Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4176

MASAK SAMBAL AYAM & TERJUMPA TIKUS BELANDA

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  hari ini hujan membasahi Tanah Jauhar. Sejuk sikit suasananya berbanding beberapa hari lepas. Rasa setiap liang roma ni keluar peluh sampai nak pakai baju pun rasa tersekat-sekat, hihihi.



Awal-awal PI dah cakap, nak makan Ayam Sambal. Oh, dia cakap awal sebab Sk tanya awal-awal. Jadi, awal-awal lagi sebelum keluar rumah (nak pergi kerja) semalam, Sk keluarkan ayam dalam bekas, masukkan air dan letak di bahagian chiller. 


Stok cili dan bawang kisar pun ada, kan, jadi rasa mudah aje la nak memasaknya. Yang malas kalau tak sedia apa-apa lagi. Cili nak rebus, bawang nak kena kopek, tu yang rasa nak rebah lepas masak, remaja purbalah katakan, hahaha.


Jadi, semalam tinggal potong ayam kecik-kecik (Sk sekarang beli ayam, potong empat aje), kemudian perap dengan garam kunyit. Goreng ayam hingga masak, kemudian tumis bahan kisar, campak ayam goreng dalam dia, aaaa.. shiap!



Terjumpa budak kecik ni kelmarin dalam bilik suis. Masa tu tak tahu lagi apa, buka pintu nampak sesuatu warna putih tompok hitam, lari belakang pasu (sebenarnya baldi tapi masa tu gelap, nampak macam pasu). Punyalah meremang, ingatkan haiwan apa, terus buat kerja cepat-cepat dan tutup pintu semula. Semalam la, ajak member tengok, dia cakap, tikus la. Hurmm.. terfikir itu tikus belanda, la. Tikus biasa mana pulak warna hitam putih.



Cerita dengan dorang (adik-beradik), Cik Ani suruh tangkap, dia nak bela. Tuari terjumpa kura-kura kat kampung, Cik Ani bela. Ni nak bela tikus pulak. Sk pulak kesian tikusnya lapar dan haus. Kami syak, dia terlepas dari tuannya, korek tanah kemudian tembus dalam bilik suis tu dan terperangkap kat situ. Nekad Sk tangkap dia semalam, itupun siap sarung glove takut kena gigit, hihi.


Google.. Google, ia sejenis Guinea Pig ya. Cuma ni saiz kecik comel, tak tahulah anak-anak lagi ke apa. Badan dia lembut macam soft toys, jinak pulak tu. Dah selamat serah kat Cik Ani, semoga menambah kegembiraan Jeika, heheheh. Bela kucing la, ikan la, kura-kura la, ni bela Guinea Pig pulak. Tapi, kenalah carikan kawannya, kesian sekor-sekor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4176

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.