Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4184

SARAPAN HARI CUTI PERISTIWA JDT MENANG PIALA FA

$
0
0

 Assalamualaikum WBT


ALHAMDULILLAH.. 

Walaupun terpaksa bermandi peluh akhirnya Pasukan Johor Darulta'zim berjaya memastikan Piala FA dapat  dipertahankan buat dua musim berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 dalam aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam tadi.

Kejayaan itu cukup manis apabila diraih di hadapan penyokong JDT tatkala beraksi di gelanggang keramat pasukan itu yang terpaksa menanti dua jaringan terhasil pada babak kedua dan ia juga kejuaraan ketiga selepas menang pada musim lalu dan musim 2016. Sumber


Tambah manis, apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Cuti Peristiwa pada hari ini, 23 Julai 2023. Sedia maklum hari Ahad merupakan hari bekerja bagi kakitangan kerajaan dan beberapa sektor lain juga merupakan hari persekolahan bagi anak-anak Johor. Pengumuman cuti ni memang ditunggu-tunggu sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, hahaha. Tapi tu la, walaupun bercuti, semua rancangan yang dijadualkan secara rasmi tetap berjalan seperti biasa. Hari ini, Iman juga menjalani peperiksaan akhir semester dua, begitu juga kolej Sk, ada pendaftaran pengambilan pelajar baharu.


Walaupun ada cuti ganti bagi mereka yang bekerja hari ini, Sk lebih rela bercuti. Haaa.. walaupun kalau bercuti tu lagi la macam-macam benda nak kena buat kat rumah berbanding di pejabat, duduk menghadap komputer dalam ruang berhawa dingin. Cuti-cuti macam ni, seronok jugak kalau bersarapan di kopitiam tapi mengenangkan semalam Pak Inche balik pun dah jam 2 pagi, baiklah kita berkopitiam di rumah sajo. 


Panaskan non-stick pan, bubuh sikit minyak, pecahkan telur, angkat masuk pinggan. Kemudian, masukkan sedikit mentega pulak, panggang sosej sehingga sedikit garing, angkat sosej. Buka tin kacang panggang, tuang dalam pan yang sama, biar merenih sekejap, ceduk masuk dalam pinggan. Sambil-sambil tu, bancuh nescafe sorang secawan, siapppp!

Sekarang.. nak jadik tapak sulaiman laaa.. apa lagi.. jom kitaaaa!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4184

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes