Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4175

MAKAN DI RESTORAN SAYAM STULANG LAUT

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


HUJUNG minggu hari berehat.. tapi, rehat ke? Heheheh. Hari ni tak rajin nak keluar sarapan, jadi kita masak nasi goreng dan telur separuh masak, bancuh teh o panas satu teko. Hujan pulak tu dari awal pagi. Kuat bunyi hujan dengar dari awning rumah jiran kiri kanan. Jadi, lebih baiklah sarapan di rumah aje. Lepas sarapan, kemas dapur, sambung pulak lipat kain dan gantung baju dua bakul, hehehehe. Lepas tu, mop rumah rumah pulak dari hujung pintu depan sampai hujung dapur, aaa.. shiappp!



Cerita khamis lepas, PI dah makan nasi siang tapi dia kata lapar nasi jugak malam. Ajak makan di Restoran Sayam. Aisehhh.. dah berapa kali sebenarnya dia sebut nak makan dekat Sayam ni. Jadi, jomlah kita!


Restoran Sayam ni wujud dah berpuluh tahun kat Tanah Jauhar ni. Masa Iman kecik-kecik dulu, kalau rasa nak makan tomyam, lepas PI balik kerja, kami ke sini menapau. Tapi, kami ke cawangannya di sebelah belakang yang mengadap apartmen dekat Stulang Laut tu. Masa tu ada satu lagi yang mengadap surau flat Stulang Laut. Tapi, dah lebih 10 tahun kami ke gerai yang mengadap surau ni. Yang sebelah sana rasa macam dah tak ada. Ada satu lagi cawangan dekat dengan Taman Dahlia, tak silap.


Wajib pesan Kerabu Mangga. 



Siakap Tiga Rasa (masam, manis, pedas), minta extra pedas dan kuah lebih. Magik betul, dalam 6 minit dah sampai kat meja. Sk rasa dorang memang sentiasa goreng ikan dan sos tu dah masak banyak-banyak sebab lauk ni sentiasa ada permintaan.


Sup sap sup sap, semua dah siap. Bagus pekerja yang hantar makanan ni susunkan atas meja. Ada jer yang tak pandai, asal letak aje kat tepi meja.



Datang berdua tapi pesan makanan macam datang bertiga. Itu nasib baik tak pesan udang. Tapi okeylah, sebab dah ada udang dalam tomyam.



Kali ni pesan tomyam putih. Sedap, tapi kalau lebih masam mesti lagi sedap. Leka pulak menghirup kuah tomyam ni.


Sotong goreng tepung pun wajib.


Baby Kailan Goreng dia buat betul. Kadang ada jugak terbabas kita order biasa punya tapi dia letak ikan masin.



Total, RM96 tolak RM4 sebab Sk minta jus nenas tapi nenas habis. Terpaksalah minum ais kosong jer, hehehe.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4175

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Presence Quotes – Positive Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear