Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all 4117 articles
Browse latest View live

Konsert Mestika D'Klasik 2 DEKAD di Temasya Sehati @ RTM

$
0
0

Assalamualaikum... 

Hi... 


Acara Kemuncak Temasya Sehati RTM Menggamit Kenangan.

Tarikh:

13 Oktober 2018 (Sabtu)

Masa:

8.30 Malam

Lokasi:

Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor, Johor Bahru.

Barisan Tetamu Kehormat:

YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) & Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia

Radio Klasik Menggamit Kenangan meraikan 20 tahun bersama para pendengar setia menerusi program Temasya Sehati @ RTM dengan mengadakan “Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad” yang dibawa secara langsung dari RTM Johor Bahru bersama barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah Mamin, Jay Jay, Ruhil Amani, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2 / Radio Klasik / myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile

FB Live: TV2 dan Radio Klasik


Lantak Fest Mydin Mall Mutiara Rini | 19 – 21 Oktober 2018

$
0
0

LANTAK FEST adalah sebuah karnival pesta yang menggabungkan 5 elemen LANTAK. Platform aktiviti yang akan membariskan pelbagai menu dan aktiviti sihat ini akan diadakan pada 19 - 21 Oktober 2018 di Mydin Mall, Mutiara Rini, Johor Bahru.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Lantak Fest:


1. BATTLE KARAOKE

Open battle (18 tahun ke atas)

Apa jua jenis genre lagu.
Daftar RM30.

Markah dikira:
1. Suara
2. Showmanship
3. Gaya dan penampilan


2. MASTERCHEF LANTAKFEST

Penyertaan berkumpulan (2 dewasa, 1 kanak-kanak)

Menu: Bread and Sandwich
Inti & peralatan disediakan.

Daftar RM30 satu kumpulan.

+ Setiap kumpulan akan diberi voucher RM50 untuk sesi run and get di Pasaraya Mydin
+ Live FB akan dibuat sepanjang program

+ Markah dikira daripada segi:
Ketepatan waktu
Hiasan & Kekemasan
Presentation skill kepada juri


3. KOMPANG HIPSTER

Saksikan kreativiti pasukan kompang berirama secara battle competiton dengan gaya tersendiri.


4. LANTAK DOODLE

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Daftar RM30.

Daftar dan lukis doodle di rumah-upload ke FB-Menang hadiah menarik

*Penyertaan dibuka juga di pentas utama pada 13 Oktober 2018 jam 2.30 petang. Hubungi kami.


5. KING & QUEEN LANTAK:

Daftar RM5.
Siapa paling pantas makan dan dikira pemenang!


6. SUKANEKA LANTAK:

Daftar PERCUMA
Aktiviti keluarga, dewasa & kanak-kanak

Apalagi? Jom daftar dan menangi banyak hadiah menarik.

TAWARAN PENGUNJUNG:

1. Beli sticker LantakFest Memory RM30 (Dapat voucher makan RM10 & peluang cabutan bertuah bernilai RM5,000!)

HADIAH CABUTAN BERTUAH:
**************************
No. 1 - RM1,000 
No. 2 - 1 unit aircond Fujiaire 1.0HP tajaan NM Aircond JB
No. 3 - Pakej rawatan badan RM2,000 tajaan NADI RAWATAN
No. 4 hingga 10 - Peralatan Elektrik
No. 11 hingga 20 - Voucher Mydin 

2. Voucher Belanja Mydin setiap 1 jam untuk 1 pengunjung bertuah!

3. RM8 berbelanja PERCUMA di merchant terpilih dari kalangan Vendor LantakFest dan pasaraya Mydin kepada 100 orang pertama setiap hari. (Dapatkan di Redeemable Counter LantakFest)

4. Voucher-voucher tajaan JOHOHERO bernilai RM600 ribu mesti dihabiskan!

5. Aktiviti-aktiviti booth

Datang jangan tak datang!!






SLIPPED DISC - PUNCA DAN RAWATAN

$
0
0

Assalamualaikum...

ENTRY Sk kali ini adalah perkongsian dari rakan facebook dan rakan blogger Dr Khairul Faizie Mohamad Kamar yang berkongsi tentang Slipped Disc.  Sk terpanggil untuk menyimpan catatan beliau di sini sebagai panduan memandangkan akhir-akhir ini sering terdengar tentang hal tersebut.  Alhamdulillah,  Dr Khairul Faizie tidak keberatan membenarkan Sk berkongsi,  semoga bermanafaat untuk semua.

Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya " pernah dengar pasal Slipped Disc?"

Dia jawab " Masalah tidur ( sleep) ke doktor?" 
😜

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.
Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).




Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg dipanggil vertebra. Setiap tulang ini di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain,  ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan atau melompat.  Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.





Tengok gambar anatomy disc yg disertakan. Ada dua bahagian,  lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak dan fleksibel, lapisan dalamnya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.







Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama dan membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan atau dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.




PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear and tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yang kurang air (kering) ini pun mula kecut, jadi jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat... Dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Kenapa? Antara punca nya:

- Trauma / jatuh / kemalangan
- Obesiti -- berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc

- Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok

- Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle)

- Senaman regular membantu kurangkan berat badan dan kuatkan muscle belakang badan (yang menyokong tulang belakang)

- Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa memandu dan kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN:

Tak semua Slipped disc perlu pembedahan,

Majoriti perlu ambil pain  killer bila sakit.

Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).

Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.

Hanya dalam kes-kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lebih lanjut.

Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan ( sementara), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.

Sumber

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1936303426436565&id=100001707791883

CERITA HARI CUTI

$
0
0
Assalamualaikum...

HUWAAAA.. berakhir cuti sehari bagi rakyat Johor pada hari ini. Plan asalnya nak lepak-lepak kat rumah sambil menyiapkan pesanan cheese tart kawan-kawan tapi penyudahnya seharian keluar berjimba-jimba,  kahhhh.  Yang berjimbanya Sk dan Pak Inche berdua jer sementara Iman pula terlibat dengan Seminar Subjek Prinsip Akaun yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. 


Perjimbaan yang tak dirancang apabila Sk tetiba sahaja nak ikut ER sama-sama menghantar Iman ke UTM,  rupa-rupanya ER merancang nak berjumpa kawannya di Kulai.  Terlanjur dah sampai Kulai tu,  Sk ajak ER hunting pinggan baru di Claytan.  Kami singgah sarapan Nasi Lemak Ayam dan Bihun Soto sebelum sampai ke Ayer Hitam dan meneruskan perjalanan ke Claytan.  Sampai sana masih awal,  Claytan pun belum buka lagi,  kahhhhh.


Lalu,  kami ke Pekan Ayer Hitam dulu.  Orang pun belum ramai lagi adalah dalam dua tiga kerat termasuk kami, hihihi.
Sk macam biasa,  sekadar menengok jer.  Disebabkan orang tak berapa nak ada,  jadi ambil peluang untuk foto-foto.  Padahal selalu aje datang sini tapi sebab orang selalunya ramai jadi malas nak ambil gambar. 


Pelbagai hasil tani boleh didapati di sini dengan rupa yang subur-subur belaka.  Terpegun menengoknya membeli takut tak terbayar termakan. 


Pelbagai barangan tembikar dan patung kapas boleh didapati di sini.  Sk masih ingat lagi masa kecik dulu arwah abah siap bawa bas rombongan Cik Kiah ke Ayer Hitam ni. 


Anda juga boleh mendapatkan T-Shirt dengan cetakan yang menarik di sini juga syurga bagi peminat bunga.


Dah habis satu pusingan,  kami pun berpatah balik ke Claytan. Khabarnya pinggan viral ada stock,  kah kah kah. Rupanya pinggan kuih daaaa. Beli jugaklah lapan biji melepas gian datang jauh-jauh.  Lepas tu nampak pinggan makan cantik,  beli lagi empat biji.. Kui kui.  


Alahhhh..  Baru doblas biji jerpun..
Bak kata pepatah Claytan,  'Biar menyesal beli dari menyesal tak beli'
Muahahahaha!!!

MOLTEN CHOCOLATE CAFE

$
0
0
Assalamualaikum... 

SINGGAH Molten Chocolate Café ni semalam petang selepas menemai Pak Inche mencari keperluan untuk futsal dan bola. Kebelakangan ni rajin pulak dia berfutsal, kita yang mengah tengok perut dia, kahhhhh.


Orang kita memang suka coklat kan.
Peliknya semua yang masuk kurus-kurus, kami tiga beranak jer yang tak berapa nak kurus..
Muahaha.


Layan handphone dulu sementara menunggu.
macam nilah Budak-Budak zaman sekarang.



Acara wajib bila dapat makanan.. foto-foto dulu.
Kan Sk dah cakap, semua yang dating kurus-kurus, pelik, kan.



Strawberry Smoothies untuk ER.
Sedap giler


Molten Hot Chocolate untuk Sk. 
Padahal azamnya nak minum air mineral aje.. aduyaiii.
Kalau diberi pilihan Sk lebih sukakan Hot Choc di DipnDip dan Starbucks.
Yang ni macam banyak buih aje, dahlah cawan tak berapa nak besar.


Pilihan Iman, Mallow Hot Chocolate
Ni sedap dan unik sebab ada marshmallow yang cair di mulut.



Brownies Crepe.. yang ni tiada siapa mampu menafikan kelazatannya.
Brownies yang dibungkus dalam crepe dicurahkan coklat.
Ni janganlah anda tamak makan seorang, nanti anda lebaq sorang tataw na.. hahaha


Walaupun resepi dah bersepah dalam fb tapi belum ada daya kekuatan nak membuatnya sendiri, huwa huwa huwaaaa.

Rugi teruk makan sini, baik pergi makan seafood, hahahaha





CENDAWAN GORENG HOT & SPICY

$
0
0
Assalamualaikum...

PETANG semalam kawan sepejabat mengedarkan cendawan tiram untuk sesiapa yang mahu.  Mulanya Sk ingatkan untuk dijual rupanya cendawan ini diberi percuma oleh Agensi Dadah Kebangsaan.  Kiranya projek menanam cendawan ini merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelatih. Semoga mereka semua dilimpahkan lagi rezeki dan cepat sembuh. 

Dari awal dalam kepala memang dah terbayang nak buat goreng tepung.  Tepung bestari pun masih ada tu,  beli sebungkus besar lambat benar habisnya,  hehehe.  Rajin masaklah katakan....


Pastikan cendawan dalam keadaan kering sebelum digoreng.  Sk lap dengan tisu dapur dulu kemudian celupkan dalam telur yang dipukul.  Lepas tu salutkan dengan tepung goreng bestari dan terus masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan. 




Jangan goreng banyak-banyak dalam kuali atau menghempap satu sama lain. Nanti cendawan kita tak rangup dan lembik. Toskan di atas penapis atau tisu dapur dan jangan juga ditimpa-timpa. InsyaAllah hasilnya pasti rangup dan sedap. 

Wassalam. 

PEKASAM DAGING

$
0
0
Assalamualaikum...

DAH lama beli Pekasam Daging ni.  Rasanya sejak raya lepas ketika balik beraya ke utara.  Dan selepas sekian lama,  baru semalam teringat nak goreng,  kih kih kih. Itupun mula takut jugak dah tak elok tapi sebab tak ada bau daging busuk ke apa,  goreng jugaklah dengan ingatan nanti lepas goreng test dulu,  hehehe.


Siap jer goreng, terus rasa seketul, aisehhhhhh! Sedap ya amat, jadi lulus untuk dihidangkan di meja Bersama lauk-lauk yang dipanaskan.. kahhhhh. ( Tak masak lettewww kan)

Pekasam ni memang sejenis lauk yang buat kita bertambah-tambah nasi tau, sebab tu tak boleh goreng selalu. Aaaaa.. ada ke cara lain nak sediakan pekasam sebelum digoreng yek?
Lepas tu jangan lupa hiriskan sebiji bawang besar dan segenggam cili padi, phewwwwwww.. taip-taip nipun terus kecur.

Apa? Lauk lain??
Ada.. ada.. nanti malam sikit Sk tayang yek.. kui kui!

PATIN TEMPOYAK

$
0
0

Assalamualaikum...


Bukan orang bahagia jer susah nak kurus,  kawan-kawan yang membahagiakan pun boleh buat kau makan bertambah-tambah. Serius,  masa makan ni tak teringat langsung pun pasal 'lagenda ikan patin' .. Sebab sedap ya amat.  Ikan tu takde rasa hanyir langsung..  Kuah dia paling best,  Mak Inche hirup sampai ke titisan terakhir ko..  Muahahah..  Eh..  Lagi satu special..  Ada telurrrrr..  Phewwww Mekasih Pn Hajah Azlina 

#lappeluh #patinmasaktempoyak #makinchemakanmakan #foodieblogger #foodphotography #dinner

Copy text caption dari fb jer ni 😝
Inilah peneman pekasam daging Sk semalam di samping kari ikan kelmarin. 
Melampau betul malasnya memasak sekarang. Macam manalah mak Sk yang dah 77 tahun tu masih gagah memasak..
Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik kepada ibuku sayang. 
InsyaAllah

ASAM PEDAS AYAM NOXXA

$
0
0

Assalamualaikum...


DALAM pada malas nak memasak semalam,  terjadi jugaklah Asam Pedas Ayam Noxxa ni.  Gara-gara nampak Farahain ZFA post masak kari ayam guna noxxa tu,  teringatlah pulak dah lama tak masak guna periuk noxxa sebab sekarang suka masak sikit-sikit.  Malas pulak masak sikit nak guna periuk beso,  hehehe. 

Disebabkan stok cili kisar dah tak ada,  maka semalamlah baru siapkan stok cili kisar yang baru.  Itupun dapat buat sikit aje sebab bawang besar tinggah dua biji,  hahaha.  Sekarang sudah habis maknanya esok adalah alasan supaya tak yah masak,  kahhh! Ni kalau Pak Inche perasan bawang habis,  mau sekarung dia beli,  huwa huwa huwa. 

Ialah,  dah dua orang komplen Sk asyik puji diri sendiri masak sedap sebab tu Iman gems..  Tak pernah puji pulak ER yang selalu belanja makan di luar dan beli barang dapur.  Hahahah..  Perlukah Sk nyatakan setiap kali ER belanja barang rumah,  takut nanti ada yang meluat pulak macam laki dia saja yang bagus..  Kui kui.  

Eh,  tadi nak cerita pasal Asam Pedas Ayam kan?  Terlari pulak topiknya..  Haha. Ampunnnn... 

MAKAN NASI DAUN PISANG ASHOKA

$
0
0

Assalamualaikum...


ASHOKA CURRY HOUSE antara Restoran Nasi Daun Pisang yang menjadi kegemaran Sk sekeluarga. Malah,  sebelum kenal dengan Pak Inche dulu pun,  Sk kerap bersarapan di Ashoka memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan kolej tempat Sk belajar. Haaa..  Jangan ingat Sk terberkenalan dengan ER di Ashoka pulak,  hahaha. 

Ni sebenarnya sambungan CERITA HARI CUTI tu,  selepas balik dari Ayer Hitam dan mengambil Iman pulang dari seminar kami memilih Ashoka untuk menikmati hidangan tengahari beralaskan daun pisang. Tapi kan,  sebab kami sampai pun dah hampir pukul 3 petang,  ayam goreng dah habis.  Kureng oi makan nasi daun pisang kalau tak ada ayam goreng panas-panas. Dulu,  kalau makan dengan bos mesti dia minta tenggiri goreng panas-panas,  oh,  indahnya orang belanja,  muahaha. 

Pertama kali juga Sk jumpa sayur nangka di sini.  Seperti masakan melayu juga,  sayur nangka dimasak lemak tetapi tidak berkuahlah macam masak lemak kita.  Kalau sayuran lain memang dicincang sebegitu.  Disebabkan tak ada ayam goreng,  Sk pilih ayam varuval.  Bagi yang sukakan masakan pedas,  ayam varuval pastinya memikat selera anda. 

Makan di sini tak boleh selalu. 
Tengok jerlah berapa banyak nasi atas daun pisang tu,  padahal dah cakap tak nak banyak pun tetap dapat banyak lepas tu tak mampu pulak nak menolak,  kahhhhhh! 


KUEY TEOW SUP KEMBOJA

$
0
0

Assalamualaikum...


CERITA pagi ini,  rindu nak makan Kuey Teow Sup di Kampung Kemboja. Lama sangat tak datang sini dan kehadiran kami disambut dengan senyuman meleret kedua suami isteri warga Kemboja yang mengusahakan kedai kecil ini.  Tak perlu cakap banyak,  bagitahu jer nak macam biasa terus mereka ke dapur menyediakan hidangan. 

Hurmmmm... Nampak tak daging penuh semangkuk. Setiap suapan mesti ada daging dan isi-isinya.  Tak payah berjimat makan daging sebab memang mewah isinya dan tidak kedekut.  Semangkuk macam ni cuma RM8 sahaja. 


Kuey Teow jenis halus yang digunakan. 
Memang puas makan hari ni. Nak letak sambal banyak manapun pun boleh tapi berpada-padalah,  nanti sakit perut sendiri susah,  kan. 


Char Kueh..  Liat sikit bila dah sejuk.  Orang Kemboja suka cicah sup atau kopi tapi Sk cicah sos cili aje. Hahha..  Macam tak kenyang-kenyang pulak ko ya Sk...  Muahhaha!

MAKAN DI THE MARCO POLO KITCHEN

$
0
0
Assalamualaikum…

KISAH malam kelmarin, memang lama dah teringin nak makan di The Marco Polo Kitchen ni. Jadi, sempena anniversary The Marco Polo Kitchen dan potongan harga sebanyak 50% untuk semua hidangan utamanya, Sk mengajak Encik Rizar ke sini.

Oh, rupanya ada syarat untuk potongan harga tu, kita kena like page restoran, dah like kita kena share pengalaman kita, apa yang menarik di sini, lepas tu kena kongsi pula di timeline kita, gituuuu.


Sweet & Spicy Chicken Pasta.
RM26.99 selepas 50% dapat RM13.49
Seperti biasa, Sk memilih pasta tapi rambang mata tak tahu nak pasta yang mana satu. Lepas tu Nampak menu ni macam menarik dan pelayan tu pun rekomen katanya sedap, gabungan rasa manis dan pedas. Sk bertanya adakah mereka menggunakan spaghetti, dan jawapannya ya.
Tapi sebaik diletak dimeja terus kecewa sebab ia menggunakan pasta Angel Hair.
Nampak tak yang bulat macam sotong kat atas tu, ingatkan ada sotong rupanya onion ring. Onion ring tu dah sejuk, mungkin dah dibuat banyak-banyak terus.


Suapan pertama terus mengingatkan Sk tentang Maggi Tomyam Pedas Giler, hahaha.
Angel Hair yang digunakan dimasak sempurna dan sedap serta panas-panas sebelum digaulkan dengan sosnya. Sk bagi 3.5 bintang.


Sirloin untuk Pak Inche.
RM44.99 lepas diskaun tinggal RM22.49
Kentang goreng sedap, rangup dan gebu.
Sos steaknya okey tapi saladnya macam asal boleh, ini kita bagi 3.5 bintang jugaklah.


Citrus Chicken Chop
RM35.99 lepas diskaun RM17.99
Ayam yang dipanggang dicurahkan sos citrus yang sedap. Iman kata macam chicken lemon, hehhe.
Hidangan sampingannya kentang dan lobak merah yang digrill serta kacang buncis.
Yang ini sedap, Sk bagi 4 bintang.


Untuk appetizer kami memilih nachos tapi ini yang sampai akhir sekali itupun setelah lebih separuh kami menikmati hidangan. Sampai sekarang SK masih fikir kenapa kami tak pulang saja nachos yang hangus ni, huwa huwa huwa.
Ia dihidang Bersama tomato salsa dan cheese yang telah sejuk sebenarnya, mungkin lambat dihantar ke meja kami.


Selalu Sk minum air kosong tapi ni teringin nak minum latte ingatkan cantik la coraknya rupanya la-ala je. Jom lah ke The Marco Polo Kitchen sementara masih ada diskaun ni, hehehehe.
Ada diskaun pon beratuih juga kena bayar, tulah.. sape suruh tamak lagikan, hahaha.





NASI MINYAK KARI TULANG

$
0
0
Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH.. 
juadah seisi rumah Sabtu lepas,  tak sangka Sk begitu rajin sekali memasak,  hahhaa. 
Semuanya terjadi secara spontan,  Pak Inche beli tulang di Pasar Tani nak minta buat sup lepas tu nampak nasi minyak dijual di situ. 

"Nasi minyak tu kenapa macam nasi beriyani," komplennya. 
"A ahlah..  Teringin nak makan nasi minyak kampung,  uishh..  Kalau masak nasi minyak dengan kari tulang sedap jugakkan..," cadang Sk. 

Maka terjadilah Nasi Minyak Kari Tulang ni.  Guna beras biasa aje, rumah Sk memang tak simpan beras-beras pusa ni. Sekarang pun beli beras RM30/10 kg jer,  jadilah macam nasi minyak kampung.  Lepas tu ER tanya,  kenapa letak kaler,  dah macam sama dengan nasi minyak kat Pasar Tani tadi,  hahaha..  

Resepi takyahlah ya..  Malas nak taip,  kui kui. 
Resepi kari tulang tu boleh tengok di link ini

MAKAN MALAM YANG MENGGEMBIRAKAN

$
0
0

Assalamualaikum...

GIGIH betul Sk memasak lepas balik kerja semalam.  Ialah,  selalu tu macam malas nak masak.  Kalau terpaksa masak,  masak dua lauk aje tapi semalam dah macam makan kat Restoran Siakap Rahmat, hahahahaha.


Masa jalan-jalan kat Pasar Tani Sabtu lepas nampak bungkusan siput sedut sebungkus RM6. Terus terbayang kalau beli yang dah siap masak,  sesenduk kecil dah RM5. Apa kata rajinkan diri demi nak makan siput puas-puas.  Encik Rizar pulak memang sukalah sedut siput nikan,  bila Sk kata nak siput,  laju-laju dia beli. 
Beli parut kelapa dan kunyit hidup jugak sebab nak guna hampas kelapa untuk sucikan siput. 

Tips : 1. Biarkan siput berspa semalaman dengan hampas kelapa sebelum memasaknya (Tapi..  Jangan gunakan kelapa parut yang belum diperah santan pulak ya,  tengik rasa siput anda nanti,  hihi) 
2. Bersihkan atau berus dahulu kulit siput yang berlumpur sebelum menyiang/ membuang buntutnya😂 jadi taklah terpercik dengan lumpur dan hampas kelapa nanti. 


Lepas tu,  fikir..  Apa pulak yang nak dikawankan dengan Siput Masak Lemak Cili Api nikan. 
ER kata,  tauhu goreng. 
Sk kata,  Eh,  mana kena.  Apa kata kita goreng siakap macam kat kedai Rahmat tu. 
Iman terus setuju.. 
Jadi,  buatkan pulak kicap perah limau sebagai pencicah. Siakap tu potong dua sebab nak goreng dua kali,  kepala dan ekor pasal nak jimatkan minyak menggoreng..  Haha. 

Kenapa tak guna airfryer?? 
Merajuk Pak Inche oi..  Dia kata tak best tak ada rasa minyak,  hahaha. 


Iman pulak nak udang bakar cicah kicap macam Nasi Lemak Melaka. 
Haaa..  Yang ni kita masuk airfryer 5 minit aje siap.  Memang rasa macam udang bakar cuma tak ada rasa arang-arang..  Hahhaa. 

Memang meriah la badan masing-masing semalammmmm..  Semua makan dengan gumbira! 

SPAGHETTI BOLOGNESE UNTUK IMAN

$
0
0
Assalamualaikum...


SPAGHETTI Bolognese 🍝 antara makanan yang menjadi favourite Iman. Dah beberapa kali juga dia menyuarakan hasrat nak makan tapi disebabkan di rumah tak ada stok daging cincang jadi kita bagi laluan pada menu lain dulu.  Semalam,  dia sebut-sebut lagi nak makan Spaghetti Bolognese.  Nak senang kita makan jer kat Eye's Steak,  kata dia. Kebetulan di Eye's Steak sekarang ada tawaran istimewa set hidangan berserta minuman hanya RM10 sahaja.  Macam best,  tapi nanti balik mesti jem Jalan Skudai tu..  Hurmmm. 

Fikir punya fikir punya fikir..  Sk rasa lebih baik Sk masak sendiri.  Boleh juga Iman buat bekal pergi sekolah nanti.  Kesian Iman,  hari-hari Sk dengar dia beli nasi dengan kuah jer kat kantin untuk jimatkan duit belanja.  Semalam katanya dia dalam dilema bila nampak lauk pucuk ubi masak lemak di kantin. Sebab biasa dia beli nasi dengan kuah cuma RM1, nanti beli nasi dengan lauk pucuk ubi dah RM2, kahhhh! 
Lalu dia bertanya dengan makcik kantin. 

Cikkk...  Pucuk ubi masak lemak ni berapa ringgit? Boleh tak kalau saya ambik sikit aje? 
Makcik kantin tengok muka kesian Iman. 
Tak apalah,  awak bayar nasi ajelah,  pucuk ubi tu kalau tengah-tengah hari macam ni dah tak ada orang nak beli. (sambil hulur nasi sepinggan) Awak cedok sendiri pucuk ubi tu,  berapa banyak pun tak kisah 😂😂😂

Adoiii..  Iman ni.. Ko rasa??? 

Jadi,  hari ni kita bagi dia bawa bekal spaghetti setupperware besar supaya boleh kongsi dengan kawan-kawan sekali. 



Sebenarnya ada beberapa kawan yang pelik tengok Sk,  walaupun berbadan gemuk sasa tapi masih ada pinggang,  hahaha. Tipsnya, jangan minum air manis. Sk biasanya jarang minum air selepas makan kecuali di kedai makan.  Dan Sk cuma mengambil air masak kosong.  Kalau makan di kedai Sk minta air panas kosong. Nescafe ke teh tarik ke minum sekali sekala,  jangan hari-hari. Masalahnya kalau pergi food review atau makan di fast food Restaurant..  Tu memang Sk kalah la..  Belasah minum coke la..  Aduyaiiii. 

Resepi Spaghetti Bolognese Sk macam biasalah,  Sk guna sos tradisional prego dan tomato puree. Dua sos ini mesti digabungkan kalau guna salah satu jer macam kureng dan Iman pun nanti boleh tau ada something wrong somewhere,  hahaha. Kali ini Sk guna daging cincang dan bebola daging. Dalam lebat hujan,  Sk redah juga membelikan dua bahan penting ni kalau tak ada memang  ke lautlah rasa sos spaghetti kita,  hahaha. 

Nak resepi? 
Klik link berikut 


STRAWBERRY CHOCOLATE

$
0
0
Assalamualaikum...


MAHU berpuluh inggit ni kalau makan kat luar,  apa kata buat sendiri di rumah dan makan anak-beranak. Heaven! 

Bahan-bahan :
100 gm Chocolate Milk Compound
Minyak Masak/ Jagung
Strawberry

1. Didihkan air dalam periuk yang kecil. 
2. Letakkan chocolate milk compound dalam mangkuk besi. Saiz mangkuk hendaklah lebih besar dari periuk. 
3. Bila air dalam periuk mendidih, tutup api,  letakkan mangkuk besi atas periuk,  biar 5 minit. 
4. Kacau coklat hingga cair,  tambahkan 3 sb minyak masak. Kacau sebati. 
5. Cicahkan strawberry ke dalam coklat dan ngappp! 

7 IN 1 CANNIS APP HIT NOW, GOING TO BE LISTED ON NASDAQ IN 2021

$
0
0
“The Upcoming Greatest Star in Nasdaq ~ Cannis”

(Sunday, 21 Oct 2018) Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.


Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.



Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.



“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in  the best era

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.

Analysing the App categories under increments of downloads,  games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.

Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

MOU Signing Ceremony Between Cannis App With Strategies Partners For listed on NASDAQ IN 2021!

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.
In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.


Cannis Strategic Partners

Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee.

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.

Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.





For more information, please visit http://cannis.app.

DIP N DIP DENGAN KAWAN PEJABAT

$
0
0

Assalamualaikum...

CERITA semalam,  Sk dan ramai teman sekerja dari bahagian pentadbiran diarahkan menjalani kursus di Skudai. Dua tiga hari sebelum kursus tu berangan,  balik kursus nak pergi makan Dip N Dip di Paradigm Mall,  kan balik tu lalu..  Hahahaha..  Ialah,  hari lain mana ada masa nak pergi ke arah Skudai, hujung minggu balik kampung dan sibuk dengan keluarga.  Jadi,  nak ber 'me time'lah kununnya mereka-mereka tu.  Macam Sk ni,  memang setiap minggu ke Paradigm,  hahaha.  Jadi,  Sk jadi ketua rombonganlah kali ni,  hahaha.


Dari berenam jadi berlima,  dari berlima jadi berempat.  Jadi inilah geng Dip N Dip Sk semalam.  Meh Sk perkenalkan, dari kiri tu Miza,  Fida dan Naza. 
Lepas tu dah duduk-duduk sementara nak buat pesanan tu baru teringat,  Miza tak boleh makan manis sebab dia ada masalah pankreas. Yang sebenarnya habis kursus tu terawal,  jadi Miza kena tunggu suami dia tu yang dia join kami sekali. 
Lahai..  Kesian Miza,  tapi dia kata dia dah tak heran sebab dah lebih 10 tahun tak makan benda manis. 


Triple Choc Crepe kot namanya ni
Harga RM21 tak silap. 
Kepingan crepe atau lempeng (kahkahkah)  yang dicurahkan dengan tiga jenis coklat. 
Yang ini memang manis gilalah sebab crepe tukan nipis jer,  kau curah pulak coklat banjir macam tu,  kan..  Huwa huwa.  Semput nak mengabiskan yang ni,  Fida paling pengelat nak makan padahal dia yang nak sangat,  huwa huwa huwa. 


Triple Waffle kot namanya,  yang ni RM19.
Waffle gebus gebas panas-panas tu dengan tiga coklat dicurah begitu. 
Yang ni Sk memang rekomen sangat.  Ketebalan dan kemasinan rasa waffle tu menyerap rasa coklat yang manis. Laju giler kami makan waffle ni. 


Miza kata,  tak apa..  Dia boleh minum mocha jer. Nasib baik ada kau mocha..  Mocha Kau Bahagia,  Miza sayang. 


Masing-masing angkut sebotol mineral water dari tempat kursus, hahaha.  Bestnya dekat sini kita boleh jer nak bawa mineral water sendiri. Okey,  jumlah hangus semalam RM62.25. Okeylah tu,  kongsi makan,  kongsi bayar.  Tapi Miza kita tak bagi dia bayar,  soh tambah RM2 jer,  kesian dia. 

Ni Iman pulak menuntut nak ke sini.  
Yang tu bengkoklah maknya kena bayar sorang,  huwa huwa huwa. 


BONE STEAK SEDAP

$
0
0
Assalamualaikum...

BONE STEAK atau Sup Tulang Merah dari Mewah Rich Enterprise,  sedapppp sangat dicicah pula dengan Roti Perancis yang gebu dan lembut.  Eh, betul ke ayat ni?  Rotilah yang cicah bone steak kan,  hehehe. 


Inilah makan malam Sk anak beranak semalam,  siap menyudu sup merah dalam mulut.  Bagi yang tak biasa makan sup tulang merah mungkin rasa macam pelik,  kan.  Tapi bagi yang dah mencuba anda pasti tidak akan lupa kelazatannya. 

Sup Tulang Merah biasanya menggunakan tulang kambing.  Jadi,  sesiapa yang tak makan kambing tu Sk tumpang lalu ya. 


Jadi,  orang JB atau jika anda datang ke JB dan nak mencuba Bone Steak ini bolehlah hubungi nombor di atas ya. 
Anda pasti tidak kecewa. 
Wassalam. 

BAHN CHIAO @ CAMBODIA CREPE

$
0
0

Assalamualaikum...

ATAS permintaan Iman,  pagi ini kami berkunjung lagi ke Kampung Kemboja demi semangkuk Kuey Teow Sup Daging.  Kali ini Sk juga Sk tapau Bahn Chiao dari kedai sebelah,  lama tak makan crepe berinti daging dari Cambodia ni,  rinduuuu.


Demi nak makan kuey teow sup daging dulu maka Bahn Chiao ni kami makan di rumah.  Kiranya mengharungi perjalanan pulang sejam tu dah mampu buat perut lapar balik,  hahaha.

Sk pernah kongsikan resepi Bahn Chiao dalam blog ni tapi resepi google la.  Belum ada kekuatan nak buat sendiri,  hahaha. 

Tengok tu,  bertimbun salad yang dibekalkan berserta hirisan timun,  daun pudina dan daun selaseh untuk dinikmati bersama crepe kemboja ni. Iman dan ER memang makan crepe dan intinya aje,  Sk suka bungkus macam kat bawah ni. 
 

Inilah cara Sk menikmati Bahn Chiao. Bentang salad,  letakkan crepe berinti,  timun dan daun selaseh.  Tak suka letak daun pudina sebab nanti rasa macam makan ubat gigi,  hahaha. 
Lepas tu cicahkan dalam sos yang unik rasanya tu.  Sedap oiii..  Mak mertua lalu pun tak sedo,  hahaha. 
Viewing all 4117 articles
Browse latest View live