Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4116

MAKAN DI TI CAFE

$
0
0

 Assalamualaikum...

WALAUPUN hari ini terlibat dengan Program Bicara Integriti dengan makan dan minum ditanggung, Sk ajak Iman makan tengahari sama kerana lokasi program hanya berdepan dengan pejabat Iman. Dah lama teringin nak makan di Ti Cafe yang terletak di Jalan Ngee Heng ni, tapi tak pernah berkesempatan sama ada masih terlalu pagi atau dah lewat petang, hihihi.


Tiga hidangan signature di Ti Cafe iaitu Nasi Ayam Hainan, Nasi Beriani Ayam dan Nasi Beriani Daging.


Iman nak makan Nasi Ayam Hainan. Terkejut tengok mewah sungguh hidangan nasi ayam, tapi memang padanlah dengan harganya.


Persembahannya juga sungguh mantap. Haruslah datang lagi ke sini untuk menikmati nasi ayam yang sedap.


Ada Lunch Specialities setiap hari 11 pagi hingga 2 petang, Nasi Lemak, Nasi Putih dengan lauk pilihan Ayam Butter, Ayam Masak Masam Manis, Ikan Masam Manis dan Ayam Szechuan.


Pilihan Sk, Nasi Putih dan Ayam Szechuan. Ayamnya banyak sangat, nasi dah habis, ayam banyak lagi. Masakan ni sama macam Ayam Kungpao, sedap.. tapi ayam sedikit keras dan kalau dia maniskan sikit, tentu lebih sedap.


Sampai merah-merah muka makan ayam keras. Mungkin lepas ni kena terus makan ikan yang teksturnya lebih lembut untuk remaja purba macam Sk.
Hahahahaha.. hahahahahaha.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4116