Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4105

MAKAN DI SENOKO

$
0
0

 Assalamualaikum...

TERINGAT pulak, belum cerita lagi Makan di Senoko Seafood Stulang, beberapaaaaaa minggu yang lepas, hehehe. Lama sangat tu, tak lah, tapi sebelum pergi Penang. Senoko ni lambat jugaklah buka untuk dine in selepas dapat kebenaran, mungkin ada pekerjanya yang belum lengkap vaksin ke, Sk tak pasti. Jadinya, bila dah boleh dine in, kami ambil masa jugak untuk ke sana, sebab banyak memasak (tipu) dan makan di tempat lain, kot 😆


Biasanya kalau ke Senoko, ikan siakap tak kayangan ni adalah wajib. Kali ini, ikut permintaan Pak Inche, nak masak Stim Limau. Sungguh tak mengecewakan, masam manisnya seimbang dan memenuhi permintaan kami nak kuah yang pedas. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh suap sekali dengan potongan cili padi tu, hihi.


Kalau ke sini, lauk-lauknya disiapkan semua ikut tempahan pelanggan dan dihantar terus sedulang. Jadinya, bila nak makan tu dah siap terus sehidang. Kebanyakan kedai tomyam memang macam tu, kan. Kalau di Seafood Restaurant, mereka suka hantar satu persatu lauknya, tu yang susah betul nak ambil gambar semua lauk lengkap belum berusik, sebab ada yang tak menyabar, hahahahah.

Sekarang ni, dah rindu dengan Senoko balik. Iman asyik berzikir.. Senoko.. Senoko... Senoko.. ... ....

😆😆😆




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4105