Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4180 articles
Browse latest View live

BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API ASAM PEDAS KILAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MASA makan tengahari di Asam Pedas Kilat (APK) hari tu, terliur betul tengok pelanggan yang berhadapan dengan Sk, makan Belangkas Masak Lemak Cili Api. Aaaaaaaa.. nak sangat, tapi dah habis, masa kami sampai. Agaknya, tu belangkas terakhir kot untuk hari tu. Kemudian, Sk terfikir untuk tapau bawa balik Johor (JB) lepas kami check out esoknya. Lagipun, APK ni cuma belakang hotel penginapan kami saja.

Masa kakak tu datang kira harga makanan di meja, Sk pun tanya, boleh ke kalau saya nak pesan siap-siap belangkas untuk esok. Boleh sangat, katanya. Memang belangkas tu, kena pesan awal, dia akan simpankan. Jadi, Sk pun pesan, akan datang ambil esok lepas check out. "Saya duduk hotel depan tu jer," jelas Sk.

Esoknya, sebab Pak Inche kata nak check out terus pagi masa nak pergi sarapan tu, Sk pun teruslah ke APK. Seperiuk lagi belangkasnya belum bersentuh agaknya. Sk pesan seekor terus belangkas sebab nak makan puas-puas, hahaha. Seekor belangkas tu potong empat bahagian, jadi kakak tu bagilah empat bahagian belangkas yang kalau dicantum semula, jadi seekorlah kot. Cuma lain-lain badan belangkas la, nak cari badan belangkas yang sama, macam mustahil gitu, hahaha.

Selain belangkas, ada lobster, juga dimasak lemak cili api. Dimasak seperiuk dengan ketam, agaknya bangsa nenek moyang sama kot, taklah bergaduh dalam periuk, hahaha. Haaa.. kan Sk dah cakap, nama restoran jer, Asam Pedas Kilat, tapi kebanyakan lauknya dimasak lemak cili api. Tanya Pak Inche, nak lobster tak? Tak nak katanya, sebab Pak Inche tak berapa minat masak lemak cili api ni.

Lepas sarapan di Restoran Abu Bakar Hanipah, kami terus bertolak ke Batu Pahat sebab Pak Inche nak tapau Nasi Beriani Md Sah. Macam sebelum-sebelum ni jugaklah, dah wassalam berianinya. Dah beratur panjang di Gerai Nasi Beriani Benteng (dalam medan selera yang sama), kemudian diberitahu, nasinya dah habis pulak. Ada sebuah lagi gerai beriani, pun beratur.. tak sangguplah nak beratur semula, karang dah lama, tetiba habis lagi. Mahu jadi amukan beriani nanti. Jadi, kami pun balik ke kereta. Musykil betul, baru jam 12 tengahari, Nasi Berani Md Sah (NBMS) dah sold out. Bukan sekali dua kami kena macam ni tau. Asal datang, habis. Asal datang, habis.

Sampai di kereta, Sk perasan, ada seorang hamba Allah ni pegang walkie talkie. Kemudian, ada kereta yang bootnya terbuka, ada dua tiga beg Ikea yang besar tu dan seorang lelaki macam tengah kira-kira benda dalam beg tu. Di tangannya pun ada walkie talkie jugak. Aik.. dulu-dulu, Sk tahu pasal ulat tiket bola dengan ulat tiket bas aje. Rupanya, ulat nasi beriani pun dah ada sekarang. Bukan nak tuduh-tuduh la sebab Sk tak nampak apa dalam beg tu. Bila Iman buat carian NBMS, memang ada rupanya ejen NBMS ni yang beli dalam jumlah yang banyak, kemudian dijual semula. Hurmmm.. patutlah kami yang walk in ni asyik pulang dengan kehampaan. Tak faham, kalau dah tahu ada yang pesan banyak, tak bolehkah masak lebih atau lain periuk. Kesian pelanggan yang datang jauh-jauh tapi tak dapat makan. Kalau rasa jual dengan 'ejen' lagi senang, tak payah buka kedai, meniaga kat rumah! Terus cakap dengan Pak Inche, lepas ni, tak payah lagi datang BP cari beriani. Dahlah Beriani Power tu ayam kecik dan kambing selalu habis. Agaknya ada 'ulat' juga. Kat JB ni, berlambak kedai jual beriani, lagi sedap! Hah.. kan panjang membebel 😂

Tapi, punya geram, nakkkkk juga ya beriani. Sampai sanggup beli Beriani Rose yang kedekut tu, hahaha. Sk pernah cerita kisah Beriani Rose tu DI SINI. Jadi, ada sekali tu, hari ahad siang, kan Sk kerja, Pak Inche belilah berianinya dua bungkus. Lepas tu, dia beli lagi sekali masa berbuka hari pertama sebab nak sangat makan nasi beriani padahal hari tu semua orang makan Soto. Masa tu, konon tak nak dah beli beriani kat Rose ni sebab sikit tapi mahal. Pasal nak sangat makan beriani, tapi tak dapat, tu yang singgah Beriani Rose jugak balik dari BP sebab dia satu-satunya kedai beriani yang dalam laluan balik ke rumah. Yang bagusnya BR ni, semua makanan dia tapau guna tipuware. Tapi, tentulah pelangggan yang tanggung kosnya kan. Terlanjur tu, tapaulah dua nasi putih, nak makan dengan Belangkas MLCA yang Sk tapau tu, hihi.

Belangkas ni bagi Sk, boleh makan sekali-sekala aje la. Kalau selalu-selalu, jemu dan kembang tekak. Nak makan pun tak boleh banyak-banyak. Makanan macam ni, ada satu had kita rasa tak nak suap ke mulut dah, hihi. Tu, Sk la. Orang lain tak tahulah kalau boleh nak layan belangkas ni hari-hari atau banyak-banyak. Iman lagilah, makan sikit dah tak nak. Sedap kuah kakak ni, tak masin macam masa Sk makan di kedai tu.


Tak tahu kenapa suka sangat makan telur haiwan yang dalam perut ni. Bagi Sk, telur belangkas ni la yang sedap. Isi belangkas ada rasa ketam tapi bercampur rasa ngeri tengok rupa dia yang macam alien tu. Jadi, kita makan sambil pejam mata, hahaha. Belangkas ni haiwan eksotik kan, orang kata, kalau salah makan, boleh mabuk dibuatnya. Alhamdulillah, sihat aje lepas makannya, syukurrrr 😍







DADIH UNTUK MAJLIS HARI RAYA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

ESOK di kolej akan berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1443H/2022M. Seingat Sk, kali terakhir Sk dapat menyertai sambutan hari raya kolej, pada tahun 2018. Tahun 2019, Sk tak dapat hadir kerana masa tu ada urusan di Politeknik Ungku Omar. Tahun 2020 dan 2021, satu Malaysia tak boleh buat sambutan raya, kan. Jadi, tahun 2022 ni, syukur, kita semua dah dapat berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai. 


Jadi, agaknya, sebab dah dua tahun tak gunakan bajet raya, tahun ni, bos kata, semua makanan kita 'order'. Bos nak semua staf bawa perut sahaja. Tapi, kami dari Unit Pentadbiran, Kemahiran dan Akademik telah bersatu hati untuk menyumbangkan dessert berupa 500 mangkuk dadih kepada pelajar yang hadir ke jamuan raya tersebut.


Buat-buat sibuk kacau bancuhan susu, air dan gula atas dapur. Masa ni belum masukkan serbuk dadih lagi. Sk ni, nampak jer macam rajin tapi sebenarnya pemalas, hahaha. Masuk jer 'kitchen' benda pertama Sk capai ialah plastik mangkuk dadih. Sk beritahu, benda ni kena susun dulu awal-awal. Jadi, Sk pun susun 500 mangkuk dadih atas 'table top'. Senang lagi susun mangkuk, dari Sk kena sukat air masuk dalam periuk, hahahahahaha. 


Bila dadih dah masak, Sk angkat periuk dan ambil bancuhan dadih guna jug, terus tuang dalam mangkuk-mangkuk ni. Kami bancuh 10 bungkus serbuk dadih dan hasilnya dapat lebih 450 dadih tapi tak sampai 500. Jumlah sebenar, Sk tak kira, malas, hahahaha.


Buat tiga perisa iaitu coklat, tembikai susu dan strawberry. Sementara tuang bancuhan dadih terakhir dalam mangkuk-mangkuk  ni, kawan yang masak tadi cuci periuk belanga dan bersihkan 'table top', hehehe. 


Nampak macam mudah tapi berlengaih jugaklah ketiak, hihi. Mula pukul 11 pagi, pukul 1.30 baru siap. Sk dah kelaparan sampai gigil. Selalu, kan pukul 12 dah makan tengahari. Nasib baik pukul 11.45 tu, Sk curi masa keluar sekejap, pergi kantin tapau nasi campur siap-siap. Habis jer semua terus makan tak toleh kiri-kanan dah... hahahaha. Kita tunggu sajalah majlisnya esok, semoga dipermudahkan, Amiiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


SOTONG MASAK KARI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEPANJANG minggu bekerja minggu ini, kami belum makan malam di luar. Gigih Sk hari-hari memasak. Hari ahad, masak Nasi Ayam. Hari isnin masak Kari Sotong. Selasa, tak masak lauk, Pak Inche makan nasi dengan baki seekor sotong dan minta Sk gorengkan kepak ayam. Balik dari kerja selasa tu, ingatkan nak singgah Pasar Malam Tampoi Utama, tapi hujan, jadi tapau bubur dan tiga ketul ayam Marrybrown. 


Sotong kalau dimasak kari, karinya kena pekat sikit, tak cair macam kari ikan termenung. Sengaja tak potong-potong sotong tu konon stail kedai nasi kandar. Lepas tu, paksa memasing ambil seorang seekor dan habiskan bahagian masing-masing.. hehehe.

Sotong Masak Kari

Bahan-bahan :

4 ekor sotong dibersihkan dan dikelar
2 sudu Minyak masak 
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
3 hiris halia
2 sudu rempah kari (Sk guna daging)
1/2 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
1 tangkai cili hidup dihiris
1 asam gelugor
1 senduk kecil santan
Garam secukup rasa
Ajinomoto

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang dan halia hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak. Setiap kali terbit minyak, tambah sedikit air dan ulang langkah sehingga rempah sempurna masak.

3. Masukkan sotong, asam gelugor, cili hidup dan santan. Kacau cepat-cepat sebab kuah pekat supaya tidak kering dan hangus.

4. Masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto, kacau rata dan renih sebentar sahaja. Matikan api.

Siap!!

SAMBUT HARI JADI ILHAM DI AL MIZAN SATAY HOUSE

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA semalam penuh dengan agenda makan-makan sajo dari pagi sehingga ke malam. Seperti yang Sk beritahu sebelum ini, kami buat DADIH sebagai sumbangan dessert untuk Majlis Sambutan Hari Raya di kolej, semalam. Tengahari pula, Sk ke Jemputan Rumah Terbuka Pulai Springs Resort. Dan malamnya, Angah jemput makan-makan di Al Mizan Satay House sempena hari jadi Ilham.


Selamat Hari Jadi, Mohamad Nor Ilham Ilyas bin Nor'ain @ Mohd Jamal. Bonda doakan Ilham diberi kesihatan yang baik, panjang umur, bahagia dan sejahtera selalu serta sentiasa menjadi anak yang menyejukkan hati orang tua, Amiiinnn. 



Tiga beradik, Izzat, Ilham dan Indah. Untunglah kau Ilham lahir taim mak gaji, kikiki. Kami pun dapatlah tumpang sekaki, syukur Alhamdulillah.


Sk pesan Mee Bandung Special Muar. Tak silap RM15.90 semangkuk. Bila tengok harga, Sk anggarkan portion besar dan nanti nak makan sate lagi, kan. Iman pulak, nak makan Nasi Goreng Gunung Berapi. Jadi, Sk ajak Iman kongsi makan, sama ada ambil nasi goreng sahaja atau mee bandung sahaja. Iman pilih mee bandung. Memang betul pun, dahlah mangkuknya besar, selambak pulak isi mangkuk tu.

Isinya mewah dengan seafood, daging dan aksesori lain seperti kek dan bebola ikan. Sk lebih gemar mee bandung yang memasukkan daging sahaja, tapi dah depan mata, kita balun sajalah. Kuah mee bandung sedap tapi ada rasa wangi. Mungkin ada penggunaan keledek wangi untuk memekatkan kuah. Mujur wanginya tak melampau, boleh pening kepala nanti. Walaupun begitu, mee bandungnya tidak mengecewakan, tapu amaran, jangan makan sorang-sorang, hahahaha. Tepatlah keputusan kongsi berdua dengan Iman.


Mujur jugaklah Iman tak jadi ambil Nasi Goreng Gunung Berapi tu sebab tak ada stok. Mungkin gunung berapinya habis kot, hahahaha. Ini pula, Nasi Goreng Maharaja, Che Li punya. Walaupun rupanya nampak menggiurkan namun rasa nasi goreng biasa sahaja, itu kata Che Li. Mungkin sebab kecewa sebab Che Li pun nak makan Nasi Goreng Gunung Berapi.. hehehe. Oh, Izzat pun makan NGM jugak.


Pak Inche, ibu, Angah dan Abang Jamal makan Beef Kuetiaw. Kuahnya rasa kicap betul, kalau makan gitu-gitu aje, rasanya biasa-biasa aje. Kalau nak bagi umph, kena makan taruk cili padi banyak sikit, supaya pedas sikit dan dapat menenggelamkan rasa masin kicap tu. Portionnya cukup untuk seorang makan.


Budak kecik ni makan Chicken Chop. Babah (Pak Inche) asyik kacau aje makan fries Zulaikha, nasiblah dia sporting. Kalau merajuk, hurmmm.. semua orang tak lalu makan nanti.


Sedap sangat kentang goreng kat Al Mizan ni. Jadi, kami pesan sepinggan kentang goreng aje, makan tiga beranak. Sebenarnya kami tiga orang dah sampai awal, jadi, dah makan dulu makanan yang dah dihidangkan. Kalau tak makan dulu, bukan saja makanan jadi sejuk, tapi ghisau sebab ada lalat walaupun dah malam. Nasiblah tak banyak lalatnya, cuma seekor dua yang degil, pantang ada bau makanan, mulalah nak hinggap.

Mula, nak belikan kek Secret Recipe, sampai SR, cari flavor Choc Au Lait, tak ada, jadi, nak pilih kek lain, tapi, staf SR tu macam endah tak endah jer, bila kami tanya, rupa-rupanya semua kek yang ada dalam fridge tu dah berpunya. Jadi, kami ke SDS, Cik Ani kata, ambil kek coklat. Tepatlah pilihan tu, sedap pulak kek coklat ni, sampai Sk boleh habis sepotong. Hurmmm.. ko Sk, apanya yang tak habis? Kan ko dah sain darah dengan majlis bandaraya, hahahaha. Oh, Sk memang akan sediakan piring kertas untuk makan kek, lepas makan terus buang sebab krim kek tu susah nak cuci. Kalau makan di kedai pun, bawa sendiri piring kertas supaya tak susahkan staf restoran.


Sate kat Al Mizan ni, dia jual mengikut set. Ada set single, double dan family. Yang ini tak silap, set family daging yang mengandungi 50 cucuk sate. Tak kedekut langsung letak timun dan bawang.


Ambil juga set double ayam yang mengandungi 20 cucuk sate. Jika set single mengandungi 10 cucuk sate. Sebelah sate ayam tu, sate perut (bahagian babat). Yang tu tak kira set, boleh ambil 5 cucuk ke.. 15 cucuk ke.. ikutlah nak besarkan perut banyak mana, hahahaha. Ada nasi impit jugak dihantar ke meja, Sk tak pasti pulak ia termasuk dalam set sate atau pesan lain. Kuah kacang sedap, sate lembut. Masa Al Mizan Satay House baru-baru dibuka dulu, pernahlah Sk datang tiga beranak tapi masa tu servis sangat mengecewakan tapi kali ni nampaknya servis bertambah baik. Staf semua rajin dan tidak berat tulang bila kita minta apa-apa. Kalau Kuantan boleh berbangga dengan Terminal Satay Zul, JB pun boleh bangga dengan jenama Al Mizan Satay House ni tau.


Bergambar kenangan depan pintu utama Al Mizan Satay House. Yang ni kami pergi di cawangan Bandar Baru Uda. Tak silap Sk, cawangan pertama di Kampung Melayu Majidee dan sekarang Al Mizan SH mempunya cawangan restoran yang lebih besar di Pandan, JB, siap ada pandu lalu.


Tadi tu, staf Al Mizan SH ambilkan gambar, yang ni pulak wefie anak beranak. Tak cukup korum sebab Cikwa dan Along tak ada, kan. 
 

Ajak budak kecik ni bergambar. Tengoklah tu Pak Inchenya, bab menyakat nombor satu. Haaa.. muka jer nampak garang tapi suka sakat orang. Kadang, jumpa budak kecik kat mana-mana, mulalah datang idea nak menyakat. Sabar ajelah Zulaikha tu. Dulu-dulu, Ilham tu la jadi mangsa dia sampai nak lawan siku siapa lagi besar. Masa tu memang Ilham kalah, siap cakap nak pinjam siku nenek, hahahaha.

Terima kasih, Angah belanja malam tadi. Semoga bertambah lagi rezeki dan diberi keafiaatan oleh Allah swt buat Angah sekeluarga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.








MAKAN DI ORIENTAL KOPI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM.. Sk nak beli sambungan salur air keluar mesin basuh. Tujuannya supaya Sk boleh tolak ke belakang sikit mesinnya sebab salur airnya tak sampai ke lubang air. Kalau ikut salur air yang asal, lagilah pendek. Jadi, tiga kali bersambung jugak salurnya. Nanti-nantilah kita cari salur alir yang lebih panjang dan tak perlu nak sambung menyambung. Tapi, entah zaman bila pulaklah nak membuatnya sebab malas nak buat kerja cabut mencabut dan pasang semula ni. Pak Inche jangan disuruh, memang dia tak reti. Ketuk keyboard komputer, bolehlahh 😆

Jadi, alasan nak beli salur air tu, membawa sampai ke Midvalley. Padahal, ada jer dua tiga kedai hardware kat kawasan taman ni ha. Mr DIY pun, keliling, tapi tetaplah nak ke Mr DIY di Midvalley. Sampai sana, cari makan dulu. Mula nak makan di Thai Ekspress, tapi ada memo tulis, 'Take Away Only'. Jadinya, kami ke Oriental Kopi.


Ambil dua biji Tart Telur dan Oriental Coffee untuk Sk. Sedap sangat kopinya tu macam nak mintak lagi secawan aje.


Iman nak makan nasi ayam. Errr.. takkan maknya makan tart aje? Sebab maknya dah makan nasi pukul 11.30. Tak menahan tengok baki Belangkas Masak Lemak Cili Api, tu yang awal dah makan nasi.



Oriental Kopi ni merupakan pemegang rekod The Malaysia Book Of Records jualan tart telur paling banyak. Sk la tu salah seorang penyumbangnya jugak. Sambil sumbang dalam rekod Malaysia, sambil sumbang kolesterol cinta, hahahahaha.


KARI AYAM DI HARI SABTU

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

LUAR biasa mambang rajin hari ini apabila terjadinya Kari Ayam di hari sabtu kerana sabtu selalunya hari meronggeng anak beranak. Pagi ni Sk cuma sediakan sarapan roti kaya dan telur separuh masak untuk Pak Inche. Bila Sk tanya, nak masak apa-apa ke, untuk makan hari ni, PI pun dah tak ada idea. Nak makan luar, rasa malas. Serik pun ya makan nasi goreng bodo-bodo dah sebelas doblas inggit. Lalu Sk memutuskan untuk menggulai ayam sahajalah yang senang.


Mula nak masak asam pedas tapi tengok Pak Inche macam tak setuju, jadi, Sk masaklah kari. Lama jugak tak makan kari ayam masakan sendiri. Kalau masak kari, wajiblah goreng papadom.


Salad, timun dan tomato lebih masa masak nasi ayam hari tu. Sebab cili hidup pun ada lagi, kita buatlah sambal belacan limau kasturi.


Kari ayam dengan kentang. Pejam mata aje masak kari ni (tipu). Menantu mami mamak lah katakannnn. Berselera la memasing makan sebab sarapan roti aje kan. Bagus pulak memasing hari ni tak ada bising nak pergi jalan-jalan. Bolehlah lepas ni Sk menjahit mata. 😍


Masak kari, selain wajib ada papadom, wajib juga goreng ayam. Perap garam kunyit aje, tak payah berempah bagai. Hurmm.. lepas makan ngantuk la pulak, dah macam baru lepas pekena nasi ganja pulak 🤣

Dah.. dah.. jom kita jadi starfish 😆

NASI GORENG DAGING BAKAR AYAM MARRYBROWN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

LENGANG betul jalanraya pagi ini. Sk keluar  20 minit lewat dari kebiasaan tapi dapat sampai ke pejabat pukul 7.45 pagi. Boleh leha-leha aje berjalan dari tempat letak kereta sampai masuk pejabat. Alaa.. bukanlah jauh atau kena naik lif pun. Dari kereta sampai pejabat, tak sampai dua minit pun, hihihi. Mula ingatkan dah cuti sekolah ke? Tapi, masa lalu Taman Kobena, nampak pulak ibubapa sibuk menurunkan pelajar-pelajar sekolah swasta yang kini beroperasi di Bangunan Pekan Rabu tu. Rupanya sekolah belum cuti lagi. Agaknya pasal hari ni hari ahad kot. Tapi selalu hari ahad banyak aje kereta. Eh, ko ni.. banyak cekadak SK. Jem salah, tak jem pun salah.. ya ampunnnn.. hahaha.

Malam tadi, kecoh dua beranak tu, pasal sarapan pagi, esok (hari ni). Si Iman kata, dah lama dia tunggu babah tapau Lontong dari Pasar Tani. Bapaknya pulak, malas katanya nak keluar ke Pasar Tani. Ialah, dah berjaga pukul 3 pagi, ada bola, kan. Apa 'real'??? Ahhh, yang tahu.. tahulah kan, hihi. Malam tadi, dah beli roti siap-siap dan Pak Inche pesan nak telur separuh masak. Sk ingat nak goreng nasi, tapi tak janji takut terlambat bangun ke kan. Syukurlah, kuat semangat nak bangun awal walaupun tidur lewat semalam.


Terjadilah, Nasi Goreng Daging Bakar Ayam Marrybrown. Macam selalulah, baki nasi putih yang disimpan campur nasi lebih, terlebih rajin masak Kari Ayam di hari sabtu, kelmarin. Daging Bakar tu datangnya dari Nasi Kerabu Daging Bakar Berbuka 25 Puasa manakala Ayam Marrybrown tu, ada seketul ayam tak dimakan masa beli Bubur Ayam MB tu.  Daging bakar tu Sk simpan frozen, jadi memang bertahan lama la walaupun Syawal pun dah hampir sampai ke penghujungnya. Nasi putih, Sk simpan dalam fridge aje, simpan dalam bekas bertutup, insyaAllah, seminggu tahan.

Gedebak.. gedebuk, minggu ni, dah minggu terakhir bekerja dalam bulan Mei. Huishhh.. sekejapan dah masuk pertengahan tahun 2022. Bulan mei ni antara bulan yang tak banyak hari berada di pejabat sebab cuti bersambung-sambung. Ni, tak sabar pulak nak tunggu Cuti Hari Keputeraan Agung yang akan disambut pada 6 Jun nanti. Tak silap SK, sebelum ini, Cuti Hari Keputeraan Agung disambut pada minggu pertama Sabtu setiap bulan Jun tetapi selepas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai DYMM YDP Agung yang ke 16 pada 24 Januari 2019, Baginda telah mengisytiharkan Sambutan Hari Keputeraan Agung adalah pada hari Isnin minggu pertama bulan Jun. Maaf jika Sk silap.

Nampaknya, cuti panjang lagilah kita minggu depan, Yabeda bedoooooo!

MAKAN DI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KOLEJ

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

TERKEJUT dua kali nampaknya pada hari raya tahun ini. Mula-mula, terkejut apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 1 Mei lepas mengumumkan tarikh 1 Syawal 1443H jatuh pada 2 Mei 2022. Kali kedua terkejut apabila seorang rakan sekerja Sk yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Jamuan Hari Raya Kolej memberitahu, majlis sambutan hari raya peringkat kolej telah dipercepatkan pada hari Khamis, 26 Mei 2022. Tarikh asal adalah hari terakhir Syawal iaitu 1 Jun 2022. 

Seperti yang Sk ceritakan dalam entri DADIH, tahun ini kami datang sebagai jemputan sahaja. Jadi, Sk betul-betul datang bawa perut semata berserta senyuman paling manis, hahahaha. 


Bergambar kenangan bersama props yang disediakan oleh Cik Mat Rajak, orang kuat bab hias-menghias di kolej. Bagi jerlah apa-apa kat dia, riben yang dah buruk pun boleh nampak baru. Cik Mat kata, memang kerja dia sampai mati bab deko mendeko ni. Ialah, dah sain darah tuuuuu, sampuk Sk. Gelak besarlah Cik Mat, hahaha.


Disebabkan Sk telah menerima jemputan Rumah Terbuka Hari Raya dari Pulai Springs Resort juga, jadi, tak bolehlah nak makan banyak-banyak. Eh, sebenarnya, boleh jer kalau nak makan banyak-banyak, haaa.. macam tak biasa pulak, hahaha.
 
Sk 'aim' nak makan Lontong tapi hampa sebab ia tidak disediakan. Apa yang ada, kita bedallah, antaranya Nasi Beriani, Daging Beriani, Ayam Masak Merah dan Pajeri Nanas. Lemang dan Rendang Daging pun ada. Rendang Ayam pun ada rasanya, tapi Sk tak ambil. Nasi impit dan bergedil tu sebenarnya untuk soto, tapi Sk tak ambil soto.... pada mulanyaaa...... sebab konon kenyang dah tu, tapi...


Ehhhhh.. rasa tak boleh jadik pulak jika tak dijamah soto yang sudah terhidang di depan mata, hahaha. Mujurrrrr ya, mujur ambil, sebab sotonya sedap. Sup yang dihidangkan memang berasa rempah sotonya, bukan rasa sup semata. Yang best, dalamnya ada banyak ceker dan leherrrrr yang cair di mulut ko!


Churros yang khabarnya ditaja. Beratur sekali la dengan pelajar-pelajar, takkanlah mentang kita tua staf, nak potong barisan pulak, kan. Sebagai remaja purba, kenalah tunjuk contoh yang baik kepada remaja 'jaman now'.. tak gituhhhhh?

MAKAN DI RESTORAN TAITHAI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


INGATKAN dah kenyang makan nasi dengan lauk Kari Ayam, hari Sabtu lepas, malamnya bolehlah makan yang ringan-ringan aje, tapi Pak Inche kata, ada port makan makanan Siam yang baru ditemuinya dalam facebook iaitu TaiThai. Eh, sebenarnya sebelum tu, dia ajak ke Seafood Restaurant yang dikatakan terletak di satu perkampungan orang asli tapi tak tahu nama tempat yang spesifik. Waze bawa entah ke mana-mana, jadi sebelum kami 'disesatkan' dan 'dikaburi' dengan benda yang tak wujud, baiklah mengalah. Mintak simpanglahhh... 


Pesan semangkuk Tomyam Seafood. Sk tak pasti saiz mangkuk ni untuk berapa orang makan. Walaupun terasa pes tomyam namun rasanya seimbang, bukan rasa dari pes semata. Selain tu, isinya pun banyak juga. 


Ada dua jenis masakan sayur sahaja iaitu Kailan Ikan Masin dan Kangkung Belacan. Kami pilih Kailan Ikan Masin. Ciput aje sayurnya, namun rasa tak mengecewakan.


Yang mengecewakan ialah apabila nasi dihidangkan dalam pinggan 'hari jadi' macam ni. Dahlah guna pinggan saiz 8". Terkial-kial la nak letak lauk sebab ruangan tu sempit, kan. Nasi tu banyak jugak walaupun pinggannya kecil.


Nilah sebabnya Pak Inche nak ke TaiThai, sebab nak makan Miang Pla. Staf yang mengambil pesanan mencadangkan kami ambil Set Seafood bersama Siakap. Teruja tunggu hidangan dihantar tapi kecewa apabila apa yang dihidang tak seperti yang dibayangkan.

Ikan Siakap bukan dibakar tetapi digoreng, begitu juga dengan sotong dan udang. Ada kupang rebus juga. Suhunnya direndam dan dicelur terlalu lama, tapi yang menarik,  suhunnya berwarna-warni pulak. Hidangan tak cukup lengkap sebab tiada daun selasih atau basil untuk dimakan bersama. Mujurlah sos yang disediakan sedap walaupun ketara mereka gunakan sos dalam botol, hehe.


Satu set ni RM65. Pak Inche makan sikit aje sebab dia mengharapkan Miang Pla macam kami makan di Siam 2 Kota Bharu. Hurmmm... tak serik-serik, percaya no kalau ada tempat ala-ala Siam dibuka di Johor ni. Sejujurnya, masakan di sini sedap sikit dari KruaThai tapi sedap lagi kot makan di Thai Baan. Repeat? Mungkin tidakkkk 😌

RUMAH TERBUKA HARI RAYA PULAI SPRINGS RESORT 2022

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMAKIN Penghujung Syawal ni, nampaknya makin meriah Jemputan Rumah Terbuka. Hari yang sama Sambutan Hari Raya Kolej, Sk sempat hadir ke Pulai Springs Resort bagi memenuhi jemputan rakan korporat media, Charlotte. Masih ingat lagi kemeriahan  Rumah Terbuka Pulai Springs Resort. pada tahun 2019, beberapa bulan sebelum dunia dilanda pandemik. Justeru, Sk memang tak berfikir dua kali untuk menjawab ya kepada Charlotte, hehehe.

Masuk dalam dewan, makanan pertama yang Sk cari, tentulah makanan hari raya. Dah 25 Syawal, baru jumpa ketupat nasi daun kelapa. Aisehhhh.. sampai sekarang rasa nyesal pulak kenapa ambil seketul aje, hahaha. Lepas tu, lupa pulak ambil lepat. Tulah, orang dah kata, 'Biar menyesal makan, dari menyesal tak makan.'

Nampak blogger fofular, Sunah Sakura dengan ustazah, ehhhh.. dia tak nampak kita?? Sah, mesti pasal Sk dah kurus ni, hahaha. Bila nampak Cik Sun bawa makanan nak ke meja dia, terus ajak duduk sekali sebab meja memang kosong lagi, Sk cuma duduk berdua jer dengan Iman.


Rasanya, kali terakhir jumpa mereka masa 4 Puasa Berbuka Puasa Ala Bazar di lokasi yang sama. Pulai Springs ni, tak pernah tak meriah tau. Kalau tak tahu di mana nak bercuti pada cuti sekolah yang akan datang, apa kata anda usha-usha pakej di Pulai Springs Resort ni.


Tiberrrr.. ada Pak Inche pulak ek! Kami sebenarnya terima jemputan asing-asing melalui saluran media yang berlainan. Sk sebagai media elektronik manakala Pak Inche bagi media cetak. Charlotte tanya, kenapa tak saing, dah lain-lain pejabat, kan.. heheh. Kebetulan pulak, sedondon anak-beranak, biru.



Pinggan kedua, ambil western pulak. Hurmmm.. besar betul ruang dalam perut ko ya, Sk.. hurmmm.


Ehhhh, sambung mengeteh pulak dia.


Bergambar kenangan dengan geng media sosial, hehehe.


Ambil gambar di booth yang disediakan bersama geng opis Pak Inche. Terima kasih, Charlotte, sudi jemput... Syukurrrr Alhamdulillah.

KALIMAH MENGUMPAT UMPAMA MEMBUSUKKAN AIR LAUT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ ‏"‏ مَا أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا ‏"‏

Daripada ‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).” (Sunan Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya termasuk pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)

2. Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat. 

3. Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas, ‘Aisyah RA hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah (pendek), maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya. 

4. Berkata al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan mengumpat  itu.

5. Ramai pengguna laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga gambar yang dimuat naik serta yang ditularkan.

6. Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:

يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّخِرِينَ ٥٦

“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan” [Al-Zumar: 56].



*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*

#KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah# PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

31hb Mei  2022

30hb Syawal 1443H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

JAMUAN HARI RAYA YAYASAN PELAJARAN JOHOR

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PENUTUP Syawal tahun ini, Sk dan kawan-kawan menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Dewan Jubli Intan. Turun-turun kereta, nampak kambing tengah bergolek-golek di tepi bangunan ni haaaa.

Seperti biasa, sate wajiblah ada di mana-mana Open House Korporat. Walaupun begitu, Sk jaranglah nak ambil sate ni sebab segan, kahhhh!

Dengar suara macam kenal, bila toleh.. oh, Embun JB rupanya. Embun sering menjadi pilihan sebagai MC di majlis korporat termasuklah MC Buffet Ramadhan di Thistle Johor Bahru.



Meriah sangat majlis anjuran Yayasan Pelajaran Johor ni. Ada artis jemputan lagi.


Orang lama mesti kenal, pelantun lagu 'Cincin Emas' ni. A Rahman Onn kini bermastautin di JB dan dulu Sk pernah makan Tauhu Bakar di gerainya. Beliau peramah orangnya, nampak masih sihat, Alhamdulillah. 


Pusingan pertama, ambil dua hidangan terus iaitu Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Rojak Salad, Kambing Golek dan Lontong.


Dah 30 Syawal, baru jumpa Laksa Johor. Kalau ada majlis macam ni, buat-buat tak sedar la minum kordial, hahaha. Bagusnya, kakak yang dapat tender cendol tu, dia hantar cendol dari meja ke meja. Ingatkan nak ambil burasak dengan asam pedas, tapi macam dah kenyang sangat la pulak (tipu).


Pergi berempat satu kereta. Depan tu orang Pahang, bandar ikan patin.


Dorang makan eskrim, Sk segan.. hahaha.


Dah nak balik, jumpa dulu geng sekapal tapi lain pejabat. Ni semua 'ahlong'.. hahahaha. Habis dah raya... korang jangan pandai-pandai nak buat open house sampai raya haji pulak tau... kuanggg.. kuangggg... kuanggggg!

PES MEE BANDUNG ABU BAKAR HANIPAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MASA singgah Restoran Abu Bakar Hanipah untuk sarapan tuari, nampak bersusun-susun bekas mengandungi Pes Mee Bandung diletakkan atas meja depan pintu masuk kedai. Sebab Sk rasa, rasa kuah mee bandung ABH ni agak lain dari yang lain, Sk pun belilah pes tu untuk dimasak di rumah. Sebenarnya, Iman la yang nak, sebab dia kan makan soto masa tu, jadi dia kata, nak suruh bonda masak kat rumah pulak.


Abang yang tolong masukkan kotak ni dalam plastik (sebenarnya dia muda dari Sk, sajalah sebut abang, nampaklah macam SK yang muda.. kahhhh), okey, abang tu kata, satu pek rencah ni, cukup untuk tujuh orang makan. Wow, ramai tu.. maknanya, bagi family Sk ni, bolehlah masak dua kali. Tak perlu tambah garam dan gula, cuma tambah air. Nak sedap, gunalah air rebusan daging.

Sk rebus tiga ketul daging sebesar penumbuk budak. Ada baki empat ekor udang dalam peti ais, SK rebus sekejap. Mee kuning, beli yang sebungkus sekilo sebab tak ada yang bungkusan kecil. Cuma setengah bungkus jer masak mee bandung, tu yang bakinya Sk masak Mee Goreng Daging. Kemudian beli tauhu empat keping, goreng garing, kemudian dihiris memanjang. Iman kata, kalau kat kedai dorang potong kecik-kecik.. Sk tak tahulah, dia cakap macam tu, nak suruh Sk potong kecik ke apo? Benda dah jadi pun.. dah wassalam, hahaha.


Iman masukkan mee kuning yang SK dah celur dalam tiga mangkuk. Sk guna separuh kotak perencah mee bandung tu, kalau nak masak pekat macam kat restoran ABH tu, tak tambah air, memang hanguslah kuah agaknya. Dan bila dah tambah air, perlu juga tambah garam dan gula sebab dah tawar. Datang mana nak dapat tujuh mangkuk kuah ni, tak tahulah.


Mangkuk Pak Inche. Dah susun siap dalam mangkuk, baru jemput dia makan, sebab nak posing dulu. Cantik takkkkk? Hahaha. Ramai yang tanya mangkuk ni.. namanya Pasta Bowl 9" BG Harmony. Ni SK beli tahun lepas. Tahun ni dah insof...  tak beli dah pinggan-mangkuk dan periuk baru, hahaha. Eh, betullah.. mana ada tipuuuu.


Iman paksa ambil gambar Mee Bandung dia. Yang tengah tu telur. Telurnya kena masak sehingga kuning keras. Maknya punya, haruslah telur gedik, lagi gedik, maknya telur double.. hahahaha.. hahahaha. Hurmmm.. Sk rasa, guna perencah Mee Bandung Mak Pon lagi best laaaa.

KARI IKAN CAMPUR & MEE GORENG HASAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

MINGGU lepas punya minggu lepas, seminggu selepas makan Asam Pedas Ikan Mayong dan seminggu sebelum makan di Al Mizan Satay House. Macam selalu la, Sk ke Senai lepas kerja pada hari khamis tapi kena balik rumah sekejap ambil Iman. Teringat pulak nak tapau Mee Goreng Hasan (Mamak) dalam taman perumahan Sk tu. Mujurlah jumpa nombor telefon dalam page group taman, Sk pun telefon untuk tempah empat bungkus mee goreng. Senang nanti tinggal ambil sahaja, tak payah tunggu. Encik Hasan tawarkan, jika nak, boleh pesan mee sekilo, cuma RM30 (mee goreng biasa), Sk pun setuju. Lepas ambil Iman, terus ke gerai En Hasan, mak oiiii.. boleh buat open house terus tengok mee goreng satu tipuware besar pemeluk, hahaha. Tapi, aaaaaaa.. lupa pulak nak ambil gambarnya.

Sampai Senai, rupa-rupanya, ibu dah siap masak Kari Ikan daaaa. Selalu ibu beritahu jer, kali ni, tak cakap pulak. Dalam periuk, ada ikan merah dan ikan selar saiz besar (dah siap potong). Dulu-dulu, ibu cakap, tak boleh campur-campur ikan dalam periuk, nanti bergaduh, haha. La ni, boleh pulak dia campur. Sedang pantai lagikan pulak berubah, kan.. inikan pulak hati.. tiberrrr!

Sepanjang ibu ceduk lauk dalam mangkuk, asyiklah dok tanya, nak bawa balik tak? Nak bawa balik takk? Sk jawab, tak. Nanti dia tanya lagi. Pendek kata, selagi ko tak jawab, nak.. selagi tu dia akan tanya. Jadi, kita setuju sajalah bawa balik lauk. Bagus jugaklah, balik rumah tu tak yah dah buat apa.. Pak Inche nak makan, terus hidang kari ikan dalam tipuware terus, hahaha.

Nasi dan ikan goreng pun angkut dari Senai untuk Pak Inche seorang makan aje. Sk dan Iman dah kenyang makan nasi dengan mee goreng lagi, kan. Sukalah Pak Inche dapat ikan termenung goreng. Cuma yang tak ada, sambal belacan. Nasiblah dia tak jadi macam S. Kadarisman, mengamuk sebab sayur asam tak ada belacan.. hahaha.


Sayur Kacang Buncis Goreng Bertauhu. Ambik sikit jerlah, cukuplah tu untuk Pak Inche sorang. Yang jadi nampak sikit nau tu sebab bekas tu besar kot.


Cedukkan Mee Hasan ni sebungkus. Memang tak ambil gambar masa kat Senai tu. Lupaaa... huhuhu. Sedaplah Mee Hasan ni, Sk selalu jugak beli.. Tapi, mana boleh 'celen'Mee Goreng Daging Sk, hehehehe. 

MAKAN STEAMBOAT LOTUN VAN BBU

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DULU kan, Sk selalu fikir, apalah orang kerja pejabat ni buat? Hahaha. Bila Sk tidak lagi mengajar dan diserap ke bahagian akademik dan kemahiran, haaaa.. barulah tahu macam mana bertimbunnya kerja. Cuma, masa baru-baru tu, macam kabur jugaklah apa yang nak dibuat sebab tiada latarbelakang dalam bidang pentadbiran pejabat ni. Sk mula diserap ke bahagian penyelaras selepas raya tahun 2019, tak silap dalam bulan Julai. Belum setahun bertugas, berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa tu memang Work For Home la.. mana sempat nak bawa balik kerja, dahlah guna pun komputer pejabat. Tahun 2022 ni la baru kerja lebih efisyen, ambil pengajaran dari pengalaman yang lepas sebab sebelum ni belum ada pengkhususan kerja yang Sk buat ni.

Walaupun sibuk, namun makan tetap makan. Memanglah ada masanya tak sempat nak makan lebih-lebih lagi bila tiba waktu puncak macam musim periksa dan sebagainya. Sk dah lama giler tak keluar sarapan atau makan-makan di luar semasa hari bekerja. Pagi, Sk akan bersarapan dalam perjalanan dan terus mula bekerja jam 8.00 pagi. Pukul 12, makan tengahari dengan menapau makanan dari kantin. Lepas makan, terus sambung kerja balik dan berhenti waktu solat. Lepas tu sambung kerja semula sampai pukul 5. Sambil kerja tu, kalau ada macam lapang sikit, publish post dalam draf. Malam-malam, buat draf untuk post baru sambil blogwalking kalau tak sempat jalan-jalan waktu siang, hihi. Haaa... sekarang dah tak tertanya-tanya lagi, apa kerja kerani, hihi.


DAH beberapa kali Iman ajak makan Steambout di Lotun Van yang berpusat di Bandar Baru Uda atau dikenali sebagai RHB. Sebabnya, lokasi steamboat ni berhadapan dengan RHB Bank, Bandar Baru Uda. Tak pergi-pergi tu kerana selalu ada aral melintang, yang paling aral sekali, bila hujan, memang tak jadiklah, sebab sini kawasan terbuka, tak ada payung atau khemah, bumbung lagilah tak ada, hehehe.


Di suatu hari yang cerah, cuaca agak baik, kami ke sini dua beranak. Pak Inche tak ada masa ni, ada bola kot.. haha.. lupa. Selain steamboat, kami nak cari lok-lok, tapi macam tak ada. Nampak lotun van abang ni, ada tulis 'Steamboat Rebus dan Goreng', jadi kita cuba tanya, betul ke boleh goreng. Abang tu, fikir jap.. kemudian dia tanya kawan dia, lepas tu, dia kata, boleh.. barulah kami duduk meja depan tu. 


Pesan rojak petis dari gerai sebelah. Boleh ya nak pesan dari mana-mana lotun van pun walaupun tak duduk situ. Meja banyak tapi makin malam, makin ramai. Kebanyakan Lotun Van di sini jual steamboat tapi ada juga yang jual nasi goreng, char kuey teow, rojak dan abc.


Ambil dua cucuk cendawan dan satu cucuk telur burung, yang ni mintak rebus aje. Yang lain tu, tak pasti berapa cucuk, kami minta goreng. Semua sekali, rebus dan goreng, RM20. Rasa macam murah, selalu beli Yong Taufu kena sampai RM50 pun pernah. Iman kata, agaknya sambil gunting YTF sambil orang tu kira, seringgit, dua ringgit, tiga ringgit.. padahal masih gunting benda yang sama.. hahaha.


Beza steamboat dengan Yong Taufu di Johor ni, jika YTF, ia dimakan dengan sup dan sambal, tapi steamboat tak ada sup, tapi ada dua jenis sos, iait sos cili dan sos kacang. Sedap kedua-dua sos abang ni.. ops, saja panggil abang walaupun dia muda dari SK supaya nampaklah Sk yang lebih muda, hahaha. Ingat tau.. van dia no 151. Boleh rebus dan goreng, tidak mengecewakan. Yang bestnya, semua ni, Iman belanja, syukurrrrrr Alhamdulillah. 

ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM & SUARA TENGAH MALAM

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KELMARIN, Pak Inche bertugas ke luar daerah selama sehari dan bermalam di sana. Pergi berdua bersama 'big bos' yang datang dari KL atau Penang, lupalah pulak. Malam masa Pak Inche tak ada tu,  balik kerja, Sk tapau Bubur Nasi No 1. Hari yang Pak Inche balik, terrajinlah pulak, masak Asam Pedas Ayam Lada Hitam. Syukurlah dalam pada di sana-sini cerita pasal tak ada ayam, di rumah ni masih lagi ada stok ayam.

Tayang dari dalam periuk ajelah. Resepi Asam Pedas Ayam ni dah banyak kali jugak Sk kongsi. Boleh buat carian jika nak tahu resepinya. Dah siap masak semua, telefon Pak Inche, tanya lokasi. Dah nak balik rumah, jawab Pak Inche. Baru lepas hantar bos balik hotel. Bos bermalam semalam lagi di JB sebelum ambil penerbangan pulang esok (hari ini). Jadi, kami tunggulah Pak Inche balik untuk makan malam bersama.

Pak Inche kata, ada cerita hantu. Sambil makan, sambil cerita. Kalau arwah abah Sk dulu, pantang betul bercerita masa makan. Tapi agaknya, arwah bapak Pak Inche tak de pantang tu, kot 😝. Jadi, mai kita dengar cerita Pak Inche.

Mereka berdua telah ditempatkan di sebuah hotel untuk bermalam dan mendapat bilik yang bertentangan. Balik makan malam lebih kurang jam 11, Pak Inche buat kerja sikit untuk presentation keesokkannya, dalam 1.30 pagi macam tu, tengah layan mata.. tiba-tiba...

"Uuuuuu... Uuuuu..."

"Uuuuuuu.. uuuuuu.." sedihhhhh betul yang nangis tu. Yang dengar, tipulah tak seram. Bila dah mendayu-dayu tak berhenti, Pak Inche hidupkan semua lampu. Senyappp..

Matikan lampu, baruuuu nak lelap terdengar dia cakar pintu la pulak. Panjang dia tarik dari atas sampai bawah berulang-ulang. Pak Inche, cakap.. dia cakap macam ni... Tok nenek, cucu nak tumpang tido.. terus senyap. Eh, sebelum tu, bacalah jugak Al-Fatihah. Dan rupa-rupanya, bos pun kena kacau. Tatawlah doa apa dia baca, sebab bos tu India, hehehe.


Singgah kedai nak beli telur, nampak kubis. Tentu sedap lauk asam pedas digandingkan dengan kubis goreng, kan. Memang sesuai sangat.


Ayam goreng wajib. Goreng tiga ketoi je tu pun seketoi bagi Cik Lang, hehe. Hantu ayam Cik Lang tu. 


Telur dadar pun wajib kalau ada asam pedas. Mahal betul telur sekarang. Tu takpa.. masa nak beli tu, telur dalam papan yang 30's tu.. macam dah lama. Tu pun ada tiga papan jer. Jadi, ambiklah telur yang pack 10. Terus terbayang kalau betul-betul terjadi krisis makanan. Duit ada, barang tak ada.. takutnyaaa. Tengok jerlah bagaimana virus covid ni boleh melumpuhkan dunia.. segalanya tak mustahil terjadi.. takutttttt!

MAKAN DI GARDEN SEAFOOD TANJUNG MALIM

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KELUAR rumah pagi tadi ketika hujan membasahi bumi. Basah sikitlah tudung masa buka pagar sebab malas nak buka payung. Tak ada modal nak pasang awning sampai depan jalan macam rumah orang lain. Bak kata Pak Inche, bukannya kita nak tidur kat luar 😆. Jadi, setiap kali hujan dan kebasahan nak buka tutup pintu pagar, terfikir jugak bagus kalau pasang bumbung sampai depan jalan macam rumah jiran. 


Tengah buang gambar-gambar dalam telefon, baru perasan lupa nak masukkan entri singgah makan di Tanjung Malim semasa dalam perjalanan pulang ke Johor dari Kedah, raya lepas.


Garden Seafood Tanjung Malim ni ada Sijil Halal Jakim. Kalau lihat pada entri yang lepas, beberapa kali jugak kami singgah makan di sini. Kedudukannya juga taklah jauh dari plaza tol, jadi, kalau makan di sini, tak membuang masa la gitu dan lebih selesa berbanding singgah di R&R.


Chicken Lemon kegemaran Iman.


Baby Kailan yang memang baby beno ni.


Sotong Telur Masin.


Beancurd.


Rasanya pertama kali kami pesan Ikan Siakap Stim Nyonya ni. Yang ni sedap sangat. Yang lain-lain tu, biasa aje la macam Seafood Restuarant lain.


Cakue Mayonis tak boleh lawan Cakue Mayonis kat Yeo Seafood Restaurant Gelang Patah.


Dah habis makan, baru pesan Nescafe O Panas. Kalau pesan awal-awal, nanti habis makan, dah sejuk. Hurmmm.. terserlah purbanya, bila dah suka minum kopi o panas lepas makan, hahahaha.

Oh, kalau nak ke sini, waze aje, Garden Seafood Tanjung Malim, mesti sampai punya.


SUP GEAR BOX MERAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


BAWA Sup Merah Gearbox ke Senai untuk makan malam minggu lepas. Sup Gearbox beli dengan Kak Azlita, hantar guna grab ekspress ke pejabat. Jadi, sampai Senai, masuk microwave aje panaskan.


Berkeping-keping makan roti cicah kuah yang sedap ni, susahnya nak berhenti. Berkali-kali jugak dah beli Sup Merah ni dengan Kak Ita sebab dah tak rajin nak masak sendiri. Nak kena pergi pasar dah satu hal, sebab bukan senang nak dapat bahagian tulang lutut kambing ni. Kalau guna bahagian lain, tak sama rasanya. 

Hurmmm.. kolesterol? Sendiri mahu ingattt 😅


MAKAN DI KELAB KOPI LAMA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEBELUM puasa hari tu, rancangannya nak keluar makan dengan kawan-kawan sepejabat. Penutup la, kiranya sebelum sambut puasa, namun tak kesampaian sebab memasing sibuk dengan urusan mesyuarat dan dokumen. Sampailah dah naik kerja lepas raya, punnnn masing-masing layan selera masing-masing jer la. Haaa.. semalam, barulah tertunai hasrat anak tekak memasing, hahaha.

Kami ke Kelab Kopi Lama yang terletak di Taman Kempas Utama. Kelab Kopi Lama ni dibuka semasa pandemik dan juga merupakan salah satu tempat yang bekerjasama dengan kolej menjalankan latihan industri bagi pelajar kursus penyediaan dan pembuatan makanan.

Walaupun begitu, ini pertama kali kami ke sini. Kalau dari rumah Sk nak ke sini, memang tak sangguplah. Tambah pulak tiada urusan yang boleh membawa Sk sampai ke sini. Kalau dari pejabat mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tapi nak hadap kesesakan trafik di kawasan Kempas ni, mahu setengah jam jugak lebih-lebih lagi masih terdapat kerja penambahbaikan jalan yang dah berapa tahun tak siap-siap. Dari sebelum pkp sampai dah habis pkp, masihhhhh.. hurmmm.. 

Sebab tu la malas nak keluar makan masa pejabat. Nak hadap jem tu laaa. Pulak tu, masa kita keluar tu laaa ada yang mencari. Nak itu laaa.. nak ini laaa. Tu satu.. satu lagi, masa kita bertungkus-lumus buat kerja, tak ada siapa nampak, tapi, bila kita pegang jer telefon nak tengok tik tok whatsapp, masa tu laaaa orang masuk. Eh, sekarang ni buat kerja pun ramai yang guna handphone jer kan. Jadi, janganlah bersangka-sangka kalau nampak orang asyik pegang telefon.. gituhhh.

KKL ni ambil dua lot kedai dan menggunakan sistem layan diri. Kami pulak tak perasan, pintu kami masuk tu bukan pintu utama. Jangankan kami, memang ramai pelanggan yang mungkin kali pertama juga, terkeliru. Dah duduk-duduk, baru tahu makanan kena ambil sendiri di lot sebelah, eh.. tapi tembus laaa, cuma kami tak perasan.

Lepas ambil makanan, kena terus buat pembayaran di kaunter juruwang. Banyak restoran sekarang buat macam ni, agaknya ramai pelanggan tak bayar lepas makan. Mujurlah minuman dihantar ke meja, kalau tidak sukar jugak ya, nak pegang pinggan, gelas, handbag lagi, hahaha.


Baru pukul 10.30 pagi, tapi lauk-pauk telah siap disusun atas kaunter makanan. Walaupun berkonsepkan kopitiam, KKL ni juga menyediakan hidangan nasi campur untuk makan tengahari. Terliur jugak sebenarnya tengok Terung Berlado, Keli Berlado, Paru Berlado.. dan macam-macam lagi masakan berlado, dah macam berada di Restoram Nasi Padang pulak.

Nak tambah rambang mata lagi, ada Ikan Baung Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Gulai Tempoyak, Telur Itik Masak Lemak, Urat Gulai Minang dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Aduhhh.. Naza dan Fidah kata, nak makan nasi terus. Sk berangan nak makan Lontong. Ish, tak habis dengan lontongnya ko ni Sk. Lepas tu, tergoda pulak nampak staf KKL ceduk Nasi Lemak untuk pelanggan sebelum Sk. Tak pasal-pasal, Sk pun makan nasi lemak!

Nasi lemak tu guna beras basmathi. Bawa kat kaunter, tengok paparan  harga nasi lemak basmathi telur, RM5. Tot tet tot tet.. dengan seketul begedil dan paru berlado serta kopi o, RM13.30. Fuhhhh.. ni kalau kat kantin boleh makan dua kali ko, hahahaha. Tapi, nampaknya kena datang lagi, sebab nak makan Ikan Patin Gulai Tempoyak, pulak 😍

Cara ke sini, taip aje kat waze
Kelab Kopi Lama

KEWAJIBAN IBADAH HAJI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kewajiban Ibadah Haji

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ: أَكَلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasûlullâh SAW pernah berkhutbah: “Wahai sekalian manusia, Allâh telah mewajibkan haji bagi kalian, maka laksanakanlah ibadat haji.” Seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasûlullâh, apakah setiap tahun (kewajiban mengerjakan ibadat haji)?” Maka baginda diam, sehingga orang tadi bertanya tiga kali. Kemudian Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika aku mengatakan ‘ya’, maka tentu wajib (haji setiap tahun), dan kamu tidak mampu.” (Sahih Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadat Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukalaf.

2. Kewajipan ibadat haji hanya sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan dan berkuasa.

3. Mereka yang tiada halangan dari sudut wang ringgit, kesihatan mahupun kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji, namun masih tidak berusaha menunaikankannya atas alasan "belum sampai seru" dibimbangi jika meninggal dunia akan menjadi Yahudi atau Keristian.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَمْنَعْهُ عَنْ الْحَجِّ حَاجَةٌ ظَاهِرَةٌ أَوْ سُلْطَانٌ جَائِرٌ أَوْ مَرَضٌ حَابِسٌ فَمَاتَ وَلَمْ يَحُجَّ فَلْيَمُتْ إِنْ شَاءَ يَهُودِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا

Daripada Abu Umamah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa tidak terhalang untuk melakukan haji oleh suatu hajat yang jelas atau oleh penguasa yang zalim atau penyakit yang menahannya, kemudian ia meninggal dunia dan belum melakukan haji, boleh jadi ia meninggal dunia dalam keadaan sebagai Yahudi atau sebagai Nasrani." (HR Darimi No: 1719) Status: Isnad Dhaif

4. Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan. 

5. Walaupun kota haji terhad malah berkurangan contohnya pada tahun ini hanya sekitar 14,000 sahaja yang dibenarkan, paling tidak anda telah berusaha menabung dan mendaftar dengan Tabung Haji sebagai persiapan menunaikannya, walaupun tarikh giliran yang diperolehi lama lagi.

6. Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.

Bersegeralah kita menyediakan kemampuan diri untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi yang belum menunaikannya. Jika tidak menabung sekarang, bila lagi?.

Bagi yang terpilih menunaikan ibadat Haji pada tahun ini, Selamat Berangkat Duyufurrahman (tetamu Allah) dan didoakan moga dikurniakan kesihatan dan kemudahan dan beroleh haji yang Mabrur.



Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

04hb Jun  2022

04hb Zulkaedah 1443H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram


Viewing all 4180 articles
Browse latest View live