Assalamualaikum WBT
TEMPAT favourite makan malam-malam selain ke kedai mamak, tentulah Restoran Pak Mus Kitchen di Gelang Patah Johor.
Restoran konsep open air ni lebih dikenali dengan nama Warung Pak Mus. Ada pelbagai menu warung kampung di sini antaranya Roti Canai, Sup Pelbagai, Mee Goreng dan Nasi Goreng, juga Mee Bandung.
Sup Pak Mus cukup terkenal di kalangan orang Gelang Patah.
Ramai yang suka Mee Goreng Daging di sini tapi kena sabar sikitlah kalau orang ramai.
Ada sate jugak.
Datang lagi ke Warung Pak Mus. Iman makan Sup Daging makan dengan Nasi Putih. Banyak sungguh dagingnya.
Pak Inche makan Mee Bandung .. yang ni dia letak udang sebab daging habis malam tu.
Mee Goreng Udang la, sebab daging habis, kan.
Lama sangat menunggu sampai Teh O Panas habis dulu. Sk sama macam Blogger Nur Kait & Lari, minum air panas macam air suam, hihi.