Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

BIHUN CLEAR SOUP

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

MAKANAN yang nampak macam senang nak masak tapi renyah bagi Sk adalah mee dan laksa.Tak kisahlah, mee goreng ke, mee sup ke, kalau dah namanya mee, memang banyak kerjanya. Sama jugaklah dengan laksa, nak kena buat persediaan macam-macam, tak suka! Hahahaha.


Sabtu lepas, siang tu Sk sekeluarga menghadiri majlis walimah, Pak Inche kata, malam nak makan Mee Sup Chinese Style. Jadi, singgah mini mart beli sawi, fish ball dan fish cake. Oh, beli cendawan jugak, Iman la ambil plastik cendawan tu, dia kan penggemar cendawan. Bihun memang ada stok.

Ni buat yang paling mudah cara dan tak susahkan diri, hahaha. Kena buat yang paling renyah dulu iaitu siang/ potong sayur sawi, asing bahagian batang dan daun, kemudian rendam bagi tanah dan pasir pada sawi tu senang keluar, bilas bersih-bersih. Barulah mula menumis.

Sk tumis 3 ulas bawang merah dan 4 bawang putih, kemudian masukkan 3 gelas air dan seketul kiub ikan bilis. Sambil tunggu air mendidih, cuci fish ball dan fish cake, hiris fish cake. Dalam air tadi, masukkan 2 sudu sos ikan dan tambah sedikit garam. Bila air mula mendidih, masukkan batang sawi, kemudian masukkan fish cake dan fish ball bulat-bulat. Biar lagi sup mendidih, masukkan daun sawi, bila hampir layu, barulah masukkan cendawan yang telah dicuci dan dibelah dua.


Sambil-sambil siang sawi tu, Sk rebus telur. Kemudian suruh Iman kopek telur. Oh, sekarang baru tahu, perkataan kopek tu lucah bagi beberapa negeri. Kami orang Johor memang sebut kopek bagi menyatakan perbuatan membuang kulit dari sesuatu. Contoh kopek bawang, kopek kentang, kopek buah, hahahaha. Kopek tu maksudnya kupas, bukan 'dot dot dot'.

Nak lagi sedap kena tambah cili padi potong letak kicap cair dan perahkan jus limau nipis, terangkat beb!!!


Biasalah Sk kalau masak mesti terlebih semangkuk. Dah berapa hari tersadai dalam peti sejuk, hari ni kita buat bekal sarapan la. Panaskan sup aje, bihun tu Sk tak panaskan, sampai pejabat baru campurkan sementara sup tu masih suam. Alhamdulillah, dah wassalammmm 😋.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.