Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN ZAITUNA

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 




KHAMIS, 22 Mei, terpergi makan nasi arab di Restoran Zaituna, hahaha. Siang tu, PI tak makan nasi, lepas tu dia ajak makan kat Sayam Stulang Laut. Sampai sana, sederet kedai-kedai Siam tu semua tutup gara-gara terputus bekalan air. Nak pergi kedai lain, risau tempat lain pun tutup, jadinya, cadangkan PI ke sini aje la, dia pun malas nak fikir agaknya, terus setuju.



Berdenyut-denyut ubun-ubun tu ya, PI. Jarang-jarang PI setuju nak makan nasi arab sebab bagi dia terlalu berat. Mesti hari tu dah lapar sangat.



Mandi Lamb untuk PI. Dia memang tak nak makan lain selain nasi mandi.


Sk pulak suka nasi maqluba sebab dia ada sayur-sayur tapi dapat ni, tak ada sayur pulak. Biasanya ada terung bakar tapi cuma ada cili hijau. Sos harrah dia sedap ada pedas-pedas sikit, sup pun sedap. Semua sedap sangat agaknya sebab dah lama tak makan. Last makan bulan Januari lepas masa sambut anniversary ke 25.




Sepatutnya, kalau makan kat sini lebih afdal berkongsi kerana portion sepinggan tu banyak ya. Hurmm.. padahal dalam otak ni nak makan kebab boleh pulak pesan nasi sampai dua pinggan. Lepas tu masing-masing tak habis, hahaha. Sayang, kan. Sk minta box untuk bungkus, masukkan dua-dua jenis nasi dalam satu bekas terus termasuklah kambing pun banyak lagi. Staf Zaituna tu pulak boleh bagi sos harrah dan sup bungkus, tapi tak perasanlah yang tu dia caj ke tak, hahah. Esoknya, Jumaat, Sk balik rehat tengahari,  panaskan semula nasi. Alhamdulillah,  wassalam sudaaaa, tak membazir.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

Trending Articles


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.