Assalamualaikum WBT
KISAH Jumaat lepas lagi ni, lepas Makan di Nando's Chicken Restaurant, layankanlah Iman nak berjalan pusing satu Midvalley. Dia ni banyak menurun perangai Pak Inche, suka berjalan dalam mall. Kalau boleh nak jejak semua tingkat dari hujung sini sampai hujung sanun. Kalau MV ni pulak, sudahlah bertingkat-tingkat, bersayap-sayap pulak. Sk pulak, kalau tak ada benda nak cari, malas nak berjalan. Sk lagi suka singgah kedai, minum-minum, lepas tu, balik, hehehehe.
Puaslah berjalan, tapi mujurlah tak naik semua tingkat. Dahlah orang ramai kan, kami pun keluar dari mall. Sebelum balik, kami menyendol dulu di Md Zain Cendol Klasik yang terletak di Giant Taman Suria.
Md Zain Cendol ni antara perniagaan cendol yang mempunyai banyak cawangan di JB. Kebanyakan perniagaannya dijalankan di atas truck tapi yang ni Md Zain Cendol membuka kedai kecil dengan tema klasik ala-ala kedai runcit zaman 60-an hingga 80-an. Syahdu jer rasa kita tuo-tuo ni, hahahaha.
Bolehlah pilih-pilih makanan siap pek di sini. Berhampirannya juga ada beberapa gerai menjual goreng pisang, keria dan laksa. Tak pastilah laksa tu boleh ke minta dihantarkan ke gerai Cendol atau minta mereka hantar Cendol ke gerai laksa.
Kerusi meja kat sini semua bersaiz kecik macam masa kita sekolah rendah dulu.
Ada tikam-tikam. Sk masa kecik-kecik dulu tak pernah main tikam-tikam ni, judi! Hahahah. Tapi, ada jugak kawan-kawan yang main terutama budak-budak lelaki. Hakikatnya, tak ada duit yang nak ditikamkan, huhuhu. Kadang-kadang ada hikmahnya juga, kan.
Pemiliknya tentu peminat filem-filem P Ramlee.
Masa datang, memang penuh. Dapatlah duduk tepi tingkap ni tapi risau betul kepala terhantuk dengan daun tingkap yang tak boleh dibuka sampai habis ni. Nak buka tersekat sebab ada kipas, nak tutup pun tersekat juga.
Macammanalah dorang boleh simpan akhbar lama ni, kan. Kami dulu-dulu, suratkhabar lama ni buat alas meja time makan, terus buang, hahaha.
Mujurlah kakak tudung bunga ni dah selesai minum semasa cendol kami dihantar ke meja, cepat-cepat pindah.
Banyak signage macam ni Sk jumpa digantung di restoran-restoran yang dipetik dari salah satu babak dalam filem P Ramlee, Do Re Mi.
Semua jenis cendol berharga RM5 kecuali jika letak durian atau dua dan tiga gabungan pulut dan durian.
Cendol Jagung untuk Iman, Sk suka Cendol Original. Tambah klasik, cendol diletakkan dalam mangkuk ayan dan dipadankan dengan sudu gaya lama jugak berwarna hijau.
Iman kata mangkuk cendol tu besar sangat dan banyak. Sebenarnya Iman bukan peminat cendol tu yang dia rasa banyak sangat kot.
Aisnya halus macam snow. Walaupun gaya klasik tapi mereka tak guna mesin kisar ais dulu-dulu atau yang biasa, sebaliknya mereka menggunakan mesin kisar moden yang banyak digunakan di restoran menjual bingsu. Ais tu pun macam ada rasa santan. Gunanya tak terlalu manis tapi jika kita nak manis, mereka ada sediakan gula melaka cair untuk tambah dalam cendol. Satu jer yang tak best, cendolnya agak besar dan tidak lembut. Kalau lembut lagi mantap!