Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4130

MASAK KARI AYAM BERKENTANG

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

LEGA.. selesailah sudah Program Citra Pesona Jalinan Mesra Staf di Savanna Hill Resort, Sungai Tiram. Sekarang ni dalam perjalanan balik ke kolej untuk ambil kenderaan masing-masing dan boleh balik ke rumah walaupun waktu bekerja hari khamis tamat jam 3.30 petang.


Selalunya, kalau lagi sehari nak berjalan memang dah gantung kuali awal-awal tapi kali ni masak jugaklah yang mudah. Kari ayam ni mudahlah bagi Sk. Habiskan kentang lagi empat biji, semuanya Sk belah dua aje, cepat pulak empuknya.


Dulu-dulu belajar masak kari, rempah kari kena buat pes dulu, tapi sekarang, campak terus kering-kering tu dalam tumisan bawang. Kemudian baru masukkan air dan tumis bersama-sama hingga terbit minyak, jadik jugaklah karinya.


Kari ayam tak letak santan tapi letak susu cair sesenduk. Ni gambar sebelum letak susu cair.


Kalau ada kari ayam adalah ayam gorengnya.


Kari ayam dan ayam goreng, barulah rasa selera makan kat rumah. Ni dua hari masak pasal tuari terkena spaghetti masin kat kedai, huhuhu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4130