Assalamualaikum...
SEPAKAT anak dan bapak, bila ditanya, mahu Udang Goreng atau Ayam Goreng untuk dikawankan dengan lebihan Kari Daging semalam, untuk makan malam ini. Dua-dua undi, Udang Goreng, yang sebenarnya, maknya ingat nak goreng ayam. Dah dua-dua nak udang, maka, kita gorenglah udang.
Hari Khamis balik awal, jadi, dapatlah masak awal. Sekejap aje nak lembutkan udang dalam peti ais, kopek kulit bahagian tengah dan buang tali hitamnya tu, perap dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali, campak bawang dan cili padi, kemudian baru masukkan udang. Nak rasa mamak-mamak, kita masukkan daun kari.
Harum aroma Udang Goreng Kunyit bila digoreng bersama daun kari. Mula tadi macam nak singgah kedai, beli kacang buncis tapi Sk ni ada sejenis perangai malas nak menyinggah. Kalau balik jalan terus kecuali jika terlampau penting. Begitu juga kalau pergi mall, cuma masuk kedai yang hendak dibeli barangnya sahaja, tak pandai nak keluar masuk kedai jika tiada niat membeli, kecuali kedai yang ada jual pinggan mangkuk.. hahahaha.. hahahaha.