Assalamualaikum WBT
LEPAS makan di Pak Yahya Asam Pedas Parit Jawa, Pak Inche ajak mengopi pula di Benut. Menggunakan aplikasi waze yang diset jarak terdekat, ia membawa kami melalui jalan kampung yang berparit-parit tu semua. Sk bukan apa, risau hujan lebat dan air naik jer nanti. Nampak la pulak banner sebesar alam, Salleh Food ni, cepat-cepat Pak Inche bagi signal belok ke kiri.
Pertama kali sampai Salleh Food. Biasanya kalau nak beli kerepek-kerepek, kami ke Azhar Food di Rengit.
Hari-hari hari raya, katanya. Berkumandang lagu raya sebaik sahaja melangkah ke ruangan kedai. Seronok pulak Pak Inche mendengar lagu raya rasa nak ikut berjoget agaknya 🤣.
Sk capai sebungkus Kopi Jowo. Betul ke segar dan menyegarkan, belum cuba lagi.
Ambil juga Kordial Mata Kucing dan Kundur ni sebotol.
Putar Roda Impian dengan pembelian RM50 dan ke atas. Menang Clip Carrot (pengikat plastik makanan). Lupa nak ambil gambar, nanti la kita tepek kemudian, ada tu melekat kat Peti Sejuk.
Gedebak-gedebuk kena lapanploh inggit!
Dari Salleh Food, kami menuju ke Fumo Coffee Benut. Tapi tu la.. tak tengok betul-betul kat page dia.
Dia buka pukul 7 malam daaaaa.. yihhhhh!