Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4179 articles
Browse latest View live

NASI GORENG BELACAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEKARANG ni, kalau keluar ke Shopping Mall, susah betul nak cari parking ya. Kadang sampai berpusing jauh, baru jumpa tempat kosong, itupun nasiblah kalau kebetulan masa lalu tu, ada kereta baru nak keluar kotak. Nasib tak baik, dah ada kereta yang bagi isyarat nak masuk, hurmmm.. terpaksa pusing lagi cari parking kosong. Nasib baik kalau ada Iman, dia terror bab carik parking ni. Dari jauh dia dah jerit-jerit bagitahu, depan ada kosong 😎 

Cari parking dah satu hal, nak makan pun satu hal. Semua kena beratur dan tunggu. Bukan pendek-pendek punya berbaris, dan ada yang staf restoran awal-awal dah beritahu, makanan akan lambat siap sebab orang terlampau ramai. Lepas peralihan fasa endemik ni, ramai yang dah keluar bawa anak-anak yang lama terkurung. Singaporean pun dah boleh masuk Johor (Malaysia), kan. Macam Sk cakap sebelum ni, memula sebak la bila sempadan dah buka, lepas tu kami yang sebak hadap jem pada hujung minggu, hahaha.


Satu hari di hari raya sabtu, kami tiga beranak ke Aeon Mall Tebrau. Biasa, kan hari sabtu memang hari meronggeng tiga beranak. Hari tu, kononnya nak makan di Rusim Kitchen., tu yang ke Aeon Mall Tebrau. Tapi, bila belek-belek buku menu depan restoran tu, tak berkenan sangat dengan menu yang ditawarkan. Teringatlah hari tu macam sedap aje makan di Black Canyon. Tapi, penuh dan ramai jugak sedang menunggu giliran nak masuk. Iman cadangkan kami ke Johnny's Restaurant, adik-beradik BC jugakkan. Padahal konon hari tu kata, serik dah makan kat JR, hahaha. Dah laparrrr.. tawakal ajelah.


Tiga-tiga orang nak makan nasi goreng jer. Iman pilihkan menu set dengan tomyam soup dan minuman. Dua pinggan nasi goreng ni, namanya, Hot & Spicy Fried Rice, Pak Inche dan Iman punya. Ni memang menu sain darahlah setiap kali Iman ke JR, hahaha.


Sk nak makan Nasi Goreng Belacan. Biasanya kalau ke JR ni, Sk makan Kueyteow ala Boat Noodle tu, kan. Ni pertama kali pesan NG Belacan. Oh, rupanya, memang macam ni la rupa NG Belacan, sama sebijik macam NG Belacan yang Sk makan di Restoran Mat Kilau, Kuantan. Dahhh, takkan nak letak belacan seketul pulak atas nasi tu, baru rupa NG Belacan, SK oi??! Takkkk.. Sk bukanlah bayangkan NG Belacan tu ada seketul belacan atas dia.. korang ni punnnn, hahahaa. Jadi, bagaimanakah harus rupanya NG Belacan itu???


Tukang masak kerjanya enteng
Bangun pagi masak nasi goreng
Campur cili campur udang kering
Bila makan mata naik juling

Memang lazat memang sedap
Kurang masin boleh tambah kicap

Nasi goreng sudahlah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri

Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi number one


Berapa kali panggil mintak tomyam ni, dah luak separuh pinggan nasi, baru sampai tomyamnya. Tapi, kami taklah marah, kami cakap baik-baik jer. Dik.. tomyam belum sampai. Dik, tomyam belum sampai. Dikkkkkkkkkk... tomyam kami mana??? Hahahaha. Tomyam cendawan kot ni, dia letak cendawan yang kecik-kecik tu, cendawan enoki kot namanya. Kesian ya tengok staf-staf yang kerja di mana-mana restoran sekarang, kerja teruk sampai kurus kaki masing-masing. Nak jalan pun macam tahap heret kaki pun ado. Baru-baru ni, Sk pandu lalu di sebuah restoran makanan segera ni (bukan McD). Lama giler beratur, pada mulanya Sk agak, masalah sistem, sebab restoran tu baru buka cawangan baharu kat situ. Tapi bila dah sampai kat tingkap nak ambil makanan tu, baru nampak,  cuma ada tiga staf sahaja bertugas siapkan makanan dan salah seorang tu juga yang ambil pesanan dan bayaran. Masa tu minggu pertama atau kedua raya tak silap. Aduhhh, kesian giler menengoknya macam lipas kudung bekerja.


Pesan kerabu mangga jugak, itupun lepas makanan dah habis tau, baru sampai. Tapi, kenapa tah, macam tak ada hati nak marah pun sebab nampak staf mereka terlalu banyak kerja. Sk tak tahulah berapa gaji mereka ni, tapi katalah gaji mereka ikut pada pokok dan kerja lebih masa sahaja, memang kesian la. Kiranya, kalau orang ramai (duit masyukkkk) pun, gaji mereka pun sama aje. Patutnya, restoran-restoran ni, kalau weekend tu orang ramai, kenalah bayar extra pada staf. Hurmm.. tapi tak tahulah, kan.. mungkin weekdays, kerja mereka kurang sikit dan dapat kerja lebih tenang.. hihi.


Kerabu mangga sedap dan paling best banyak kacang. Kami pulak memang kacang hantu kacang. Eh, bagus jugaklah makanan lambat. Boleh makan rilek-rilek. Agaknya tak lapar sangat kot hari tu, kalau lapar.. mungkin jadi cerita lain pulak, hahahaha. 

Tu yang Sabtu baru ni, malas nak makan kat luar dan sanggup pulak masak Kari Ayam. Padahal, dah berapa lama, tak masak hari sabtu. Kalau masak pun cuma sediakan sarapan aje. Bila dah kena beratur sana-sini, sangkut jem lagi, memang serik jugak. Tapi tu la.. tak kemana seriknya tu. Tak percaya? Tungguuuuuuu...



MAKAN DI RESTORAN BUDAK SIEW MAI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


LAMA tak makan di Restoran Budak Siew Mai campur dengan dah tak rajij nak masak, kami ke sini, tak sini Rabu lepas.


Pak Inche makan Nasi Goreng Hot & Spicy, Sk dan Iman berkongsi Nasi Goreng Cina, tapi dua-dua nasi goreng rasanya sama tak ada beza, hihi.


Pesan tiga jenis dim sum iaitu chicken, tomyam dan beancurd. Nampak macam dah kurang staf dan servis tak cepat dan cekap macam sebelum ni. Tapi dah diberitahu lebih awal la, masa menunggu lambat. Okay la tu, malas nak masak kan, tunggu ajelah dengan sabar, hehehe.


CUTI HARI KEPUTERAAN RASMI YDP AGONG

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DAH pukul 12.40 pagi ketika entri ini baru ditaip. Kali ni Sk bersiaran dari Key Ell. Ehemm.. apa khabar orang Key Ell? Dah tidur ke tu?


Tu sekarang laaa.. tapi, dalam gambar ni, masa ni, Sk berada di Penang. Lepas sarapan, lepak dulu sambil menonton istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disiarkan secara langsung di TV1.



Kagum sungguh dengan keupayaan Datuk Azuan Effendy Zairakithnanini, Datuk Paduka Maharaja Lela, yang mengetuai Bahagian Istiadat.





Ini pertama kali Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong.



Raja Permaisuri Agong yang jelita,
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.


Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Semoga Allah swt memberkati pemerintahan Baginda Tuanku Berdua.. Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.

MAKAN DI NASI BAMBOO SUNGAI KLAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

RAMAI yang dah kembali ke pangkal jalan nampaknya pagi ni. Ada yang sudah masuk pejabat tapi tentu masih ada yang menyambung cuti mengambil kesempatan sempena cuti sekolah. Tak silap, cikgu kesayangan ramai di LD nun pun sedang berada di luar kawasan, kan. Tak gitu, Kak Amie? Hihi.

Sk juga masih menyambung cuti sepertimana yang Sk beritahu semalam, Sk berada di Kuala Lumpur. Tak puas katanya makan Nasi Kandar dan jalan-jalan ke Penang hari tu, jadi Pak Inche ajak ke sana lagi. Hurmmm.. macam dekat aje, kan. Jauh bukan halangan tapi yang tak larat mengadap kesesakan. Semua orang pun ambil kesempatan long weekend minggu ini, kan.. dengan cuti sekolah lagi, hadap sajalah, nak sangat kan 😆


Kali ni, Sk ajak Cikwa sekali. Lama dah tak jalan-jalan dengan Cikwa. Sejak kena tukar jabatan ni, Cikwa busy sokmo, banyak job dan selalu kena bertugas di luar kawasan. Selalunya, jika hendak ke utara, dari Johor kami akan transit di Bidor tapi kali ni, itinerary lain sikit. Kami tidur di KL sebab nak singgah makan di  Nasi Bamboo Sungai Klah. Ni pasal tak dapat makan masa ke Ipoh sebelum puasa tu la.. asyik berzikir nak makan NBSK. Kalau tidur di Bidor, kena patah balik jika nak makan di Sungkai.


Walaupun ramai, tapi barisan bergerak. Tak beratur 1 kilometer kira okeylah, kan. Keluar rumah pukul 10,sepatutnya waktu perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja tapi pukul 2.40 petang, baru keluar tol Sungkai.


Iman volunter untuk berbaris mengambil lauk-pauk bakar. Jadi, kami berpecah. Sk dan Pak Inche ambil lauk-pauk dan nasi manakala Iman dan Cikwa ke bahagian bakar-bakar. Mujurlah kali ni selepas ambil lauk-pauk tu, terus boleh ambil nasi di kaunter bayaran. Terdapat dua pilihan nasi iaitu nasi bamboo dan nasi bakar berserunding. Lauk pilihan kami, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Daging, Lemak Labu dan Pucuk Manis, Kuah Kari, Ikan Gelama Kering dan dua set ulam berserta sambal belacan termasuk empat nasi bamboo dikenakan RM40.


Iman ambil dua set kambing bakar, seekor ikan talapia bakar sambal dan satu set ayam bakar (dua ketul), semuanya RM58. Kemudian Iman beli Air Mata Kucing satu jug, RM10.60.


Makan dengan penuh selera walaupun dah kenyang jugak makan jem, hahahah.


Alhamdulillah, semua masakan tidak mengecewakan.


Walaupun orang ramai tapi meja banyak. Orang sebelah meja kami bagi nasi buluh seketul, semoga Allah swt limpahkan rezeki dan memberi keafiaatan kepadanya sekeluarga, Amiiinnnn YRA.

Cara ke sini, waze sahaja Nasi Bamboo Sungai Klah.. mesti sampaiiii.


MAKAN-MAKAN DI MEDAN SELERA PADANG BROWN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KALAU diikutkan geram, lepas makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, rasa macam nak patah balik ke KL. Nak bercuti di KL aje. Boleh jugak pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) yang sedang berlangsung. Tapi, tu lah, kan. Takkan nak patah balik pulak, kena jugaklah gagahkan diri meredah lebuhraya. Nak ikut jalan kampung pun jammed juga terutama bila kita melalui pekan-pekan yang ada persimpangan lampu isyarat.

Dari Sungkai, kami ikut jalan lama. Perjalanan agak lancar sehingga menghampiri pekan Bidor, dah mula mengesot. Ada yang dah mula memulas perut gara-gara terlebih makan dan pundi kencing pun dah meminta agar dikosongkan, hihi. Iman memberi idea untuk singgah hotel yang biasa kami transit di Bidor. Staf hotel pun dah kenal muka kami-kami ni yang tiap bulan agaknya singgah setiap kali ke utara, hahaha.

Perjalanan ke Penang diisi dengan kebosanan dan kemarahan, hahaha. Nak marah siapa pun, tak tahulah. Nak marah pada budak sekolah yang cuti sekolah? Atau nak marah diri sendiri yang jalan-jalan masa budak tengah cuti sekolah?? Hahahaha.  Mujurlah perut masing-masing dah kenyang. Sekali-sekala Sk melayan mata apabila Pak Inche mengemudi pelayaran. Haaa.. dia pun tak menahan tu, maklumlah, dah remaja purbakala. Bukan macam dulu-dulu, mampu memandu tanpa transit di mana-mana. Paling teruk pun, tidur setengah jam di kawasan Rehat dan Rawat.

Selepas check-in di hotel penginapan yang telah ditempah awal-awal oleh Pak Inche dan segar diri, barulah kami keluar makan. Ada plan A, B dan C, hahaha. Maklumlah, malam pun bukan muda lagi. Sejak lepas PKP ni, banyak waktu operasi perniagaan telah berubah. Plan A, kami akan ke Padang Brown. Jika Padang Brown tutup, kami akan ke Nasi Kandar Beratur. Jika orang beratur panjang, kami akan ke Sup Hameed, hahaha.



Teruja masing-masing bila nampak lampu masih terang-benderang ketika menghampiri Padang Brown. Seingat Sk, ini pertama kali kami ke sini waktu malam. Biasanya kami ke sini waktu petang. Kali ni, pesan tiga pinggan Mee Sotong. Iman dan Pak Inche nak makan seorang sepinggan, Sk pulak berkongsi dengan Cikwa.


Pak Inche kata, lepas makan di sini, kita pergi Gurney Drive sebab nak makan Sotong Bakar. Sekali, nampak pulak seorang brother ni tengah makan Sotong Bakar, terus Pak Inche tanya, beli gerai mana. Selamat ada jual kat Padang Brown, tak payah lagi nak menapak pulak di Gurney Drive sebab kat sana medan selera jauh dari carpark


Masa mula-mula belajar makan Sotong Bakar ni di Gurney Drive dulu, Sk agak pelik sebab rupanya dia guna sotong kering. Ingatkan Sotong Bakar cicah sambal kicap atau air asam, hehe. Memang ada sotong kering khas. Sk tengok, dorang akan ketuk sotong tu guna penukul khas kemudian barulah dibakar. Sos pencicah pun khas. Puas makan sotong bakar di sini sebab lagi besar dan taklah semahal di Gurney Drive. Gurney Drive tu, apa yang murah? Hurmmm.. tak jumpa pulak entri lama makan di Gurney Drive.


Kerang Bakar.. antara makanan yang sering menjadi pilihan ramai pelanggan di Padang Brown ni. Tapi, rasa macam tak teringin nak makan sebab malas nak kopek, hehehe.


Dulu, kan.. Sk selalu fikir. Rojak pasembur yang bersusun-susun dalam dulang tu, boleh habis ke? Ke... dia susun balik esoknya? Adoi, ko jangan buat tuduhan tanpa usul periksa ya, Sk. Rupanya, memang habis ya. Sk datang tu, cuma beberapa jenis jer yang masih tinggal. Itupun tak bertimbun atau banyak macam selalu. Ini jugak pertama kali SK beratur tunggu giliran pasembur disediakan. Selalu, pakai pesan dari meja aje minta buat set ikut bajet. Baru tahu benda tu, dia goreng dulu macam Lok-Lok, kemudian baru dipotong dan dituangkan kuah rojak pasembur tu. Sotong Kangkung tu.. kangkung habis,  tinggal sotong, hahaha.


Ops! Laki sape niiiiiii??

Cara ke sini.. waze aje Padang Brown.. mesti sampai.


MAKAN-MAKAN DI HARI JADI ZULAIKHA

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

PUAS sudah nampaknya bercuti panjang sejak Jumaat lepas hingga semalam. Tapi, tu la.. orang jalan-jalan makan angin, tapi kita di Malaysia ni, jalan-jalan makan jammed. Nak buat macam mana, kalau sendiri yang pilih jalan-jalan masa cuti sekolah, padahal, tak ada anak sekolah, pun, hahaha.

Teringat Sk lebih doploh tahun lepas, mana ada mengadap jammed macam sekarang. Dulu, kalau bertolak dari Kuala Ketil selepas makan tengahari, kami boleh sampai di Johor (JB) sebelum pukul 7 malam. Sekarang? Silap-silap, esoknya baru sampai.

Kelmarin, Cik Ani mengambil tempahan Pulut Kuning dan Roti Jala. Dah terlanjur berpenat di dapur, kan.. dan kebetulan pulak esoknya hari jadi anakndanya, Zulaikha, lalu diselitkanlah sekali Pulut Kuning untuk Zulaikha. 


Angah pulak, belikan kek ais krim bila Cik Ani ajak datang ke rumah. Sk masa ni, berada di Penang. Isnin tu pulak, kan cuti sempena Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong. Tu yang maknya fikir buat parti hari jadi anak, terlanjur hari cuti.


Rupanya, budak seorang ni asyik mempertikaikan, hari jadinya bukan pada tarikh 6hb tu.  Semalam, asyik diulang-ulang, "kata hari ni besday, kenapa semalam?"


Gigihlah emaknya recycle menu hari jadi yang salah tarikh, hahahaha. Ada Bihun Soto, Laksam dan Pulut Kuning. Kali ni buat di Senai pulak.



Happy sungguh dia akhirnya dapat potong kek hari jadi yang betul-betul di hari jadi.


Nak beli kek Choc Au Lait SR, sampai ke sudah tak dapat-dapat. Tengok dalam grab food, langsung tak ada dah whole cake di SR, tinggal slice cake aje. Nasib baik ada SDS Cafe yang dekat dengan rumah. Ingatkan nak beli kek sama dengan Hari Jadi Ilham hari tu, tapi tak ada.. jadi Sk pilih Merry Berry ni. Nampak macam Sk selalu belanja kek, kan.. tapi masa Iman kecik-kecik dulu, makcik-makcik dia la yang selalu belikan kek setiap kali birthday Iman.


Dua mangkuk jugaklah bedal laksam semalam. Lama tak makan laksam. Kadang, nampak jugak laksam kat pasar malam, tapi sejak dah ada adik yang pandai buat laksam, dah macam tak nak beli yang lain, sebab takut tak sedap macam adik kita buat, hahahaha.

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 6 buat Che Airyne Zulaikha binti Che Rosli. Bonda doakan Jeika diberi keafiaatan, panjang umur, berbahagia dan sejahtera selalu serta menjadi anak kebanggaan mamak dan ayah ya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Syukurrrr.. Alhamdulillah.

SAMBAL DAGING VS LAUK SARDIN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

JIRAN sebelah punya sebelah, belah kiri rumah Sk ni, buat majlis perkahwinan, esok. Tapi, khemahnya dah dipasang sejak semalam. Majlis adatnya esok manakala hari sabtu pula baru acara makan-makan. Jadinya, sejak semalam hingga sabtu ni, macam ada masalah sikit nak keluar masuk kereta. Dorang pasang khemah sebuah aje setakat hari ini tapi dia boleh letak kepala lori dua biji sebelah khemah. Tu belum termasuk kereta sendiri dan kereta sedara-mara. Sudahnya, jiran jadi mangsa. Nak marah sangat pun, Sk fikir.. kotlah esok lusa ada kecemasan dan jiran lain tak ada, mana tahu jiran yang ini pulak yang tolong, kan. Jadi, kita sabar sajalahhh 😆


Puas dah kan makan di kedai, hari ni Sk masak Sambal Daging sempena ada mambang rajin, hahaha. Rajin masak tu sebab malas nak keluar. Bukan pasal susah nak keluar masuk kereta tapi malas nak bersiap. Pes cili pun ada lagi jadi tinggal masak campak baling aje. Cuma tu la.. daging tu banyak betul bahagian lemak. Bukan lemak cair dimulut tapi lemak keras yang kalau pakai polident pun agaknya boleh tanggal gigi pelesu 🤣



Sebab ada Sambal Daging kegemaran Pak Inche, Sk masaklah lauk kegemaran sendiri. Sk cuma tumis bawang putih, masukkan sardin dalam tin, bawang besar, cili padi dan garam. Duluuuu.. sardin seketul kongsi dua orang, sekarang, sardin dua ekor, makan seorang. Syukur, berkat pengorbanan abah dan ibu menghantar ke sekolah, kini walaupun hidup tidaklah mewah tapi apa nak makan tu, boleh dikatakan dapat. Taklah petik jari, tapi kena usaha jugak pergi kerja tiap hari. Bak kata pepatah orang jaman now, "Dulu, beli kereta sebab nak pergi kerja, sekarang pergi kerja sebab nak bayar kereta".. gituhhhh.


Mintak Iman gorengkan telur dadar, eh.. dia nak buat aksi macam kedai tomyam pulak. Kedai tomyam tu, goreng guna kawah. Awak goreng guna kuali legend, apalagi, merecik la ke tangan bila diterbalikkan. Minyaknya pulak bukan sikit. Bapaknya pulak suruh sapu colgate, pijorlah member sampai berair mata. Nasib baik jumpa petua suruh letak margerin.. syukurrrr selamat. Tapi, terpaksa makan guna sudu 🤭


MENGINAP 3H2M DI THE WEMBLEY - A ST GILES HOTEL PENANG

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

HILANG penat melayan jammed apabila kami akhirnya tiba di hotel penginapan. Macam selalulah, hotel pilihan Pak Inche, jarang sekali mengecewakan. Kali ini, Pak Inche sekali lagi pilih hotel di Georgetown iaitu The Wembley - A St Giles yang berhadapan dengan hotel penginapan kami sebelum ini, Jen Hotel. 

Disebabkan tempahan kali ini atas nama En Rizar kita, maka Sk jadi 'mem' sajo la. Kali ini, suruh Iman jadi PA untuk isi borang dan sebagainya. Norma baharu menginap di hotel ada beberapa prosedur, yang tak sama sebelum pandemik. Kena isytihar tahap kesihatan diri tu satu, ada juga hotel yang mengambil data peribadi setiap ahli yang datang menginap bersama. Rasanya selepas fasa peralihan endemik ni, tiada lagi hotel yang mengambil data peribadi kecuali data ketua rombongan, haha.


Tetamu hotel disediakan tempat letak kereta bertingkat. Lif berasingan antara tempat letak kereta dan bilik, tapi lif berjalan lancar dan tidak perlu lama menunggu. Kad parkir perlu diserahkan ke kaunter dan kita akan diberikan kad parkir sementara untuk keluar masuk parkir yang perlu dipulangkan semula ke kaunter semasa check out. Sistem yang sangat memudahkan tetamu, tak perlulah kita asyik nak ke kaunter untuk 'cop' kad parkir setiap kali hendak keluar. 



Pak Inche pilih bilik Superior jadi memang ngamlah untuk dua orang. Rasanya nak letak katil extra tak muat tapi biliknya amatlah selesa lengkap dengan kemudahan menggosok pakaian. Macam biasalah, bila bercuti, malas nak bawa baju yang perlu digosok. Tudung pun dah siap gosok dari rumah dan lipat elok-elok supaya tak renyuk bila hendak dipakai. Lupa pulak nak ambil gambar bilik Iman dan Cikwa tapi sama jer cuma dorang dua katil super single la.


Kalau dah duduk di tengah-tengah bandar Georgetown ni, memang tak nampaklah laut. Tak kisah pun sebab di Johor pun hari-hari tengok laut, hihi. Tak larat mengadap kesesakan menuju ke Batu Feringgi tu pun iya juga.




Lain kali kalau ada rezeki datang Penang lagi, memang nak duduk sinilah. Cuma satu aje yang tak puas hati, tiada khidmat housekeeping walaupun kita dah bayar untuk dua malam dan ini memang telah diberitahu semasa daftar masuk lagi. Walaupun begitu, jika nak tambahan air mineral, teh dan kopi boleh telefon housekeeping minta hantarkan.


Turun sarapan jam 9.30 pagi, tak perlu beratur, terus dapat meja dan makanan pun masih banyak serta sentiasa ditambah. Ni pinggan Pak Inche, Pak Inche dan nasi lemak memang sukar dipisahkan.


Iman ambil Ayam Pandan dan yang satu lagi tu, crab stick roll (tak silap lahh.. haha)


Ni pinggan Cikwa, Bihun Goreng.


Ruangan dalam restoran luas tapi kaunter makanan sedikit sempit. Mujurlah orang tak ramai kalau tak mesti berlaga dada punggung.



Pilihan Sk, maklumlah tekak minah saleh.


Dah ada Bihun Goreng, tapi Kueyteow Goreng pun ada jugak. Jaranglah jumpa buffet sarapan ada kedua-dua menu ni serentak.



Pagi lepas sarapan, tengok kolam penuh budak-budak. Datang pukul 1, dah tak ada orang.. agaknya semua dah check out dan ada yang keluar makan, hihi. Seronoklah Iman conquer kolam. Jangan ingat budak bam bam ni tak pandai berenang ya, dia belajar sendiri sebab dari kecik selalu ikut babahnya out station cover Triathlon di Desaru. 


Hari kedua bersarapan.. aman betullah hotel ni.


Pak Inche dan nasi lemaknya.


Pembuka selera. Tiap kali, ada tiga menu pembuka selera disediakan. Eh, kimbap pun ada tau.


Sk ambil Mee Goreng dan Nasi Lemak serta Rendang Ayam. 


Terlebih sudahhhhh... hahahaha. Kat sini pun banyak mesin kopinya tau. Taklah jammed tunggu kopi siap, yey!



MAKAN NASI KANDAR IMIGRESEN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

TAK puas hati makan Nasi Kandar Hameediyah masa Berbuka 27 Puasa, lepas, kata orang dua beranak ni. Bila jadik aje rancangan ke Penang ni, tiap malam ya, melayan dua beranak ni mencapai keputusan nak makan di kedai nasi kandar yang mana. Tak menahan tu, tiga hari di Penang, tiga hari katanya nak makan nasi kandar. Yassalammmm...



Masa nak berbuka puasa 27 Puasa tu, kami ke Nasi Kandar Imigresen ni tapi masa tu tutup. Selalu mana-mana nasi kandar Sk pergi, jika minta tapau, mereka bungkus nasi guna suratkhabar atau kertas putih aje, di sini guna kertas bercetak yang ditempah khas. Hebat!!


Sebab pagi tu dah makan banyak, petang la baru pekena nasi kandar. Walaupun kena beratur, tapi tak seteruk pengalaman kami beratur di Nasi Kandar Kampung Melayu. Rasanya tak sampai setengah jam pun beratur masa ni mungkin sebab dah petang. Satu lagi, orang kata, orang Penang jer mai makan sini. Pelencong-pelencong depa pi makan Line Clear 😆 

Alaaa.. kami pun dulu makan Line Clear jugakkkk 😂



Duduk hotel 5 bintang, makan kaki lima.. ada aku kesahhh??  Nasi Kandar Imigresen telah disenaraikan Top 5 oleh satu channel youtube popular. 


Hanya menggunakan gerai roda tiga, perniagaan Nasi Kandar Imigresen ni terletak di antara lorong tepi rumah kedai dan restoran. Terdapat dua buah kedai kopi cina di kiri dan kanannya serta sebuah gerai mamak di sebelahnya. Boleh pilih la nak makan di salah satu sebab minuman tidak disediakan oleh NK Imigresen.


Kami pilih makan di Kedai Kopi Kassim atau gerai mamak di sebelah nasi kandar. Walaupun di tepi lorong, kawasan ini masih dikategorikan bersih di mata Sk serta tidak ada bau yang tidak menyenangkan. 


Kuah campoq, kasi banjir, teloq sotong, sayoq, ayam goreng.. tentunya menjadi pilihan Sk. Istimewanya NK Imigresen ni, kan.. habis aje dia cedukkan lauk-lauk tu, mamu letak bawang besar yang dimayang dan digoreng garing hingga berkaramel. Sedap giler!

Burpppp! Alhamdulillah ❤️

ROSE PISTACHIO CAKE MANEH BY MOMO

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEPERTI yang pernah Sk ceritakan sebelum-sebelum ini, di kawasan taman perumahan Sk ada banyak kafe baru yang dibuka. Dari makanan lokal sehinggalah western. Kedai kopi dan kek juga ada, kini tak susahlah nak menggodeh sendiri bahan-bahan kalau tiba-tiba rasa nak makan kek. Cuma kalau nak cari kek sebiji untuk hari jadi tu, saat akhir mungkin susah nak dapat.

Teruja bila sebuah lagi kafe baru dibuka di sini. Dua kali teruja apabila di sebelahnya kedai kopi. Jadi, kita ke kafe dulu la. Maneh By Momo, nama kafenya. Sebenarnya, masa hari jadi Zulaikha hari tu, Sk ke sini. Cadangnya nak beli kek sebiji, tapi tak ada kecuali kek potong. Merealisasikan anak tekak yang dah terpesona dengan kecomelan kafe ini, Sk ke sini semalam dengan siapa lagi, kalau bukan dengan puteri nan sekuntum.



Semaneh namanya, masuk sahaja kafe, rasa sweet sangat. Dari warna dinding, hiasan, penataan cahaya, malah perkakas dan hiasan yang digunakan terlalu kiut miut. Bila masuk jer dalam kafe ni, terasa berada di alam lain, hahaha. Sungguh instragammable la tempatnya ni.


Kami berkongsi sepotong kek, jadi Iman kata, bonda pilihlah kek apa yang bonda nak. Rambang mata nak pilih oi. Kek pulak bukan biashe-biashe. Tapi, tak perlu berfikir lama apabila Sk terpandang Rose Pistachio Cake yang dah lama Sk nak makan. Dulu, ada seorang adik bakers pernah beri kek ni pada Sk, tapi tahun lepas Sk nak tempah, dia tak sempat nak buat sebab masa tu ayah mertuanya sedang sakit.


Selain kek potong, ada juga kek cawan. Omputeh panggil Cupcakes, haha. Teringat zaman kegemilangan kerajinan buat kek dulu. Sekarang? Lemahhhh 🤭



Tengah nak buat bayaran, ternampak pulak Tomyam Pie. Terus minta sebijik. Rose Pistachio Cake tu, MashaAllah.. betul-betul sedap di tekak Sk ni. Keknya lembab dan tidak berderai walaupun ada kekacang. Di lapisan krim kek tu, dilepa juga dengan jem, jadi tak cepat muak semasa menikmatinya. Sebenarnya sebelum tu, berangan nak makan Carrot Cake tapi dah ternampak pulak dia kan. Nanti lain kali (ada hati nak pergi lagi), kita terai Carrot Cake la.. mesti sedap juga dengan frosting keju tu.

Tomyam Pie tu sedap tapi sayangnya dia gunakan sweet crust. Agaknya, malas kot nak sediakan crust lain, jadi kurang rasa savoury. Dan mungkin lebih baik jika ianya dipanaskan sekejap sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Tapi, ia tidaklah terlalu mengecewakan.



Dalam pada bagi bonda yang pilih flavour kek, kemahenlah tuan puteri ni pesan Biscoff Cheese Cake Frape. RPC tu, dia makan sikit aje sebab tak suka ada rasa kekacang tu. Padahal tu la yang sedap. Tak apa, bonda suka jer, hahaha.


Hanya minuman sejuk dan frape sahaja yang ditawarkan di kafe ini. Tapi, jangan susah, bagi penggemar minuman panas macam remaja purba dalam gambar ni, bolehlah pesan Kopi O, Nes O atau Teh O. Eh, minuman bersusu pun ada rasanya tu.


Duduk dalam kafe ni, Iman kata, feeling dia macam kat Korea. Suka sangat konsep yang ditampilkan di sini. Rasa sweet jer tengok piringnya, cawannya, sudu garfunya. Rasa macam tiap-tiap petang nak lepak sini.. hahahaha. Cuma, staf dia macam masih pemalu lagi la.. kurang friendly macam staf Butterbeans yang ramah dan lebih cargas!

Tapi tu laaa.. nama Maneh tu.. macam loghat Kedah pulak, kan. Tak tanya pulak, pemilik kafe ni asal mana. Nanti lain kali datang, Sk tanya na...

Maneh By Momo

No 34, Jalan Pulai Makmur 5/1,
Taman Pulai Makmur
Bandar Baru Kangkar Pulai
81110 Johor Bahru, Johor




MAKAN DURIAN DI OMBAK DAMAI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMENJAK dua ni, setiap kali pergi bercuti, program kami cuma makan tido makan tido. Shopping tak sakan dah. Jalan-jalan pergi zoo atau muzium, bukan lagi keutamaan lebih-lebih lagi bila anak dah besar panjang. Dulu, bolehlah.. pergi safari la.. theme park laaa.. sekarang, dah tak larat.. penat! Hahahaha. 

Tapi, lepas makan Nasi Kandar Imigresen, Sk saja la cadangkan pada Pal Inche agar kami ke Ombak Damai Cafe, kot-kot la kan, dia nak makan Laksa Tempurung pulak. Tuari dah dapat Laksa Food Court Padang Brown, laaa.. kita makan laksa tepi laut pulak. Pak Inche terus bersetuju. Sk tengok waze, makan masa sejam perjalanan, tapi.. Pak Inche kannn.. pedehal. 18 jam pun dia sanggup redah 😂


Sampai-sampai.. nampak durian. Pak Inche memang asal nampak durian tepi jalan jer ditegur. Ni dah depan mata.. durian kampung jer tapi RM50, 5 biji. Makna, sebijik tu RM10. Kata sepakat dicapai, kita pi cari meja dulu. Tahulah kat sini, pengunjung punyalah ramai. Air pulak tengah pasang.


Tapi, laksa habis wehhh. Amboi.. sakan depa na.. tapi baguih la depa tulis siap-siap situ, laksa habis. Nampak tinggai daun salad ja seplastik. Rezeki depa la cuti-cuti ni kan. Agaknya, masih kenyang makan NK Imigresen, taklah rasa cam kempunan tak dapat laksa. Gerai western food sebelah tu, siap buat pengumuman, Chicken Chop tinggai empat set. Sapa mau mai lekaih!



Tawaq punya tawaq.. dapat kurang RM10, bayaq RM40 ja untuk lima bijik durian. Kecik-kecik cili padi, walaupun kecik, penuh ulas duriannya. Isi pulak tebai. Kalau tak elok, bagitau, nanti depa tukaq durian lain. Errr.. yang kecik cili padi ke durian, Sk oi? Oh.. itu perumpamaan laaaa.. 


Cikwa beli Pisang Cheese. Dia tanya, nak ambik satu ke dua set? Ambik satu pun jenuh nak habiskan. Sedap pisang cheese. Popiah Pelam, tak tahulah ada jual lagi tak, sebab Sk malas nak tinjau-tinjau.


Walaupun ramai, tapi damai. Kalau jiwa tak cukup kental, jangan mai. Semua gerai beratur dan menunggu. Nak duduk, kena tunggu sebelah meja orang tengah makan. Agak-agak la.. nampak makanan orang tu nak habis, kita standby la. Tapi tu bukan jaminan, kot-kot ada makanan lain depa pesan belum sampai, hihi.

Cara ke sini.. waze aje.. Ombak Damai Cafe Teluk Kumbar.


JALAN-JALAN JUMAAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

ALHAMDULILLAH.. Iman dah dapat keputusan MUET yang didiuduki awal April lepas. Semua keputusan tersebut pula perlu dibuat salinan dan disahkan oleh pegawai yang berkelayakan sebelum dikemas kini ke dalam permohonan UPU yang telah dibuat lebih awal. Untuk pengesahan, minta tolong Cik Ani la. Jadi, hari Jumaat, pergi ambil semua dokumen yang telah disahkan di rumah Cik Ani. Lepas tu, Iman nak ke Ikea. 


Zulaikha nak ikut. Ingatkan lepas tu nak jalan-jalan pulak di Toppen. Kami ke Ikea dulu, Iman nak beli drawer. Dah dapat apa yang nak, Cik Ani nak beli aiskrim untuk Zulaikha, tapi punyalah panjang beratur kat mesin aiskrim tu sebab sebiji jer yang boleh guna. Tak jadi ke Toppen sebab ibu telefon ajak makan di Senai.


Kesian budak ni tak dapat aiskrim Ikea, kita bawa dia ke A&W cawangan terbaharu di Taman Daya minum Rootbeer float.



Dah terlanjur sampai kan, takkan nak memelot aje, haruslah makan ayam. Hahahha. Best laaa A&W sini. Luas dan selesa, nak letak kereta pun senang. Kat sini yang paling nostalgia tentulah float A&W kannnn.. sedapppp!


PENGANTIN DI RIMBUNAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


MAJLIS walimah yang pertama nampaknya kami hadiri selepas Syawal tahun ini. Istimewanya, bapa pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan, kedua-duanya kawan Pak Inche. Tapi, baru tahu apabila anak masing-masing hendak mengikat tali pertunangan. Bapa pengantin lelaki merupakan kawan lama Pak Inche manakala bapa pengantin perempuan pula kawan sekerja merangkap bos Pak Inche yang sudah pun pencen, hehehe.



Sejak kelmarin, kedua bapa pengantin ni berpesan agar jangan lupa menghadiri jemputan. Dah berjanji nak datang saing-saing dengan keberangkatan rombongan pengantin yang datang dari KL. Oh, ini merupakan majlis sambut menantu iaitu majlis di pihak lelaki. Kami sampai terlambat sikit, ketika pengantin sedang makan beradab. Tak dapatlah berarak saing pengantin, tema warna dah tersama, macam berjanji pulak, haha.


Tiada acara memotong kek perkahwinan sebaliknya digantikan dengan memotong pulut kuning. Mempelai seperti pinang dibelah dua, ibarat cincin dengan permata. Selamat Pengantin Baru, Izzat dan Kamila, Semoga rumahtangga yang dibina, berbahagia dan sejahtera hingga ke syurga.


Majlis dilangsungkan bertempat di Rimbunan Event Space yang terletak di Jalan Abdul Samad berhampiran dengan Sedap Corner dan Ong Shun Seafood Restaurant. Iman kata, kalau buat majlis bertunang di sini pun sesuai jugak sebab tempatnya agak privacy. Aikk.. siapa yang nak bertunang pulak ni?? Ada bunga-bunga nampak 😜
Jadi, Sk cubalah berdiri kat tangga ni ala-ala mak perantin, tengok sesuai ke sesuai? 😂


Menurut bapa pengantin, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada RES menyediakan makanan untuk tetamu sebab malas nak pening-pening. Kiranya, RES ni jugak memberikan khidmat wedding planner. RES menggunakan khidmat Sarifah JB Catering untuk menyediakan hidangan kepada tetamu yang hadir.


Hidangan merupakan Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Lada Hitam, Kambing Beriyani, Dalca dan Pajeri Nanas. Juga kuih-muih seperti Cucur Badak, Cream Puff, Koci, Kek Coklat dan Brownies. Ada juga Bubur Kacang dan Jambu Asam Boi. Adik yang ambil tender ABC, siap hantar ABC ke meja pulak. Semua hidangan yang kami ambil sungguh terasa enaknya.


Pengacara majlis pulak, asyik mengulang-ulang mengingatkan tetamu agar jangan lupa mengambil Laksa Johor yang turut disediakan dalam buffet. Eh, dia ni.. kita ni dahlah kekenyangan makan beriyani sepinggan, ada pulak yang baju tertetas nanti. Tapi, bak kata pepatah, lebih baik menyesal makan dari menyesal tak makan, hahaha. Jangan risau, baju tertetas boleh dijahit semula, hehehe. Mujurlah, tak tertetas malah mungkin boleh muat lagi makanan yang lain, hahahah.


Rupanya, adik yang hantar ABC ke meja tu, anak kawan kita laaaa.. hihi. Ini Nana, isteri kepada kawan sekolah Sk masa sekolah menengah. Sejak ada mukabuku, kawan dengan suami, mesti kawan dengan isterinya jugak tau. Baru seronok berkawan. Menurut Nana, setiap kali Sarifah JB ni buat khidmat katering perkahwinan, dia pun akan ikut sekali. Nana ambil tender ABC atau cendol mengikut permintaan pelanggan. 


Bergambar dengan ibubapa pengantin lelaki merangkap tuan rumah. Terima kasih atas undangannya. Semoga seluruh keluarga pengantin diberi keafiaatan dan kesejahteraan serta senantiasa dipermudahkan segala urusannya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Doa Untuk Pengantin Baru 

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

PASAR CHOWRASTA & MAKAN NASI KANDAR RAMLI PEKAN LAMA LAGI

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

BELUM habis lagi cerita Bercuti ke Pulau Pinang masa Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong, Isnin lepas. Walaupun cuti dalam negeri aje, tapi, memang berbaloi-baloilah penatnya. Sebenarnya, bercuti ni seronok, yang tak seronoknya nak menempuh perjalanan menuju ke tempat percutian tu. Kan bagus kalau ada ilmu hikmat, sebut aje nak pergi mana, tutup mata. Buka mata, terus sampai, hihi.

Selepas check out, kami ke Pasar Chowrasta. Tujuannya nak beli jeruk. Kali ni dah ingatkan Pak Inche, tak mahu jalan kaki dari hotel. Sebab tu, kami cuma ke sini, lepas check out. Kami letak kereta di parkir berhampiran dan kemudian berjalan kaki ikut jalan pintas. Pintas punya pintas, bolehlah pulak terlalu depan kedai menjual daging khinzir. Sabar ajelahhhhh.


Lepas beli jeruk, Iman mengajak ke kedai menjual buku preloved di tingkat atas. Biasanya jika ke sini, kami cuma singgah di aras bawah untuk beli jeruk sahaja, ini pertama kali naik ke atas. Selain kedai buku, ada juga kedai menjual pakaian, t-shirt dan cenderahati seperti kebanyakan pasar-pasar utama di negeri-negeri lain cuma ia tidaklah semeriah Pasar Siti Khadijah atau Pasar Payang. Mungkin sebab kedai-kedai di sepanjang jalan ke PC ni pun dah banyak dan lebih menarik jualannya.


Kami meneruskan perjalanan mengikut Jambatan Kedua. Pak Inche ajak singgah ke Kuala Kangsar untuk makan tengahari tapi masa tu SK masih kenyang lagi. Apa tidaknya, macam-macam masuk perut masa sarapan di hotel tu. Akhirnya, kami ke Ipoh, kononnya nak makan Popiah S S Ali di Medan Selera Taman Kanak-Kanak tapi tutuplah pulak. Kami cuba nasib ke Nasi Kandar Pekan Lama. Hanya NK Ramli Pekan Lama sahaja dibuka.




Hurmmm... hantu Nasi Kandaq betul, la. Sk pilih telur sotong dan dua ketul hati ayam goreng jer. Itupun kena cukai seketul dengan Pak Inche. Yang lain semuanya ambil ayam goreng. Iman sebenarnya nak makan Nasi Vanggey tapi Sk tak nak. Sampai ke sudah dia sebut-sebut, lama tak makan Nasi Vanggey. Ada karang yang datang Ipoh lagi makan NV pulak, hahaha.


Beza antara NK Penang dengan NK di Ipoh ni adalah sambal kelapa yang akan diletakkan di tepi pinggan. Haaa.. yang sebelah telur masin tu la. Sambal tu agak masam sebenarnya dan bukanlah menjadi kegemaran Iman dan Pak Inche. Tapi, Sk suka aje. Sk kan, apa yang tak sukanya, pasal makan, semua suka.

Burpppp... Alhamdulillah.

BBW, KOPI & KEK DI MIDVALLEY SOUTHKEY

$
0
0

Assalamualaikum wbt

BALIK dari Pengantin Di Rimbunan, Pak Inche ajak carik durian kat Pontian tapi permohonan tak diluluskan😜. Durian memang wangi tapi kami nak carik benda lain yang lebih wangi, la. Kami ke Midvalley Southkey sebab Bath & Body Works ada buat sales, produk terpilih RM35 sahaja. Kami ke Midvalley sebab ia yang paling dekat dengan Rimbunan Event Space. Tak terfikir pulak nak ke cawangannya di JBCC Komtar yang lebih aman.

Dia punya beratur, melengkau-lengkau. Memang selepas fasa peralihan endemik ni, dah tak ada penjarakan sosial ke ek? Dengan SK dan Iman pun sekali terpaksa beratur rapat. 

Licin terus wehhhh rak ni. Banyak yang habis laaa.. Body Cream ada Shower Gel tak ada. Shower Gel ada, Body Mist tak ado. Susah nak jumpa yang lengkap. Bau Dahlia kesukaan SK tu, sampai sekarang ya, tak keluar-keluar semula Body Scrub dia.

Dah jumpa yang berkenan, jomlah kita masuk barisan. Lama dah BBW tak buat sale RM35, kan. Memang penuh kedai, mujurlah dah tak ada limit pelanggan macam semasa PKP dan PKPB.


Kesiannnn orang tak dapat pergi Pontian carik durian. Padahal dalam taman tu, bersepah orang jual durian. Teringat pulak durian Wak Warisan Petani. Tiberrrrr!


Kesian Pak Inche, dahlah kena belanja minyak wangi, lama pulak tunggu kami sopin kat BBW. Selama-lama hidup dengan Pak Inche ni, jarang la dia merungut kalau kena menunggu kita tu. Jadi, kita upah dia Midnight Mocha Cold Brew Latte. Shedappppp!


Terliur sungguh tengok berkilat-kilat buah kat Summer Berries Tart tu. Tart nak, kek pun nak jugak. Tapi, kali ni tak ambil Chicago Cheese Cake sebaliknya beralih arah ke The Salted Mocha Baron Cake. Sedap sangat dengan rasa mocha dan cheese serta masin sikit, jadi keknya tak manis sangat. Layanlaaa dengan Hot Americano. 


Dah penat berhabis kat Midvalley, jadi malam tu, ambil keputusan makan kat rumah aje. Kebetulan pulak, hari tu Sk ada tapau Bihun Soto Hari Jadi Zulaika, belum sempat makan, jadi, Sk panaskan sup tu sampai menggelegak. Tak cukup bahan, ada sup dan bihun semata.. jadilah, Alhamdulillah, kenyang dan paling penting jangan dibuang-buang makanan, bukan senang nak cari wang, betul tak?

Betulllllll....

MAKAN NASI LEMAK 223 & KWAI CHAI HONG

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEJAK dari mula, agenda makan di Nasi Lemak 223 (juga dikenali sebagai Nasi Lemak 222) telah dimasukkan dalam itinerary JJCM semasa Cuti Hari Keputeraan YDPA. Kononnya, sampai jer KL (dari JB) tu, nak ke sini dulu tapi disebabkan kami sampai terlalu lewat melebihi jam 1 pagi, kami memilih untuk tidur sahaja 😛

                

Walaupun tak semeriah dulu-dulu, namun orang tetap ramai. Tapi, duluuuuuuuu.. lagi ramai, kan, sampai letak meja atas jalan. Macam Sk pernah kata, selepas pandemik ni, banyak benda berubah. Kami ke sini, lepas balik dari Penang tu la. Sampai rumah Cikwa, tukar kereta dan terus ke sini, minta Cikwa yang memandu.

Di sini, kita bebas nak duduk di mana-mana meja. Boleh pesan makanan di mana-mana gerai. Terdapat dua gerai nasi lemak berlauk, jika nak makan nasi lemak berlauk, boleh pesan dan bayar terus di gerai. Ramai yang memilih 'bungkus' tapi makan di situ 😚 Selain tu, ada juga gerai menjual makanan lain seperti laksa dan makanan barat.

             

Haaa.. inilah yang kami nak sangat makan, Nasi Lemak Daun Pisang. Lima bungkus NLDP diletakkan dalam setiap pinggan dan dihantar ke meja-meja. Lepas makan, beritahu berapa bungkus yang kita kasi perabih. Nasi lemaknya lengkap dengan kacang tanah goreng, ikan bilis dan telur rebus sebelah. Memang patut pun ramai yang datang memburu nasi lemak di sini. Sambil makan sambil mengimbau kenangan.. hihi.

             

Puas mengimbau nostalgia nasi lemak, kami ke Kwai Chai Hong pulak mengimbas zaman silam era keemasan KL China Town tahun 1960-an.

             

KCH terletak di Lorong Panggung, Bandaraya Kuala Lumpur. Zaman sekarang ni, nak ke mana-mana, guna waze aje, pasti sampai.

             

Ia menjadi tumpuan instafamous dan tik tokers. Yang macam kami ni saja datang nak menyibuk, hahaha. 

              

             

Tempatnya sungguh instagrammable. Semua sudut hendak dirakamkan walaupun sebenarnya takut juga kalau muncul benda yang bukan-bukan.

            

            

            

Kalau nak datang sini, kena datang lewat sikit la supaya tak berebut-rebut bergambar. Tapi, jangan lewat sangat, takut dorang dah padamkan lampu. Tu takpa, karang dorang sebenarnya dah padam lampu.. tapi kita pulak yang nampak terang dalam gelap, hahaha.





Dah.. dah.. jom balik!

TOMYAM SOTONG & SIAKAP STIM LIMAU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali hari bekerja, memang kena jemput mambang rajin datang sebab malas nak keluar rumah semula. Biasanya, masak yang mudah-mudah aje.. kari.. sambal atau asam pedas. Tapi semalam, Pak Inche kata, nak makan Ikan Siakap Stim. Siakap tu dia dah beli dua minggu lepas di pasar tani. Tapi, kannn asyik berjalan aje, bertapalah dulu ikannya dalam peti ais. Jadi, semalam, kena puja lebih sikitlah mambangnya, sebab nak Masak Macam kat Restoran, hahaha.

Ikannya besar sangat, tak padan dengan periuk, terpaksalah Sk potong dua. Perencah masak stim limau, disediakan sepenuhnya oleh Pak Inche, Sk tinggal bersihkan ikan dan kukuskan sahaja. Jadi, tak adalah resepinya. Malas la nak tanya Pak Inche, nanti dia berlagak kononnya dialah chef terkemuka dalam donia, hahaha.

Pak Inche terjumpa pulak Perencah Sup Tomyam Seri Aji ni dalam kabinet dapur. Terus beritahu Iman nak masak tomyam. Tapi, takut nak beritahu bini, maklumlah, bini garang, karang suruh masak banyak-banyak (lauk), periuk belanga pulak melayang, hahaha.

Sk belek arahan memasak pada bungkusan, macam senang. Cuma panaskan 1 liter air, masukkan 3 sudu besar serbuk perencah tu, serai, bawang, daun limau purut, ayam, sotong dan tomato, dah siap. Sk tambahkan akar daun ketumbar dan cili padi (diketuk). Juga perahan jus limau nipis serta gula. Hurmmm.. sedap betullah tomyamnya, kalah kedai tomyam, hahaha. Boleh dipercayai perencah Seri Aji ni.

Masak Baby Kailan Sos Tiram dua bungkus terus. Selalu, jaranglah sayur boleh habis dua bungkus, tapi semalam, licinnnn. Masa menumis tu, campak sotong sikit, bagi rasa-rasa.


Tengoklah Elang tu, pantang betul bau ikan. Dia sekor jer perangai macam tu. Dulu, geng dengan Ponti. Cuma tak panjat meja aje, biasanya jenguk macam tu jer la. Kalau yang lagi enam beradik tu memang tak panjat meja langsung ya. Kucing dalam rumah ni semua disiplin. Berani la nak panjat meja masa bibik tengah makan, hihi. Oh, kitorang memang tak ada alas meja, sebab nanti majikan tarik, hahaha. Kesian jadik bibik kucen nikannnn...

Burppp.. malam ni, nak masak apa pulak ek??

ASIAN BUFFET LUNCH & HI-TEA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MUSIM peperiksaan tiba lagi. Kali ini ada empat batch yang akhirnya bakal menamatkan pengajian mereka di kolej. Mereka ini adalah merupakan antara pelajar yang asyik tertangguh pengajiannya gara-gara pandemik Covid 19. Dari empat batch tersebut, dua batch merupakan pelajar dari Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan minggu ini merupakan minggu mereka menjalani pra peperiksaan amali sebelum peperiksaan sebenar minggu hadapan. Dua batch lagi merupakan dari Kursus Pembuatan Pastri serta Servis Diagnostik Kenderaan Ringan. 

Bila ada kursus makanan dan pastri terlibat, bermakna tentulah ada agenda makan-makan. Yang servis kenderaan tu, takkanlah nak tadah kenderaan kita pulak, kan. Tapi, bagi kursus yang melibatkan makanan, kenalah kita tadahkan mulut perut, hahaha. Bagi tugasan hari ini, batch pertama diberikan tugasan Asian Buffet di mana setiap mereka diberikan satu menu masing-masing untuk disiapkan. Sejumlah 24 orang dengan pilihan 24 menu yang perlu dipilih. Tidak ada undian menu sebab pencapaian dan kebolehan masing-masing tak sama. Jadi, boleh pilih menu mana yang mampu dimasak dan dipersembahkan.


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke ruangan Restoran Kuntum Selasih, mana terus menangkap meja dessert. Sk sebenarnya baru dua setengah jam menghabiskan makan tengahari. Tapi, tekak rasa berlobang terus tengok senarai pencuci mulut yang diketengahkan. 


1. Kek Pisang


2. Kuih Talam atau Kole Kacang 😍


3. Cha Bang Ang 😍


4. Sagu Gula Melaka 😍


5. Popia Pisang 😍😍


6. Pulut Mangga 😊


 7. Samosa 😍


8. Miangkham 😍


9. Popia Sayur 😍


10. Tauhu Bergedil 😍


11. Sambal Kicap 😍


12. Somtam 😍


13. Nasi Putih


14. Asam Pedas


15. Ayam Tandoori


16. Daging Merah


17. Udang Salted Egg 😍😍😍


18. Siew Pak Choi


20. Kuah Dhal 😍
21. Puri 😍


22. Sup Merah 😍



23. Bakso 😍

24. Beverages - Oren, Kopi dan Teh 😍.. tapi biasalah, minuman selalu dianaktirikan, hahaha.


Terima kasih atas undangannya. Semoga diberi keafiaatan dan dipermudahkan semasa ujian sebenar minggu hadapan.

😍 ini yang Sk ambil
😊 ini ngecek orang sebelah, hahaha


BBW, KOPI & KEK DI MIDVALLEY SOUTHKEY

$
0
0

Assalamualaikum wbt

BALIK dari Pengantin Di Rimbunan, Pak Inche ajak carik durian kat Pontian tapi permohonan tak diluluskan😜. Durian memang wangi tapi kami nak carik benda lain yang lebih wangi, la. Kami ke Midvalley Southkey sebab Bath & Body Works ada buat sales, produk terpilih RM35 sahaja. Kami ke Midvalley sebab ia yang paling dekat dengan Rimbunan Event Space. Tak terfikir pulak nak ke cawangannya di JBCC Komtar yang lebih aman.

Dia punya beratur, melengkau-lengkau. Memang selepas fasa peralihan endemik ni, dah tak ada penjarakan sosial ke ek? Dengan SK dan Iman pun sekali terpaksa beratur rapat. 

Licin terus wehhhh rak ni. Banyak yang habis laaa.. Body Cream ada Shower Gel tak ada. Shower Gel ada, Body Mist tak ado. Susah nak jumpa yang lengkap. Bau Dahlia kesukaan SK tu, sampai sekarang ya, tak keluar-keluar semula Body Scrub dia.

Dah jumpa yang berkenan, jomlah kita masuk barisan. Lama dah BBW tak buat sale RM35, kan. Memang penuh kedai, mujurlah dah tak ada limit pelanggan macam semasa PKP dan PKPB.


Kesiannnn orang tak dapat pergi Pontian carik durian. Padahal dalam taman tu, bersepah orang jual durian. Teringat pulak durian Wak Warisan Petani. Tiberrrrr!


Kesian Pak Inche, dahlah kena belanja minyak wangi, lama pulak tunggu kami sopin kat BBW. Selama-lama hidup dengan Pak Inche ni, jarang la dia merungut kalau kena menunggu kita tu. Jadi, kita upah dia Midnight Mocha Cold Brew Latte. Shedappppp!


Terliur sungguh tengok berkilat-kilat buah kat Summer Berries Tart tu. Tart nak, kek pun nak jugak. Tapi, kali ni tak ambil Chicago Cheese Cake sebaliknya beralih arah ke The Salted Mocha Baron Cake. Sedap sangat dengan rasa mocha dan cheese serta masin sikit, jadi keknya tak manis sangat. Layanlaaa dengan Hot Americano. 


Dah penat berhabis kat Midvalley, jadi malam tu, ambil keputusan makan kat rumah aje. Kebetulan pulak, hari tu Sk ada tapau Bihun Soto Hari Jadi Zulaika, belum sempat makan, jadi, Sk panaskan sup tu sampai menggelegak. Tak cukup bahan, ada sup dan bihun semata.. jadilah, Alhamdulillah, kenyang dan paling penting jangan dibuang-buang makanan, bukan senang nak cari wang, betul tak?

Betulllllll....

TETAMU KENIT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM, sebaik sahaja buka pintu rumah untuk ke pejabat, terkejut Sk bila seekor anak kucing sednag terjerit-jerit depan pintu. Suaranya taklah kuat sangat, tapi menganga bukan main besar lagi mulutnya. Aduh, mana pulak datang dak kecik ni. Tengok pada saiznya, belum habis menyusu lagi, macam belum dua bulan pun. Macam manalah dia boleh sampai depan pintu rumah Sk ni, hurmmm.

Masa Sk nak hidupkan enjin kereta, dia datang ke pintu kereta pulak. Sk angkat letak atas kabinet kasut sebab takut terlanggar.  Terjerit-jerit lagi. Lapar agaknya, tapi nak bagi makan apa. Dalam rumah, semuanya kibbles untuk kucing dewasa, bolehkah dia kunyah? Sk terus jinjing bawa masuk rumah semula, masukkan dalam Banglo Tiga Tingkat yang Sk dah pindahkan ke bahagian yard. Kemudian, ambil mangkuk kecik, letak makanan dan tuang air sikit biar lembik, letak dalam sangkar tu, kemudian tinggalkan pergi kerja. Pandai-pandailah ko nak hidup, kenit. 


Iman cuma sedar ada si kenit ni masa nak keringkan baju kat belakang. Pak Inche ambil gambar hantar kat grup whatsapp. Sk tengok, mangkuk yang Sk letak makanan tu dah kosong. Aik, biar betul budak ni, lapar sangat ni. Sk ceritakan apa yang berlaku pagi tu sampai Sk terpaksa letak dia dalam sangkar. Takkanlah nak biar kucing kecik macam tu keseekoran di luar.

Pandai pulak dia panjat masuk dalam buai tu. Suruh Iman masukkan bekas pasir baru dalam sangkar. Iman tambah makanan dan air. Petang tu, diajak Pak Inche beli susu khas untuk kucing. Takkanlah nak bagi susu cap junjung pulak.


Pandai berak dalam pasir tapi tak pandai bersihkan diri lagi. Memang kecik sangat, lebih kecik dari tapak tangan Sk. Ambil wet tisu untuk kucing, dua kali lap pun, kotor macam hape. Bau tanah pun iye jugak, entah berapa hari sesat agaknya. Kalau ada mak, tentu maknya dah jilat, kan. Ni betul-betul bau tanah.


Sudahnya, terpaksa jugak mandikan. Tak sempat nak didihkan air dan bilik air memang tak ada water heater, kan. Dua kali shampoo pun masih bau tanah. Haishhh.. budak ni. Nasiblah ada hair dryer, keringkan bulu-bulunya tu.

        

Yang jadi masalahnya sekarang, kakak-kakak dan abang semua tak serasi. Semua protes tak nak makan. Lagi teruk, semua tak mahu kencing berak di belakang sebab nampak budak ni ada dalam sangkar tu, kan. Snake la yang paling ketara merajuknya sebab dia kan yang paling manja dan kuat beriba. Jeton pun jadi tak tentu arah. Tak sedar diri sendiri pun anak pungut.. hurmmmm... sabar ajelah!

Pak Inche namakan budak ni Obot sebab dah ada yang nama Obit, hehehehe.
Viewing all 4179 articles
Browse latest View live