Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4149

MAKAN DI MARRYBROWN PERANAKAN HERITAGE RESTAURANT @ TAN HIOK NEE

$
0
0

 Assalamualaikum...

BAGI sesiapa yang datang ke Bandaraya Johor Bahru pasti pernah melihat bangunan warisan yang dicat dengan warna merah ini. Begitu juga dengan Sk, walaupun anak jati Johor, tapi tak pernah tahu apa yang ada dalam bangunan ni. Cuma yang Sk tahu, bangunan ini milik persatuan bangsa cina. Oh, ya.. masa singgah sarapan di Kopiloco dengan Pak Inche sebelum ambil suntikan booster tuari, siap letak kereta di tepi bangunan ni lagi. Tapi, disebabkan masa tu hujan dan berpayung, nak cepat-cepat jalan, kan.. memang tak perasan yang Sk letak kereta tepi bangunan ni, hihi.

Masa menyusuri lereng kedai menuju Kafe Tak Seindah Wajah tu laaa.. baru Sk tahu, ia adalah Marrybrown Peranakan Heritage Restaurant, itupun Iman yang beritahu. Bangunan ni tular la di kalangan remaja terutama youtuber, instagrammer dan tik tokers. Jadi, blogger picisan ni pun nak menumpanglah sekaki.

Pastinya antara cawangan restoran Marrybrown yang unik kerana masih mengekalkan kemasan jubin lantai lama. Gaya lama juga dikekalkan melalui rekaan pintu, pemegang pintu dan daun tingkap.


Walaupun nampak besar dari luar, ruangan dalam restoran agak sempit dan kalau dipenuhi pelanggan, mungkin semput, hahaha. Laluan ke tingkat atas pulak ditutup.


Suka idea tingkapnya, di bahagian dalam ada tingkap kekal berbingkai kaca dan di sebelah luar pula daun tingkap gaya lama.


Cantik ambil gambar kalau duduk di sinun, tapi dah ada pelanggan sebelumnya. Ni mereka dah bangun dan meja telah dikemas.


Nak isi perut yang masih kosong lepas dapat Mee Bandung rasa kicap, hahaha.


Iman punya, Egg-Stra Ong Tower Burger. Tapi dia tak jadi makan sebab nak makan di rumah lepas mandi. Iman cuma makan fries aje dulu. 


Sk pulak, terus teringatkan Firdaus bila nampak menu Onion Rings di papan menu. Sambil makan Onion Rings, terbayang-bayang muka ceria Daus makan Onion Rings.


MarryBrown Peranankan Heritage Restaurant @Tan Hiok Nee

57, Jalan Tan Hiok Nee, 
Bandar Johor Bahru, 
80000 Johor Bahru, Johor

07 207 3255

Buka setiap hari 
10 pagi hingga 8 malam



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4149

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.