Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169
↧

MAKAN DI NEW KUKUP RESTAURANT LAGI

$
0
0

Β Assalamualaikum WBT


KISAH petang semalam, kami jalan-jalan hingga ke Kukup.


Tujuan ke Kukup tu, sebab Pak Inche nak makan di Seafood Restaurant. Dia suruh pilih antara Restoran YX atau Restoran New Kukup. Sk pilih Kukup. Kali terakhir makan di sini bulan Februari lepas, boleh baca ceritanya DI SINI.


Kukup ni tumpuan pelancong dari Singapura dan juga ada Terminal Feri Antarabangsa untuk ke negeri-negeri pulau di Indonesia. Iman kata, berada di sini rasa macam bukan kat Malaysia πŸ˜‚.


Kalau ada Iman tentulah dia mahukan Ayam Lemon. Kali ni sedap masakannya, berbanding SEBELUM INI. Sos lemon tu meresap pada ikan yang telah digoreng salut tepung terlebih dahulu. Salutan tepungnya masih rangup walaupun telah dicurahkan sos lemon.

Ayam Lemon saiz S RM26


Sotong Telur Masin, menu wajib jika makan di Seafood Restaurant. Dari ketebalan sotong dah boleh bayangkan saiz sotong ni tentulah besar. Sotong segar dan dimasak sempurna, tidak liat, tidak keras dan tidak masin, perfecto!

Sotong Telur Masin saiz S RM34


Hari ni cuba kelainan dengan memesan Udang Indonesia. Udang dimasak kari bersantan yang sungguh sedap. Kulit bahagian tengah dibuang agar mudah dimakan. Kepala ditinggalkan agar tidak hilang manisnya. Ekor dibiarkan supaya tak hilang kacaknya. Semangkuk saiz S ada enam ekor udang segar belaka.

Udang Indonesia saiz S RM36.


Kami dicadangkan untuk menikmati Udang Indonesia bersama Man Tou. Ambil saiz S, dapat seorang sebiji. Man Tounya besar dan gebu.

Man Tou saiz S RM3.60


Macam datang hari tu jugaklah, tak ada ikan siakap. Kami dicadangkan ikan tebal pipi. Kita kan dah ada tebal pipi, kata Pak Inche sambil mengusik pipi Iman πŸ˜†.

Ikan tebal pipi ni rupanya sebijik macam ikan siakap malah rasanya pun hampir sama macam siakap. Sesuai dimasak apa pun, sama ada asam pedas, tiga rasa atau stim Hong Kong. Pak Inche minta masak stim Hong Kong. Sedap sosnya, tak masin, sedikit manis dan ditaburi bawang merah besar yang disagat halus dan digoreng garing.Β 

Ikan Tebal Pipi Stim Hong Kong 650 gm RM39.


Tak banyak pilihan sayur, cuma ada bendi, taugeh dan kangkung. Pak Inche minta Kangkung Belacan. Selambak sayurnya, dimasak sambal yang tak terlalu pekat rasa belacannya.Β 

Kangkung Sambal Belacan saiz S RM15.


Baby Sotong Goreng Madu.
Iman kata, kesian.. mak dia kita makan, anak dia pun kita makan 🀣.
Sedap, garing dan manis.

Baby Sotong Goreng Madu saiz S RM28


Makan petang merangkap makan malam sekali. Betul-betul gantung periuk la Sk semalam.


Terima kasih, Pak Inche. Sila belanja lagi πŸ˜†


Balik singgah Tambak sekejap tengok laut. Air tengah pasang, gayat jugaklah lalu atas tambak tu. Dekat bandar Pontian pun semalam ada festival tapi tak larat nak singgah dan berjalan dengan perut yang kekenyangan.

Burppp.. Alhamdulillah πŸ˜‹
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear