Assalamualaikum WBT
PAGI ni Pak Inche ada tugasan di KSL Mall. Iman ajak ikut Pak Inche lepas tu nak jalan-jalan selepas selesai tugas Pak Inche. Aduh, penat program Citra Pesona tu belum hilang lagi, jadi, Sk cadangkan agar kami keluar petang saja, maknanya biar Pak Inche balik dulu ke rumah dan kami keluar kemudian. Sk tanya dengan Pak Inche, kalau nak sarapan dulu, asyik dia kata tak payah. Tapi, tengok dia macam lambat lagi nak keluar, Sk masakkan juga, panggang sosej, goreng telur mata dan panaskan kacang panggang. Nak makan, makan.. tak nak makan tak apa. Eh, makan pulak 🤭, legalah hati bila tengok dia keluar dah siap sarapan kalau tak, memang tahu dah mesti dia tak akan sarapan punya. Dahlah nak kena makan ubat, kannn.
Cuti Pertengahan Semester telah bermula. Semalam pagi, jemput Iman di kolej dan kami bersarapan di SDS Cafe Paradigm Mall. Lama tak makan di sini dan Sk pulak teringin nak makan ala barat la konon. Tapi, set yang diidam tu tak ada, yang tu lengkap hashbrown, kacang panggang dan chicken ham.
Iman pulak nak makan Beef Lasagna. Mujurlah dah ada walaupun belum tengahari. Makanan di SDS ni memang tak pernah mengecewakan. Macam mana dalam gambar menu, macam tu la kita dapat.
Burppp.. Alhamdulillah 😋