Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4181 articles
Browse latest View live

MAKAN DI SELERA TRADISI KATERING PONTIAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DAH bertahun teringin nak makan makanan hari raya di Selera Tradisi Katering yang terletak berhampiran Stesen Bas Pontian. Duluuuuuuu... Sk pernah makan semasa mereka berniaga di hadapan Hospital Pontian. Sk juga pernah makan di cawangannya di Bandar Kangkar Pulai yang telah pun ditutup. Ni zaman-zaman Iman masih sekolah.  Susah jugak nak selalu singgah makan di sini sebab Pak Inche tak makan masakan raya orang Johor. Ianya sebenarnya sangatlah tidak adil bagi Sk yang menerima apa sahaja hidangan hari raya dari sebelah utara sana. Tapi, malas la nak bergaduh pasal makan sebab di Johor ni, hari-hari pun boleh dapat makanan hari raya, hihihi.

Beberapa kali plan hari yang Pak Inche tak ada, kami nak ke sini, tapi kurang rajin dan rasa tak best sebab nak kena merentas daerah lain, haha. Jumaat lepas, nekad la nak kena jugak makan makanan raya Johor. Tapi, tulah, kecewanya selepas menempuh hampir sejam perjalanan, kami diberitahu, cuma ada burasak dan loi manakala ketupat cuma ada pukul 2 (petang). Haiii.. sampai lambat salah, sampai cepat pun salah. Dah terbayang-bayang sedapnya makan ketupat dengan sayur lodeh, sambal kacang dan serunding serta rendang daging. Tak ada rezeki.


Pesan lima biji burasak dan dua biji loi. Burasak atau loi tu, kalau tak habis boleh bungkus atau dipulangkan semula. Nanti masa bayar, beritahu berapa biji yang dimakan. Dah macam stail makan sate di Muar pulak. 

Seingat Sk, masa kecik-kecik dulu pun, kalau makan sate, mereka akan kira jumlah harga sate yang dimakan sahaja.
Sekarang ni, kalau makan otak-otak atau pepes la macam tu, kan. Bayar apa yang kita makan jer. 


Burasak dan loi dalam pinggan. Burasak ialah beras yang dimasak bersama santan sehingga separuh masak, dibungkus bentuk segiempat leper dalam daun pisang muda, kemudian direbus. Kaedah yang sama untuk menyediakan loi, tetapi menggunakan beras pulut dan dibentuk segitiga memanjang macam bumbung rumah, hihi.


Burasak paling sesuai digandingkan dengan Nasumeti atau Asam Pedas Ikan Parang. Dah lawankan dengan asam pedas lain pun, ikan parang jugak yang paling sedap.


Muka orang yang dah lama teringin nak makan Burasak dengan Asam Pedas. Tiga setengah keping burasak masuk perut cuma Iman kurang minat makan ikan parang pasal banyak tulang. Terpaksalah bonda tukang menghabiskan... 


Ek eleh.. macam tak biasa jadi kontraktor pembersihan ni, Sk oiii... hahahaha.




MAKAN LONTONG RENDANG DAGING DI SENAI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

KELMARIN, sebaik sahaja Sk menghabiskan bilasan terakhir semasa mencuci beras untuk memasak nasi lemak, terdengar bunyi telefon menjerit-jerit dari ruang tamu. Iman datang menghulur telefon, nampak nama Angah terpapar. Angah beritahu, hari tu dia dah siap buat ketupat dengan rendang daging. Datanglah.

Dah masak nasi lemak tu takpa. Pak Inche kan, tak ketupat (nasi). Eh, dia kata, tak apa, biar Pak Inche tengok aje. Eh, ingat kita sampai hati ke? Tahun lepas, Pak Inche siap bungkus Nasi Daun Pisang di Ashoka masa raya. Tahun ni, dah makan nasi lemak, takkan nak ke Ashoka pulak.. hihihi.

Lagipun, kami ada rancangan lain hari tu. Nak cari rak pinggan mangkuk baru kononnya sebab kaki rak pinggan yang digunakan sekarang ni dah berkarat. Ke sana.. ke sini, tapi, hampa. Tak jumpa yang berkenan di mata. Kita pakai dululah yang lama.

Petang tu, nampak Angah post di fb, gambar lontong. Lengkap nasi impit, kuah lodeh dan dua jenis rendang. Eh, tak boleh jadik ni. Malam tu, Pak Inche bertugas di stadium, jadi Sk pun melontonglah di Senai, hahahaha.


Dapat jugaklah makan lontong hari raya tahun ini. Walaupun ketupat segera aje pun. Tu tak apa, sambal kacang dan serunding pun tak ada. Tapi ada rendang daging dan rendang ayam kampung. Dalam gambar tak ada rendang ayam sebab belum ceduk masuk mangkuk lagi. Okeylah kan, nak lengkap segala, masaklah sendiri Sk oi, hehehehe. Ialah.. ialah.. nantilah Sk masak. Tunggu mambang rajin dulu eh, hehehehehehe.

NASI GORENG SEAFOOD DAN LEMANG RENDANG DAGING

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DAH dua minggu berturut-turut nampaknya, Sk cuma masuk pejabat, tiga hari sahaja iaitu Selasa, Rabu dan Khamis. Makin lemak badan ni asyik bercuti aje. Pak Inche tu la, asyik berzikir ajak JJCM ke Muar (bunyinya Muo). Kita layankan sajalah kehendaknya tu selagi ada umur dan kesihatan yang diberi oleh Allah swt.

Cerita JJCM Muo, Sk akan cerita dalam entri yang akan datang. Gambar banyak nak kena pilih, kan. Kita cerita kisah balik dari Muo, siang tadi. Kononnya nak tapau Nasi Beriani Md Sah di Batu Pahat, tak dapat. Jangan kata Nasi Beriani Md Sah, semua kedai yang jual nasi beriani di benteng tu, kehabisan nasi padahal baru jam 12.30 tengahari. Kita ni dah beratur panjang, geram betul!


Pergi pula ke Restoran Kari Kambing 40 Hari. Rupa-rupanya cuti sakan dari 2 Mei hingga 22 Mei. Dah dua kali tak ada rezeki nak makan nasi arabnya tu. Hari tu datang hari pertama puasa balik dari Melaka tu pun, tutup juga. Ke.. nak kena datang majlis walimatul urus anaknda Tuan Haji Anuar, hehehe.


Nampak pulak Lemang Seri ni di tepi jalan menuju ke Plaza Tol Ayer Hitam. Memang setiap kali nampak lemang, ditegur.. nampak lemang tegur. Kali ni, kita singgahlah beli.


Pak Inche yang turun beli lemang sebatang. Rendangnya dua mangkuk. Lemang minta belahkan siap-siap, bagus jugak, taklah terjadi tragedi lemang mentah bila dah sampai rumah. Nak pulangkan minta ganti baru, bukannya dekat dua tiga batu. Rendang Daging RM6 semangkuk. Sedap lemangnya, rendang pun sedap.


Untuk Iman yang tak makan lemang, Sk gorengkan nasi. Macam selalu la, nasi yang dikumpul sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit banyak. Sk ni sayang nak buang nasi. Kalau tak habis makan tu, terus masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. Bila ada kecemasan tak ada makanan dalam rumah, bolehlah digoreng.


Juadah makan malam, malam ini, Lemang dan Rendang Daging serta Nasi Goreng Seafood. Malas nak keluar mengadap jem sana-sini. Tak tahulah dari mana datang kereta banyak-banyak. Kalau keluar juga, kereta kami pun nanti turut menjadi penyumbang pada kesesakan jalanraya. Jadi, lebih baiklah duduk rumah ontok-ontok saja, hehehehe.

'BIRTHDAY DINNER' DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMPENA hari lahir isteri tercenta, mungkin dah faham kot bini tekak minah saleh, Pak Inche bawa makan hidangan barat di Wadihana Islamic Steak House (WISH) di Taman Damansara Aliff. Memang Sk minta Pak Inche sendiri yang pilih tempat makan, tak kisahlah nak makan di Seafood Restaurant kegemaran dia ke, nak makan di Mamu Junction pun tak apo. Yang penting hari tu dapat 'claim' hadiah hari jadi, hihihi.

WISH ni sebenarnya dah lama wujud, cuma kami jer yang belum sampai-sampai lagi. Tak silap Sk, awal-awal dulu, WISH ini bertapak di Bandar Baru Uda sebelum berpindah ke Taman Damansara Aliff. Sebenarnya bukan baru ia membuka restoran di TDA ni, tetapi, angkara pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia selama hampir dua tahun menyebabkan kadang terlupa kewujudan WISH ni walaupun ia agak popular di kalangan penggemar hidangan barat.

Milky Island untuk Iman dan Jus Nanas untuk Tuan Tanah Kedaung merangkap 'birthday girl'. Pak Inche minum Jus Limau Nipis. Sirap (gula) untuk jus diasingkan, jadi, ikut kitalah nak manis macam mana. Sk tak tambah gula, maklumlah, dah cukup manis, kan.

Pembuka selera, Wild Mushroom Soup dan Garlic Bread. Sup cendawan bukan dalam tin punya tapi homemade, memang pior rasa cendawan, terlalu sedap, sesuai dengan nama menunya tu.

Rocky Nachos. Boleh pilih nak ayam atau daging lembu, yang ni daging lembu. Sedap teruks ya, ni bukan guna sos bolognese tapi tomato segar. Kerepek bukan biasa-biasa ni.

Grilled Striploin Steak untuk tukang bayo. Pak Inche pilih sos lada hitam. Saiz dagingnya besar, sampai tak mampu nak dihabiskan. Jangan risau, ada dua dayang boleh bantu melicinkan pinggan. Sampingannya 'rocky salad' dan 'wedges' yang sangat sedap.

Chicken Lasagna untuk Iman. Iman sebenarnya buntu nak makan apa. Dia kata cari menu Chicken Chop tak ada. Laaa.. padahal ada aje, dia tak perasan rupanya. Lasagna ni tak rasa macam makanan sejuk beku tau, sebab kadang-kadang jika kita pesan lasagna ni, ada restoran yang gunakan lasagna 'frozen'. Yang ni memang sedap sangat.

Seperti selalulah, nak jaga kesihatan kononnya, padahallll! Grilled Salmon Filled terdapat dua pilihan sos iaitu Orange Butter Sauce dan Spicy Aurora Sauce. Bunyi menariklah pulak aurora tu, kan, kita cuba. Tidaklah mengecewakan cuma bagi Sk ianya tidak sepedas namanya. Sampingannya 'Mashed Potato' dan salad yang sama dengan Striploin Steak tu. Salad dia jenis yang mahal punya, memang padanlah dengan harga hidangan di sini. Sekali sekala bolehlah, selalu-selalu, sendiri mahu ingat, huhuhu.

Puas hati di hari jadi, pagi-pagi dapat makan Makanan Tradisi, malam dapat layan tekak minah saleh, hehehe.

Iman pesan Creme Brulee. Pun sedap.

Creme Brulee semangkuk, kongsi tiga orang. Okeylah tu sebab saiz mangkuknya pun beso.


Dah habis makan, ada staf WISH datang, nak ambil gambar untuk dimuatkan dalam fb page WISH.




36-02, JALAN ALIFF 3, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor

Phone: 013-733 3280

SARAPAN DI RAMLY KOPITIAM, BATU PAHAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali jalan-jalan di Batu Pahat, mesti nampak bangunan kedai Ramly Kopitiam ni di hujung lot kedai betul-betul sebelah pasar Batu Pahat. Biasanya, masa nampak tu, dah petang, dah tutup kopitiamnya. Pagi-pagi, jarang singgah ke Batu Pahat ni. Kadang-kadang, terlupa nak singgah sebab dah singgah ke lain, hehehe.

Cuti Hari Wesak tahun ini, jatuh pada hari ahad, jadi, Pak Inche dapatlah cuti ganti hari isnin. Sk pula, memang bercutilah hari ahad tu, sebab hari ahad merupakan hari kerja bagi syarikat Sk mencari rezeki. Pak Inche hasut Sk ambil cuti tahunan hari isnin tu dan diajaknya jalan-jalan ke Muo, kan. Itu pun sebenarnya diajak ke Melaka terus, Sk malas nak layan jem, jadi ke Bandar Maharani sajalah, aman dan damai, jem sikit-sikit jer di pusat bandar.

Malam sebelum ke Muar, Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi, rancangannya kami cuma akan bertolak pada pagi hari Ahad. Kali ni, mesti jadik.. nak bersarapan di Ramly Kopitiam ni. Seperti dijangka, mana-mana kopitiam pun, di hari cuti, mesti ramai pelanggan. Jadi, kami bertiga beranak, berdirilah di hadapan dua pelanggan lain yang sampai lebih awal, di depan pintu masuk utama. Tak lama, makin panjang barisan di belakang kami. Tapi... mungkinlah sejak dah tak perlu imbas MySejahtera sebelum masuk, dah tak ada plastik merah putih yang dijadikan garisan sempadan pintu masuk, ada pelanggan lain yang masuk terus ke dalam kedai, sebab ada lagi dua pintu masuk di sudut kiri dan satu lagi ditepi kedai. Mungkinlah dah biasa datang situ, rebut-rebut meja. Sudahnya, orang belakang kami pun hilang sabar dan potong terus masuk dalam kedai, berdiri di meja pelanggan yang dijangka dah nak habis makan. 

Dah.. tak ada staf pun yang jaga.. terpaksalah 'follow' juga. Pak Inche masuk jugaklah, tunggu tepi meja sepasang suami isteri ni. Ada tiga kerusi kosong di meja tu, tak ada orang, kata si suami. Kemudian mereka pelawa kami duduk sekali, sebab mereka pun dah habis makan, tinggal nak habiskan roti bakar. Dengan muka tak malunya kami pun duduk. Takkan nak duduk saja kan, jadi kami borak-borak.


Dari sepasang suami isteri tu, barulah kami tahu sejarah Ramly Kopitiam ni. Cerita berpuluh tahun dahulu, budak nama Ramly yang tak habis sekolah, bekerja di kedai kopi cina, Chop Tong Ah. Ramly yang rajin bekerja menjadi kesayangan tauke dan kemudiannya ditawarkan menjaga terus kedai kopi tersebut yang dinamakan Kedai Kopi Ramly atau Ramly Kopitiam.


Banyak barangan lama dan frame gambar dipamerkan di dinding kedai. Tengok dalam gambar, Sultan Johor (Sultan Ibrahim) juga pernah ke Ramly Kopitiam. Seperti kebanyakan kedai kopi lama, mereka hanya menjual minuman, roti bakar dan telur sahaja dan menyewakan beberapa sudut untuk peniaga lain menjual makanan sampingan lain yang menjadi tarikan pelanggan ke Ramly Kopitiam.


Antara tarikan utama menikmati sarapan di daerah lain di Johor, tentulah sate. Tapi, cuma ada sate ayam sahaja. Bolehlah, buat syarat. Sedap satenya cuma datang gitu-gitu aje, tanpa hirisan timun dan bawang serta tiada juga nasi impit.


Mee Rebus untuk Pak Inche. Ada hirisan daging dan kentang. Kuahnya cair-cair sedikit tak macam Mee Rebus Haji Wahid yang pekat di Plaza Angsana. Tekstur kuahnya ala-ala Mee Jawa. 


Pagi tu, Sk berbekal satu mug kopi 'o' tapi masih lagi nak mengopi di sini. Kakak yang semeja dengan kami tadi berkata, cawan kopi tu sejak zaman dia sekolah lagi. Oh, setahu Sk, cawan kopi lama-lama macam ni, memang dah dikilangkan semula atas permintaan ramai. Warnanya sengaja dibuat pudar-pudar supaya menampakkan seperti barangan antik.


Sk dan Iman, sama-sama nak makan Lontong. Ada sambal tumis sahaja dan sebiji telur rebus. Bagi Sk, rasa kuah lontongnya sedap dan masuk dengan rasa sambal tumis tu. Baru-baru ni, banyak baca perdebatan tentang Lontong ni. Ada yang kata, kuah lodeh tu lontong, ada yang kata, nasi impit tu lontong. Hurmmm.. dua-dua salah, lah. Lontong tu, yang macam dalam gambar ni la. Nasi Impit makan dengan Kuah Lodeh, letak sambal tumis atau sambal kacang. Samalah jugak Laksa, iaitu mee laksa yang dimakan bersama kuah laksa (kebanyakannya berasaskan ikan). Isk, masing-masing nak tunjuk pandai. Ialah, kau sajalah yang paling pandai pasal makan, kan Sk, hahahaha.


Roti Bakar yang paling akhir sekali sampai. Patutlah abang dan kakak tadi, Sk tengok semua pinggan makanannya kosong, tapi roti bakar belum berusik. Agaknya, lambat jugaklah tu sampai ke meja. Pak Inche minta telur separuh masak, telur habis katanya. Nak makan di sini, kena bawa banyak-banyak bersabar. Staf mereka terlalu sibuk ambil dan hantar pesanan. Pelanggan pun ramai dan lama nak tunggu meja kosong. Maklumlah, masing-masing kalau boleh semua benda nak dipesan dan ditelan. Bukan kata orang saja, Sk sendiri pun macam tu, hihi. Bayar terus apabila makanan dihidang ke meja. Senang, lepas makan.. boleh jalannnn.. hehehe.


Lepas makan, sajalah ronda-ronda dalam pasar. Pasarnya macam Pekan Sabtu, Kuala Ketil aje atau pasar lambak. Cuma, kalau pasar lambak tu, masing-masing bawa khemah sendiri tapi di sini, dibina bumbung kekal, kiranya pasar terbuka la. Di kiri kanan, masih ada lot-lot kedai seperti kedai runcit dan ada butik juga. Yang kelakar, kedai telur pun ada, kata telur dah habis. Agaknya, lain konco la tu, hahaha. Luas pasarnya walaupun tak besar, mungkin sebab tak ramai orang. Mungkin ramai orang masih sibuk beraya ke sana, ke sini. Raya kan.. sebulannnn.. hahaha.

Ramly Kopitiam

Jalan Pasar Melayu, 83000 Batu Pahat
(Sebelah Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat)
Buka setiap hari 8.00am to 12.00pm

ASAM PEDAS IKAN MAYONG IBU YANG TIADA TANDINGANNYA

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SELEPAS sebulan berpuasa dan dua minggu berhari raya, hampir Sk terlupa rutin khamis yang mana Sk akan singgah ke Senai selepas kerja. Bila ibu telefon Khamis lepas, beritahu yang Asam Pedas Ikan Mayong sedang mendidih atas dapur, memang tak mampulah nak menolaknya. Sk ambil dulu Iman di rumah, sebelum ke Senai, barulah seronok makan ramai-ramai.


Sk makan tiga perempat bahagian dari sekeping ikan mayong. Lagi suku, Iman makan. Iman memang sejenis yang tak kuat makan ikan, paling banyak suku tu la. Kalau bertambah nasi, barulah dia bertambah ikan. Kalau asam pedas ikan pari pun, makannya sepotong saja, sejenis tak pandai meratah ikan. Rasanya macam Sk dulu-dulu jugaklah. Sekarang ni, bukanlah Sk pandai sangat meratah ikan, tapi sebab memang dah tak ada siapa yang nak menghabiskan.

Tertelan-telan ailio pulak tengok semangkuk asam pedas ni. Asam pedas ibu, memang tiada tandingannya. Apa sahaja ibu masak, memang sedaplah jika nak dibandingkan dengan mak-mak sedara. Begitulah air tangan ibu kita. Semua akan mengaku, masakan ibu masing-masinglah yang tersedap, betul tak?


Gandingan, Kacang Buncis Goreng Telur. Memang mantul! Sk sejak dulu memang suka makan sayur, tak memilih langsung. Tak kiralah, sayur dari tanah tinggi, sayur dari kebun atau sayur dari ceruk kampung sekalipun.


Lepas ambil Iman di rumah, sebelum ke Senai, singgah beli Takoyaki. Nampak bungkusan Daging Dendeng disusun atas rak. Hati tertarik pulak untuk membeli. Betullah, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.


Daging Dendeng Tokman Kitchen, boleh terus dimakan atau nak dipanaskan dahulu. Sk yang malas, terus tuang isinya dalam mangkuk. Semua kata, Daging Dendeng ni sedap. Dagingnya juga lembut sehingga ibu tak jadi makan asam pedas ikan mayong masakan sendiri, hihihi. Makan dengan nasi impit pun sedap tau.

'BIRTHDAY HI-TEA' DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

            

SELALU, tak puas makan sepotong Chicago Cheese Cake di The Coffee Bean & Tea Leaf. Kali ini, Pak Inche belanja sebiji kek saiz 9" sempena hari jadi Sk. Mulanya nak beli dan potong/ makan di rumah, tapi TCBTL beritahu, kek 'delivery' petang. Petang tu pulak, Pak Inche kena masuk bertugas, jadi, kami pergi berasingan, supaya nanti taklah Pak Inche kena patah balik ke rumah. hantar kami pulak sebelum ke stadium.

            

Mesti keliru, kan.. bila masa pulaklah Sk ke The Coffee Bean, bila masa pulak, makan di Wadihana Islamic Steak House tu. Ni keesokan hari selepas 'dinner' di WISH. Esoknya baru 'Hi-Tea' pulak di TCBTL Eco Botanic. Tapi, tak adalah nyanyi-nyanyi Happy Birhday ke apa. Kita-kita aje. Alhamdulillah, dua kali potong kek hari jadi tahun ni selepas Angah buat surprise Kek Tiramisu hari tu masa sambut Hari Ibu. Eh, dah tua-tua pun sibuk nak potong kek ya, Sk... hurmmm.. no komen.
        

Nama jer Hi-Tea, tapi Sk macam selalulah, mengopi. Pak Inche minum Caramel Macchiato jer la dan Iman minum Iced Brew, Berry. Iman agak sensitif dengan susu, jadi, kena hati-hati dah petang tak boleh minum bersusu sangat.


Teriyaki Chicken Sandwich untuk Pak Inche. Ayam yang dipanggang ala-ala masakan Jepun dengan sos teriyaki serta salad segar. Pelik sikit, ada dua kepingan nanas dalam tu tapi bila makan, tak rasa pelik. Pak Inche makan separuh, separuh lagi dia suruh bungkus, sambung makan malam lepas balik bertugas di stadium.


Iman kata, tak boleh 'move on' makan Hawaian Chicken Pizza masa berbuka puasa hari tu. Kali ni rupa pizzanya lain sikit sebab ada sos pesto melengko-lengko tu. Masa makan kat JPO tu, dia titik-titik aje, kan. Crust juga macam terlebih garing dibakar, tapi tetaplah sedap sampai berkeping-keping suap ke mulut. Hurmmm.. ada ke hari yang ko makan sikit, Sk? hahaha.


Sk memang tak pesan makanan lain untuk sendiri sebab nak fokus makan Cheese Cake tu banyak, hahaha. Cheese cake dia memang antara yang tersedaplah, Secret Recipe pun kalah tau. Tu di tekak kami la, tekak orang lain, mungkin lain pulak penerimaannya. Tapi, tak cantiklah pulak bila dipotong guna pisau plastik tu. Aaahh, yang penting marvelous! Suku bahagian jer dah dikerjakan di situ, lagi suku bahagian malam tu, Sk hantar ke Senai masa pergi makan Lontong Rendang Daging tu. Ni tinggal sikit lagi.. memang kami ni jenis yang suka makan kek, sebab tu kena beli sebiji, baru berbaloi boleh makan sepuasnya.


Selain Cheese Cake, Pak Inche juga belanja seekor rama-rama. Tapi, rama-rama ni tak boleh terbang, lah, haha. Kalau boleh terbang, Sk yang nangis dulu. Kepada Pak Inche, terima kasih daun keladi, tahun depan belanja lagi. 

Hehehe

KURSUS DAN MAKAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM, Sk dan sebahagian besar warga kolej, diarahkan untuk menghadiri Kursus Pengurusan Data Peribadi anjuran ibu pejabat. Kali ini, kursus diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. HSM JB ni letaknya di Larkin dan kami tak perlu hadir ke pejabat tetapi terus ke lokasi kursus. Yang kelakar, bolehlah pulak guna waze bila dah nak masuk kawasan Larkin tu sebab kawasan tu dah dinaiktaraf, jadi agak mengelirukan nak masuk ikut mana. Pelik pulak bila waze suruh ikut Larkin Sentral, rupa-rupanya HSM ni sebelah aje dengan Larkin Sentral. Dulu tak perasan sebab tak ada jalan tu, bila dah buat jalan baru, laaa.. sebelah aje dengan Larkin Sentral, padahal tu la dulu tempat berjimba, kahhhh.


Disebabkan kursus bermula jam 9, keluarlah lambat 15 minit dari biasa. Makan jem, rupanya. Dari Setia Eco Business tu dah sangkut. Nasib baiklah bawa bekal roti dan kopi macam biasa. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih jugak sebab sangkut lagi kesesakan di Jalan Skudai hingga Jalan Tun Razak. Masuk jer kawasan hotel, Sk terus letak kereta di bahagian belakang dan ikut susur masuk ke lobi, nampak kawan-kawan pun ramai yang baru sampai dan sedang bersarapan.  Sk nampak mee goreng ni, memang tak pandang lain, la.. sedap giler mee goreng dia, hampir menyamai rasa mee goreng kantin Kak Sab, hihi.


Ni la kawan-kawan yang sampai saing-saing. Taklah rasa terasing bila datang ramai-ramai serentak. Disebabkan waktu untuk bermula kursus lambat lagi, bolehlah makan rilek-rilek jer. Sarapan disediakan secara buffet, selain mee goreng, ada nasi lemak, soto nasi, roti dan buah-buahan. Pukul 10.30, ada minum pagi, Sk tak ambil gambar. Ada pulut serunding, kuih dadar dan samosa kentang.


Lepas sarapan, teruslah masuk ke dewan. Kami ambil dewan yang paling besar di HSM JB ni, iaitu Dewan Seri. Bagus betul sebab Sk memang letak kereta belakang dewan ni. Dulu pernah kursus siap pakej bermalam di sini, tu yang macam faham jugak selok belok HSM JB ni.


Masih ramai yang belum masuk, kita isi kedatangan dulu guna google form. Zaman sekarang, semua di hujung jari. Tapi, ceramah tetap kena dengar. 


Tak sempat nak mengantuk. Jangan kata nak mengantuk, nak tengok handphone pun takut, hahahaha. Masa mula-mula tahu pasal Perlindungan Data Peribadi (PDP) ni, lebih kurang dua bulan lepas, Sk ada bertanya kepada semua adik-beradik Sk, seorang pun tak tahu. Tanya Pak Inche, pun tak tahu. Ada ke pembaca di sini yang tahu pasal PDP ni?

Rupa-rupanya, akta tentang PDP ni masih baru lagi di negara kita. Tahun 2010 baru dibangunkan, 2015 diluluskan dan 2017 baru dilaksanakan. Dua tahun kemudian, negara dan seluruh dunia dilanda pandemik kan, jadi 2022 ni barulah pegawai-pegawai ni mula membuat lawatan di syarikat-syarikat terlibat menyimpan data peribadi ni. Sebagai kolej di bawah Kementerian Sumber Manusia, kami antara yang perlu patuh akta tersebut. Berat... beratttt. Nanti jika ada kelapangan, Sk kongsikan tentang Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)  ni ya.


Pukul 1.10 tengahari, baru selesai sesi pagi. Perut dah mengaruk mintak diisi. Terus laju-laju tuju ke cafe. Pasal makan, nombor satu kau ya, Sk.


Beratur... beratur. 


Ain... orang pertama ceduk nasi, hihihi.


Kelaparan apakah ini?
 Eh, sedap la masakan di HSM Larkin ni. Semua lauk sedap di tekak Sk ni, syukur Alhamdulillah. Ada Kari Ayam, Gulai Udang dengan Nenas, Tauhu Masak Kicap dengan Bebola Daging, Daging Sayur  Pak Choy dan Kubis Goreng dengan Cendawan. Ada ulam dan sambal belacan jugak. Pukul 2.40, baru mula sesi petang. Pun tak sempat mengantuk sebab takut kena soal, hahaha. Pukul 4.30 habis, malas Sk nak tunggu sesi bergambar. Minum petang pun Sk tak ambil, sebab jalan Larkin tu, kalau lepas pukul 5, jem melekat oiiii. Baik cepat cabut.. pukul 5.10 dah sampai rumah, syukurrrr.

MAKAN DI ASAM PEDAS KILAT

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SELEPAS bersarapan di Ramly Kopitiam, kami meneruskan perjalanan ke Muar. Berkali-kali Pak Inche memancing ajak terus ke Melaka, tapi Sk tak nak. Balik-balik Melaka.. balik-balik Melaka, boring, hehehe. Eh, orang Melaka jangan marah, bukan Melaka boring, tapi kami yang bosan asyik ke Melaka sajo.  Padahal, dah tempah bilik di Muar, nak jugak ke Melaka, dah kenapa? Jadi, kenalah ke Muar jugak. Iman ajak cari minuman yang viral di Muar.. dah dapat air viral, kami terus ke hotel.

Sampai di hotel, masih awal lagi. Seperti hotel-hotel lain, daftar masuk bilik penginapan jam 3.00 petang. Tapi, kami selalu jer dapat check in awal jika hari sebelumnya bukan cuti umum atau cuti hujung minggu la. Tapi, masa sampai tu, baru pukul 12. Walaupun begitu, kami terus buat pendaftaran cuma bilik belum siap, pukul 2 baru boleh masuk. Lepas selesai daftar bilik, kami keluar semula ke bandar Muar. Kali ni, Iman kata, nak cari kasut pulak. Tepuk dahilah si bapaknya, hahaha.

Menjelang jam 1 tengahari, perut ni dah mulalah berkeroncong. Sk memaksa mengajak Pak Inche pergi makan tengahari dahulu di sebuah restoran asam pedas yang kami nampak semasa hendak ke hotel. Muar dan Asam pedas, memang tak dapat dipisahkan. Walaupun baru pukul 1, ada lauk yang sudah habis. Sayur memang langsung tak ada. Jadi, kami ambil dua lauk ini sajalah dan minta telur dadar dua biji. Agak menarik, semua makanan dihidangkan dalam pinggan kaca dulu-dulu. Kami ambil dua keping ikan pari masak asam pedas untuk Pak Inche dan Iman manakala Sk pilih Keli Salai Masak Lemak Cili Api.


Sekali hirup, agak masin kuahnya tapi bila dah digaul dengan nasi, bolehlah ditelan dan sedap juga. Keli tak berasa salainya, tapi ianya tidak mengecewakan. Sk sebenarnya nak makan belangkas, tapi dah habis. Tak ada rezeki hari tu, mungkin rezeki di hari yang lain, hehehe. Rasa asam pedasnya, biasa-biasa aje.


Nama sahaja Asam Pedas Kilat, tapi kebanyakan masakannya di masak lemak cili api. Kena tukar nama ni, hihihi. Tempatnya lapang dan luas, dan jauh dari kesibukan bandar Muar, tapi masih lagi berdekatan bandar.

Asam Pedas Kilat

Jalan Khalidi, 84000 Muar, Johor

Waktu perniagaan : Setiap hari 7 pagi hingga 3 petang

Telefon : 017-826 3078


AYAM SAMBAL KEMBALI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

HARI tu, dua beranak ni kata, dah tak ada stok ayam dalam peti sejuk. Lepas tu, nak pergilah beli ayam di Lotus, lepas balik dari Kuala Ketil, tu kan. Tak ada ayam ya di Lotus. Sk dengar-dengar (tengok di socmed), ayam habis di pasaran. Menakutkan sungguh, dahla ada khabar angin akan berlaku krisis makanan. 

Kemudian, kemas-kemas peti ais, jumpalah ayam dalam bekas. Tak pastilah bila punya beli, sebab Pak Inche kan memang kadang pagi ahad suka keluar cari stok bahan mentah. Suruh Iman rendam awal-awal, buat-buat tanyalah dengan Pak Inche, nak diapakan ayam tu? Seperti dijangka, Ayam Sambal la jawapannya. 


Siap dah Ayam Sambal atau Ayam Masak Cabai. Dulu kegemaran Pak Inche aje, sekarang dah menjadi kegemaran anak-beranak. Punyalah pesan dengan Iman, sendukkan bonda nasi sikit aje tau.. tapi akhirnya terpaksa menambah nasi sebab kejadian sambal yang sedap sangat. Haaaaaaa... matilanakkkk.. sendiri masak sendiri puji.

Ayam Sambal

Bahan-bahan :

Beberapa ketul potongan ayam, diperap garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 batang serai (diketuk)
1/2" halia (pecahkan)
2 sudu gula
Garam secukup rasa
2 sudu cuka masakan

Cara-cara :

1. Goreng ayam sehingga tiga perempat masak, angkat dan ketepikan ayamnya.

2. Kurangkan minyak gorengan, masukkan serai, halia dan pes cili dan bawang. Tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan garam, gula dan cuka, kacau sekejap.

4. Masukkan ayam, renihkan ayam bersama sambal sehingga ayam cukup masak.. siap!


MAKAN PETANG DI DATARAN TANJUNG EMAS

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali ke Muar, Medan Selera Dataran Tanjung Emas merupakan destinasi JJCM yang wajib bagi Sk sekeluarga. Tak kisahlah sama ada sekadar singgah ketika melalui bandar Muo selepas balik dari Melaka, atau setiap kali bermalam di Muar, wajiblah ke sini makan Rojak Petis dan minum Ais Kacang. Cuma, kadang-kadang, walaupun dah ambil gambar tapi malas nak buat entri, hehehe. Lepas tu, delete jer gambar, hahaha.


Lepas dapat masuk bilik hotel (bab hotel nanti cerita), petang tu masing-masing melayan mata dan perut kenyang selepas makan di Asam Pedas Kilat. Sk sendiri sempatlah buat entri baharu sambil blogwalking. Tapi, peliklah, masa tu, ada blog kengkawan yang Sk tak dapat tinggalkan komen dan terpaksa tukar kepada website version barulah boleh meninggalkan komen. Tapi kali ni, bila buka di desktop (website version), dia jadi terbalik pulak, tak boleh nak taip komen. Ruang taip komen tu tak ada.

Berbalik cerita JJCM di DTE, biasanya kami akan buat pesanan makanan yang ringkas sahaja seperti rojak dan Yong Taufu. Ada banyak gerai yang menjual rojak di sini dan jika di Johor ni, rojak petis antara yang popular. Rojak petis biasanya menggunakan sayur-sayuran dan dimasukkan tauhu. Kuahnya dibuat dari kicap, gula, garam dan otak udang (petis) serta cili. Kalau nak pedas, banyaklah cilinya atau ada juga yang pecahkan cili padi. Tu, kalau tergigit, ya ampunnnn. Antara sayuran yang digunakan adalah kangkung, taugeh, timun dan sengkuang serta sedikit potongan buah nanas. Hidangan rojak petis akan ditaburkan kacang tanah tumbuk, lagi banyak lagi mantap.


Walaupun petang tu hujan, ABC atau Ais Kacang menjadi pilihan Sk dan Pak Inche. Iman pula pilih Laicikang sejuk. Ais kacangnya biasa-biasa aje, tak se-power ais kacang Kampung Melayu (Johor Bahru) atau Ais Kacang Bomba Larkin. Tapi, Sk lebih menggemari ais kacang di Padang Brown.


Kali ni, terajin la pulak nak pesan sepinggan Mee Bandung. Tahulah kalau medan selera ni, kenalah menjelajah dari satu gerai ke satu gerai. Selalu memang tak rajin, semua pesanan, Pak Inche yang pergi buat. Pak Inche pulak, kat mana duduk, kat situlah dia pesan, jenis malas jugak. Ni sebab dah teringin, terpaksalah bangun pesan sendiri.

Sebab nak makan sangat, kerana kecewa hari tu datang Muar, tak dapat makan Mee Bandung Muar. Jadi, kali ni, mesti nak makan. Sedapnya mee bandung dia. Sk suka mee bandung yang asli dan tidak melebih-lebih yang cuma dimasukkan hirisan daging serta telur sebiji. Sekarang ni, selalu ditularkan mee bandung yang ada macam-macam haiwan, hilang rasa asli kuah mee bandung tu. Tapi, ikutlah selera masing-masing, kan, janganlah pulak, orang lain yang masak, ko yang panas, Sk... hahahaha.

Lepas makan, tak tahu nak ke mana, hujan kan.. hurmmm.. sambung lepak la kat hotel, hehehe.


MENGINAP DI HOTEL ZAMBURGER MUAR

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SAMBUNG lagi kisah percutian di Muar (sebut - Muo). Sebenarnya, boleh jer nak pergi balik hari ke Muar ni. Contohnya, bertolak lepas subuh, Sk boleh sampai dalam jam 8 pagi untuk bersarapan di sana. Dulu-dulu, pernahlah buat, sekarang dah tak larat, maklumlah.. (sila sambung sendiri), hihihi. Jadi, kena juga bermalam di Muar supaya tak penat sangat.


Seperti biasa, urusan tempahan hotel dibuat oleh Pak Inche. Kali ni, Pak Inche tempah Hotel Zam Burger. HZB ni terletak dalam kampung di dalam bandar Muar. Memang dekat sangat, lebih kurang 10 minit aje dari pusat bandar.


HZB ni mengetengahkan ciri-ciri rumah  tradisional Melayu dalam binaannya. Sebaik sahaja masuk ke halaman hotel, terus teruja sebab dah lama simpan impian nak bermalam di tempat macam ni.


Tak banyak bilik yang ditawarkan di HZB ni tetapi ianya sering dijadikan sebagai lokasi majlis perkahwinan. Halaman yang luas dan ada dewan terbuka di sebelah kanan kawasan hotel ni, memang sesuai la untuk majlis perkahwinan melayu.


Cuma, bagi Sk, HZB ni lebih sesuai didefinasikan sebagai rumah penginapan (homestay). Dari luar nampak gah tapi masuk dalam, macam chalet.


Dengan harga RM125 semalam, Sk pernah dapat tempat penginapan yang lebih selesa. Dari luar memang nampak gah. Ruang dalam agak sempit dengan siling yang rendah. Jadi, bagi pendapat Sk, harga tu agak berpatutan la dengan kos binaan dan selenggara bangunan yang dibuat dari kayu yang tentunya bukan murah.


Comel aje katil saiz bujang ni kan. Si Iman siap berlakon duduk bersila sambil buat gaya mendayung sampan. Yang kelakar, katil ni pun ikut teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan macam ada di tengah laut. Macam nak pecah perut ketawa tengok gelagat Iman, bayangkan ajela ya, Sk ambil video tapi tak sampai hati nak post di mana-mana, hahaha.


Dah macam masuk rumah orang kenit, hehehehe. Ke.. kami yang besar sangat ni? Walaupun begitu, penghawa dingin berfungsi dengan baik. Seterika dan papan penggosok juga ada disediakan. Sk macam selalulah, bawa baju tak payah gosok, malas nak gosok, hahahaha.

AIR PEAR VIRAL

$
0
0

 Assalamulaikum wbt


BARU tahu, selain mee bandung dan sate, Air Pear juga merupakan satu lagi tarikan jika kita ke Muar. 


Belilah juga buat syarat. Sedap.. tapi...tak sedap. Macam ada something wrong somewhere la.. hurmmm.


MEE GORENG DAGING

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

SELEPAS tiga minggu berturut-turut tidak bekerja pada hari Ahad dan Isnin, nampaknya minggu ni kenalah jugak masuk kerja macam biasa lima hari seminggu. Lepas ni, kena tunggu Cuti Hari Agung sajalah yang jatuhnya pada hari isnin, 6 Jun akan datang. Tak sabar rasanya nak bercuti.

Masa ke Muar hari tu, Sk ada beli Perencah Mee Bandung Abu Bakar Hanipa. Dah jadi pun Mee Bandungnya, cuma entri Mee Bandung jer yang belum jadi 😅. Mee kuning yang digunakan berbaki setengah kilo, ish.. kalau dibiar tentu rosak dan membazir. Hari tu memang tak ada jual pek kecik, terpaksa beli pek sekilo. 

Pagi ni, datang pulak mambang rajin, nak bawa bekal mee goreng. Orang kat rumah ni, dengarnya nak cari Mee Kuah dan Lontong kat Pasar Tani. Tak tahulah jadi ke tidaknya lepas nampak Mee Goreng ni, sebab dorang jenis tak minat makan Mee Goreng pagi-pagi.

Aisehmannnn.. siap jer goreng, panas-panas tu jugak, terus mengadap sepiring. Fullamak, kalah Mee Goreng Kantin Kak Sab. Mee Goreng Pak Mus pun kalah. Mee Goreng Mamu lagilah tertinggal jauhhhhh. Kalau dah memang air tangannya sedap, masak campak baling pun sedap 😆. 


Yang depan tu bekal Sk untuk makan tengahari sebab Sk tetap bawa roti wholemeal dan kopi macam selalu untuk sarapan sambil memandu. Pagi ahad ni tak jem sangat, tapi sempat jugaklah habiskan sarapan sebelum sampai ke pejabat. Bila dah sarapan awal, laparnya pun awal. Padahal selalu tu, elok aje tunggu pukul doblas baru makan tengahari. Jadinya, mee tu, tak jadilah buat 'lunch'. Apa ketidaknya,  belum pukul 11 dah wassalam.. hahahaha.


MAKAN DI MEDAN SELERA BENTAYAN DAN MUAR SOUP HOUSE

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

"ORANG kalau datang Muar ni, memang nak makan aje," kata kakak penyambut tamu masa kami daftar masuk di Hotel Zam Burger, Muar. Isk, pandai-pandai aje kakak tu. Padahal, kita ni datang Muar nak menjejak Tempat Bersejarah. Tak baik tau kak, tuduh-tuduh.. 😝

Malam tu, Pak Inche mengajak makan di Restoran Laman Maharani. Macam selalulah, kami akan gunakan aplikasi waze, memang tak jauhlah dari hotel sebab RLM ni terletak di pusat bandar Muar. Tapi, entah kenapalah 'dibutakan mata' malam tu, bila sampai RLM ni kami betul-betul berada di persimpangan jambatan Muar tu. Memang betul ada Laman Maharani tapi mana restorannya? Waze pulak tunjuk restoran berada di sebelah kiri yang merupakan pesisir bagi pejalan kaki. Tak terfikir pulak nak toleh sebelah kanan, hahahaha. Jadinya, Sk mencadangkan agar kami ke Medan Selera Bentayan di Perhentian Bas Muar. Dah beberapa kali datang Muar salah 'timing' di mana medan selera ni ditutup. Alhamdulillah, kali ni buka dan kami parkir di hadapan Pasar Basah Muar.

Kami suruh Iman tunggu meja manakala Sk dan Pak Inchelah cari makanan di gerai-gerai yang ada di medan selera ni. Di sini, konsepnya, satu gerai, satu jenis perniagaan sahaja, contohnya, jika gerai ni jual rojak, memang gerai ni sahajalah yang jual rojak. Kalau gerai ni jual sate, gerai ni sahaja yang jual sate. Tak macam di Medan Selera Tanjung Emas, gerai ni mee bandung, gerai tu mee bandung, gerai sana mee bandung, sebelah menyebelah pun kadang jualannya yang sama sampai kita keliru nak beli gerai yang mana satu. Gerai minuman di sini pula, sebuah tu jual jus buah sahaja, satu lagi jual minuman panas dan minuman bukan jus sahaja.


Kami singgah gerai jual rojak ni, terpampang menu tiga jenis rojak, salah satunya Rojak Biasa tapi ada perkataan kuih dalam kurungan macam ni.. Rojak (Kuih). Kami pun minta dia buatkan satu. Di sini, kita kena ingatlah nombor meja kita, nanti akan ada orang hantar dan kita terus bayar. Terkejut sebenarnya bila rojak diletak ke meja sebab kami bayangkan Rojak Biasa tu Rojak Petis. Rupanya, Rojak Asma la. Siap ada telur goreng atasnya, selalu Rojak Asma ni letak telur rebus, kan.


Iman kata, nak makan Bubur Nasi tapi kecewa. Masa mula-mula dia kata nak makan bubur tu pun, dah bagi 'hint', jangan.. nak jugak. Manalah boleh lawan Bubur Nasi Sentosa No 1 tu, kan. Sayur Kangkung pun tak ada, tapi Iman makan jugaklah. Tak ingatlah habis ke tak buburnya.

Ralat : Iman kata, sayur kangkung ada sikit jer dalam mangkuk kecik dan dia potong kecik-kecik, huhu.


Nasi Goreng Seafood. Haaa.. gerai ni memang jual nasi dan mee goreng sahaja. Memang pakar goreng nasi ni, sedap betul nasi goreng dia, udang pun beso-beso. Mahu tak beso, sepinggan ni sepoloh hengget kot, hahaha.


Walaupun petang tu dah makan Mee Bandung di Medan Selera Dataran Tanjung Emas, malam tu tetap nak juga makan Mee Bandung. Mee kuning, daging dan telur telah dihidang siap banyak-banyak dalam pinggan, bila ada pesanan, terus dituangkan kuahnya.


Tak Muarlah, kan.. kalau tak pesan sate. Mintak 10 cucuk saja. Sate dihidang siap dengan nasi impit dan timun, bukan togel-togel macam di Ramly Kopitiam tu.


Rupa-rupanya, perhentian bas Muar ni merupakan tapak bersejarah ya. Ia dijadikan kubu dan merupakan Pertahanan Terakhir Kerajaan Melayu Melaka pada Tahun 1511 dan dinamakan Kubu Bentayan.


Bukan tak kenyang, tapi belum cukup syarat, nak jugak pekena Sup Kambing di Muar Soup House. Kami cuma pesan tiga cawan teh dan semangkuk Sup Kambing dengan roti.


Cuma ini sahaja yang dipesan, sup kambing kongsi tiga beranak. Di sini tak ada pekerja nak cuci pinggan mangkuk agaknya, semua hidang guna pinggan mangkuk plastik pakai buang. Kuantiti dan kualiti pun berbeza sangat macam masa kami makan dulu. Tu takpa, Sk ni mintak Teh Panas, tapi Teh Tarik depa dua beranak lagi panas dari Teh Sk, hurmmmm. Kuciwa.. tak nak dah datang sini lagi. Baik makan Sup Sitam kat Batu Pahat, huhuhu.



SARAPAN DI ABU BAKAR HANIPAH

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


TIGA kali berturut-turut, Sk makan Mee Bandung dalam kunjungan ke Muar kali ini. Namun ketiga-tiga kali tu di tempat yang berlainan dan pastinya mempunyai rasa yang berbeza. Kali ini, Sk mengajak Pak Inche bersarapan di Restoran Abu Bakar Hanipah yang juga terletak di pusat bandar semata-mata untuk merasai mee bandungnya yang dikatakan lain dari yang lain.


Sekali pandang pun dah nampak perbezaan ketara antara Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Mee Bandung Tanjung Emas dan Mee Bandung Hentian Bas Bentayan. Tekstur kuahnya kasar dan terdapat udang-udang kecil yang masih berkulit lembut. Sk kurang pasti udang kecil tu memang jenis baka udang kecil atau anak udang, hahaha. Sedap tu subjektif, bagi Sk, rasa kuah mee bandung ni agak istimewa, bukanlah terlalu sedap tapi ada kelainan. Iman minta Sk beli perencah mee bandung sejuk beku yang diletakkan di hadapan kedai untuk dimasak di rumah.


Iman makan Soto. Sambalnya bukan sambal kicap tapi sambal cili hijau. Memang lain dari yang lain la. Sekali lagi, sedap itu subjektif. Mungkin ada pro dan kontra dalam menilai kesedapan hidangan ini tapi bila ada kelainan, itulah agaknya yang orang cari. Sambalnya juga tidak diletak dalam botol tetapi cuma diberi dalam mangkuk kecil jika ada pesanan soto.


Dari masa sarapan di Ramly Kopitiam tu, Pak Inche nak makan telur separuh masak dengan roti bakar. Di RABH ni, barulah jumpa telur. Iman kata, babah ni, datang jauh-jauh nak makan telur, kat Johor pun ada, hahaha. Sk pun tak faham motif nak JJCM Muar tapi setiap kali cuma pesan telur dengan roti.. hurmmmm.


Pesan sate 10 cucuk sahaja. Tiga kali berturut-turut jugaklah makan sate ni. Tak ada nasi impit, tak tahulah kena mintak lain ke macam mana, tapi ada timun. Dulu, selalu paksa Iman makan timun tu lepas makan sate. Sebab dia budak kecik (masa tu), Sk beritahu, kalau tak makan timun, nanti dalam perut terbakar (ada api). Percaya punya pasal atau terpaksa, tak tahulah, dia makan timun walaupun dia kata tak suka dengan rasa timun tu.. hihi.

 Faktanya, asap daripada pembakaran sate atau BBQ akan mewujudkan karsinogen. Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ulaman seperti timun dan bawang berfungsi sebagai penawar semula jadi yang baik kepada karsinogen yang telah diambil melalui jenis-jenis makanan bakar seperti sate.

Kesan hangit dari pembakaran sate juga mengandungi karbon. Makan timun dan bawang juga mampu meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate. Datuk nenek moyang kita dulu telah lama menyedari khasiat timun dan mengamalkan sejak berkurun lamanya. Jadi, kita sebagai orang muda, kenalah ikut petua datuk nenek moyang kita untuk kebaikan. Kalau rasa tak sedap timun tu, anggap jerlah kita sedang makan tembikai, hahahaha. 

Restoran Abu Bakar Hanipah

Jalan Abdullah, Pekan Muar,
 84000 Muar, Johor

Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali Jumaat
7 pagi hingga 4 petang

No Telefon : 012-264 2720

MAKAN-MAKAN KURUS

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

BOLEH dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja jiran kawan yang menegur, Sk kurus. Seingat Sk, kawan yang mula-mula cakap, Sk nampak kurus ialah geng makan opis, Fidah. Seorang lagi ialah Umi, pengajar masak-masak di kolej. Masa mula-mula Fidah cakap Sk kurus tu, Sk ingat dia saja mengusik. Sk cuma sedar yang berat Sk susut banyak semasa menimbang berat badan sebelum menderma darah dalam kempen derma darah di Plaza Angsana, tahun lepas. Masa tu, baru lepas makan Patin Tempoyak di Anjung Selatan, hehehe. Sampai staf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tu suruh Sk timbang lagi sekali bila spontan keluar pertanyaan, "Timbang ni rosak ke?" dari mulut Sk, hahaha.

Amat menakutkan sebenarnya bila kita kurus tanpa diet atau senaman. Duluuuuu, Sk pernah menegur seorang rakan yang kelihatan ketara susut badannya, jawapannya kena diabetes. Berbeza dengan seorang lagi kawan yang juga susut teruks juga beratnya. Dia mengaku mengalami satu gejala penyakit yang mana menyebabkan metabolisme dalam tubuh terlalu tinggi. Setakat ini, Sk tiada apa-apa gejala, makan tetap selera, tidur tetap lena, Alhamdulillah. Setiap pagi sebaik bangun tidur terus minum segelas air kosong sambil berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Anugerahkanlah ilmu yang bermanafaat, rezeki yang mewah dan sembuhkanlah dari segala penyakit, Amiiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn." Doa ini dikongsikan blogger pencen yang dikenali sebagai Ratu Talam, Kak Yatie Sinar Kehidupanku. Memang kira dah pencen blog la, entri terakhir tahun 2015, hehehe.

Hari ni pula, berborak panjang dengan kawan bernama Mahani. Oh, yang dalam gambar tu, bukan Mahani, tapi kawan alam maya, Cikgu CTZ, tahun 2020 semasa Sk datang majlis perkahwinan anak cikgu. Pasal Mahani tadi, berulang-ulang dia tanya, macam mana boleh kurus? Sebenarnya masih obes lagi Sk ni bila diukur BMI. Bila tengok balik gambar lama, fahamlah Sk kenapa ramai sangat menegur, sebab memang ketara perbezaan dulu dan sekarang, hahaha. 


Gambar hari ini dengan baju yang sama. Kalau orang lain, mungkin dah humban kot baju tu kat recycle bin, tapi Sk sayang nak buang, sebab masih elok lagi. Haaa.. tengok lengan ajelah ya, sebenarnya belum kurus giler lagi. Tapi, syukurlah,  dari depan angka 9* dah ke angka 7*. Ni kalau pergi angka 6* dah sama zaman baru kahwin. Tak mahulah angka 5* zaman lepas sekolah tu, nanti jadi macam jerangkung pulak. Orang tua kalau kurus sangat tak lawo tau.


Nak cerita balik perkara yang Sk kongsikan dengan Mahani, macam mana boleh turun berat yang disimpan bertahun-tahun tu. Dah bertahun-tahun simpan, hilangnya pun ambil masa setahun lebih jugak tau. Sk taklah mengamalkan diet seimbang ke, suku-suku separuh ke, pinggan sihat ke, air kurus viral tu, lagilah tak. Senam, jogging??? Punnnnn tak.


Memanglah nampak Sk selalu cerita makan tu.. makan ni... kan. Tapi, tu bila Sk cuti atau pergi jalan-jalan aje. Realitinya, setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, inilah yang Sk hadap. Sampai rasa dah tak terdaya nak buka mulut, tapi Sk paksa. Kunyah pun 44 kali agaknya, sebab dah susah nak telan. Kadang terbayang jugak nasi lemak daun pisang la, mee goreng, kuey teow goreng, lontong, soto, nasi kerabu, nasi dagang, cepat-cepat tepis dari fikiran dan doa supaya cepat-cepat hari Jumaat, boleh pergi sarapan di kopitiam atau kedai mamak, hahaha.

Sk jugak pastikan, ambil nasi berlauk atau nasi campur waktu tengahari, empat jam selepas sarapan. Sk akan ambil nasi, sayur dan ikan atau ayam. Kalau ada tiga sayur kat kantin tu, Sk ambil tiga sayur terus. Tujuannya untuk tambah metabolisme. Tips ni Sk ikut dari seorang artis terkenal (mat saleh) lupa nama, nak sebut takut salah pulak sebab artikel tu dah lama. Artis ni, akan makan empat jam sekali, cukup empat jam jer, terus dia akan makan. Tapi tulah, dia makan tu sikit-sikit, Sk pulak, sekali makan, kemahen banyak, hahaha. Orang makan nasi tiga sudu, Sk dua senduk, hahaha. Cuma, empat jam selepas makan tengahari tu, tengok jugaklah ada makanan ke tak. Kadang Sk bawa extra roti, kadang tak ada apa. Bila tak ada apa tu, pasrah ajelah. Tu yang nanti sampai rumah, satu dapo aku makan 😑.

Kalau malam, makan jerlah macam biasa. Diet ke mana, roti ke mana. Kalau Pak Inche kata makan nasi, makan nasilah Sk. Kalau dia kata, masak, kita masak. Makan kedai, kita makan kedai. Maklumlah, nak jaga perut hati suami, tak gitu? Lagipun, kalau makan kedai, adalah content benda nak diceriterakan dalam blog ni, kan. Kalau tak, Sk pun boleh join grup blogger pencen, heheheh.


Kadang, kalau masa nak beli Roti Hijau nampak Roti Purple ni, Sk ambil yang ni pulak. Orang kata, nak lagi cepat kurus, makan roti ni. Tapi, roti ni keras sikitlah, lagilah tang kulitnya tu. Kalau bahagian tengahnya lembut dan kita boleh rasa tekstur kasar sikit dari roti hijau. Cuma yang jadi masalah, berterabur pulak dalam kereta yang boleh mengundang makhluk lain. Alaaa.. yang kalau dia diam kita sebut lipas, tapi bila dia terbang kita sebut babi tuuuu.. hahahaha. Dah, tak mahu stress pasal makan. Sk ni, kalau lapar, boleh sakit kepala dan tak boleh berfikir jadinya. Kalau tak boleh fikir, haaaaaaa.. siapa yang nak siapkan surat-surat pelajar kat pejabat tu. Tu pun ada yang ingat Sk ni macam tak ada kerja nak buat.. huh!




MANUSIA PALING DIBENCI

$
0
0

 Assalamualaikum wbt


Manusia Paling Dibenci


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah Radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat daripada sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik daripada orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah bin Masud RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi daripada kesombongan." (Sahih Muslim No: 133) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya  seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Sumber Imej : Google Image


NASI AYAM KEGEMARAN

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

DI SANA sini, asyik cerita pasal isu ayam tiada di pasaran. Lepas balik bercuti raya hari tu pun, masa kami ke Lotus, tak ada ayam kecuali beberapa ekor 'Ayam Nanas' yang dibungkus seekor-seekor dan diletakkan dalam peti sejuk. Nasib baiklah, entah stok ayam beli bila, jumpa dalam peti ais, yang Sk masak Ayam Sambal tu.

Iman beritahu Pak Inche, dia nampak ada aje ayam dalam tong oren depan kedai runcit sebelah Bismi Curry House. Jadi, Sabtu pagi, Pak Inche ke sana cari ayam.. dapat tangkap dua ekor. Selain ayam, Pak Inche beli salad, timun dan tomato. Aik, macam nak suruh masak nasi ayam aje, teka Sk. Dia senyum-senyum, hurmmm.. betullah tu. Tapi, Iman kata, dia dah bosan duduk kat rumah hari-hari. Jadi, simpan semua ayam yang dah dibersihkan dalam peti ais, tak jadi masak nasi ayam hari sabtu, tapi masak hari ahad, lepas balik kerja.


Sampai jer rumah, terus masukkan ayam yang telah di - defrost Iman, dalam periuk noxxa bersama seketul besar halia yang diketuk. Set pressure 20, tinggalkan pergi mandi. Siap aje ayamnya, terus keluarkan dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses memasak. Sementara tu, cuci beras tiga pot, masukkan air rebusan ayam tiga pot yang sama, masukkan halia dari air rebusan tu dan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Sekarang semua bahan mahal, kena jimat-jimat, guna jer halia yang sama, hahaha. Iman pulak sediakan salad, timun dan tomato. Ayam tu Sk perap dengan 2 sudu minyak bijan, 2 sudu madu dan 5 sudu kicap cair.


Sos perapan pada ayam tu, tuang semula dalam mangkuk. Untuk sos lada, Sk guna 5 biji lada hidup dan seinci halia, kisar sampai halus, kemudian masak atas api atas pantauan Iman. Suruh dia tambah air rebusan ayam secukupnya. Sk masukkan garam secukupnya, 2  1/2 sudu gula, jus dari 3 biji limau nipis dan 2 sudu cuka. 


Tak ada guna bawang sebiji pun. Pun dah sedap sangat sampai menambah-nambah nasi Pak Inche-nya. Sekarang ni, kalau nak masak nasi ayam, guna jer ayam yang dah siap potong. Dulu kemahen, beli ayam seekor nak buat macam kat kedai. Sudahnya penat kemas lap dapur sebab percikan air ayam bila kita nak potong-potong ala kat kedai tu, hahaha.

MAKAN BONANZA SUSHI KING

$
0
0

Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA Iman dah bosan tahap gaban. Bila dia dapat tahu, pagi ini ada aktiviti senamrobik di kolej, terus dia kata, nak ikut bonda pergi kerja. Yang senamrobik ni pulak, matahari dah naik, baru nak mula. Tahulah, budak jaman now, susah betul nak disuruh berkumpul ikut masa yang ditetapkan.Tu takpa, bila coach bagi rehat satu minit, jadi 10 minit. Eh, tu takpa lagi. Ada yang berehat terus, berteduh belakang kereta, takut sangat dengan matahari. Badan muda-muda dah lemahhhhh! 


Hari tu nampak lalu lalang iklan Promosi May Bonanza di Sushi King. Tapi, bila tengok tarikh, hari bekerja pulak. Hurmmm.. memang tak ada peluanglah nak pergi. Sk pun tak cerita dengan Iman. Nak ajak kawan, kawan pejabat SK ni, tak ada yang kaki makan macam ni. Kalau ada bonanza Patin Tempoyak, mungkinlah ada yang nak, hahaha. 


Tup tup.. Iman kongsi iklan tu. Nak ngajak la tu, tapi akur sebab hari bekerja, kan. Lainlah kalau rajin nak ikut Sk ke pejabat sebab boleh jer nak keluar makan waktu rehat tengahari. Jadi, terlanjur dah rajin ikut join senamrobik, makan tengahari di Sushi King la kami hari ni.


Ada notis terpampang, menu adalah terhad. Sebelum masuk, dah diingatkan, masa diberi 45 minit sahaja. Tidak boleh membazir. Pembaziran makanan akan ditimbang dan perlu dibayar semula. Contoh, kalau kita ambil salmon, kita makan salmon jer, nasi tak makan. Ambil udang, kita makan udang jer, nasinya kita tinggal. Kononnya tips supaya boleh makan banyak, tapi sudahnya, kena bayar balik. Sk rasalahkan, benda ni patut diterapkan semula dalam buffet hotel. Dulu-dulu, kan macam tu, makanan yang dibazirkan kena timbang dan bayar balik, tak silap Sk, RM5 setiap 100 gram. Haaa.. baru orang tak berani nak buat buffet kat meja sendiri sampai bila giliran orang lain nak ambil makanan, dah licinnnnn.


Dulu-dulu, tak suka langsung makan sushi ni, mungkin sebab masa pertama kali tu, Sk dihidangkan dengan sushi sejuk baru keluar dari peti sejuk dekat rumah kawan ibu yang berbangsa Jepun. Haaa.. tu kisah 30 tahun lepas. dah tua-tua ni, suka pulak la makan, hahaha. Terbalik ek, patutnya makin tua, makin tak suka benda-benda macam ni. Oh, nak makan bonanza ni, wajib ada keahlian Sushi King yang boleh daftar guna aplikasi SK secara percuma. Masa bonanza ni, semua menu terpilih cuma berharga RM3.18 sepiring (termasuk cukai).


Walaupun ada 36 menu 'on the kaiten' tapi sebab Iman ni jenis memilih jugak, jadinya, tak banyaklah yang dapat dimakan, sebab kenyang. Dah setiap piring tu ada dua ketul, patutnya sorang seketul (kongsi), tapi, bila Iman tak makan menu tu, terpaksalah kita makan dua-dua. Iman cuma suka udang dan daging jer. Dari 36 menu tu pulak, 9 darinya menu terhad, yang mana, masa kami makan ni, cuma ada satu menu sahaja iaitu Beef. Menu tak terhad tu pulak, tak sampai 20 pun yang ada. Yek elehhh.. macamlah mampu nak telan sampai 20 menu, ko ni Sk, hahahaha.


Ebi Fry... sebab Iman cuma mampu telan udang dan daging jer, jadi suruh dia makan dua piring. Salmon ke Unagi ke, memang dia tak mau. Tu yang mak makan lagi banyak dari anak. Berbonanza.. bonanza la emaknya nanti makan beras Jepun banyak sangat, baru nak rasa kurus sikit 😚


Pilihan Bonanza Sushi King kami :

Chuka Wakame 😋
Norwegian Salmon 😋
Unagi Slice 😋
Inari
Ebi 😋
Ebi Fry 😋😋
Norwegian Salmon Nishoku 😋
Inari Boat Tuna Mayo 😋
Beef (G) 😋

Bolehlah sekali-sekala. Iman kata, kan best kalau babah suka makan sushi. 
Hurmmm.. babah tu tekak mamak, nak.. pasrah sajalah.. hahahahaha.

May Bonanza Sushi King ni berlangsung dalam tempoh terhad 23 Mei hingga 26 Mei 2022 sahaja sepanjang tempoh restoran beroperasi.
Viewing all 4181 articles
Browse latest View live