Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

UDANG MASAK LEMAK CILI API

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

AKHIRNYA dapat jugak masak Udang Lemak Cili Api semalam petang untuk makan malam tadi. Udang 15 ekor besar tapak tangan budak, baru lagi Pak Inche beli hari ahad di Pasar Tani. Tapi, taklah Sk masak semua sekali, 8 ekor simpan untuk masak sambal tumis pulak. Barulah adil, hehehe.

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan :

6 ekor udang besar

1 ketul kunyit hidup besar ibu jari

15 tangkai cili api hijau

1 batang serai diketuk

1 kotak santan

1 cawan air

2 asam keping

1 kiub pati ikan bilis 

Sedikit garam


Cara memasak :

1. Tumbuk kunyit hidup bersama cili api hingga lumat, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai dan sedikit air. Buka api dan didihkan seketika sehingga cili masak. 

2. Tambahkan lagi air, masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. (Air letak secukupnya sahaja)

3. Masukkan santan, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.

4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan udang, kacau kuah perlahan. Tambah sedikit garam jika perlu.

5. Masak udang anggaran 5 - 6 minit sahaja, tutup api. 


Pak Inche minta buatkan Udang Goreng jugak. Untuk udang goreng ni, Sk perap udang dengan garam dan kunyit. Tugas menggoreng diserahkan kepada Iman, suruh dia tambah bawang potong bulat dan cili api masa goreng. Bolehlah kalau nak minta masakkan yang mudah-mudah macam ni. Kalau nak masak gulai ke.. kari ke, belum boleh diharap lagi.. hihihi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.