Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4168

SARAPAN DI KANTEEN 68 AVENUE

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

PAGI ini Pak Inche ada temujanji servis kenderaan selepas mencapai miliegue hampir 80,000 km. Rasanya, macam lebih kerap servis kereta Pak Inche berbanding dengan kereta Sk yang lebih awal dibeli. Servis akan datang untuk kereta Sk ni untuk 164,000 km, sekarang dalam 161,000 km maknanya dalam 3,000 km lagi la. Kalau ikut purata harian mungkin dalam tempoh sebulan lagi kena hantar selenggara, akhir servis tuari sebelum Hari Raya Puasa. 


Tengah malam tadi pula, kami tiga beranak meronda lorong-lorong berhampiran rumah mencari Bubu yang disedari hilang sejak pagi semalam. Lepas sedar Bubu hilang, Sk mencari cuma di lorong belakang rumah, tak terfikir nak naik kereta sampai ke lorong-lorong lain. Malam tadi, nak lelap mata dok teringat kat manalah Bubu tidur. Bayangkan, sejak kecil dia hidup dalam rumah, makan kibbles, tidur di sofa, macam mana dia di luar sana. Pak Inche cadang naik kereta, ronda punya ronda sampai Restoran Thoufeeq cawangan baharu yang baru dibuka di Taman Pulai Mutiara. Pekena roti canai sekeping, balik tu ronda lagi, tapi tak jumpa jugak 🥹🥹🥹. 

Ceritanya... Dah makan mamak malam tadi, kan.. takkan pagi ni nak makan mamak lagi. Sk mengajak Pak Inche sarapan di Kanteen cawangan 68 Avenue.


Kanteen merupakan sebuah kopitiam dalam ruangan berhawa dingin. Di luar restoran diletakkan bangku-bangku untuk pelanggan menunggu, staf akan panggil jika sudah ada meja tersedia. Setelah duduk kita akan diberi sebuah buku menu manakala pesanan hendaklah dibuat melalui aplikasi Kanteen setelah mengimbas QR Code di atas meja. Walaubagaimanapun, bagi pelanggan yang menghadapi masalah atau tidak tahu menggunakan aplikasi ni, boleh dapatkan bantuan staf untuk membuat pesanan.


Kopi panas tentunya untuk Tuan Tanah Kedaung. Sedap, pekat dan mantap kopinya.


Lain kali boleh cuba Kopi C pulak.


Tukang taja blog makan Telur Separuh Masak dengan Roti Bakar Kaya.


Ada pelbagai jenis roti bakar di sini.


Sk pesan semangkuk Chili Ban Mian atau Pan Mee. Chili Ban Mian dihidangkan bersama semangkuk kecil sup ikan bilis dengan dua biji fish ball. Tuang sup ke dalam mangkuk mee dan gaul mesra sebelum dinikmati.


Ban Mian atau jugak dikenali sebagai Pan Mee. Sedappppp..... Siapa datang Kanteen kena makan Ban Mian ni.


Iman makan Tom Yum Soup Ban Mian. Nampak pekat kan kuahnya tapi bagi Sk, just nice la.. sedap rasa tom yum dan mee nya berlambak sampai kena tapau separuh. Sk dan Iman sama-sama setuju, Chili Ban Mian lebih sedap dari Tom Yum Soup Ban Mian.


Seleksi Ban Mian untuk dipilih. Tepuk dada tanya selera.


Sekali sekala sarapan di luar, kenalah akur dengan ongkosnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4168

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes