Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, syukur, telah berlangsung semalam, Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M melibatkan semua pelajar dan staf.
Persediaan pentas seperti selalu telah di sign darah oleh Cik Mat.
Kami berarak dari Dataran KKJ di Jalan Jumaat sehingga Student Centre yang terletak di Jalan Ahad.
Mendengar pengalaman Ustaz Mohd Shafiee Abdul Rahman ketika beliau melawat bumi Palestin.
Eh.. eh.. macam kenal yang berdiri tu.
Kami bersamamu, Palestin!
Acara diakhiri dengan jamuan makan, kalau di Johor ni, makan dalam dulang berkongsi empat orang. Geng dulang tahun ni, Naza (ni dah sign darah), Zalina dan Madihah. Madihah staf baru di kolej.
Syukur Alhamdulillah 🌹