Assalamualaikum WBT
HARI tu masa pergi Mengopi di Kopiloco, lalu depan sebuah Soy Dessert. Pertama kali Sk nampak cafe khas yang menjual dessert yang menjadikan soya sebagai bahan utama. Sk yakin untuk singgah di sini kerana penyediaannya tidak mengandungi alkohol. Memandangkan dah kenyang mengopi dan juga sebelum tu baru Makan di MyViets, jadi kami plan pergi di lain hari.
Harinya tiba jua, macam selalu la, berdua dengan Iman jer, Pak Inche kerja. Pak Inche pun bukan boleh dibawa tempat macam ni, dia suka kedai mamak jer makan tosei, hahahaha.
Ada pelbagai pilihan topping Taufufa di sini atau kami biasa panggil Tauhu Ceduk. Selalu beli di pasar malam plain aje, di sini ada kelainan cara menikmati taufufa.
Kami ambil Classic Cold Taufufa dan pilih perisa pandan. Selain pandan, boleh pilih perisa asli. Set ini datang bersama jus soya dan air gula melaka serta kacang tumbuk. Sudu dan mangkuk kecil disediakan di kaunter, juga air masak (kosong), sila layan diri.
Duduk tepi pepokoks. Sk suka suasana makan di cafe ni, boleh makan dalam mangkuk cantik berbanding jika ditapau.
Semangkuk ni boleh kongsi dua orang. Topping yang diberi adalah cincau, biji sagu dan yang lain tu tidak dikenali, hahaha. Mungkin ianya dibuat dari tepung pulut sebab ada rasa kenyal-kenyal macam Topokki tapi ni versi manis la.
Tengok mangkuk-mangkuk comel ni macam banyak jual di Good 2 U, hehehe.
Suka! Suka! Suka! Nanti nak pergi lagi.
Iman penggemar taufufa, setiap kali pergi pasar malam memang kena beli la. Lepas ni dia kata, tak nak dah taufufa pasar malam, eh, kacang lupakan kulit ni!
Sajalah buat kunyah-kunyah, Taiwanese Fried Tempura. Sedap jugak, macam nugget rasa dia tapi liat-liut, hehe. Selain dessert ada jua minuman tapi tak yah, minum jer air masak free kat situ, hehehe.
4 Beans Impian Emas
No 107, Jalan Anggerik Emas 1,
Taman Anggerik Emas,
Taman Anggerik Emas,
81300 Johor Bahru, Johor
No Telefon : 011-35693066