Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4184

MAKAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


LEPAS check out dari Bertam Resort Penang, kami balik semula ke Kuala Ketil mengikut jalan lama. Dekat sangat, dalam setengah jam jer berbanding jika ikut lebuhraya. Walaupun BRP tu dekat dengan plaza tol, tapi nanti kena keluar pulak dekat Plaza Tol Sungai Petani, lagi jauh nak sampai Kuala Ketil. Tu Sk cakap dengan PI, lain kali balik kampung, kita duduk BRP jer, duduk SP lagi jauh. PI senyum jer, aaa.. macam ada harapan boleh repeat, hahaha. Oh, hari tu, masa datang, kak tak ada sebab ke Putrajaya buat pemeriksaan susulan dari rawatan kanser sebelum ini. Alhamdulillah,  kak dah bebas kanser dan tak ada simptom baru. Doktor juga telah pindahkan kak semula untuk buat temujanji pemeriksaan akan datang di Hospital Sungai Petani.



Setiap kali balik KK, mesti ada kucing kak yang terbaru. Ada aje orang buang kucing depan rumah. Sk kata, agaknya depa nampak ada rumah kucing kat laman, tu yang depa ingat situ rumah kebajikan kucing, hehehehe. Yang ni pulak manja kemahen, dahlah muka dia sebijik muka Vester, anak bongsu kesayangan PI, hehehe.


Dalam perjalanan balik Johor, PI mintak Sk cari kat mana tempat makan menarik sekitar Taiping. Sk teringat, Blogger Ezna baru-baru ni cerita beliau makan di Restoran Mee Udang Mak Jah. Kami pun dah lama tak ke sana. Belum sempat cakap, PI dah sebut dulu, jom makan Mee Udang, hehehe. Tapi, kami nak ke Mee Udang Port Weld Salleh Stall yang terletak betul-betul di pekan kecil Kuala Sepetang. Bila buka dalam aplikasi waze, ternyata Mee Udang Port Weld Salleh Stall tutup pulak. 


Jadinya, kami pilih ke Restoran Mak Jah. Dekat Kuala Sepetang ni, memang banyak Restoran Mee Udang ya. Mak Jah la, Mak Teh laaa. Dua tiga tempat jugak kami pernah makan. Yang banyak kali makan dekat Salleh Stall dan Mak Jah ni la.

Boleh baca old post di bawah







Rupanya, dah hampir 6 tahun tak singgah Kuala Sepetang ni makan Mee Udang. Sunyi restoran, agaknya sebab bukan hujung minggu.


Kiri kanan kami tak ada pelanggan. Tapi, di sebelah sana, ada satu meja penuh. Tak lama, datang satu van pulak duduk kat meja ni.


Tengok tu, PI sekarang rajin eh post gambar masuk dalam status whatsapp, entah nak tunjuk kat sapelah tu? Hahaha. Oh, sejak dua menjak ni, kami selalu pesan makanan dan minuman yang sama. Yang ni, kami dua-dua pilih mee kuning. Selain mee kuning, anda boleh pilih kuey teow dan bihun. Bagi Sk, mee kuning yang paling serasi jika nak masak mee udang.


Ada mee di sebalik udang. Udangnya 5 ekor, tak begitu kecil dan tak besar jugak. Kalau nak senang kopek udangnya, pindahkan dalam pinggan alas mangkuk tu. Udangnya mudah dikopek menandakan ia udang segar. Udang jugak dah dibuang janggutnya, tak la panjang macam zaman mula-mula kami makan kat sini dulu.


Semangkuk Mee Udang ni RM15. Bukan sahaja bilangan udang berkurangan, harganya juga berganda. Cuma dia sekarang ada satu pilihan sahaja, tak ada yang special macam sebelum ni. Kuahnya pekat dan bagi Sk sedap cuma dia macam ada rasa yang tak selesa di tekak, tak pasti perisa seperti msg atau stok udang tu sendiri. Namun begitu, ia tidaklah mengecewakan.  Agak-agak orang Perak khasnya orang Taiping, hari-hari kome makan Mee Udang tak?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4184

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes