Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4168

SARAPAN LONTONG DI FOOD FASHION

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

HARI yang sibuk semalam, jangan kata nak update blog, nak buka Tik Tok pun tak sempat ya 😆. Jadi, sebelum membizi lagi hari ni, kita cerita pendek jer la.


Dua hari ini, pagi-pagi Iman dah ikut ke pejabat. Semalam, dia perlu ke U dan pagi ini pula ke RHB Bank untuk urusan pengaktifan kad peranti siswa dan membuka akaun RHB bagi tujuan PTPTN. Ikut Sk tu, sebab nak pakai kereta. Pitam la kalau nak naik grab dari rumah, hahaha. Semalam, kerana Sk sibuk dengan pelajar baharu yang mendaftar ke asrama, kami cuma tapau makanan kantin Kak Sabariah. Hari ini, Sk nak makan kat kedai la.. teringin nak makan Lontong, hehehe.



Pada mulanya nak sarapan di Dapur Tokma, kemudian teringat pulak hari ni isnin, Dapur Tokma tutup. Teringat Mom's Kitchen di Kampung Melayu atau kedai pajak (gelaran Fidah 😆), tapi rasanya sana pun tutup Isnin. Iman cadangkan Food Fashion yang berhampiran dengan pejabat Sk tapi tak pernah pergi lagi. Food Fashion ni sebelah Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Larkin.


Ada tiga kategori/ harga Lontong (Basah).

Lontong Basah Biasa (sambal tumis sahaja)
Lontong Basah Special (+ Sambal Kacang & Serunding

dan Lontong Basah/ Special Berlauk, ada pilihan Sambal Paru, Sambal Udang, Sotong, Kerang dan Telur Puyoh.

Sk pilih Lontong Basah Special Sambal Paru. Iman ambil Special tanpa lauk.

Kuah lodeh sedap tapi kurang sayur. Telur pulak cuma sebelah. Rasa makanan tidak mengecewakan cuma yang kecewanya bayar mahal tapi penghawa dingin dalam restoran tidak berfungsi. Harga bukan harga warung ya, hurmmm.. 




Mungkin masih awal, cuma dua meja sahaja ada pelanggan. Kadang kalau malam-malam datang makan bubur nasi di sini, boleh tahan penuh jugak tempat ni. Agaknya nanti dah pukul 9 la baru ramai orang pejabat datang sarapan.


Kita tepek bil sini. Dessert tu, Taufufa Melaka, Iman kan pantang nampak taufufa 😆




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4168

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Koala para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.