Assalamualaikum WBT
HAMPIR ke waktu tengahari semalam, Sk dikejutkan dengan berita pemergian suami Kak Rosmah ke rahmatullah. Orangnya sihat-sihat sahaja, baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 50 pada 1 Mei lepas. Sehari sebelumnya, arwah masih lagi bekerja tapi balik kerja tu arwah mengadu sakit dada hingga belakang badan. Dalam jam 2 pagi, arwah sakit mengerang kuat sehingga Kak Rosmah terpaksa meminta pertolongan jiran. Arwah dilaporkan meninggal dunia dalam ambulan semasa dalam perjalanan ke hospital.
Kak Rosmah merupakan sahabat baik Angah sejak di Tingkatan 3. Sk masih ingat lagi, ikut Angah ke rumah Kak Rosmah di Kampung Pengkalan Rinting. Dalam perjalanan tu, Kak Rosmah singgah ke kedai runcit beli air gas perisa oren. Masa tu belum wujud lagi kot minuman gas dalam tin, semua dalam botol. Nanti, pekedai akan buka tutup botol (kita panggil ceper) dan tuang airnya dalam plastik dan letak straw. Sk tak ingat berapa harga sebotol tapi ada beza harga jika kita beli dengan botol sekali atau tuang dalam plastik. Bayangkan, dah berjalan jauh tengah panas pulak tu, kecur betul tengok air oren Kak Rosmah tapi dia langsung tak pelawa kami minum, Kak Rosmah pun tak minum juga. Sampai rumah, Kak Rosmah ambil jag dan tuang air oren tu ke dalam jag, kemudian tambahkan air masak sehingga jadi banyak. Lepas tu baru dituang ke dalam beberapa cawan, minum sama-sama. Kenangan betul!
Semoga Kak Rosmah sekeluarga bertabah dengan kehilangan ini.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها ،
وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار
Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.
Amiiinnn Ya Robbal Alamiinnn.