Assalamualaikum WBT
LEPAS beli Durian Crepe dari Kedai Nasi Kerabu Cikgu Siti, baru tahu bahawa kedainya tu dibuka dari pagi hingga petang. Jadi, memang dah berhasrat la, bila-bila nanti bolehlah makan kat sini.
Berkat zikir selalu macam pesanan rakan-rakan bloggers, akhirnya sampai jugaklah ke sini. Kena buat pesanan dengan mengimbas QR Code yang ditampal di atas meja. Di dinding kedai juga turut ditampal gambar-gambar menu.
Sk pilih Nasi Kerabu Kambing Meletop. Nasi Kerabu sedap dan tidak mengecewakan. Sambal pun mantap. Sk sebenarnya nak makan dengan Ikan Percik ke... tapi tak ada pulak, jadi, pilihlah kambing. Perapan kambing manis-manis macam sate. Kambingnya bahagian shoulder, Sk lebih suka jika kambingnya dibakar dan dihiris seperti Nasi Kerabu Usop yang Sk makan DI SINI.
Iman pilih Nasi Daging Air Asam. Daging direbus dan dihiris kemudian dicurahkan air asam. Iman ni, kalau makan ada air asam, dia akan curah terus macam asam pedas ya. Yang ni mujurlah dia rasa dulu sebelum curah, masin! Hahaha.
Nahhhh.. dagingnya habis, air asamnya sahaja tinggal. Tak sanggup ya rasa dia punya masin tu. Eh, terfikir pulak patutnya kena beritahu masa bayar tu, kan. Beritahu kat sini buat apa, huhu.
Nasi Kerabu Cikgu Siti
17, Jln Anggerik Emas 1,
Taman Anggerik Emas, 81300 Skudai, Johor
Waktu Perniagaan :
Setiap hari 8.30 pagi hingga 7.00 malam
No Telefon : 019-726 1661