SOTONG KANGKUNG
CHEEZY VICTORIA SANDWICH CAKE
Assalamualaikum...
LAMA dah teringin nak buat Victoria Sandwich Cake yang mengancam ni. Kecur jer bila tengok gambar-gambar yang dikongsikan geng masak-masak tapi apakan daya.. kerajinan tak jugak menjengah. Sejak akhir-akhir ini penat sangat rasanya padahal bukan apa sangat yang dibuat pun. Penyakit M tu susah betul nak baik nampaknya. Asyik nak melingkar depan tv jer kerjanya.. hahaha.
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG DAH BERLALU ITU
Assalamualaikum...
HAAA.. TU DIA tajuk bukan main punya panjang lebaq.. hahaha. Sedikit stress sebenarnya sebab tak dapat nak blog sejak seminggu lebih yang lepas. Sekurang-kurangnya tiga 'post' Sk 'hang' macam tu sahaja di dalam draft. Tak boleh edit.. tak boleh klik pun.. sakitnya tuh di sini.. di dalam hatiku.. sakitnya tuh di sini di dalam hatiku... sakit.. sakit... sakitnya tuh di sini.. agagaga.
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini Sk lebih suka menulis 'entry' baru di 'semakfon' Sk ni sahaja. Sebab apa.. sebab lebih laju berbanding guna lappy. Nak masukkan gambar pun laju jer taklah terkedek-kedek macam dulu. Maklumlah.. lappy murah.. haha.. kelajuan pun tahap siput sedut yang dah kena simbah dengan hampas kelapa. Menunggu masa digulai dalam periuk bersama sulur keladi.. errr... meleleh ailio. Tapi rupanya ada jugak keburukannya. Silap sentuh habis satu 'post' hilang. Dan bila masa hendak diterbitkan dan signal tetiba hijau dia akan tergantung macam tu jer... dush!
Lepas tu.. teruslah merajuk nak tulis blog. Idea terbang.. semangat hilang. Tapi dalam sehari dua ni ada beberapa pembaca yang 'whatsapp' Sk. Yang selalu baca blog Sk. Terharunya Sk tau. Terima kasih sahaja yang mampu Sk ucapkan. Jadi hari ini Sk gigih menaip kisah ulangtahun ke 15 perkahwinan Sk yang jatuh pada 30 Januari lepas. Haaaa... selepas doblas hari baru nak muncul 'entry' .. hihihi.
Tahun ini Sk pasrah sahajalah bila ER sibuk sepanjang minggu menjelang tarikh yang ditunggu-tunggu. Sk 'throwback' sikit... sepanjang minggu tu pelbagai program melibatkan pasukan bola sepak JDT terpaksa ER hadiri. Daripada Piala Sumbangsih sehinggalah penglibatan JDT untuk kelayakan (play off) Asian Champion League (ACL) yang mana malam ini JDT akan berdepan dengan Bangkok Glass. Kalau lima tahun dulu mungkin Sk dah menangis sampai hentak-hentak kaki sebab tak dapat pergi 'dinner anniversary' tapi kali ini Sk relaks jer. ER ajak jugak keluar walaupun dia balikpun dah lewat tapi Sk pulak yang malas. Bagi Sk keluar rumah selepas 9 malam untuk makan adalah sudah terlalu lewat bertambah lagi esoknya hari kerja. Lagipun dah selesa berbaju 'Kluang' malaslah pulak nak bertudung dan berbedak bagai kan... kita tunda.. tunda.. dan tunda sehinggalah....
RAYAN CORNER KEMPAS
BERKELAH DI CUTI TAHUN BARU CINA
Assalamualaikum...
TAK ADA cuti yang paling bermakna dan seronok rasanya selain berada di rumah sendiri. Walaupun tak bercuti ke luar daerah atau ke luar negeri pun tapi ia dimanafaatkan sepenuhnya dengan mengemas rumah dan menyelesaikan kerja-kerja rumah yang lama terbengkalai kerana kesibukan dengan kerja-kerja lain. Sk cuma menyediakan sarapan setiap pagi sahaja lepas tu layan tekak yang teringin hendak makan macam-macam yang tak pandai nak buat sendiri.. apalagi kita JJCM la kannn.. hehehe.
Hari pertama TBC yang lepas, Sk dan adik-beradik telah bersetuju untuk pergi berkelah bagi memenuhi permintaan ibu. Mula tu kami bercadang untuk ke Air Papan, Mersing tapi memandangkan malam tu ER ada agenda jadi kami buat keputusan untuk ke Desaru sahaja. Hahaha.. akibat keluar pun dah lambat, maka bila sampai sana khabarnya dah tak ada tempat nak parking. Kakak Sk lah yang sampai dulu.. Sk biasalah.. kemas rumah dulu tu yang lambat. Cari punya cari tempat nak berkelah akhirnya Angah memilih untuk ke D'Pungai Beach Resort yang terletak di Sg Rengit, Kota Tinggi.
MAKAN-MAKAN DI BOAT NOODLE




SAWADDE CAFE











MILO SOTO WARISAN
TAKUT BINI
THE FAT BURGER JBCC








BOBOIBOY CAFE & BOB REPUBLIC








SESEKALI UBAH SELERA & CABARAN MENULIS ENTRY DENGAN TULISAN TANGAN
14 MAC DATANG LAGI
Assalamualaikum...
SEMALAM... ibu Sk menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 74. Betul... ibu Sk dilahirkan pada tahun 1941 di mana tahun tersebut negara kita melakar sejarah dengan mendaratnya tentera Jepun di Tanah Melayu. Alhamdulillah, syukur dalam usia ini ibu masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja rumah.
CUPCHAI
Assalamualaikum...
PERCUBAAN ketiga untuk singgah mengeteh di 'Cupchai' yang terletak di lokasi perniagaan baharu Bandar Baru Uda (berhampiran Plaza Angsana dan Jakel). Percubaan pertama gagal ngeteh kerana Pak Inche kurang berkenan dengan menunya yang terhad. Percubaan kedua gagal juga sebab 'full house'. Dan berjaya ngeteh di sini pada percubaan ketiga pastinya ER yang cerewet itu tiada kerana bertugas ke Seberang Tambak, hehehehe.
DAPUR BONDA CAFE
HIDUP JOHOR DEMI JOHOR









PORT MAKAN SANTAI DI TAMAN MOLEK
CENDOL HOUSE KAMPUNG MELAYU MAJIDEE



SAMPAN FRUITS TART DAN TERIMA KASIH NUFFNANG MALAYSIA



SITI PATIN HOUSE KANGKAR PULAI
![]() |
Harga mengikut bahagian.. bahagian isi ni RM14 seketul |

