Assalamualaikum WBT
BARU dapat baring-baring hari ni. Itulah dia jika hujung minggu, memang tak betah ya duduk di rumah. Pagi ni kami bersarapan di Ashoka Curry House, kemudian beli sedikit barang dapur di econsave. Sampai rumah, kemas groceries, potong buah tembikai dan nenas yang dibeli semasa balik dari Kuantan dan buat jus. Lepas tu kemas rumah sini sikit, sana sikit, rendam ikan siakap tapi penyudahnya makan di luar, hahahaha.
Berbalik kepada tajuk, destinasi jjcm wajib setiap kali berjalan ke pantai timur, tentulah singgah makan udang galah di Leban Chondong. Kali ini, atas saranan kawan PI, kami ke Medan Selera Leban Chondong pula. Sebelum ni biasanya kami makan di Gerai Makan Kampung Leban Chondong.
Replika udang galah di medan selera ni lagi besar dari replika udang galah di Gerai Makan Kampung Leban Chondong.
Udang galah masak sambal, RM13 seekor. Senang macam ni, dia dah bagi harga siap-siap. Ambik seorang dua ekor. Besar jugak udangnya, lebih kurang aje dengan yang biasa kami makan kat sanun.
PI suka sangat bila nampak ulam pucuk janggus ni. Ambil juga kacang botol dan sambal belacan.
Nasi PI yang ada kuah kari tu, tak nampak dalam frame, ada sayur kacang buncis ke kacang panjang tak silap. Sk ambil sayur peria. Termasuk dua gelas limau ais, RM69 sahaja. Murah giler!!! Macam tak percaya!
Syukurrr.. Alhamdulillah.