Restoran Anjung Selatan yang terletak di Gelang Patah. Bernasssssss!

Sistem baharu di Restoran Anjung Selatan, ada laluan terus ke kaunter nasi dan lauk, layan diri ambil makanan dan minuman, kemudian terus buat bayaran di kaunter bayaran macam di Kelab Kopi Lama.  Dulu-dulu, lepas ambil makanan, boleh terus duduk makan, nanti ada staf datang ambil pesanan minuman dan terus kira harga, tulis atas kertas kecil bagi pada kita. Habis makan, bawa kertas tu ke kaunter bayaran. Agaknya, ramai yang tak bayar lepas makan ke? Iman kata, dah macam kantin sekolah, hihi.

Kalau takut pelanggan tak bayar, boleh jer buat macam Warung Kak Yah yang cuma ada satu laluan sahaja untuk keluar dan lalu meja juruwang. Memang tak ada alasan la terlupa atau buat-buat terlupa nak bayar. Tapi, Sk pun dah lama tak ke sana, kotlah dah ada dua tiga laluan keluar, kan. Tapi, agaknya, manusia yang buat-buat lupa nak bayar ni, kita buatlah laluan macam manapun, pandai jer dia nak mengelak. Memang wujud manusia macam tu, kan. 


Rasa macam nak makan Keli Salai Masak Lemak Cili Api tapi yang tinggal tu dahlah kecik, kepala pun tak ada, hahaha. Padahal, bukan dimakan pun kepalanya.  Alasanlah tu, sebab nak makan Gulai Patin Tempoyak. Tengok dalam periuk, banyak lagi potongan badan ikannya. Kalau di cawangan BBU, datang pukul 2, memang tinggal kepala, lah. Silap haribulan, kuah aje yang ada. Dah banyak tempat SK makan Patin Tempoyak ni, belum ada yang boleh menandingi keenakan Patin Tempoyak di Anjung Selatan ni termasuklah yang Sk makan di negeri asalnya. Tu pada tekak Sk la. Malah, Fidah yang hantu Patin Tempoyak pun cakap macam tu jugak. Cuma, Sk belum cuba lagi Patin Tempoyak Temerloh. Sebab datang pun dah lewat, banyak ulaman dah habis termasuk jantung pisang kesukaan SK.

Iman, tak ambil Daging Salai Masak Lemak Cili Api macam selalu, sebaliknya kali ini dia pilih Asam Pedas Ikan Pari. Banjir terus pinggannya. Sk suap sikit ke mulut, memang sedap, ada rasa lada hitam. Mahu berasap hidung ni kalau makan, hahaha. Iman ambil sayur taugeh, tapi, dia guna taugeh yang besar kepala tu. Iman kata, tak sedap taugeh tu.


Lepas ni, senanglah kalau rasa nak makan Patin Tempoyak Anjung Selatan, boleh pergi cawangan GP ni yang dekat dengan rumah. Tempat letak kereta pun lebih luas, restorannya pun luas, serbi-serbilah luas. Tapi, tak bolehlah nak datang selalu kerana duitnya pun luas jugak, hahaha.

Anjung Selatan Cawangan Gelang Patah

No 57, Jalan Suria 2,
Pusat Komersial Suria,
81550 Gelang Patah, Johor

Dibuka setiap hari hingga jam 3 petang.


OBOT 5 HARI DALAM KENANGAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

RUTIN setiap pagi, sejak Obot datang BERTAMU,  selepas beri makan pada 'majikan', Sk akan jenguk Obot dalam sangkar di belakang. Obot pasti teruja setiap kali nampak Sk sambil memanggil dengan suara halusnya yang hampir tak kedengaran. Kemudian beri susu dan makanan baru. 

Obot tak sepanjang masa duduk dalam sangkar. Tiap petang, kami akan lepaskan dia. Sukalah Obot meronda satu rumah. Karektornya agak manja seolah-olah dah biasa tinggal dengan manusia.  Semalam, Sk pesan dengan Iman, keluarkan dia awal sikit.


Iman hantar gambar Obot, comot-comot  lepas minum susu. Dia tak nak susu dalam botol, tak pandai nak hisap pun macam anak kucing yang Sk biasa tengok dalam tik tok. Tapi, kalau bagi dalam cawan, pandai jer dia minum. Kami belikan biskut untuk kitten, tapi Obot lebih suka makan biskut kakak. Jadi, Sk campur sikit dengan air supaya lembik. Asyik lupa singgah kedai belikan wetfood. Tapi tulah, sejak datang, Obot macam selsema sikit dan najisnya pun lembik. 

Pandai pulak tu, pergi kencing dan berak dekat pasir. Tapi semalam, Iman kata, dia buat onar berak dekat lantai ruang tamu tepi tingkap. Nasib tak kena langsir. Rasa nak muntah lap. Jadi, Iman masukkan semula dalam sangkar. Sk balik kerja, keluarkan semula Obot. Selalu kalau dapat keluar, terus dia berjalan menghala ke depan tapi semalam, dia duduk aje depan pintu dapur. Tak ceria dan macam tak sihat. Bila Sk ajak ke depan, dia ikut pelan-pelan dan duduk aje tak meronda.

Jadi, Sk masukkan semula dalam kotak dia, duduk depan sama-sama. Bagi susu, sikit jer dia minum. Pegang badan cam panas sikit. Jadi, Sk biarkan jer dia dalam kotak. Kemudian bawa masuk bilik ajak tengok tv sama-sama dengan Iman sekali. Obot duduk jer dalam kotak, tak apa Obot, kalau sakit perut, Obot rehat ya. Kesian jugak tapi nak bawa pergi vet, teringat kisah Kak Azie Azah, bawa kucing cirit pergi vet, esoknya mati.

Pagi tadi, sambil berdiri dekat sinki, Sk jenguk ke belakang, tak nampak pulak Obot berdiri dan tegur Sk macam selalu. Jadi, selesai bagi makan pada 'majikan', Sk ke belakang, tengok Obot sedang tidur. Tapi, gerak hati Sk kata, Obot dah tidur buat selamanya. Allahu.. kesiannya Obot. Terus bagitahu Iman, Obot dah tak ada. Iman terkejut sebab pukul 1.30 dia ada tengok Obot kat belakang dan main acah-acah. 

Pukul 6 pagi, Sk gali tanah di carpoach. Masa angkat Obot, badannya dah mula keras, tak lembik macam Onti hari tu. Tak tahulah nak gambarkan perasaannya macam mana. Bukan sedih sebab kehilangan tapi sedih kenangkan Obot yang struggle kehilangan ibu dan sesat pulak. Mungkin ini yang terbaik untuk Obot ya Obot. Bonda tetap akan ingat Obot walaupun cuma lima hari sahaja kita bersama.


CHEAT DAY ON FRIDAY

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

JUMAAT.. hari cuti bagi Sk tetapi hari bekerja bagi Pak Inche. Dalam pada tak best kerana bercuti rehat pada hari yang berbeza, tapi kelebihannya, Jumaat adalah hari me time bagi Sk di mana bebas nak buat apa saja dari pagi sampai petang. Kalau hari Jumaat tu Pak Inche ada tugasan atau jemputan media di sebelah malam, maka sampai ke malamlah boleh berjimba-jimba, hahaha. 

Kalau jadilah, cuti kelepasan hujung minggu di Johor ni diseragamkan kembali pada Sabtu dan Ahad, dah tak adalah lagi me time di hari Jumaat. Tapi tak apa, selagi Allah swt bagi peluang, kita manafaatkan sahaja masa yang ada. Minta pada-Nya agar panjang umur dan diberi keafiaatan serta sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Pagi ni Sk tak makan roti hijau Gardenia macam hari-hari lain tapi ajak Iman bersarapan di luar. Cadangnya nak makan Nasi Lemak Daun Pisang di sebuah cafe, tapi tutuplah pulak. Jadi, kami ke Restoran De' Ambang Ruby. Kedainya belakang rumah Sk jer, tapi taklah belakang betul-betul, lat tiga empat blok jugaklah tak silap. Tiap pagi masa nak pergi kerja, selalu nampak ramai yang singgah ke sini. Kedai ni dah buka lamaaaa sebenarnya sebelum pkp dan kami sekeluarga pernah juga makan di sini. Masa pkpb tu, sekejap buka sekejap tutup kedainya tapi nampaknya sekarang dah beroperasi dengan konsisten.


Patutlah ramai yang datang ke sini, pagi-pagi dah ada nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk. Untuk sarapan, sa mee goreng, lontong goreng, macaroni goreng, roti canai dan pelbagai kuih talam yang siap dipek. Iman pilih Soto, Sk cari lontong tak ada, jadi Sk pilih Laksa Johor.


Laksa Johor tidak mengecewakan. Sk suka tekstur spaghetti-nya yang al dente. Kadang orang jual LJ ni, spaghetti direbus terlalu lama sampai hilang kekenyalannya. Kuahnya pun cukup rasa walaupun tidak pekat macam kita masak sendiri. (Yek elehhh.. bila masa ko masak LJ Sk oiiii???)


Soto kata Iman, okeylah. Masa taip entri ni, baru teringat, macam murahnya jumlah harga makanan dan minuman iaitu Nescafe O Panas dan Teh Ais, cuma RM15.50. Kalau kat bandar, mahu RM20 dahhh. Lain kali, boleh cuba beli lauk-pauk kat sini pulak, jimat tenaga nak masak, hahahaha.

Syukur selalu.

SARAPAN DURIAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM Angah telefon suruh datang makan durian. Dia beli durian dari nyonya yang bekalkan pisang tanduk untuk kerepek pisang. Sk ada urusan di luar, jadi lepas selesai semua, barulah ke Senai.


Sebakul durian kampung. Sebenarnya masih kenyang lagi sebab masa keluar tu, Sk makan Mee Tarik dengan Iman. Sk buka dua biji jer duriannya dan cuma makan dua ulas. Bakinya, Sk masukkan dalam bekas bawa balik rumah.


Angah tambah lagi dua biji yang belum kopek. Walaupun durian kampung, boleh tahan sedap jugak. Duriannya ada yang dah pecah dan ada yang masih bulat lagi. 


Pagi ni, suruh Pak Inche pergi Restoran Thoufeeq tapau roti telur. Punyalah lama dia pergi, tak menahan memgingatkan durian dalam peti sejuk. Sementara tunggu roti telur, Sk sarapan durian empat ulas, hihihi. 

Burpppp.. alamak.. sendawa durian la pulakkkk 😆


MAKAN KENDURI DI FELDA ULU TEBRAU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

WALAUPUN bukan anak peneroka (Felda), namun tanah rancangan Felda Ulu Tebrau tidaklah asing bagi Sk. Seingat Sk sejak kecil, kami sekeluarga kerap ke sini kerana Arwah Pak Lang dan Arwah Mak Lang (kakak ibu) merupakan peneroka di sini. Sampai sekarang, Sk masih terpandang-pandang Arwah Pak Lang, duduk di atas pangkin bawah rumah semasa kami bertandang ke rumah mereka. Sk juga masih ingat betapa meriahnya majlis perkahwinan Kak Imoi, anak perempuan sulung Mak Lang dan Arwah Abang Ibrahim. Bila kami meningkat remaja, seorang demi seorang anak Mak Lang berkahwin dan masa ni kamilah adik-beradik yang datang rewang, sungguh meriahlah zaman tu sebab semuanya dilakukan secara gotong-royong dan makan berhidang, belum lagi ada katering semua tu, hihi. Dan kini, ramai yang dah meninggalkan kami. Ibu pun tinggal tiga beradik jer, sekarang, dari 16. 


Dah lama tau Sk tak datang ke Felda Ulu Tebrau ni. Sepanjang PKP langsung tak datang, la. Kemudian, raya 2019 sebelum PKP tu, Sk beraya di Kedah, dah balik Johor pun tak sempat ke sini. Alhamdulillah, semalam, dapat juga memenuhi undangan Kak Sehan, anak Mak Lang yang diadakan di Dewan Felda Ulu Tebrau. Hidangan pertama pilihan Sk tentulah Nasi Beriani dengan Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Pajeri Nanas. Ada potongan buah nenas, kuih lapis dan bingka ubi. Daging Beriani tu sedap sangat di tekak Sk ni. Kalau datang kenduri macam ni, memang tutup matalah makan kuih dan minum air manis, huhu.


Yang di sebelah Sk tulah mak pengantin. Dari kanan, baju biru tu, Abang Tapa, Abang Lan, Kak Imoi dan Kak Ani, ni semua anak Mak Lang. Yang duduk tu semua tak perlu diperkenalkan lagi, hahaha. Oh, sila baca kisah DISAKAT KAK ANI masa kecik-kecik dulu, sampai sekarang tak boleh lupa, hahaha.


Mak dan anak yang tak pernah tak manis, kahhhhh.


Pasangan lomantis.


Sambil tunggu pengantin sampai, kita layan pulak Nasi Impit, Sambal Goreng dan Serondeng, kiranya Lontong Kering atau kata Wak Warisan Petani, Lontong Darat. Kegemaran, kannn. Lagi syok, layan dengan Teh O Panas.



Dewan luas dan meja banyak, jadi tak perlu tergesa-gesa untuk pulang. Kita foto-foto lagi la. Boleh tersama pulak tema warna, haha.


Ambilkan Bihun Soto untuk Pak Inche. Sebab tak minat bihun, Sk tak ambil untuk diri sendiri. Tapi malam tadi dok fikir, kenapalah aku tak ambil nasi impit tu jadikan Soto Nasi. Ni sebabnya dua hidangan ni iaitu Lontong Kering dan Bihun Soto diletak di meja berasingan. Hurmmm, sekarang dah menyesal, hahahaha.


Keluarga pengantin menggunakan Khidmat Katering dari Mak City & A Cafe yang beroperasi di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram.


Yang ini pulak Mak Siti sedang menikmati hidangan dari Mak City, hahaha.


Nampaknya Mak Siti berpuas hati dengan makanan dari Katering Mak City, hahaha.


Ini pula, Abang Zali dan family, anak Mak lang yang tinggal di KL kerana bertugas di sana. Dah ada anak bujang macho dah Abang Jali ni. Dulu, semua kicik-kicik bermakna Sk pun dah kertu, hahaha.

   

Bertambah lagi seorang menantu sedara. Selamat datang ke Legacy Husin dan Saleha, Lutfee. Oh, Haiza ni sebenarnya kawan Iman sebaya usia, satu sekolah cuma lain kelas. Sama-sama lahir bulan Januari. Yang kelakarnya, dah sekolah menengah baru tahu dorang sepupu. Walaupun selalu jer terjumpa masa kecik-kecik dekat rumah Mak Lang, tapi tak la rapat sangat kot masa kecik tu sebab memasing ada geng sepupu sendiri, hahaha. Masa sekolah menengah tu sorang sesi pagi, sorang sesi petang. Iman pernah nampak Haiza kat sekolah, tapi dalam hati boleh fikir, macam pernah nampak tapi kat mana, hahaha. Haiza la yang mesej Iman beritahu kita sedara bila nampak gambar nenek dan Kak Imoi datang rumah masa Hari Jadi Iman, Mak Lang siap bawa Pulut Kuning.


Ni Mak Yang, menantu Mak Lang iaitu isteri Abang Imran, mana tah Abang Imrannya tak ada pulak masuk dalam gambar, hahaha. Oh, Mak Yang la yang beritahu Sk suruh beli Harian Metro sebab ada berita tentang Kursus Kewartawanan anjuran Berita Harian tahun 1997 tak silap. Habis kursus, selalu la datang pejabat Berita Harian dan terberkenalan dengan Pak Inche dekat kedai gambar, hahahaha.


Balik pengantin, Pak Inche ajak cari durian di Pontian, padahal durian Angah bagi tu belum dikopek lagi. Yang dalam peti sejuk pun belum habis. Sk cakap, dari babah beli durian, baik kita ke NSK beli beras sebab beras kita dah nak habis. Hari tu pergi kedai runcit, berasnya dah ada kutu merayap, jadi.. tak jadilah nak beli beras di kedai runcit.


Punyalah panjang beratur sebab cuma dua kaunter dibuka. Tak boleh nak salahkan NSK, mungkin mereka tak cukup staf, kan. Dah kita yang pilih shopping hari Sabtu, memanglah ramai orang. Masa ni terasa indahnya zaman PKPB, shopping sana sini tak ramai orang.


Kerongsang semua dah cabut, hahaha. Konon nak balik rumah dulu tukar baju tapi nanti menghabiskan sabun dan karen aje, asyik berpusing aje mesin basuh tu, hahaha. Ni minggu depan ada jemputan lagi, seronok betullah tiap minggu makan nasi beriani ya Sk? Makan pulak, tak penuh pinggan, tak sah, huhuhu. Syukur Alhamdulillah.

DINNER NASI DENGAN DURIAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DEKAT kawasan rumah Sk ni, dari nak masuk taman, keluar taman, banyak betul orang jual durian. Durian mana, Sk kurang pasti tapi macam durian tempatan, la. Tu yang pening, Pak Inche sibuk ajak ke Pontian padahal dekat rumah melambak. Dia kata, saja nak jalan-jalan. Sk tak bagi beli dulu, suruh makan dulu durian yang Angah bagi.

Balik dari NSK tu, singgah kedai runcit, beli kelapa parut. Pak Inche tak nak guna santan kotak, tak sedap katanya. Jadi, dengan segala kudrat yang tinggal, kita perahlah santan, hahahahah. 


Nasi putih, santan dibubuh garam, gula pasir dan durian kampung. Ada gula merah tapi Pak Inche lebih suka makan dengan gula pasir. Sedap sangat katanya, sampai tiga pinggan dia balun nasi dengan durian. Sk sengaja masak lebih sikit, konon nak buat nasi goreng, wassalam ya, tuan puan.

Ada orang kata, orang utara jer makan nasi dengan durian ni. Tapi, arwah abah kan Johorean, memang ajar kami makan nasi dengan durian ni dari Sk kecik. Haaa.. Sk tak suka ya, tapi terpaksa jugak kena makan dan habiskan. Semalam pun Sk tak join makan dengan santan dan durian tapi makan nasi dengan sambal hijau jer, letak durian seulas. Dah rasa macam sambal tempoyak pun ada, tak teringat la pulak nak campak petai, hahaha. Agaknya kalau letak petai tu, mahu kena masak nasi lagi sepot, hahahaha.

BELANJA PAK INCHE DI THE GRAND by ADAM'S KITCHEN SEMPENA HARI BAPA

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

MENDUNG cuaca pagi ini. Semasa keluar rumah tadi, gerimis mula mengundang. Cepat-cepat buka pintu pagar, mujur tidak kebasahan. Sepanjang jalan, gerimis mula berhenti tetapi langit tetap suram. Walaupun begitu, jalanraya tetap rancak dengan pelbagai kenderaan menuju ke destinasi masing-masing. Kita tenang-tenang sahaja memandu sambil hirup kopi dan kunyah roti wholemeal yang dilepa mentega tanpa kolesterol... sangatttt! Hahahaha.

Perancangan saat akhir, semalam.. Sk membuat tempahan makan malam bagi meraikan Pak Inche sempena Hari Bapa di The Grand by Adam's Kitchen, Kulai. Ada yang kata, hari-hari, hari bapa. Hurmmm.. susah nak betulkan persepsi mereka yang menganggap hari-hari, hari bapa... hari-hari, hari ibu ni. Mungkin memang setiap hari kot, dia ucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapanya. Bagi Sk, abaikan aje. Sk sendiri, sudah tiada bapa untuk diraikan. Bapa mertua pun tak sempat nak jumpa. Jadi, kita raikan bapa Iman sajalah. Iman kata, tanpa kami, babah tak jadi bapa tau, hahaha. Pak Inche kata, kalau tak ada babah, Yaya pun tak ada.. Hurmmm.. begitulah dua beranak ni, ada saja bahan nak menyakatnya.


Nak buat kejutan, Sk tak beritahu Pak Inche yang kami akan ke Adam's Kitchen. Kononnya ada kedai tomyam baru buka di Jalan Kiambang. Sepanjang jalan Pak Inche asyik tanya tentang kedai tomyam tu. Takut sangat dia kita bawa dekat kedai cincai-cincai. Nampak sahaja Adam's Kitchen, Sk terus cakap, kita makan sini ajelah. Pak Inche kata, ramai, nanti tak ada meja. Tak pe, kita masuk aje. Ini kali kedua kami makan di The Grand by AK Kulai ni. Kali pertama, boleh baca DI SINI.


Masa masuk tu, memang macam blur sekejaplah Pak Inchenya sebab ada meja yang nampaknya telah ditempah dan ramai yang datang anak-beranak sehingga meja bersambung-sambung. Sk terus beritahu pada staf yang Sk telah membuat tempahan. Kami dibawa ke meja yang telah diletakkan kertas bercetak menu yang Sk telah pesan awal-awal. Nampak malu-malu pulak Pak Inche kena surprise. Disebabkan Sk dah pesan makanannya siap-siap, tak lama sampailah hidangan yang pertama ni, Nestum Prawn. Udangnya besar-besar, ada enam ekor semuanya, masakannya pun sedap.


Baby Kailan Oyster Sauce. Sedap juga dan tak kedekut bahan. Sayur tu, ngamlah untuk tiga orang, memang baby betul. Kadang baby kailan ni, ada yang daunnya dah dewasa, haha. Yang penting tak pucat putih macam sayur kubis.


Salted Egg Squid atau Sotong Telur Masin. Sos telur masin sedap tapi sotong agak liat. Mungkin digoreng terlebih lama. 


Disebabkan kami diletakkan meja untuk empat orang, memang ngam sajalan letak pinggan-pinggan lauk ni. Susun elok-elok dan rapat di tepi meja sebab nak bagi ruang pada ikan kukus yang dipesan khas untuk orang yang diraikan.


Pesan juga semangkuk Sharkfin Soup kegemaran Pak Inche.


Haaa.. penuh meja bila ikan dah dihidangkan. Sk pesan Hong Kong Steam Siakap, masakan kegemaran Pak Inche. Ikannya besar juga, dalam resit ditulis beratnya 900 gm. Memang agak puaslah makan ikan tu. Sosnya tu, Pak Inche kata, kalau letak gula sikit lagi sedap, tapi bagi Sk dah cukup rasa. Macam tulah kami, nampak sekepala tapi ada masanya berbeza pendapat.  


Sukalah tu, dapat hirup Sharkfin Soup. 


Tak pandai nak karang ucapan hari bapa, kita tirulah saja dari google, hahaha.

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. 
Tak pernah berkira walau sekalipun (tipu), kadang-kadang berkira juga 😝 
Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih, babah 😎

Al-Fatihah dihadiahkan buat abah, Ibrahim Mohd Yasin
& bapak, Mohd Noor bin Hashim.

ANTARA SATA DAN PEPES

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SETELAH beberapa lama tak ke Pasar Malam Taman Tampoi Utama, Selasa lepas, Sk ke sana. Sorang-sorang jalan. Macam selalu, jika ke sana, Sk akan singgah beli cekodok. Selain tu, beli juga Puding Karamel, Puding Roti dan Ubi Rebus Sambal Tumis Ikan Masin di gerai yang sama. Kemudian, Sk ke Gerai Bakar-Bakar Daun ni.. hahaha.. tataw cemana nak definasikan. Abang ni jual pelbagai jenis makanan tradisional yang dibungkus dengan daun, kemudiannya dibakar. 


Terus teringat soalan Mim atau Kak MimDotCom dalam entri Mak Terlupa. Soalan Mim, "apa perbezaan sata dan pepes ye kak? x penah mkn pepes."

Dari soalan Mim, Sk agak, Mim pernah makan sata, tetapi tak pernah makan pepes.


Kalau tengok pada kedua-dua gambar atas ni, abang gerai ni labelkan nama makanan tu sebagai Sata Ikan dan Pepes Ayam. Bagi Sk, sebenarnya tak perlu pun tambah perkataan 'ikan' pada Sata atau 'ayam' pada Pepes kerana jika namanya Sata, bahan utamanya adalah ikan, manakala jika namanya Pepes, bahan utamanya ialah ayam sekaligus menjawab soalan Mim, itulah beza antara Sata dan Pepes. Sata berwarna putih manakala Pepes berwarna oren, mungkin penggunaan jenis cili yang berbeza juga. Kalau diberi pilihan, Sk lebih menggemari pepes dari sata lebih-lebih lagi jika pembuat pepes meletakkan sehelai daun selasih dalam balutan pepes tu, memang bangkit aroma dan keaslian rasa pepes.


Mintak adik (anak abang gerai) tu pepes, RM10. Lepas tu terfikir, apasal tamak no beli banyak-banyak. Sekali, masa berhenti di traffic light, tiga bungkus pepes Sk balun, hahaha. Puaslah makan pepes berulang-ulang si Iman dan emaknya.


Pulut Panggang panggilannya tapi jika di kampung Pak Inche, dipanggil Pulut Udang. Ada beza inti Pulut Panggang di daerah Johor Bahru dengan daerah-daerah lain. Contohnya, di Segamat, kawan Sk kata, mereka isikan inti sambal tumis. Sk juga pernah beli di Mersing, intinya isi ikan sahaja.


Otak-Otak, kini dah terkenal seantero Malaya, kan. Dulu, salah seorang bos Sk semasa di Berita Harian yang berasal dari Perak cerita, dalam banyak-banyak makanan di Johor ni, dia paling tak boleh nak makan, yang pertama Otak-Otak. Yang kedua, makan Goreng Pisang dengan Sambal Kicap, hehehe. Okeylah jugak tu, sebab dia datang Johor pun dah tak berapa muda. Ada orang tu, dah berhijrah ke Johor dari umur 20, sampai dah purbakala ni pun, tak reti makan tempe. Dia tataw tempe tu sedap ke??? Dengan anak dia sekali tak makan tempe, rugi.. rugi... hahahaha.

OH, MACAM INI RASANYA CRAB RANGOON

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DAH lama Iman beli kulit wonton, tapi tak bergerak-gerak pun dari peti sejuk, masih dalam pembungkusan. Bila ditanya, belum cukup bahan katanya. Sampai ke sudah tergeletak kat situ. Disebabkan tak mengganggu pun kapasiti dalam peti sejuk tu, SK biar ajelah, macam dah lupa keberadaannya pun iya jugak, hahaha.

Hari tu, kawan kolej buka pesanan Crab Rangoon. Biasa jugak dengar tentang makanan yang mula viral sejak awal tahun ni. Sebenarnya, dah lama wujud, tapi diviralkan oleh Tik Tokers. La.. zaman Tik Tok, kan. Dulu, Tik Tok ni selalu dianggap negatif padahal banyak jer yang positif untuk kita tengok contohnya resepi dan perkongsian tentang kesihatan.

Walaupun bersepah resepi Crab Rangoon ni, tak terbuka pulak hati nak menengoknya. Bila kawan buka pesanan, tanpa usul periksa, terus pesan dua pek. Bila bawa balik dan goreng, Iman kata, haaa.. nilah yang dia nak buat dengan kulit wonton tu. Tak buat lagi sebab tak ada cream cheese, katanya. Padahal, emaknya hari-hari lalu depan kedai, tak pun dipesan minta belikan. Rasanya sebab mambang rajin belum datang tu, huhu.

                           

Crab Rangoon, juga dikenali sebagai Crab Puffs, Crab Rangoon Puffs atau Cheese Wonton adalah kulit dumpling dengan inti jejari ketam dan keju yang dijadikan hidangan pembuka selera di Restoran Masakan  Cina.


Crab Rangoon ni dijual secara sejuk beku (frozen) dan disediakan sosnya sekali. Sebelum makan kena goreng tenggelam dengan minyak sederhana panas. Rasa sos seakan sos Thai dengan daun ketumbar yang dicincang.  Tapi tulah, secebis jer pun jejari ketamnya, kedek betullah, hahaha. Nampaknya kena buat sendiri jugak ni, hihihi.

Tunggulah ya, mambang rajinnya sampai, hahaha.

MAKAN DI KRABI SEAFOOD

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

TIBA-TIBA, sebelum tengahari tadi, ada bunyi guruh yang kuat. Terperanjat Sk dibuatnya, sebab duduk dalam pejabat, tak nampak cuaca di luar. Semalam, ada baca ramalan cuaca tentang hujan dan ribut petir yang akan melanda lima negeri termasuklah Johor. Rupanya, kejadian ribut petir dan hujan tu berlaku hari ini. Masa pergi kantin tadi pun, hujan renyai, kalau berlama-lama, basah juga. Kenalah lari-lari sikit walaupun berat, hahaha.

Masa Hari Bapa tuari, Pak Inche ajak makan di Krabi Seafood yang sedang viral kerana ada promosi Grand Opening cawangan baharu Bandar Dato Onn. Tapi, kami terpaksa tolak cadangan Pak Inche sebab Sk dah buat tempahan di The Grand by Adam's Kitchen. Tu yang dia ghisau beno kalau kami bawa ke kedai tomyam cincai-cincai, hahaha. Jadi, semalam, kami layankan sajalah permintaan dia, lalu kami ke cawangan Krabi Seafood  BDO yang berdekatan Aeon BDO. Masa kami sampai, boleh tahanlah meriahnya., restoran penuh sehingga mereka meletakkan meja dan kerusi di atas jalan tar bersebelahan restoran yang memisahkan dengan blok bersebelahan. Kalau pandang ke arah lorong tu, dah rupa kedai mamak pun ada. Tapi, bila lihat restoran, terus rasa, wow! Restoran nampak ekslusif dengan dinding kaca, macam cafe hotel tapi harga kaki lima kerana masih ada harga promosi sehingga 28 Jun 2022 ini.


Ganas betul tukang hantar makanan ke meja kami ni, main campak-campak jer pinggan lauk atas meja, hahaha. Sk rasakan, kalau kami ni cerewet, mesti dah 'sound', boleh letak elok-elok tak? Tapi, kami sabar jer la.. takut nak tegur benonya, hahaha. Harga promosi siakap, RM18 seekor. Pak Inche pesan dua ekor siakap terus, seekor dimasak mengikut kegemaran dia sendiri iaitu Siakap Kukus Limau manakala seekor lagi ikut selera permaisuri dan puterinya, Masak Tiga Rasa.


Siakap Masak Tiga Rasa. Mudah nak makan sebab dorang dah kelar badannya. Sos Tiga Rasanya okay la, tak terlalu sedap dan bukan tak sedap langsung. Ikannya pun tidaklah kecil sangat walaupun cuma RM18. Isinya tebal, bukan jenis buat promo tapi bagi siakap yang bila digoreng, tulang lagi besar dari isi, hihi.


Siakap Kukus Limau. Rasa biasa-biasa aje, kena bagi manis dan pedas sikit, baru sedap betul.  Sos limau agak sejuk, agaknya dia dah masak banyak-banyak, tinggal siram aje dan cuma dihantar dalam pinggan hidang besi, tak ada tungku berapi macam biasa makan di kedai tomyam. Agaknya tungku tu tak cukup kot sebab sebelumnya Sk nampak pelanggan meja dekat tar tu, ikannya dihidang atas tungku.

Tapi, agak berbaloi jugaklah, kedua-dua ikan ni cuma perlu bayar RM36. Biasanya, kalau di Restoran Senoko, seekor berharga RM38. Masa makan di Adam's Kitchen hari tu, harga Siakap Stim Hong Kong tu, RM48. Sk juga masih ingat, kami pernah makan di sebuah restoran tu, siakapnya RM60 sampai terkejut badak Sk sebab masa tu belum zaman socmed lagi. 


Tomyam Seafood, boleh laaa. Agak ketara la rasa pes tu dan tidak disesuaikan rasa masam, manisnya .  Iman kata, tomyam yang babah masak hari tu, lagi sedap. Aik, bila masa babah masak tomyam??? Tu, bonda laaa yang masakkkk. Babah tukang sibuk jer, hehe.


Sotong Goreng Tepung, asal boleh... hahaha. Renyah nak goreng tepung sotong ni, kalau kasar-kasar, tepung ke mana, sotong ke mana.


Minta Baby Kailan Goreng Oyster, tapi diberi masakan goreng ikan masin. Tak boleh nak salahkan dia sebab dalam menu memang tak ada tulis goreng oyster tu. Bagi Sk, sedap baby kailan di sini dari yang makan masa kat Adam's Kitchen tuari.


Tidak ketinggalan, tentulah telur dadar. Lupa nak ambil gambar sambal belacan. Sambal belacan sedap, pedas.. memang sedap sambal belacannya.


Dalam facebook Krabi Seafood, telah diberitahu, KS tidak lagi menerima tempahan meja awal kerana nak beri laluan kepada mereka yang walk-in. Betul, macam tulah lebih adil. Kesian kadang kami yang walk-in ni kena tunggu meja, kalau yang tempah tu datang tepati masa tu tak apalah juga, kan. Tempoh  menunggu makanan siap  juga telah diberitahu agak lambat, kerana mereka menyediakan masakan panas dan pelanggan agak ramai. Sk anggarkan kami menunggu dalam 30 minit sahaja. Tak menahan tu, makanan sampai lebih dahulu dari air, hehe. Sambil makan, ada juga bau bakar-bakar, rupanya ada Bawal Bakar, juga berharga RM18 seekor.


Rasa terkilan pulak tak buka buku menu tu. Rupanya ketam pun ada promo, RM20, empat ekor. Pak Inche yang belek buku menu pun kata, dia tak perasan. Lagipun agaknya, kami ni memang jarang nak pesan ketam setiap kali makan di kedai, jadi belek makanan yang biasa kami makan aje. Lagipun, masa Pak Inche nak belek menu lagi, Sk cakap, cukup-cukup, nanti tak muat meja, hahaha. Bukan apa, nanti, Sk jugak yang menjadi majlis bandarannya. Sebab tak ambil ketam, Sk kurang pastilah besar mana ketamnya tu, kan. Kalau ketam kecik, ada isi, okeylah kan, jangan kulit aje, hihi. Ke... kena datang lagi pesan ketam pulak??? Sk juga kurang pasti sama ada, ada had pembelian atau tidak. Selain  ni, ada banyak lagi set sehingga 15 orang makan dengan harga yang agak berbaloi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah cuba telefon nombor yang tertera dalam gambar.


Lupa ambil gambar restoran, kita salin dan tampal dari facebook. 
Selain Krabi Seafood ni, banyak restoran dan kafe lain yang juga masih baru. Hati dah mula tertarik dengan sebuah kafe dan restoran tu, tapi lori gaji dalam perjalananlah pulak, hahahaha.. hahahaha.

Krabi Seafood

31, Jln Perjiranan 4/4, 
Bandar Dato Onn, 
81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :

Setiap hari 3 petang hingga 11.50 malam

No Telefon : 017-787 9764

JALA JELITA UNTUK RAFIDAH

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

BEKERJA bersama kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Orang kata, jika kita baik, ramai sayang. Jika kawan-kawan baik, kita akan saling sayang menyanyangi sebagai seorang kawan.

Sempena ulangtahun kelahiran kawan makan Patin Tempoyak, Rafidah, hari ini, Sk tempah Jala Jelita dari Cik Ani. Masa hari jadi Sk hari tu, Fidah buat kejutan, hantar minyak wangi ke rumah. Kali ni, Sk tak buat kejutan sangatlah, kita makan Jala Jelita dengan kari ayam sama-sama dengan kawan pejabat. Sebab Kak Imah alah dengan pewarna makanan, Sk minta Cik Ani buat jala yang tak letak pewarna juga. Yang tu, Cik Ani sorok selang seli di lapisan bawah.

Kagum kawan-kawan tengok kejelitaan Jala Jelita Mak Jeika. Sk mintak tema biru walaupun tahu Fidah peminat warna ungu. Ni gara-gara hari tu tengok seorang Tik Tokers post Jala Jelita tema biru dengan love-love, haha. Tambah lagi, beberapa hari sebelum tu nampak Cik Ani ada buat Jala Jelita tema biru juga. Jala Jelitanya sedap, bertambah-tambah kawan makan.

Johorean terutama warga JB, jika nak tempah Jala Jelita dengan adik Sk, bolehlah DM beliau di
IG : Cik Embun


Minggu ni kan minggu peperiksaan, jadi agak kelam kabut la. Buat parti kecil di pejabat Sk dan Naza memandangkan bilik mesyuarat digunakan untuk lawatan. Nak buat di pantry, tak muat sebab masih ada barang sumbangan seperti beras dan barang-barang lain. Mintak Ain tolong setting meja.

Selain Jala Jelita, ada Nasi Lemak Daun Pisang, Bihun Goreng dan Kek Oren.


Chocolate Indulgence. Ina ditugaskan membeli kek. Eh, sempat pulak tu keknya berdeko-deko walaupun dibeli saat akhir.


Rafidah ni muda banyak dari Sk tapi agak matang orangnya. Mudah mesra dan boleh masuk dengan semua peringkat usia. 


Selamat hari lahir, Fida.. semoga diberi keafiaatan, berbahagia dan sejahtera selalu,
 Amiiinnn.


Dari kiri, Ain, Ina, Kak Imah, Fida, Naza, Aida dan Tuan Tanah Kedaung.



Alhamdulillah 😍






MAKAN MEE TARIK WARISAN ASLI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

TIDAK dapat dibayangkan, jika ura-ura untuk menyeragamkan semula Cuti Hujung Minggu di Johor kepada hari Sabtu dan Ahad. Sekiranya ia menjadi kenyataan, warga Johor terutama yang bekerja dalam sektor kerajaan atau separuh kerajaan, waktu bekerja setiap hari Isnin hingga Khamis adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang manakala pada hari Jumaat, waktu bekerja cuma 4 jam iaitu dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Adoi, pukul 4 pun dah menggegel kepala lutut ni kat pejabat, nak tunggu sampai pukul 6??? Yassalammmm. Tapi.. bab balik jam 12 tu, yabedabedoooooo!


Dah berapa kali Iman ajak makan Mee Tarik. Dari minggu ke minggu, ada saja halnya. Minggu lepas, akhirnya kami berdua beranak ke cawangan Mee Tarik Warisan Asli di Paradigm Mall. Itu, pun hampir sahaja tak jadi sebenarnya, tapi gagah jugak ke sana walaupun sebelumnya kami ke Plaza Pelangi untuk menghantar servis laptop Iman. Selagi tak dapat, selagi tu asyik bercakap kan, jadi, jomlah kita! Keluar pun dah lewat jugak sebab masak dulu untuk makan malam dan pagi tu pun dah sarapan Laksa Johor dan Soto, kan. Jadi, memang dah kosong la restoran ni sebab waktu lunch dah habis.


Pertama kali datang di cawangan Paradigm Mall. Sebelum ni, pernah makan di cawangan Aeon Kulai dan Bandar Baru Uda. Cawangan BBU tu, dah tutup. Lama dah sebenarnya tak makan Mee Tarik ni. Sistem dia masih sama, bayar dahulu semasa membuat pesanan. Tapi, adik cashier tu kata, boleh aje kalau nak bayar lepas makan.. tak silap laaa. Macam biasa, la.. Iman yang buat pesanan, yang bayar, tetaplah emaknya, belum kerja lagi, kan. Hari tu, kat Kenduri Kahwin Haiza, bapak sedara dia (sepupu Sk) tanya, Iman bila lagi? Ishhhh.. belum habis belajar lagi... cepat-cepat Sk jawabkan. 


Dia ni, kalau nak sesuatu, maknanya dah kena racun Tik Tok. Hari-hari ya, hantar link Tik Tok tempat-tempat viral dan cafe viral. Kita layankan aje laaa selagi ada depan mata dan yang penting, fulusnyaaaa. Kalau yang melampau mahal tu, idoklerrrrr Sk nak melayannya.


Sebab kami duduk di ruangan dalam, tak dapatlah makan sambil tengok show chef tarik mee. Mulanya Iman dah duduk di sebelah luar, tapi tak selesa pulak, orang lalu lalang tengok kita tengah suap mee masuk mulut. Tu belum lagi spesies yang kepoh jenguk apa dalam pinggan orang tengah makan.


Kegemaran Sk setiap kali ke sini, Mee Tarik Goreng dengan Daging Lembu. Daging kedek.. tak macam dulu-dulu. Masakannya sedap, dulu Sk serik makan MTWA ni lepas kena yang tak sedap di cawangan BBU. Tu yang lama tak ke MTWA.


Iman kata, boleh tak nak order dumpling. Boleh, nakkk.. mak ko kaya banget ni. Terdapat tiga pilihan inti dumpling iaitu ayam, lembu dan kambing. Yang ada stok, lembu dan ayam, kami pilih lembu. Kulit dumpling tu homemade rasanya, tapi agak tebal, mujurlah tak liat. Sedap cicah dengan chilli oil tu. 


Mee Tarik Kambing Jintan, lebih kurang gitulah namanya. Yang ni, mee lebih kecil dari mee Sk, tarik banyak kali la kan, tu jadi kecik. Mee juga panjang tak putus-putus, hehe. Sk rasa, Mee Tarik Goreng lagi sedap. Punyalah banyak mee sampai mengah, jadi, Sk suruh Iman habiskan kambingnya ajelah.


Benarkan Mee Tarik Warisan Asli, paling best di Malaysia?? Tak tahulah, sebab Sk belum pernah lagi makan Mee Tarik jenama lain. 


Kenyang betul, lah makan Mee Tarik ni. Dumpling tak habis makan, bawa ke rumah nenek sebab Angah telefon suruh datang MAKAN DURIAN.

SOTONG MASAK MERAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PAGI semalam, macam terkejut jugaklah bila menghampiri Plaza Tol Perling bila dapati jalanraya agak basah, macam baru lepas hujan. Terkejut tu, sebab, sepanjang jalan, tak hujan pun, tapi bila dah sampai situ, jalan basah. Masuk jer Taman Perling nampak banyak lopak air, oh, betullah baru lepas hujan. Tapi, tulah pelik, tetiba jumpa dah habis hujan dan memang hujan di kawasan Tampoi rupanya.

Dah tengahari tu, Sk tanya dalam grup family, nak masak apa untuk makan malam? Pak Inche jawab, tak boleh fikir sebab tengah sakit paha, jatuh kat longkang besar pagi tu. Eh, cemana boleh jatuh? Bertahun-tahun langkah longkang tu. Longkang yang memisahkan antara petak letak kereta dengan lorong bangunan kedai di Jalan Padi Satu tu, memang agak besar jugak. Sk sendiri agak gayat nak melangkah. Kena buka kaki besar-besar, baru lepas. Itu pun kalau pakai kain, Sk sanggup jalan jauh sikit guna titi besi tutup longkang tu, atau jalan ikut laluan masuk Metro Parking. Rupanya, masa langkah tu, Pak Inche tak perasan, dia pijak kawasan berlumut. Lepas hujan, agak licin, tergelincir dan hilang imbangan. Hurmmm.. dah nak jatuh, nak buat macam mana.. mujur tak ada kecederaan teruk. 


Sk minta Iman tengok dalam peti ais, jika ada sotong, rendam, nak masak Sotong Paprik jer la. Ada ayam kefci dua ketul, yang tu konon nak buat masak butter. Sampai rumah, siang sotong dulu, simpan dalam peti sejuk, baru mandi. Kalau masakan macam ni, dah nak makan tu baru masak, barulah sedap. Tapi tulah, sendiri jugak yang penat nanti, haha. Sk bubuh Sos Labu macam masa masak Sotong Paprik Sos Labu tu, cuma tak letak cili kisar sebab tak ada stok. Jadi, kita bagi nama masakannya kali ni, Sotong Masak Merah, alaa.. rasa pun lebih kurang aje.

Sotong Masak Merah

4 ekor sotong, bersihkan dan potong ikut citarasa
4 ulas bawang putih dicincang
Sedikit halia dicincang
1 bawang besar potong baji
5 cili padi belah dua
1 biji tomato potong baji
Sedikit minyak untuk menumis
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu sos labu
1 sudu sos ikan
2 sudu gula
3 helai daun limau purut

Caranya :

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih.

2. Gaul sotong dengan sos ikan dan sos labu.. ketepikan.

3. Dalam kuali, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau, masukkan gula dan daun limau purut.

4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili padi. Kacau dan renih sebentar.

5. Akhir sekali masukkan tomato.


Pak Inche yang katanya tak boleh fikir, balik bawa lauk beli dah siap masak. Ayam Masak Kari seketul, Kangkung Goreng, Sambal Belacan dan Sotong masak apa tataw. Lauk sotong tu, memang dah siap pek dalam bekas tu. Semua ni kena RM15. Bagi Sk berbaloilah, sekarang barang mentah pun dah mencekik leher regenya, huhu.  Gigih Pak Inche beli lauk walaupun sakit kaki terdengkut-dengkut berjalannya. Sakit sangatlah agaknya sampai sanggup sapu minyak angin, padahal selalu, sebut sapu minyak jer dah geleng kepala macam hape. Semoga lekas sembuhlah Pak Inche'nya. Syukurrr.. semua lauk beli habis. Sotong Merah jer memang sengaja masak banyak supaya boleh buat lauk tengahari hari ni si Iman, hehehe.

LAUK MASAK DAN BELI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


Cerita pendek jer hari ni..

DAH masak Kari Daging dan Daging Kicap, Pak Inche balik bawa lauk dari pasar malam BBU Jumaat lepas. Jumaat hari ni baru sempat nak post entri, hehe. Pak Inche beli Limpa Masak Rempah dan Hati Goreng dengan Kacang Panjang. Gandingan yang mantap!

Okeylah, minta diri dulu.. nak pi meronggeng.. hahaha.



NASI GORENG CILI KERING AYAM KFC

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BUNTU nak buat sarapan apa pagi ni. Mula ingatkan nak menjala. Masih ada semangkuk kecil kari daging yang Sk masak Jumaat lepas (bukan Jumaat semalam). Tapi, macam tak cukup aje. Nampak pulak ada nasi lebih-lebih yang dikumpul dua tiga kali. 

Terus capai cili kering, rendam dengan air panas. Ambil bawang putih 4, 5 ulas, cincang. Letak kuali atas dapur, panaskan minyak masak. Cili kering tadi, Sk cincang guna chopper. Teringat pulak ada ayam kfc dua ketul, ambil seketul, hiris kecik-kecik.  Tumis bawang putih dam cili kering sampai terbit minyak, masukkan telur dua biji, kacau, masukkan ayam kfc, masukkan nasi. Kacau.. kacau.. kacau.. letak garam, kacau lagi... Siap!


Dah lama beli Tea Set Pimpernale dari Botanic Garden Harmony keluaran Portmeirion ni. Iman asyik tanya, bila bonda nak pakai? Macammana nak pakai, sentiasa tak cukup korum masa sarapan. Set ni, Sk minta PS yang tinggal di UK tolong belikan. Bila dia beritahu, nak ke PM Shop, Sk terus hantar gambar minta dia tolong belikan. Tapi tulah, bukan boleh pos terus, kena saing-saing dengan parcel yang lain. Bila sampai ke Malaysia, Sk dah masuk pejabat, Iman dah mula intern. Tu yang tak pakai-pakai dan dah sibuk kerja, kan. Jadi, hari ni, barulah datang rajin nak keluarkan, hehehehe. 


SELAMAT HARI JADI, ANGAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MASA musim durian.  

Abah ajak mak makan durian tepi jalan.  Bukan banyak pun sebiji kongsi berdua.  Dalam perjalanan balik tiba-tiba mak mabuk. Muntah-muntah tanpa henti.

Abah bawa mak pergi hospital.  Tak sakit kata doktor.  Arwah atok suruh mak balik kampung.  Berubat cara kampung. Macam-macam sakit katanya.  Ada yang kata tersampuk, ada yang kata terkena buatan orang.

Akhir sekali mak pergi berubat dengan pemandu kapal korek di Parit Raja.  Mak sampai-sampai aje pakcik tu dah senyum.  

"Berubat dengan pakcik tak susah nak.  Pakcik bagi air aje", katanya.

Usai membaca ke dalam air, pakcik senyum lagi sambil memandang mak.  

"Kau ni terkena buatan orang!" dengan senyuman.

Semua yang ada bingung. 

"Kalau buatan orang tu, siapa? Kenapa?" Soal abah bertalu-talu.

"Sabar nak, ada orang baru nak datang," kata pakcik lagi.

Mak, abah dan atok masih bingung.  

"Orang baru?" Tanya abah. Masih tak percaya.

9 bulan mak mabuk.  Seakan tiada lagi keindahan dunia, kata mak.  Tapi mak kuatkan semangat,  mak teruskan. 

Sehingga saat itu, jam 12.05 tengahari, 23 Jun 1974 bersamaan 3 Jamidilakhir 1394H lahirlah Angah.

Dipetik dari FB Angah. Itu sebabnya awak 'Hantu Durian', kan kan.


Gambar kenangan lebih 40 tahun lepas, semasa menghadiri parti hari jadi anak jiran. Dari kanan : Along, Ibu (Mak), yang tengah dan terpaling comel, Tuan Tanah Kedaung dan Angah (berbaju biru). Belakang kami tu, tak silap jiran yang kami datang jemputan hari jadi tu. 



Ya Allah di hari lahirku ini, andai ada kebaikan yang aku buat dan beroleh pahala daripadanya ku sedekahkan pahalanya buat kedua orang tuaku.  Sayangilah mereka berdua, payungilah mereka berdua dengan rahmatmu dan jauhilah mereka berdua dari siksa kubur dan siksa api neraka.  Aamiin aamiin ya rabbalàlamin......









Zulaikha dan lakonannya.


Cik Ani bawa kacang pool.


Red Velvet Secret Recipe.

Ibu adalah panggilan anak-anak dan anak-anak saudara.

TONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MEMANG tak sabar-sabar tunggu kemunculan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusuf di pawagam. Asyik-asyik tanya dengan Iman, bila.. bila.. bila? Sejak dah ada anak yang pandai serba-serbi, memang semuanya serah ke dia sajalah. Mak dah malas nak fikir, hahaha.

Beberapa hari sebelum Mat Kilau ditayangkan, asyik suruh Iman buat semakan di internet, sama ada tiket sudah boleh dibeli atau tidak. Sekarang ni, jika nak mudah, beli jer tiket dalam talian. Dah tak payah beratur di kaunter atau mesin layan diri. RM24, kata Iman.. apabila Sk suruh buat tempahan tiket pada hari Jumaat. Mak aihhh.. giler mahai! Congak-congak, RM24 tu, boleh buat makan tengahari paling sikit pun 4 hari, kahhhh. Kalau dua orang, dah RM48.  Tak silap, harga tiket tu untuk waktu tayangan selepas 12 tengahari. Nak murah, tengok sebelum pukul 12, cuma RM12. Waktu tayangannya , jam 10.30 pagi. 

Sk pulak dah buat temujanji untuk hantar dua ekor kucing Sk ke Program Kesedaran Kembirikan Kucing dan Anjing Jalanan, pada pagi Jumaat tu. Jadi, fikir-fikir, tak apa, hantar kucing dulu, kemudian terus pergi panggung. Tanya dengan urusetia, pukul berapa mula pendaftaran? 9.30 pagi, jawabnya. Dah sudahhhh.. karang gedebak gedebuk, macam Pengalaman Kembirikan Anak-Anak Tino sebelum ni, mahu setengah jam jugak baru selesai. Jadi, tukar plan, kita hantar kucing selepas balik tengok Mat Kilau, hihihi.


Filem ni dah mula penggambaran tahun 2018 dan cuma ditayangkan pada 23 Jun 2022 (Tayangan Umum). Pengarahnya, Syamsul Yusof, lebih dikenali dengan filem gangster dan seram, kali ini tampil dengan filem tentang perjuangan anak melayu menentang British yang datang ke Tanah Melayu untuk merompak hasil bumi. Tu satu, dahlah datang merompak secara halus, lepas tu pungut pulak cukai dan buat huru-hara. Sejak sekolah dulu, selalu dengar (baca) tentang Mat Kilau, pahlawan dari negeri Pahang.


Sebelum menonton, buka dan baca semula sejarah Mat Kilau. 

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun 1847. Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Izzat Chaong pahlawan merupakan adik beradik Mat Kilau.



Macam selalu, pawagam pilihan Sk ialah Golden Screen Cinema (GSC) Paradigm Mall. Kurang 5 minit sebelum jam 10 pagi, dah masuk kawasan mall. Depan pintu utama tingkat bawah, nampak ramai yang sedang menunggu pintu mall dibuka. Sk terus menuju parkir di tingkat atas, rupanya, masih berpalang dan kena naik terus ke aras 5. Dah berpusing-pusing kat situ sebab tak biasa masuk kereta ikut aras 5 ni. Pusing-pusing tu sebab nak cari pintu masuk yang paling dekat, hahaha. Biasalah tu, sayang lemak, kannnn.


Dari aras 5, turun semula ke aras 4 dan terus tuju eskalator yang ketinggiannya menyamai tiga aras. Naik eskalator tu, terus ke aras 7, nampak cuma dua tiga orang sahaja staf GSC. Ada seorang brother tu, mungkin orang pertama sampai, tengah beli popcorn. Sebelum keluar rumah tu, Sk sempatlah makan roti sekeping, macam tak cukup kenyang pulak. Disebabkan takut lapar dalam panggung nanti, beli makanan banyak-banyak, macam mak anak empat, hahaha.

 

Disebabkan pintu dah buka, kami terus masuk. Oh, brother tadi tu pun sama nak tengok filem Mat Kilau juga. Memang kami bertiga aje yang ada dalam panggung tu. 


Memandangkan tak ada sesiapa di belakang, kita foto-foto la dua beranak. Kalau ada orang di belakang, segan jugak nak berswafoto, hahaha. Masa ni, iklan pun belum keluar lagi. Tak lama lepas tu, dah ramai la yang masuk termasuk depan dan kiri kanan kami, tapi tak penuh, la.. Jumaat, kan.. pagi pulak tu.

   

Makan dulu, laaaa. Nanti wayang dah mula, nak kena fokussssssssssss. Nugget tu, sedap sangat, breadcrumb dia tak bersepah pun masa makan. Sosej pun sedap. 


Sk suka cara setiap watak diperkenalkan dalam filem ini tanpa meleweh-lewehkan masa dan membazirkan duit tiket penonton. Filem Mat Kilau ni merupakan filem biografi dalam bentuk fiksyen di mana ada elemen dan watak tambahan tapi tetap ada watak-watak penting yang biasa kita dengar namanya hari ini diabadikan di nama-nama tempat dalam Malaysia ni, contohnya Cameron Highlands. Dari permulaan  filem, sampai tamat.. tak ada satu pun babak yang sia-sia. Mula-mula jer dah tersayat-sayat hati tengok babak pertama dalam filem ini apabila bangsa penjajah ni membunuh seorang demi seorang orang kampung termasuk kanak-kanak yang tidak melawan, pun. Kagum tengok seorang adik tu, pandai betul dia berlakon nak mati.


Dato Adi Putra membawakan watak Mat Kilau. Tak banyak dialog beliau dalam filem ini tapi ada satu dialog yang mencuit hati Sk bila Kapten Syers bertanya, siapa gerangan beliau yang berani menentang British.


Yaya Ruhian ni jarang berlakon baik ya. Tapi, dia punya pergerakan, memang padu la. Belum lagi dia beradu kekuatan, dengar dia cakap jer dah meremang bulu roma. Beliau membawakan watak Toga iaitu merupakan pembunuh upahan tapi nampak macam dia yang lebih sudu dari kuah.


Babak latihan pertarungan dalam filem ni macam ada sikit-sikit unsur filem Hong Kong. Bila dia libas, kamera-kamera pun ikut pusing sampai Sk naik pening. Sk suka aksi Fattah Amin dalam filem ni, rasanya kalau dia diangkat jadi watak Mat Kilau pun okay tapi mungkin sebab Adi Putra nampak lebih senior. 


Secara jujurnnya, Sk tak mengenali pelakon Ali Karimi yang membawakan watak Brahim. Brahim antara sahabat Mat Kilau yang sama-sama menuntut ilmu persilatan.


Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah iaitu bapa Mat Kilau. Dalam filem ni, tak ramai watak wanita. Selain Elly Suriati yang mati awal (tapi memberi impak), ada juga Farah Ahmad yang membawa watak Yang Cik, iaitu isteri Mat Kilau. Patutlah dia bahasakan diri Yang.. Yang.. ingatkan panggilan manja, Sayang.... rupanya, nama dia memang Yang, haha.


Watak Dato Rahim Razali, memang stereotype kan suara DRR ni, bawa watak apa pun, itulah dia. Sarjan Misai atau A Galak, membawakan watak Pak Deris yang terpaksa jadi mata dan telinga British kerana dipaksa oleh 'Detektif Lim', hehehe. Setiap kali muncul watak-watak Gerak Khas, mesti ada dengar suara gelak-gelak tapi sekejap jer, lepas tu memasing fokus semula. Zarina Zainoordin ni juga antara pelakon favourite Syamsul, kan. Kali ni dia bawa watak Rokiah, isteri sahabat Mat Kilau iaitu Wahid. Sk geram tau, rasa nak tolong jer betulkan perut dia, kemahen besar, tahulah sarat, tapi.. agaknya memang tak ada orang nak betulkan sebab ramai lelaki jer dalam filem ni, hehehe.

Bagi Sk, baguslah Syamsul mengangkat Pahlawan Pahang, Mat Kilau. Sekurang-kurangnya generasi muda hari ini, kenallah Mat Kilau dan tidaklah fikir yang negara kita cuma ada Hang Tuah dan Cicakman. Sk juga suka lihat penampilan pelakon-pelakon wanita dalam filem ni yang boleh dikatakan kesemuanya menutup aurat sebagaimana watak Mat Kilau yang digambarkan seorang yang berpegang teguh kepada agama Islam dan bergantung kepada Allah swt semata-mata dalam perjuangannya membela nasib penduduk yang ditindas bangsa British.

Oh, orang kampung dalam filem MK ni, pakaiannya lawo-lawo tau, kemahen meriah warna-warni dan tak ada bertampal-tampal macam biasa tengok dalam filem berlatar zaman silam. Tak mustahillah kan, sebab negeri Pahang digambarkan sebagai negeri yang kaya dengan hasil bumi. Filem ni, ramai yang bagi markah 100/10 (termasuk Iman). Korang ni biar betul, pemurahnyaaaa bagi markah, hahaha. Tapi, memang best laaaa... Jangan pertikaikan soal sejarah dan kebenaran dalam filem ini kerana bila ia dijadikan filem, tentu ada babak dan watak yang ditokok tambah bagi menghidupkan jalan cerita.

Jangan lupa tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di pawagam yang berdekatan.

HANTAR ASHAM DAN BUBU KEMBIRI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SETELAH beberapa kali tertangguh, akhirnya, adik-adik kepada adik-beradik Nobit, berjaya juga dihantar ke Program Kesedaran Kembirikan Kucing dan Anjing Jalanan anjuran Noah's Ark Natural Animal Sanctuary di Taman Pulai Hijauan. Dia macam ni, lepas Tino beranakkan Jeton, Snake, Yummy dan Nobit, dia beranak lagi dua ekor. Tu kami tak jaga sebab konon tak nak masuk campur lagi hal Tino tu, hahaha. Tapi, Pak Inche suka bawa masuk dan sejak dorang kecik, Si Tinonya dah bunting lagi. Jadinya, kesian.. lama-lama kasih.. gitu laaa.

Iman bagi nama Asham sebab masa kecik-kecik tu, mukanya sedih jer. Badannya pun kecik aje tapi tak sangkalah pulak, makin besar makin bam bam budak ni, sama saiz dengan kakaknya Jeton.

Iman bagi nama Gebu sebab masa kecik badannya bulat tapi tak sangkalah pulak, makin besar makin kurus tinggi macam pemain bola keranjang. Panggilan manjanya, Bubu. Dua-dua ni, betina.


Selepas Tonton Filem Mat Kilau, terus balik ke rumah, ambil Asham dan Bubu yang Sk dah kurung dalam sangkar sejak jam 2 pagi. Kedua-duanya perlu di'puasa'kan sepuluh jam sebelum operasi kembiri. Tujuan puasa ni untuk mengelakkan mereka muntah apabila diberi ubat bius. Boleh beri air kosong sepanjang di'puasa'kan tu. Mujurlah klinik ni sebelah aje dengan taman perumahan Sk ni. Jadi, taklah kelam kabut nak hantar sebab dekat jer.


Disebabkan ini sebenarnya merupakan program khas untuk kucing dan anjing jalanan, kucing atau anjing yang telah dikembirikan akan di'tanda'kan bagi mengelakkan ia dikembirikan lagi sekali. Ini disebabkan mereka akan dilepaskan semula, jadi, hujung cuping telinga mereka akan dipotong sebagai tanda ia telah dikembirikan. Bagi kucing dan anjing belaan, boleh pilih 'ear tattoo' jika sayang nak kerat hujung cuping telinga tu. Boleh rujuk gambar untuk tengok harga yang dikenakan bagi kucing dan anjing serta caj untuk ear tattoo. Masih murah lagi jika dibandingkan menghantar ke klinik biasa. Macam Tino, kena RM130 sebab kami hantar klinik veterinar biasa, bukan program. Pun masih murah ya, dulu-dulu lagi mahal, agaknya sekarang dah ada kaedah yang lebih murah kosnya. Tino kami hantar klinik sebab kalau nak ikut program ni, ada tarikh tertentu, takut masa tu, Tinonya merayap. Dia kan gelandangan, hahaha. Tapi, sekarang, dah jadi kesayangan tau.


Bagus jugaklah hantar selepas tengahari, orang dah tak ramai, yang tinggal semua kucing-kucing yang sedang menunggu giliran. Di lobi ni, kucing-kucing yang baru daftar dan ada jugak kucing yang dah siap dikembirikan. Di dalam tu, berbaris kucing yang telah dibius. Geram tengok, macam anak patung, rasa nak picit jer, hahaha. 


Tiga beradik yang sudah selesai dikembirikan. Masing-masing masih dalam pengaruh minda luar sedar, hahaha. Bila kucing dah sedar, barulah staf klinik akan beritahu kita melalui telefon atau whatsapp untuk datang ambil kucing. Sebelum tu, mereka akan pantau dulu keadaan kucing kita.

 

Dua-dua ni dah buka mata tapi masih mamai lagi. Masa ni, jangan bagi makan lagi bimbang akan tercekik. Kesian jugak sebenarnya sebab tak makan dah lebih 17 jam.


Nampak dah tegak tu, baru bagi makan. Bubu ni kurang manja, harap lepas kembiri ni, manja dan gemuk sikitlah badannya. Makan banyak, tapi kurus. Metabolisme tinggi agaknya. Bak mai sikit metabolisme awak tu, Bubu.


Kecik aje doktor tebuk kat perut tu. Ada juga doktor yang tebuk dekat peha kaki belakang. Mosykil Sk, kaedah yang digunakan tu, hahaha. Tu laaa.. dulu mu tak mo jadi doktor veterinar, hahaha. Kena minta penerangan dengan Dr Rozita ni.


Hari kedua, dah bersih dijilatnya si Asham ubat-ubat yang di perut tu. Sabar ajelah. Iman kata, macam tek lembu, hahahaha.


Balik klinik tu, tak senang duduk. Ni barulah berehat. Bubunya tak tahu mana pergi, dia memang jenis suka tidur menyorok. Lepas ni plan nak bawa kucing kat office pulak. Dah dua kali bunting, sekali tu, hilang macam tu jer anaknya. Yang kali ni, enam ekor.. ada tu haaa dalam stor, nanti Sk cerita ya, hihi.


Oh, ni la bapaknya Asham. Kami panggil, Kashem Nasik Kandar, hahaha. Nak hantar kembiri, tapi kesian, takut memondan kat luar, hahaha. Suka masuk ikut tingkap sebab kami letak makanan Tino atas meja tu. Tino tak nak duduk dalam rumah ya, dia suka hidup bebas.


Lepas tu, dah penat, baru tahu... tidur tak ingat dunia, hahahahaha.

KETAM MASAK SAMBAL

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SUNYI sungguh kolej sejak semalam, mungkin sunyinya sepanjang minggu ini. Selepas minggu peperiksaan tamat minggu lepas, pelajar sudah dibenarkan pulang untuk bercuti selama seminggu. Ada yang bercuti terusssss.. hahaha.. maknanya dah tamatlah tu pengajian selama lebih dua tahun di sini disebabkan pandemik. Ramai ibubapa yang merungut kerana pengajian anak tertangguh. Ibubapa yang banyak komplen ni tak sedar ke puncanya, bukan kami sengaja nak tangguh. Kadang pening laaa nak jawab. Ada yang nak kait dengan Kucing Bertanduk laa.. apa laaa... lawak betul, hahaha.


Kisah selepas pulang kerja semalam, terus masak lauk Ketam Masak Sambal. Ni bukan pasal Mambang Rajin datang tapi terpaksa mendatangkan rajin bila Pak Inche nak makan. Jaga hati perut suamilah, katakan. Walaupun penat kerja, tahulah lepas periksa, banyak kerja surat-menyurat, tapi masak tetap masak. Pulak tu, stok cili kisar tak ada, jadi kena dua kali rajin, kisar cili dan bawang dulu sebelum boleh masak sambal.

Ketamnya Pak Inche beli hidup-hidup dari perahu nelayan yang baru berlabuh di Pendas. Menggelitik lagi ketamnya, seriau nak menangkap, kemudian mereka bagilah penyepit untuk pilih ketam. Ketam tak besar tapi isinya penuh. Pak Inche dah siap siang ketamnya, Sk perap sekejap dengan garam dan serbuk kunyit, goreng dulu sebelum dimasak sambal.


Tayang dari dalam periuk ajelah ya, sebab.. sajalah nak tunjuk, ni periuk baru, kahhhhh. Crofton Cast Iron French Pan ni, Sk beli secara pre-order sempena jualan tahunan Crofton Australia. Macam selalulah, pesan dari Personal Shopper jer dan sampai ke Malaysia bulan November tahun lepas. Tengok, dah enam bulan beli, baru guna, hahaha. Sambung cerita ketam sambal, Sk tumis cili dengan minyak gorengan ketam tu. Sama aje caranya macam masak Sambal Tumis Ayam atau Sambal Tumis Udang. Sk suka letak cuka sebab rasa sambal jadi lebih sedap. Tapi yang tak menahan tu, cilinya pedas beno, sampai pijor bibir. Iman kata, bibir dia dah jadik macam Angelina Jolie, sambil juihkan bibir, hahahaha.

Ketam Masak Sambal

Bahan-bahan :

4 - 5 ekor ketam dibersihkan, potong dua, perap dengan garam dan serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
beberapa hiris halia
2 sudu cuka
Garam dan gula
Daun ketumbar (optional)

Cara-cara :

1. Goreng ketam hingga masak

2. Tumis pes cili dan bawang guna minyak gorengan ketam tadi, masukkan halia, tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta cuka, kacau sebati, masukkan ketam. Gaul rata.

4. Renihkan sebentar, taburkan daun ketumbar (jika ada).
Viewing all 4179 articles
Browse latest View live