Assalamualaikum...
DAH terbiasa dari kecil diajar supaya jangan membuang makanan. Ibu abah pantang betul kalau makan pinggan tak licin ya. Kalau boleh, jangan tinggal sebutir nasi pun dalam pinggan. Tu satu, kena tuang sedikit air dalam pinggan selepas selesai makan supaya rezeki tak putus.
Masa makan di Nelayan Seafood by The Coast, dah tamak sangat semua nak makan ikut citarasa masing-masing, ada beberapa lauk yang tak habis, kita minta bungkus. Takkan nak tinggal, beli tu! 😜
Sotong Telur Masin
Jarang tak habis lauk ni tapi hari tu memang tak mampu nak habiskan padahal bukanlah banyak sangat pun dalam hidangan tu.
Udang Mentega, yang ni memang hari tu makan seorang seekor jer. Lupa nak kira berapa ekor baki yang dibawa pulang 😆.
Baby Sotong.. ni Sk cuci dan ingat nak buat masak Sambal Ala Thai. Tapi, bila dah nak masuk pes dalam kuali, baru perasan tu rupanya pes tomyam, hahah. Jadinya, rasa sambal tomyam la. Pak Inche makan sikit jer, Iman langsung tak nak. Mengenangkan regenya RM38, kuhabiskan jua sotong-sotong tu.
😭