Assalamualaikum WBT
TENGAH syok-syok lipat kain layan movie semalam, PI dapat panggilan pulau pulak. Ada beberapa urusan penting yang memerlukan kami berurusan di luar. Selesai urusan (walaupun sebenarnya masih belum selesai masa tu), kami mengeteh dulu di Assalam The Kedai Mamak. Tapi, balik tu, PI kata, jom kita pi makan kat Grand Chicken Rice.
Belek-belek menu dulu la.
Set nasi ayam
GCR bukan sahaja menjual nasi ayam tetapi juga menu lain seperti nasi lemak dan masakan panas goreng dan sup. Ini antara 10 menu paling popular di GCR.
Chicken Chop pun ada.
Value set bagi mereka yang datang dalam jumlah yang ramai.
Pergi kedai nasi ayam tapi tak makan nasi ayam, hehehe.
PI memang dah berapa kali nak makan Mee Wantan kat sini tapi baru ni la kesampaian. PI kata, tak boleh lawan Kak Maznah (Kueh Bakor).
Pesan Pie Tee jugak. Pie Tee dia pulak tak boleh lawan The Chicken Rice Shop.
Sk makan Curry Laksa. Bagi Sk okey la, cuma Sk tak suka rasa udang frozen tu, bak kata Iman, macam plastik, hihi.
Alhamdulillah, pagi tadi selesai dah urusan PI selepas seharian memerah otak semalam. Maklumlah, otak remaja purba, dah tak serap macam span, hahahaha.
Syukur selalu.