Assalamualaikum WBT
MALAM Final Piala FA Pasukan JDT menentang Selangor, Sk dan Iman berdua ke Sireh Park. Meriah malam tu sebab ada layar besar menayangkan siaran langsung Piala FA. Ramai yang bawa kerusi healing, ada yang bawa tikar, ada juga yang duduk bersila beralaskan tar, mungkin datang tanpa perancangan. Sk dan Iman terus ke Terrace Coffee, memang itulah agenda utama ke sini.
Caramel Latte (sejuk) untuk Iman. Pencinta Latte Art tentunya memilih minuman panas, perisa hazelnut menjadi pilihan Tuan Tanah Kedaung, heheheh.
Lama jugak menunggu makanan terhidang di meja tapi taklah bosan sebab kami disajikan dengan pemandangan indah cafe dalam taman dan kemeriahan sekitar cafe. Chicken Chop Sk tapi Iman punya menu salah, Iman minta Spaghetti Carbonara Chicken Grill tapi dapat Spaghetti Carbonara with Prawn. Chicken Chop sedap dan fries banyak giler dalam pinggan tu, boleh kongsi makan dengan partner.
Kami minta tukar dengan menu sebenar. Risau juga tadi pun dah lama tunggu, ni kena menunggu lagi, Sk makan dulu la pelan-pelan nanti sejuk tak sedap. Sambil makan dengar juga keriuhan penonton bersorak setiap kali ada percubaan menjaringkan gol atau berebut bola.
Mujurlah tak lama kemudian makanan Iman sampai. Sk tengok macam spaghetti yang sama cuma udang dah dialihkan, hahaha.
Tambah chicken grill jer la. Bolehlah siapa-siapa nak makan western datang sini. Bukan sahaja menu western tapi menu Kopitiam dan asam pedas pun ada. Pendek kata, kalau ada yang nak makan masakan lokal, ada yang nak menu western, ada nak menu santai, semua ada.