Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4162

BREAKFAST & BRUNCH DI HARI CUTI DEEPAVALI

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


CUTI Deepavali tahun ini nampaknya tenang-tenang di Tanah Jauhar sahaja. Pak Inche terlibat dalam Karnival Jom Heboh, tahun ini diadakan di Padang Angsana Mall. Walaupun cuti kali ini jatuh pada hari khamis dan bersambung dengan cuti hari libur Jumaat dan Sabtu, lusa, Sk dan rakan seperjuangan terlibat dengan Majlis Konvokesyen ke 25, maknanya tiadalah long weekend.



Hari ini pulak, bos PI akan tiba di JB dan dijangka turun dari pesawat menjelang tengahari. PI la akan jemput dan petang nanti ada briefing pulak, sebelum PI bertugas, kami keluar sarapan dulu, tak jauh, cuma di Restoran Thoufeeq. PI makan tosei cicah kuah kari kambing dan telur separuh masak dua biji.



PI dah selesai makan, baru puri Sk sampai. Yang frust tak ada kentang masala.. hurmmm. Dalam pukul 11, Iman sampai. Dia pulak kata lapar.




Bawa dia pergi Kanteen di Gelang Patah.




Lapar sangat sampai pesan dua dish. Yang tu ayam Korea kot, makannya seketul aje, yang lain bungkus.




Ayam buttermilk pun seketul tak habis.




PI tak ikut, kami berdua aje. 




Rugi pulak kalau tak makan walaupun dah kenyang makan Puri, heheh. Sk makan Ban Mi, sedappp!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4162