Assalamualaikum...
HAMPIR dua tahun berehat bekerja dari rumah. Bila dah mula ke pejabat balik, rutin kembali seperti dulu. Setiap petang meredah sesaknya jalan Skudai hingga ke Pulai, sampai rumah badan pun dah lemau. Lepas mandi rasa nak terbongkang 😜
Semalam, bila tanya nak masak apa untuk makan malam, Pak Inche ajak makan di luar. Sk ni memang malas la nak bersiap untuk keluar tu. Semalam, borak dengan Kawan Lama tu, dia cerita, mereka anak beranak kalau nak makan di luar, memang pakai jer baju kerja terus. Balik tu baru mandi. Tapi, tidak Pak Inche tu ya, selagi tak mandi, selagi tu dia tak mahu makan kecuali terpaksa 😅
Jadi, disebabkan malas nak bersiap untuk keluar, ialah, kita ompompuan ni bukan macam onglaki, sarung abol jer, kita ompompuan macam-macam nak sarung tau. Jadi, Sk suruh jer PI tapau makanan pasar malam.. semalam Selasa, ada pasar malam di Taman Tampoi Utama.