Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4129

MASAK ASAM PEDAS AYAM

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni Sk clock in lambat 4 minit. Tak tahulah kenapa lama sangat kerja-kerja penurapan jalan dari Taman Sri Pulai menghala ke Taman Universiti disiapkan. Tak cukup bahan guna habis ke atau tak cukup tenaga pekerja. Ramai yang mengeluh terutama yang memang tiada jalan alternatif lain selain itu satu-satunya jalan menuju ke destinasi masing-masing. Sebahagiannya pula menggunakan laluan Taman Pulai Indah - Taman Pulai Mutiara - Taman Laman Setia untuk masuk ke lebuhraya Perling - Pasir Gudang menyebabkan kesesakan trafik yang luar biasa di jalan tersebut. Sudahnya, hari ni lambat jugak. Empat hari lepas masih selamat lagi padahal bukan keluar lambat pun hari ni, geram betul!




Semalam petang, dalam grup whatsapp,  Pak Inche kata, malam nak makan spagheti. Iman kata, dah rendam ayam sebab sehari sebelumnya PI kata, nak makan Sambal Ayam. Jadi, Iman tanya,  nak simpan balik ke ayamnya, dah rendam dekat sejam jugak masa tu. Tak payah simpan, rendamkan daging kisar aje. Tak apalah, masak spaghetti dulu, ayam tu fikir kemudian. Rasa macam nak masak lemak cili api, tapi yang terjadi.. Asam Pedas Ayam, hahaha.


Senang lagi masak asam pedas sebab cili dan bawang kisar dah ada stok. Ayam tu, memang Sk dah bersihkan siap sebelum frozen, jadi bila dah defrost, tinggal bilas jer. Sk simpan dulu dalam fridge, ingat nak masak malam tadi lepas siap makan malam tapi mood nak masak tak mari, hahaha. Pukul 5.30 pagi tadi, terus tenggek periuk atas tungku dapur, panaskan minyak masak, masukkan cili dan bawang yang Sk kisar bersama, tumis sampai terbit minyak bersama halia, lengkuas dan serai. Kemudian masukkan ayam dan sedikit belacan serta sedikit air. Dalam 10 minit macam tu, tambah air lagi sikit, masukkan garam dan pes asam jawa, masukkan daun limau purut. biar lagi merenih dalam 10 minit lagi, siap! 


Siapa kata masak asam pedas susah? Yang susahnya kalau masa nak masak baru nak gunting cili kering, nak rebus, nak kopek bawang, halia, lengkuas, lepas tu nak kisar, haihhhh.. itu yang susah. Jadi, tips mudah nak masak asam pedas, sentiasa sediakan stok cili kisar tu, cepat siap kerja kita. Terima kasih ibu yang turunkan ilmu masak asam pedas semoga ilmu yang bermanfaat ini menjadi bekalan ibu di alam sana, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.





Lepas jer masukkan minyak dan cili kisar dalam periuk tu, Sk terus masak nasi. Adalah makan tengahari untuk Iman hari ni. Tahulah, budak-budak sekarang, tahan masak maggi dari masak lauk. Sk pun dapat berbekal hari ni, nasi putih asam pedas ayam. Sayur jer ilek, kot rajin nanti belilah sayur kat kantin, kalau tak rajin, kita makan saja apa yang ada ni, hehehe. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4129