Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

DARI PAHANG KE JOHOR

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


SAMBUNGAN kisah Jalan-Jalan Kuantan masa cuti Hari Wesak yang lepas...


Selepas check out dari Zenith Hotel Kuantan, kami meneruskan perjalanan mengikut Tanjung Lumpur menghala ke Pekan. Sampai di Pekan nampak banyak orang jual tembikai, kami berhenti di salah satu gerai. Nampak macam-macam saiz dan bentuk tembikai. Ada yang bulat macam bola dan ada yang lonjong macam bola ragbi.



Mintak abang tu pilihkan sebiji yang bulat macam bola dan sebiji yang lonjong macam bola ragbi. Abang tu cakap, buah ni orang kampung yang tanam. Oh, kiranya bukan tanaman komersial. Abang tu pesan, sebelum potong tembikai yang bulat tu, potong dulu bahagian tangkai tu, kalau tak, nanti pecah. Katanya, bahagian tangkai tu bersambung dengan urat dalam tembikai. Tak pernah pulak Sk tahu pasal benda ni, info baru. Total dua biji tembikai ni RM20.



Kemudian, singgah pulak Pekan, minum cendol. Hari tu masa lalu kat medan selera tu nampak terpampang gambar cendol dalam mangkuk besi, jadi tertariklah nak singgah. Dah sampai tu, Sk nampak pulak gerai menjual Puding DiRaja.


Ada pelbagai saiz puding, Sk ambil yang paling kecil ni, RM7. Sedap, makna habiskan kat situ sementara tunggu cendol.



Hurmmm.. sakit hati kita bila barang pesan tak sama dengan barang sampai. Langsung tak sama pulak tu!


Teruskan perjalanan dan singgah di Nenasi borong nenas MD2. Ada pelbagai saiz nenas MD2 dari yang paling kecil sampai yang paling besar. Menurut kakak yang jual tu, sama aje rasa yang kecik dengan besar cuma saiz jer beza.


Yang ni RM18/ 2 biji.



Ni RM10 sebiji, besar gedabak.


Sk mintak kakak tu pilihkan 5 biji yang boleh makan lusa. Nak belikan untuk adik-kakak. Tu pakkal bonet penuh kalau tak mahu jugak belikan untuk geng makan-makan office. Beli lima biji pun terpaksa ada yang duduk kat seat belakang. Kakak tu bagi free dua biji yang kecil.


Dari Nenasi, teruskan perjalanan menghala ke Endau. PI ajak makan pulak di Medan Ikan Bakar Endau. Dah lama dia aim nak makan kat sini tapi asyik salah timing.



Sk chope meja sementara PI ambil lauk. PI ambil sotong buncit masak sambal ni 2 ekor. Terbayang sotong makan kat Ikan Bakar Teruntum hari tu seekor RM17. Sk congak-congak ni dah RM34, hahaha.


Lepas PI letak sotong tu, Sk bangun ambil minuman dan nasi. Datang balik ke meja, nahhhh Rokiah, penuh dah. Tak sempat Sk nak pilih lauk Sk, makan aje la lauk yang PI dah ambik,  nanti banyak-banyak lauk siapa nak habiskan???!


Bos datang ke meja tolong potongkan sotong lepas tu dia tanya, kenapa tak ambil kepala dia sekali? PI jawab, kepala dah tanggal,  tak tahu yang mana satu kepala dia, hahaha. Sabar aje la.


Ketam lemak  ni pun dia ambil dua ekor. Babah satu, bonda satu, dia kata. Padahal dia tahu, Sk tak berapa nak makan ketam kat kedai sebab lambat. Sk ni makan lauk ikan jer pun lambat, apa lagi ketam, hahaha.


Ingatkan rojak rupanya timun dengan sambal belacan.  Dia punya curah sambal belacan tu macam kuah rojak.


Kari, kuah sahaja. Bendi dua, bonda satu, babah satu. Baiklahhhh.


Kacang panjang goreng.


Terus tak jadi Sk nak ambil ikan bakar. Dahlah ikan bakar besar-besar bas.


Bos datang semula ke meja kira harga makanan. Sk fikir koman-koman pun cecah jugak RM50. Sekali, RM36 jer uiii. Ya Allah, murah giler!!!


Nanti kita datang lagi eh, hehehehe. Tapi tu laaa, jauhnya Mersing. Tak larat nak tempuh perjalanan berbukit bukau, kiri-kanan hutan pulak tu. Kot keluar gajah karang, hahahaha.


Medan letak kereta pun luas eh dekat sini. Lepas makan, sajalah singgah pasar. Tu yang terbeli lobster sampai 4 ekor tu.


Yang buah tembikai tu, kan...


Bila Sk potong sikit kat bahagian tangkai macam yang penjual tu pesan, ia terus terbelah macam ni.


Haaaaa..!


Ingatkan tembikai merah, rupanya kuning. Isinya tak manis sangat. Yang macam bola ragbi tu isi merah, manis melecaih.  Tapi yang tu lupa nak ambil gambar.


Nenas terakhir yang Sk potong. Sengaja biar sampai sampai oren sepenuhnya baru potong. Bila dah oren macam ni baru dia betul-betul masak dan manis. Hari-hari makan nenas dan buat jus. Nak cari nenas lagi la, tapi dekat kedai susah nak dapat nenas MD2. Nak kena pergi Tiram Valley kot, baru ada, hihi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE