Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4133

MAKAN ITIK SALAI DI RESTORAN D ROSE BERIANI

$
0
0

 Assalamualaikum WBT 




SEBELUM bertolak ke Pengerang, Sk dan Iman dua beranak pergi makan siap-siap di Restoran D Rose Beriani di Taman Pulai Makmur. Sk juga nak beli kek Hari Jadi Indah di Oh My Cakes. Pada mulanya nak makan di Restoran Santai tapi tutup, tu yang pergi ke D Rose Beriani. Padahal dulu pernah marah-marah datang sini nak makan Beriani tapi takde Beriani, hahahaha.




Selain beriani ada Mee Kari, tapi Sk lapar nasi.




Rupanya selain beriani,  istimewa di sini ada Masak Lemak Cili Api. Pernah baca komen-komen di laman sosial, masakan lemak cili apinya sedap.




Sk pesan Set Masak Lemak Cili Api Itik Salai. Tak ingat pernah tak mencuba masakan sebegini di tempat lain. Biasa makan Masak Lemak Cili Api bukan Itik tapi biasa jugak makan Itik yang dimasak cara lain. Set ini datang bersama ulam salad dan timun, sambal belacan dan telur masin. Boleh juga jika nak minta telur dadar.




Iman makan Nasi Beriani Daging. Melambak nasi, tak mampu dihabiskan Iman. Dagingnya lembut, kuahnya pun sedap.




Sk pulak macam nak berperang makan itik, mantul pulak daging itik bila nak dilerai dari tulang. Tak berani nak gigit takut gigi tanggal, hahahaha.
Dalam mangkuk tu ada tiga potongan kecil itik, Sk makan seketul aje yang lain bungkus. Tak larat nak bergaduh dengan itik kat situ. Mujurlah kuah lemak cili api tu sedap.




Tapi, yang bestnya dalam Masak Lemak Itik tu ada pucuk ubi. Eh, kecur-kecur pulak bila teringat tapi tak mahu lagi la pesan itik, hehehehe. Cakap dengan Iman, nanti itik yang bungkus tu masuk periuk noxxa tengok boleh empuk ke tidak, hahaha.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4133