Assalamualaikum WBT
TENTU kolej sunyi sepi hari ini kerana ramai yang bercuti termasuk Sk. Sejak hari ahad lepas pun dataran parkir tu cuma ada dua tiga buah kereta sahaja, pelajar pun tengah cuti, memang pasti sepi sesepi sepinya.
Semalam, kami memulakan perjalanan ke Muar. Salah satu destinasi JJCM kali ini adalah iTU KOPI yang terletak di Bandar Baru Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
iTU KOPI ni berkolaborasi dengan D'Nara Meesup Melayu Champa.
Menu minum-minum dan kopi-kopi.
Menu makan-makan. Sebenarnya sebelum tu, kami terlebih dahulu bersarapan roti canai di Kangkar Pulai. Sk dok risau PI lambat makan ubat pagi kalau jalan ke Simpang Renggam jammed. Rupa-rupanya, dalam 40 minit dah sampai, tak jammed langsung, kami ikut jalan kampung tapi tengok highway pun tak jammed ya semalam.
Bahan penyedap untuk Mee Champa.
Restoran konsep terbuka. Ruang makan selesa dengan pencahayaan semulajadi.
Rugi pulak jika tak mengopi. Sedap iTU kopi ni.
Disebabkan masih kenyang makan roti canai, kami cuma pesan semangkuk Mee Champa Special (RM14), berkongsi. Minta mangkuk kosong la, bahagi dua mee, daging dan sup. Yang special ni ada urat keting, yang biasa cuma daging sahaja (RM10). Daging dihiris nipis, lembut jer daging. Urat Keting pun lembut. Supnya pun sedap, eh, memang betul-betul sedaplah. Kategori wajib repeat ni! Cuma mee dia tu, macam belum lembut betul, mungkin kena celur lama sikit.
PI kata, balik nanti singgah lagi sebab tak puas makan, hahahah. Bukan tak kenyang tapi tak puas sebab masih ada rasa kenyang makan roti canai tu.