Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4170

MAKAN DI AWIET BISTRO CORNER

$
0
0

 Assalamualaikum WBT

HUJAN lebat menimpa bumi bertuah pagi ini. Sk jangka, bukan di Tanah Jauhar sahaja hujan, malah beberapa bumi di Semenanjung. Semalam pun, hampir sehari jugak hujan di KL, walaupun cuma gerimis dan hujan rintik sekali-sekala. Kami balik ke Johor,  lewat petang semalam memandangkan Pak Inche tak ambil cuti hari ni. Sk kalau dah berjalan jauh, mana mahunya larat nak masuk pejabat pagi ni, baik kuak lentang kat rumah, hahahaha.


Ni kisah minggu lepas, kami ke Awiet Bistro di Taman Setia Indah. Orang JB ramai yang tahu, ABC Special Awiet yang gerainya terletak di Medan Selera bersebelahan Balai Bomba Larkin. Pendek kata, kalau nak makan ABC sedap, ayatnya begini, jom pergi Awiet Bomba Larkin.. haaa.. orang tahulah tu kat mana.


Semasa PKPB, Awiet mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membuka sebuah bistro di Taman Setia Indah. Kali ni bukan sahaja ABC malah turut menawarkan pelbagai jenis dessert, pembuka selera dan hidangan goreng panas serta banyak lagi menu berat.


Pak Inche pesan Nasi Goreng Sotong. Sedap giler, terasa betul ia digoreng dengan penuh kasih sayang. Boleh dapat rasa setiap butiran nasi tu meletus rasanya dikacau pantas dalam wok hitam dengan api besar. Menggunakan sotong segar ya, bukan sotong ring frozen.


Pesan juga sepinggan Rojak Petis. Yang ni biasa-biasa aje la.


Tak kira, walaupun malam nak juga ABC. Lama tak makan ABC Bomba, ini lah masanya nak mengembalikan nostalgia. Pak Inche pun sama tak mahu mengalah dan berkongsi, hihi.


Terdapat ruang makan di sebelah dalam restoran terbuka atau di laman tepi bistro. Walaupun di dalam lebih terang dan selesa, Pak Inche tetaplah nak makan di luar, senang nak sapkoktang la tuuuu.


Parutan aisnya halus mulus tapi bukan jenis snow tu. Nampak tak, korek-korek bawah ais cari jagung dan kacang tapi ais krim nya tetap terletak, hahahaha.


Sk minta Kacang Pool. Rasa dia sama sejibik macam Kacang Pool Haji Bomba yang original, rupanya memang resepi aslinya. Awiet merupakan anak saudara Haji Kacang Pool dan telah menuntut ilmu kacang pool dengan Haji. Bekalan bahan mentah juga diperolehi dari Haji. 


Bukan Johorean yang datang bercuti di Johor tetiba nak makan Asam Pedas Johor, bolehlah memesan semangkuk asam pedas di Awiet Bistro. Di sini semua asam pedas menggunakan ikan seperti Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Pari dan Ikan Kembong. Setiap set asam pedas datang bersama sepinggan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Jom la ke Awiet Bistro Corner, macam-macam ada!!!

Awiet Bistro Corner

1, Jln Setia 4/12, 
Taman Setia Indah, 
81100 Johor Bahru, Johor

Dibuka 24 jam setiap hari

No Telefon : 019-771 4949

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4170

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear