Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, 7 Jun lepas bersamaan dengan 10 Zulhijjah merupakan ulangtahun kelahiran anak saudara Sk yang paling bongsu, Zulaikha yang ke 9 tahun. Eh, rasa macam baru aje Cik Ani beranakkan Zulaikha yang kami panggil Jeika ni, tiber dah 9 tahun umur dia.
Sanah Helwah
Che Airyeen Zulaikha binti Che Rosli
Barakallah Fii Umrik
Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya.
Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Macam biasa, bonda sponsor kek dari Oh My Cake.
Ayah dan mamak.
Mamak buatkan Pulut Mangga.. lain dari yang lain nih.
Jeika selalu cakap, dia ada dua abang dan dua kakak.
Kebetulan tarikh esoknya tu merupakan tarikh hari lahir sepupu Jeika di sebelah ayah, Imran, namanya. Sk tolong beli sebiji lagi kek, yang ni perisa pistachio.
Ramai peminat pistachio cake ni, sedap.
Cik Ani order nasi lemak bungkus dari isteri sepupu kami Abang Khalid iaitu Kak Nab.
Selain nasi lemak, ada juga
BBQ ayam dan kambing
Spaghetti Carbonara
Mushroom Soup dan Garlic Bread
Tapi, tak perasan tak ambil gambar makanan, hehehe. Nasib ada video bakar-bakar.
Sk tapau nasi lemak, pagi esoknya kukus untuk sarapan. Ada jugak tu baki ketupat palas, rendang ayam dan rendang daging.
Lapar balik pulak tengok nasi lemak Kak Nab ni, hahahaha.