Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169
↧

LEMPENG & SAMBAL TUMIS BILIS PETAI

$
0
0

Β Assalamualaikum WBT

SUDAH hampir dua minggu Sk bertugas di pejabat yang baharu. Naza kata, Sk naik pangkat. Naik apanya.. gaji pun tak naik!! 🀣. Kalau naik gaji iyolah naik pangkat. Tapi, Sk dah ada pembantu yang boleh diarah-arah 🀣. Tapi tu la.. punyalah degil.. dah dapat arahan pindah dari awal tahun, tapi, dah masuk lebih pertengahan tahun baru duduk betul-betul kat sini πŸ˜†.

Jadi, dua minggu ni agak sibuk sikitlah. Nak nak pulak, minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Ada beberapa kumpulan yang menamatkan pengajian, ada yang bercuti dan ada yang akan meninggalkan kolej untuk ke Latihan Industri. Jadi, banyak perkara nak diuruskan dan disemak. Semak kepala jadinya, asyik berpusing-pusing memikirkan hal pelajar kolej πŸ₯Ή.


Jadi pagi ni, kita tayang satu gambar ajelah! Bila cuma ada satu gambar, tak payah nak buat caption (penerangan gambar) banyak-banyak πŸ˜†.Β 

Buat lempeng petang Sabtu lepas, hari penentuan Kejuaraan Piala FA. Sambal Tumis Bilis Petai tu yang tak habis makan kat Rumah Makan Uwan Bongek. Lempeng kali ni, Sk guna tepung gandum jenama Lotus yang dibeli dari pasaraya Lotus, dulu dikenali sebagai Tesco. Pertama kali guna jenama Lotus, jadi, tak mahu bubuh air banyak sangat, nanti jadi lembik dan tak kenyal. Sk ikut nisbah 1:1. Secawan tepung, secawan air, sebiji telur, sesudu kecil garam, bancuh kemudian perap setengah jam, baru dilenggang atas kuali non stick, dapat 7 keping. Memang sedang elok la kejadian lempengnya. Makan sorang-sorang sampai habis, senang kemas, hahahaha.

Sambal tu, tak panaskan pun. Letak aje atas stove tu, sambil masak lempeng, cair la sambalnya πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4169

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.