Β Assalamualaikum WBT
NANTI.. kalau saya kahwin, saya nak buat majlis kat hotel, ujar seseorang kepada Sk tidak lama dulu. Sk menyokong angan-angan beliau, maklumlah.. zaman sekarang ni, mak-mak pengantin ramai yang sibuk dengan pelbagai urusan dan berkerjaya, tentu pening dibuatnya nak menguruskan perkahwinan anak. Tu satu hal, siapa pulak nak tolong rewang, nak buat itu, nak buat ini. Majlis kahwin bukan sikit-sikit kerja, orang yang kita nak minta tolong, pun sibuk dengan pelbagai urusan duniawi, hihihi.
Jadi, kita serahkan aje pada yang pakar. Untuk warga Johor yang akan melangsungkan majlis perkahwinan di Johor, jom kita buat majlis di GBW Hotel Johor Bahru. Bukan sahaja majlis perkahwinan, malah pelbagai Pakej Keraian boleh didapati di GBW Hotel antaranya Pakej Lengkap PERTUNANGAN & PERNIKAHAN, Pakej Perkahwinan RAJA SEHARI dan ada juga Pakej Lengkap AQIQAH.
Sk berpeluang ke Preview Majlis Keraian anjuran GBW Hotel Johor Bahru bagi memperkenalkan pelbagai pakej yang dinyatakan. Aisehhh.. patutnya ajak sekali kenalan Sk yang berangan nak buat majlis kahwin di hotel tu. Tapi, takpa, kita cerita sini nanti bagi dia baca, hehehehe.Β Β
Terpegun ya, sambil berjalan masuk di atas karpet merah yang terbentang dihidangkan dengan pemandangan yang manis begini. Ini merupakan dewan kecil yang digunakan untuk acara pernikahan dan acara pertunangan pun boleh. Orang sekarang pun ramai yang ikut trend bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Ada yang bertunang sekejap dan terus diijabkabulkan.
Penataan cahaya yang memukau dan boleh bertukar-tukar pulak warna cahaya tu membuatkan mata tetamu tak lepas memandang ke arah pelamin.
Di kiri dan kanan pelamin pula disediakan meja khas untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan meletakkan barang hantaran masing-masing.
Kemahen jelita dan rupawan 'pengantin' yang ditampilkan oleh GBW Hotel Johor Bahru. Nampak tak tu, dengan 'mak pengantin' menjeling kamera. Walaupun cuma olok-olok, tapi terpancar kebahagian di wajah keduanya apabila segala urusan majlis telah diserahkan kepada pihak hotel.
Memang disyorkan la tuan puanΒ yang nak buat majlis kenduri di sini sama ada Majlis Pertunangan, Pernikahan, Resepsi atau Aqiqah.. tempat cantik, makanan sedap dan harga berpatutan π.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi :
π https://linktr.ee/gbwhotel
π Mr. Syahmi : +6016 710 0048
π Ms. Urfa : +6016 710 0073