Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

MAKAN DI KEY ORIGINAL SUP GEAR BOX SERAMBI TERUNTUM KUANTAN

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 



BEBERAPA kali vtt RZ Ikan Bakar ni fyp di TT apabila Sk membuat carian makan malam sedap di Kuantan. Terpengaruh jugaklah tengok orang makan ikan bakar tepi pantai, kan. Kami plan malam kedua sebelum balik Johor, nak makan di sini.. tapi...


Kita faham konsep tak ada rezeki tapi sebagai insan yang banyak kelemahan, berasap jugak sekejap. Dahlah dari hotel nak sampai ke Beserah tu jammed, nak parking susah, dah duduk tunggu, tiber dia kata dah tutup order. Kalau tak, kena tunggu tiga jam, hahaha. Nak viral sangat tapi tak buat persediaan sewajarnya. Tambahlah dapur dan tukang masak bila tahu tempat dah tular.



Sk cadangkan agar kami makan jer kat mana-mana, tapi PI manalah nak. PI cadang kami ke Serambi Teruntum, kebetulan siang tu kami nampak papan tanda ikan bakar di situ.


Depan restoran ada padang yang diletakkan meja makan. Boleh pilihlah sama ada nak makan di luar atau dalam restoran. Sk tak jengah dekat dalam, terus duduk di luar ni jer.


Bulan tengah mengambang terang-benderang.. nampak berseri dari jauh.


PI pesan sup gearbox. Gearbox tu, macam tinggal tulang aje, hampir keseluruhan dagingnya dia dah hiris siap-siap masukkan dalam mangkuk sup ni. Sk tak pastilah daging tu datang dari tulang yang sama atau tulang lain, hahaha. Tak mencabar la nak makannya. Tapi sup dia sedap,  daging pun empuk.


Macam tangan pulak, hahaha. Banyak daging dalam sup tu, jenuh nak habiskan.


Sedut lemaks.


Cuaca baik malam tu. Ni kalau hujan lebat tiba-tiba, mahu bertempiaran lari.


Padang sebelah sana luas, boleh biarkan anak-anak lari tanpa risau terlanggar staf bawa makanan. 


Sk terasa nak makan nasi goreng kampung. PI makan nasi putih. Oh, yang dalam piring sos tu, sambal untuk sup, sedap sambal dia.


PI pesan jus tembikai saiz gajah. Gedabak besar, dah macam jug.


Nak pesan ikan bakar tapi mesti tak habis nanti sebab ikan yang ada besar-besar. Jadi, pesan Sotong Bakar aje la, buat syarat datang Kuantan, hahaha. Sotong ni masa Sk pilih, panjang tapi bila dah sampai, eh, pendeknya. Sotong kan mengecut masa masak. Masa timbang tu dah diberitahu siap-siap, harganya RM17.


Sk cakap dengan PI, lepas ni tak nak dah datang Kuantan. Macam nak bergaduh ya cari makan. Dia sebab PI ni kalau kita dah plan (set dalam waze) nak makan kat sinun, mesti pergi sinun jugak. Dah sampai tu, kalau makanan habis ke apa, kena buat pulak carian baru. Cerewet laaa.. masalahnya cerewet. Siapa kata lelaki tak cerewet??? Hahahaha.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

Trending Articles


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE