Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

MAKAN DI RUMAH MAKAN UWAN BONGEK

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

SEJAK akhir-akhir ini, di Tanah Jauhar, mula bertapak pelbagai restoran yang mengetengahkan konsep makanan dari negeri-negeri lain. Kalau makanan Kelantan atau Pantai Timur tu memang mudah ditemui sejak dulu, namun sejak kebelakangan ini, restoran nasi kandar mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dan sekarang, nak menikmati masakan salai dimasak lomak cili api ala nogori pun dah ada. Antara yang pernah Sk kunjungi adalah Salai Valley, Salai Waghih Den dan terkini, Rumah Makan Uwan Bongek yang baru Sk kunjungi semalam. Bongek tu agaknya mengambil sempena nama Kampung Bongek yang terletak di Negeri Sembilan. Tapi dalam family Sk, bongek tu adalah istilah untuk seseorang yang gila-gila dan suka buat lawak bodo, hahaha.



Tengok-tengok menu dulu.. datang tiga beranak.. dari rumah seorang.. kemudian pergi jemput Iman di kolej, ambil gambar hantar kat grup, Pak Inche reply, suruh ambil dia jugak. Kebetulan lunch hour kan. Mula risau jugak, tahulah Pak Inche tu kan makannya memilih, mujurlah ada lauk Asam Pedas Tetel dan Ayam Goreng Kunyit kegemaran dia. Kalau tak ada, kita bagi dia telur mata bubuh kicap aje laaa.. hahaha.


Ada pilihan Asam Pedas ala carte


Pembuka selera dan ulam-ulaman


Masak Lomak ala carte


Kami pilih Set Talam C (1), RM80


Tengok dalam set, patutnya ada 6 lauk aje tapi bila tengok semula ada 7 lauk. Tu tak apa, siap ada tambah ulam dan sambal belacan.


Nasi diletakkan dalam dulang ayan bersaiz kecil.


Alhamdulillah.. kami makan dengan penuh berselera.


Mereka salai sendiri daging dan ayam tu. Ayamnya lembut dan betul-betul sedap di tekak Sk. Daging dihiris nipis selepas disalai, tapi Sk lebih suka ayam salai. Kuah lemak agak pekat dan berkrim, begitu juga asam pedas tetel, kalau dicairkan sikit tentu lebih merenih masaknya. Sambal tumis bilis petai betul-betul sedap, tapi kalau dimakan bersama lauk lemak, tak sesuai pulak, jadi Sk bungkus bawa balik. Berangannya nanti nak buat lempeng.. hahahaha.


Kalau anda jenis yang tak kuat minum, lebih baik kongsi minuman okey, punyalah besar saiz jug dia bagi airnya, hehehe


Kalau nak ke sini, masukkan dalam waze Leva Leur Cafe.. okey!

Rumah Makan Uwan Bongek
@ Leva Leur Cafe
110, Jln Sierra Perdana 4/1, 
Taman Sierra Perdana, 
81750 Masai, Johor

Buka setiap hari kecuali Isnin
11 pagi hingga 11 malam

Jumaat - 3 petang - 11 malam.

Selain itu, mereka turut menghidangkan menu shell out 😋

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4171

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


EASY COME, EASY GO


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!